Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Buku Mendidik Anak Mengikut Cara Rasulullah

Sejahteralah ke atas kamu.... satu hari, aku sampai kat ofis, aku tengok atas meja aku ada sampul surat coklat. aku buka sampul surat dengan gelojohnya tanpa tomakninah untuk tahu apa benda kah itu. dan jawapannya ialahhhhhh.... tadaaaaaa BUKU. Siapa la insan mulia yang baik hati yang menghadiahi buku ini untuk saya ye..... hehehe... aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada beliau. buku ni sangat bermanfaat untuk aku mendidik luth nanti. lepas aku dah baca insyaAllah saya akan share perkara-perkara penting yang terkandung dalam buku ni dengan uolls ye. semoga insan berhati mulia dan pemurah tu akan terus dilimpahkan rezeki yang tak terhingga oleh Allah. kalau korang tertampi-tampi nak tahuk, sila la klik pada link insan mulia tu dan sila follow blog beliau. dari masa ke semasa mana tahu ada lagi hadiah yang ingin dia berikan kepada pembaca blognya, mungkin ada peluang untuk jadi rezeki uolls plak kan. untuk insan yang sentiasa murah rezeki tu , maaf ye..

Bye Che Ta, Hye Ziana Zain

Sejahteralah ke atas kamu.... Sebelum ni aku pakai Safi Rania Gold yang ini. [hari ni aku pakai nametag kat ofis. bangga taw.] sesuai dengan kulit muka aku. dengan kulit badan pun sesuai hahahah. tetiba rasa cam gewdiks jew.. cam gewdiks jew nak tukar ke Safi Rania Diamond. terpesona kot tengok ziana zain dah jadi makin putih dalam commercial ad safi rania diamond tu. ko jangan la jual barang kat aku sangat. nanti aku beli. huhu. compact powder ni aku beli satu percuma satu kat guardian. harganya rm19.90 je. murohh. sekarang beli je la yang jual kat farmasi. gudbye la MAC ke bobbi brown ke. sebab aku pakai hok mahal, muka aku gitu jugak. takdenya nak jadi extra cantik ke hapa. eh, tapi yang silky girl ni okay apa bedak dia. tak caya gi beli sekarang dan pakai. harga pun mampu milik ye. aku pakai satu bedak ni 2 tahun. kehkeh. so, kalo rm19.90 untuk  2 tahun maknanya rm19.90/24 bulan = rm0.83 je sebulan. ceh tak pasal-pasal buat kalikesyen plak kat sini. nak tunjuk yang

Tarian Singa Di Sungai Lembing Sempena Tahun Baru Cina

Sejahteralah ke atas kamu.... Ni cerita basi. Kebetulan waktu aku balik kampung masa raya cina yang lepas, aku pegi pasar pagi kat pekan Sungai Lembing, ada tarian singa kat salah sebuah kedai kat situ. Aku pun otometik jadi mamarazi amatur. Gambar ada sikit je. Sebab aku rekod video. Sape nak tengok boleh tengok channel aku no kat YouTube. [Ehehe... macam la orang minat sangat nak tengok tarian singa yang beriya sangat aku promote ni. Saje je aku share, kot-kot la ada anak2 yang nak buat keja khusus untuk subjek pendidikan moral ke kat skolah].

Potensi Untuk Menjahit Tu Ada Walaupon Tipis.

Sejahteralah ke atas kamu..

LCCT Sila Sediakan Kerusi Untuk Penumpang Yang Menunggu

Sejahteralah ke atas kamu.... Semalam aku cuti. Aku banyak hutang nak blogwalking kat blog korang. InsyaAllah aku akan singgah blog korang tapi terhegeh-hegeh la skit ye. Aku cuti tu tujuan asalnya ialah nak iringi pemergian Ibu dan Pak mentua ke tanah suci menunaikan umrah. Iring pun sampai ke airport aje. Bukan sampai ke Mekah. Aku sangat menginginkan peluang untuk ke sana. Ko bayangkan ye, artis-artis kita yang vogue gedevas seperti Mizz Nina dan Rabecca Al Islam tu bila pergi ke tanah suci, berubah terus... Berhijrah jadi yang lebih baik terus. Jadi, aku kepingin untuk pergi ke tanah suci supaya aku juga dapat jadi lebih baik daripada sekarang. [InsyaAllah]. Mula-mula tunggu dekat restoren Mekdi. Aku tak makan Mekdi, jadi tumpang duduk saje di situ. Adik ipar je yang breakfast kat situ.  Lepak je kat Mekdi buat macam lepak kat Kedai Haji Lan kat kampung. Hehehe... Kat dalam, sementara nak tunggu drop luggage, takde tempat nak duduk, maka buat le macam rumah sendir

Keith Foo Dan Izara Aisya Berlakon Bersama

Sejahteralah ke atas kamu... Petang Isnin yang lepas, waktu aku masuk ke simpang masuk ke rumah aku masa nak balik rumah dari ofis, aku nampak ramai-ramai berlonggok kat jalan masuk ke flet tu, sampaikan kereta yang drove depan aku takleh lalu dan terhenti kat tengah jalan tu beberapa minit. Siap ada payung gerai yang macam org jual burger lagi, aku saspek ada penggambaran felem. Rerupanya memang betul ada shooting cuma tak tau le aku filem ke drama ke telefilem ke short film ke. Dari jauh aku nampak macam kenal je sorang lelaki tu. Bila kereta yg kat depan aku tu dah dapat bergerak ke depan, baru aku nampak lelaki tu ialah pelakon Keith Foo. Walaupun aku tak layan drama Ariana Rose, tapi aku pernah tengok beberapa kali drama tu secara sambil lalu [sebab tak follow cerita tu, maka kalau aku tengok kejap2 tu aku tak faham, jadi aku tak amik port la dgn cerita tu. Tapi sempat la aku cam muka pelakon lelaki tu.]. Nampak biasa je bila kat luar. Hensem la laki aku lagi. Muahahaha.

Girls Be Careful. ‘Not So Girl’ Also Should Be Careful

Sejahteralah ke atas kamu.   Artikel ini daripada artikel berbahasa inggeris yang telah aku alihbahasa ke bahasa Melayu mengikut gaya bahasa aku.   Semoga bermanfaat. 1.     1.     Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang wanita jika sewaktu dia ingin menaiki lif berseorangan pada waktu malam gelap dan sunyi kemudian datang seorang lelaki yang mencurigakan nak naik lif yang sama. Cadangan Pakar : contohnya, jika wanita itu ingin ke tingkat 13, sila tekan semua button floor yang lain 12, 11, 10..... sebab boleh membuatkan penjahat tu tak berani untuk menyerangnya jika lif yang berhenti di setiap floor.   Pendapat aku :   tapi aku tak sure jugak penjenayah kat Malaysia ni semua hati kering, jahat bercampur bodoh. Kalau mereka nak buat jahat tu, mungkin dia boleh standby sebelum lif berhenti kat salah satu floor then ragut beg pompuan tu ke. Mana la tahu kan. Jadi cara yang lebih afdhol, elok la jangan keluar rumah dah malam-malam. Kalau terpaksa pun, ajak

Susu Susut

Sejahteralah ke atas kamu.... Masa Luth masuk wad minggu lepas, dia tak makan hanya menyusu. Waktu itu susu aku banyak sampai berlebihan plak. Sehinggakan aku terpaksa pam dan buang susu tu supaya tak bengkak. Agak kufur nikmat aku ni. Bila balik rumah selepas Luth discharged, susu terus kering. Cemas plak aku. Ni la kita ni manusia. Susu banyak salah, susu sikit pun salah. Ada masanya sekarang aku rasa Luth macam kelaparan je bile waktu malam sebab tak cukup susu. Sedih aku tahu. Nk bangun masak bubur rasa cam tak logik plak kul 2 pagi nak masak bubur. Aku yang cemas terlebih ni pon mula la nak cari formula milk untuk menampung keperluan Luth. Aku buka majalah Pa&Ma, ternampak iklan susu yang diformulated menggunakan susu kambing, Karihome. Ye aku tau susu ni mahal. Aku pun belum decide apa-apa lagi, cuma sebab aku jumpa iklan tu di awal muka surat. Aku buka website yg disertakan dalam iklan tu. Aku baca sikit-sikit then aku isi borang untuk dapatkan sample. Sehari selepas

Muka Putih, Kaki Hitam

Sejahteralah ke atas kamu...   Biasanya aku pakai stokin hitam bila keluar rumah @ gi ofis. Stokin hitam bagi aku memberi imej elegan[kot-kot perasaan aku je]. Lagi pun biar orang tak terconfuse bila aku pakai stokin warna kulit nanti orang anggap tu warna kaki aku, padahal aku pakai stokin. Bab stokin ni aku agak confuse skit konsep dgn dengan pakai baju ketat. Kalau kita takleh pakai baju ketat sebab menampakkan susuk badan, stokin pun ketat juga, menampakkan susuk kaki. Silap-silap kalau pakai stokin, lagi nampak seksi. Maklumla, nampak bentuk kaki tu dah cantik then kulit plak nampak flawless je kan sebab pakai stokin berwarna sama dengan kulit. So, sebab tu aku lagi prefer pakai stokin hitam. *tapi sepengetahuan aku, kaki ni termasuk dalam aurat yang tak berat, tidak seberat aurat breast, dan anggota kemaluan yang lain. Tapi aku pun tak pasti juga pasal ni. Ada ke aurat berat atau aurat ringan? Huhu.. Tolong jawab siapa tahuk. Tapi sekali sekala, ada juga aku paka

Jom Beli Perfume Di Zalora

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku suka perfume. Banyak jenis dah aku pakai, yang murah jenama Avon atau Cosway juga yang mahal designer brand seperti Burberry, Gucci, Salvatore Ferragamo, Dolce & Gabbana dan sebagainya,   tapi tidak la sampai buat koleksi. Bagi aku, perfume ni salah satu perkara yang penting juga dalam hidup aku. Aku suka berbau wangi sebab aku ni secara naturalnya adalah busuk dan kuat berpeluh, terutamanya sejak badan dah makin berisi ni. Jadi, perfume adalah satu produk yang memang aku perlukan untuk cover bau busuk aku tu. Hahaha. Jangan bgtau orang ye. Ni rahsia. Sebenarnya dah lama aku tak beli perfume. Takde masa nak pergi mall untuk beli barang-barang sendiri. Lagipun perfume lama dulu masih tak habis-habis dah 4 tahun beli. Kalau pergi mall pun laju-laju je untuk beli barang keperluan rumah atau pun keperluan asas anak. Barang sendiri, aku selalu beli online je.  Korang pula bagaimana? Suka perfume ? Kalau sesiapa yang suka wangi