Iklan! Iklan! Sila Click!

03 May 2013

Hari ke-5 Luth bin Mohd Azrul


Sejahteralah ke atas kamu......


Kelahiran Luth memberi  banyak pengalaman baru untuk saya dan Mat Azghul.  Mula-mula sudah tentulah pengalaman melahirkan Luth. Ya. Saya mengaku memang sakit bersalin itu sangat sakit.  Sakitnya tak dapat dijelaskan dengan karangan dan setiap wanita yang pernah melaluinya mungkin akan explain sakit itu dengan cara mereka sendiri. Bagi saya pula, sakit yang saya rasai semasa bersalin itu adalah seperti perut di ‘squeeze’ sehingga kulit perut itu tegang macam belon yang ditiup terlampau tegang dan hampir pecah.  Rasa itu sampai menyebabkan saya rasa seperti nak demam. Dalam masa yang sama rasa nak berak sembelit yang sakit tapi tak boleh teran.  Rasa mencucuk-cucuk di sekeliling bahagian kandungan, rasa sengal + lenguh + memulas terhimpun pada saat yang sama. Huhu.. Seram.

Orang kata, sesakit-sakit bersalin tu akan serta-merta hilang.... bila sahaja kita tengok bayi yang kita lahirkan . Tapi saya tak. Bila doctor letak bayi atas perut saya, saya seolah terlupa yang kelahiran dia tu adalah sesuatu yang saya nantikan.  Fikiran saya waktu tu tak ingat lain hanya rasa trauma sehinggakan saya macam buat tak tau je dengan baby Luth waktu dia menangis kat atas perut saya. Kehkeh. Melampau betul saya rasa.  Otak pun blur je.  Saya pun tak tau nak respon apa terhadap Luth waktu saya tengok dia untuk kali pertama.  Hanya saya rasa gembira bila tengok jantinanya lelaki. Hah! Finally saya taHu jugak walaupun Luth asyik berahsia je dengan kami sewaktu dia di dalam kandungan saya.

Berada di hospital tanpa Mat Azghul di sisi membuatkan saya sangat sayu.  Saya rasa lonely sangat.  Rasa hopeless.  Hilang tempat bergantung.  Setiap kali Mat Azghul datang pada waktu melawat, baru la saya rasa seperti bernafas semula.  Dan itu adalah satu lagi bukti  yang saya memang sangat-sangat the very-very perlukan Mat Azghul di dalam hidup saya. Waktu melawat hanya 4 jam.  Arghh... Padan le muka kan. Next time insyaAllah nak bersalin kat private plak. Semata-mata hanya nak Mat Azghul sentiasa ada di sisi.

Malam pertama bersama Luth, memang membuatkan otak jadi makin blur.  Dia pada waktu siang tu hanya tidurrrrrrr je.  Saya kejutkan untuk menyusukan dia, dia buat ‘derkk’ je.  Nurse yang ajar cara-cara breastfeeding pun bantu kejutkan Luth tapi tak ada respon.  Menangis tidak. Terjaga tidak. Rasa nak menyusu pun tidak. Hanya tidur.  Kata nurse, itu mungkin kesan pain killer yang saya ambil pada 6 jam sebelum kelahiran Luth.  Tapi masuk je jam 7 malam, dia mula menangis dan celik mata then tidur-tidur ayam.  Perasaan yang paling meruntun hati bila saya lihat Luth menyusu susu dari badan saya untuk kali pertama.  Subhanallah. Perasaan itu sangat indah.  Rasa terharu sangat.  Mat Azghul pun turut terharu melihat adegan itu untuk kali pertama dalam hidupnya.  Kecilnya dia.  Pandainya dia.  Comel sangat bila mulut kecil Luth berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusu.  Kami sama-sama rasa nak menangis, tapi akhirnya kami sama-sama ketawa sebab terlampau comel.  Bila papa Luth balik selepas waktu melawat tamat, tinggal la saya dengan Luth sahaja berdua.  Dia terjaga untuk menyusu sebanyak 4 kali.  Penatnya saya rasa sebab  luka jahitan masih sakit dan terpaksa bangun dan menyandar untuk menyusukan Luth. Dugaan.  Tapi  saya hadapi dengan cool je sebab saya ni biasanya memang takde perasaan pun.

Cukup la setakat ini sahaja entry ini.  Apa-apapun saya bersyukur dikurniai suami yang melengkapi keperluan saya.  Bagi saya, memang Mat Azghul suami sempurna yang Allah pilih untuk saya.  Kelebihan yang ada pada dia ialah sikap ‘nak participate’. Itu yang jarang ada pada kebanyakan lelaki.  

ps 1 : entry ni mcm tak habis je. Dah takde idea la nok.
ps 2:  terima kasih banyak-banyak untuk yang masih setia singgah blog ai ini. Saya minta maaf sebab tak sempat blogwalking. Tak sempat lagi. Masih terhegeh2 nak manage masa dengan buat kerja rumah sambil jaga Luth.
Ni masa hari ke 3.

Pandai posing

I love you too Luth

Dibotakkan pada hari ke-8. Sepatutnya sunat hari ke7 tapi tak sempat nak cukur masa hari ke 7 tu. Tanda kat hidung tu dia sendiri cakor dgn kuku,


32 comments:

  1. Selamat kembali ke dunia blog. Dan selamat menyambut insan baru. Alhamdulillah...semuanya selamat. Lepas Luth besar sikit tentu dia nak adik pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks JR for the wishes. Adik luth tunggu la 2 tahun lagi. Heheh.

      Delete
  2. assalamualaikum...
    apa khabar.. macam mana skrg.? hopefully bertambah sihat ye.. kembali bertenaga.. mmg sakit kan nak bersalin.. cam saya dah rasa 2 normal dan 2 operate.. saya lebih prefer normal dari operate sbnarnya.. sbb operate tu sakit lepas bersalin.. tapi normal hanya sakit waktu nak bersalin.. ape pun syukur pada allah kerana memberi peluang untuk saya merasa kedua2 sakit itu.. :) now fiyya dah cecah 4 bulan.. :)
    comel nye luth... :) dah cukur dia ya.. makin ringan ler kepala dia kan.. :) bila balik KL? hmmmm ape pun selamat berehat ye.. :) pelok cium utk luth..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabar baik Nani. Skrg ni dah sihat. Cuma letih sbb belum pandai betul2 manage masa. Tido pon sakit2 badan. Saya dgr pon operate lg susah nk jaga. Erm... awak untung la dpt rasa 2-2. Kejap je fiyya dh 4 bulan kan? Beza 2 bulan dgn Luth tpi nnt sekolah tak sama baya kan?

      Delete
  3. Replies
    1. nnt turn ko plak. Eh ke wife ko dah bersalin? Nnt aku skodeng blog mu.

      Delete
  4. Lyddd...kembali berblog jua. Dah balik rumah sendiri ke ni?
    Adoi..ngeri pulak saya baca pengalaman bersalin, camne nih..

    Peluk cium utk Luth yg comel...semoga jd insan bertaqwa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujiee.. lama tak g blog awk. Dah blk dah umah sndiri. Takpe ujie, bila tiba masanya pasti bleh hadapinya. Kalo ramai org boleh, ujie pun bleh.

      Delete
  5. assalamualaikum lyd...tahniah2 kerana telah dikurniakan seorang baby lelaki yg comel...;)

    ReplyDelete
  6. welcome back kak lyd...sangat3x comel baby kak....Semoga menjadi anak yang solaeh. AMIN~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bahrain. InsyaAllah akan jadi anak soleh.

      Delete
  7. comelnyaaaa!! tahniah k.lyd..lama tak singgah sini taw2 dah ada baby..hehe seprais..tahniah again to k.lyd sekeluarga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, lama dah awk tak dtg blog akak. Thanks awak for the wishes.

      Delete
  8. Salam Lyd
    Tertunggu2 saya berita dari awak..heheh..terharu jgk baca pengalaman awak menyusu tuh..apapun tahniah kerana telah menjadi seorang ibu utk bayi luth yg comel..don't worry awak akan enjoy the motherhood and luth akan merubah kehidupan awak berdua seterusnya..tumpang gembira nie..:) take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slaam ummuaidan. Terima kasih. Skrg ni pun mmg hepi the motherhood moments and feelings. Mmg hidup berubah 360 darjah.

      Delete
  9. as-salam..lyd..miss u :)

    alahai omeinya dia :)
    tahniah dari ciksu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ciksu. Miss u too la. Thanks ye ciksu.

      Delete
  10. comelnya luth..aunty rse nk yumm la...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... bahye ni kena sorok luth, nnt aunty kunyah dia.

      Delete
  11. pipi Luth ada gaya ibu dia tu.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Enjoy your motherhood coz not everybody is given this gift. Satu tanggungjawab yg besar utk membesarkan kurniaan tak ternilai dari Allah - anak. Sama-samalah kita berusaha utk buat yg terbaik & moga diredhai Allah.

    ReplyDelete
  13. betul..org kata hilang sakit bila tgk baby..takde mana hilangnya...rasa lagi ngeri adalah..sebab lepas tu nak kena jahit pulak...

    ReplyDelete
  14. Thanks for any other informative web site. The place else may just I am getting that kind of info written in such an
    ideal method? I've a project that I'm simply now working on, and I
    have been on the look out for such info.

    Take a look at my web-site :: http://www.ideclare.com/

    ReplyDelete
  15. tahniah...semoga luth membesar sebagai anak soleh ;)
    enjoy your motherhood btw

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah selamat dah yea... comelnye si Luth tu ^_^

    ReplyDelete
  17. tahniah , terlambat wish, apapun hati pasti lega lepas selamat melahirkan yer! Moga anak & ibu terus sihat sejahtera ye ! sagtu pengalaman paling berharga dalam hidup kita kan !

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. tahniah ya.. Comel luth.. :D

    ReplyDelete
  19. waaaaa.... sy terlepas entry nih...huhuhuhu baru perasan.. bestnya ada pegalamn yg tak dpt dilupakan... ini...


    #terigin nk ada baby jgk...hahahahaha :P

    ReplyDelete
  20. SubhanALLAH anak awak sangat2 comel

    ni yang rasa nak beranak ni

    hehehe

    suk baby newborn tapi rasa dah tak larat beranak

    cukup 4 kali

    tapi bile tengok newborn comel2 gini rasa geram nak uli2....hehehhe


    mana boleh uli anak orang so terpaksa ada anak sendiri untuk diuli ;p

    semoga semuanya dipermudahkan untuk awak ya


    inshaaALLAH pengalaman mendewasakan dan makin meningkatkan skill parenting kita day by day

    good luck dan semoga sentiasa dirahmati ALLAH :)


    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...