Sejahteralah ke atas kamu... Aku pernah makan nasik goreng pattaya [yang berbungkus telur dadar tu], sampai ke suapan yang terakhir baru aku perasan di sebalik telur tu ada seekor lalat dalam nasik goreng tu. Gulp. Aku terus berenti makan. Selain itu, aku sangat-sangat kerap jumpa rambut dalam nasik atau lauk aku. Selalunya, aku hanya ketepikan rambut tu, dan sebahagian yang di sekelilingnya, then aku sambung makan. Aku agak pengotor di situ. Hehehe... Aku pun tak tau le. Aku ni sebenarnya penggeli. Tapi aku tengok keadaan jugak. Kalau dalam makanan tu ada jenazah cicak pastu badan dia dan tahap hancur2 seperti tergoreng sekali dengan makanan, memang la tak sanggup nak telan. Tapi kalau setakat kat tepi je, aku masih boleh maafkan. Betapa toleransinya aku kan. Haa. pastu kalau keracunan makanan sape yang susah??! Alhamdulillah setakat ni, aku belum pernah kena keracunan makanan dengan teruk. Itu satu hal. Lagi, aku nak cerita, kalau makanan aku jatuh atas lantai, aku ...