Iklan! Iklan! Sila Click!

20 February 2014

Muka Putih, Kaki Hitam




Sejahteralah ke atas kamu...

 
Biasanya aku pakai stokin hitam bila keluar rumah @ gi ofis. Stokin hitam bagi aku memberi imej elegan[kot-kot perasaan aku je]. Lagi pun biar orang tak terconfuse bila aku pakai stokin warna kulit nanti orang anggap tu warna kaki aku, padahal aku pakai stokin. Bab stokin ni aku agak confuse skit konsep dgn dengan pakai baju ketat. Kalau kita takleh pakai baju ketat sebab menampakkan susuk badan, stokin pun ketat juga, menampakkan susuk kaki. Silap-silap kalau pakai stokin, lagi nampak seksi. Maklumla, nampak bentuk kaki tu dah cantik then kulit plak nampak flawless je kan sebab pakai stokin berwarna sama dengan kulit. So, sebab tu aku lagi prefer pakai stokin hitam. *tapi sepengetahuan aku, kaki ni termasuk dalam aurat yang tak berat, tidak seberat aurat breast, dan anggota kemaluan yang lain. Tapi aku pun tak pasti juga pasal ni. Ada ke aurat berat atau aurat ringan? Huhu.. Tolong jawab siapa tahuk.

Tapi sekali sekala, ada juga aku pakai stokin warna kulit. Kena la rotate giliran stokin yang ada. Kalau aku pakai stokin skin color ni, bila balik rumah, tengok stokin mak aihhh.... berbekas hitam pada pergelangan kaki stokin. Kotoran melekat.  Juga pada belakang tumit dan hujung jari stokin.

Jadi. No wonder girl la kalau ada sesetengah wanita tu, bila kita tengok muka dia putih, tapi tgk kaki gelap. Ni la sebab dia. Sebab tak pakai stokin. Kotoran tiap2 hari melekat pada kaki. Nak pulak kalau jenis yang tak de masa nak sental kaki lebih-lebih waktu mandi. [Biasanya kalo ada anak kecik atau anak ramai, mandi asal boleh je.  Takde dah nak belek diri sendiri satu persatu macam masa bujang dulu. Masa itu platinum bila dah jadi mak-mak.]. Kalau kaki tak bertukar jadi lebih gelap dari muka sekali pun, kulit kaki nampak kering dan berdebu. Girlsss... sila check kaki anda sekarang.

Memang aku akui mula-mula rasa leceh. Sebab nak pakai stokin kena membongkok then kena ulang dua kali, kanan dan kiri. Aku selalu je pakai stokin sambil berdiri. Muahaha. Pemalas aku ni. Cemana aku boleh begitu berazam nak pakai stokin, kisahnya macam ni. Eceh, padahal takde la nak dikatakan ‘kisah’ sangat pun. Hahaha. Aku kalau masa nak masuk kereta, waktu nak langkah kaki masuk kereta tu, kain aku selalu tersingkap sampai betis. Dulu aku tak kisah, tapi lama-lama aku rasa malu orang nampak kaki aku. *biasanya pagi2 takde orang pun kat situ. Tapi saje la nak malu jugak.*. Pastu, aku perasan gak bila kawan aku naik tangga, akan ternampak jugak betis dia sikit. Jadi, aku fikir, aku pon pakai kain macam dia... Aku pun naik tangga. Jadi mesti betis aku pon akan ternampak bila naik tangga. *kita sendiri memang takkan nampak kaki kita waktu kita naik tangga. Sebab pandangan kita dari atas jadi tak nampak pandangan dari belakang. Atau mungkin perut boroi tak nampak kaki. Muahahah.
Jadi... marilah kita pakai stokin untuk menutup aurat. J.

*tolong la... pleaseeee jangan anggap entry ini entry riak. Kalau ko nak cari kelemahan aku dalam blog aku ni, nescaya ko akan jumpa. Ada banyak kelemahan yang aku pamerkan secara tak sengaja dalam setiap entry aku, sikap buruk aku. TAPI, jika ko nak cari yang positif dari blog aku ni.... insyaAllah, kebaikan itu lebih banyak daripada yang buruk.

19 comments:

  1. Bagus apa berstokin ni !.. ala2 x kisahlah orng nak kata nk kutuk apa, KA enjoy je baca.. kalau dah terbabas2 cerita tu,, KA tumpang senyum & kdg gelak aje

    ReplyDelete
  2. Saya belum berstokin lagi, Lyd. Sebabnya... malu pulak nak cakap. Saya ni kalau drive kena kaki ayam. Tak feeling syiok nak menekan minyak ke, brek ke kalau pakai kasut. So bila saya pakai sarung kaki, tetiba bila keluar kereta, hitam alahai sarung kaki saya (Betul kata Lyd better pakai socks kaler hitam selamat sikit...) Nampak cam pengotor aje perempuan melayu terakhir ni padahal muka dah makeup marbeles abis dah... Tapikan saya pun rasa macam perlu nak berstokin dan tutup aurat sebaik-baiknyalah... Ini rambut tutup, tangan nampak sampai ke lengan pulak... Aduhai...

    ReplyDelete
  3. Mekasih atas peringatan lyd. Masiih cuba nak perbaiki cara berpakaian ☺

    ReplyDelete
  4. Saya hanya berstokin sewaktu bermain bola sahaja. Pergi kerja, tak pernah nak lekat stokin kat kaki, asyik hilang sebelah je kerjanya. Haha.

    ReplyDelete
  5. Kalau perempuan yang pergi kerja pakai seluar seperti isteri saya (dia seorang jururawat) agaknya tak payah pakai stokin kot.

    Nota: Saya ingat tadi bila baca tajuk muka putih kaki hitam entri mengenai pencerah muka!!....

    ReplyDelete
  6. InsyaALLAH nak jua pakai stokin setiap kali keluar rumah ni.

    ReplyDelete
  7. Aku pakai socks sbb tak nak kaki melecet...

    ReplyDelete
  8. Citer pasal stoking ni tingat my nenek memang sentaiasa pakai stoking, sampai bila dia nak keluar angkat kain depan umah pun sempat lagi sarung stoking, sampai kadang2 I yang cucu setan ni cakap tak payah la depan tu kejap jer pun.. huhuh.

    ReplyDelete
  9. disebabkan pakai stokin ni la i di jadi bahan cerita tau.. sakit je hati.. pi kja mmg pakai stoking pon sbb dh terbiasa kan dri dulu. rasanya dri zaman sekolah kot dh pakai stoking ni..

    sedey nya hati ni.dorng x tahu pon apa niat sy yg sebenarnya.. suka suka je jadikan stoking sy sbgai isu.. grrrr..

    ReplyDelete
  10. tido mlm pon pkai stoking tau.. muahahaa. dorng je x nmpk..

    ReplyDelete
  11. Sy dulu rajin jugak pakai stokin..ntah camaner bila dok sini lelamer jd malas lak..tetambah bila sy pakai stokin orang dok tengok jer kat kaki sy sy rasa..heheh..
    kat sini ikut mazehabnya kaki tu bkn aurat..ms semayang pun depa tak tutup kaki..ntahlah sy mls nak argue sgt kan hal cam nie takut org lain rs tak sedap..

    ReplyDelete
  12. Entri pasal stokin rupanya.. Apa nak komen eh. Hehe

    ReplyDelete
  13. cerita ringkas pasal stokin tp byk maksud tersirat klu kita amik demi kebaikan..sy tak berstokin keopis..sama macam MD,suka drive berkaki ayam..dh tu sy park kereta jalan dua tiga lgkah dh smp opis..tak sempat kot org nk tgok kaki sy.hehe

    ReplyDelete
  14. wife aku pakai stokin style ninja turtle. hehehe...

    ReplyDelete
  15. pkai stoking kalau berjalan-jalan jauh. tp kalo ke kedai sarung selipar jepun je. pernah la kena tegur dgn husben... keluar tak pakai stoking. huhu...

    ReplyDelete
  16. Akk pakai stokin kat opis jr. Sejuk kaki klw x pakai. Kaler hitam ada kaler skin pun ada.

    ReplyDelete
  17. Akk pakai stokin kat opis jr. Sejuk kaki klw x pakai. Kaler hitam ada kaler skin pun ada.

    ReplyDelete
  18. wnita..brstoking.nmpk kmas dn brgya..dri kcamata.lelaki.bila terpndang.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...