Skip to main content

Posts

Showing posts with the label My Destiny... Mr Storm

Penatkah Dia?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku boleh mengaku yang sekarang fikiran aku dah banyak positif daripada negatif. Apa-apa benda yang terjadi pun, tak kira buruk cemana pun, aku tetap akan cuba memikirkan daripada sudut yang paling positif yang boleh. Biasanya aku berjaya. Cuma sekali sekala yang tak berjaya tu kadang-kadang keluar fikiran negatif yang biasanya memang tak bertempat. Huhu. Minggu lepas Mat Azghul outstation. Tak lama, semalaman je. Aku ni sebenarnya memang tak berapa gembira kalau dia tak ada. Tapi aku redha je kalau dia otstesen. Bagi la sokongan moral jugak walaupun dalam hati memang berat hati [mengada-ngada lebih]. Masa dia takde, aku pulun tengok TV je. Pfffttt... Ada channel baru kat Astro. Channel Lifetime 709. Ada satu siri My Life Is A Lifetime Movie. Kisah benar. Interview dengan orang sebenar yang lalui kisah benar tu. Episod yang aku tengok, kisah pasal sorang lelaki ni dia ada family; isteri yang sedang pregnant dan 2 orang anak sorang laki sorang p...

Separuh Jiwaku Pergi

Sejahteralah ke atas kamu.... Sejak saya hamil, keperluan suami banyak terabai. Bayangkan masa bulan puasa hanya 3 kali saya masak untuk dia. Itu pun sebab dia demam masa tu, saya masakkan bubur dengan lauk sardin. Kuheh..kuheh. Masak sardin pun nak kecah. Kerja rumah pun dia yang buat semua. Baju dia pun kadang2 je saya press-iron, selalunya dia iron sendiri. Dia tengok TV pun sorang-sorang, saya dah tak temankan sbb saya tidur awal setiap hari. Lepas solat isyak je terus tido. Semua ni bukan sengaja-sengaja malas. Tapi bila time loya tu [kebanyakan masa memang loya dan takde tenaga sebab bila makan muntah], nak buat apa-apa pun tak ada mood. Kalo mood ada, tenaga plak takde. Saya tido awal bukan sebab mengantuk pun. Tapi sebab nak lupakan mood loya tu lah. Bila tido dah tak rasa lagi. Saya sedih sebenarnya sebab tak dapat nak berbakti kepada suami. Walaupun suami saya okay je. Dia tu memang okay je memanjang. Heheh. Terharu juga sebab dia tak pernah merungut dan buat semua t...

My Brief Love Story - Video Animasi Untuk Husband Saya

Sejahteralah ke atas kamu.... Hari ni 5 Jun 2012. Semalam 4 Jun adalah ulang tahun perkahwinan saya. :D. Sekejap je dah setahun. Ntah hapa2, baru anniversary pertama pun nak kecoh. Org lain dah 7,8 tahun dah kawen. Tapi takpe la.. Sudah tertulis semuanya untuk saya. Oleh sebab ini adalah anniversary yg pertama, saya dengan husband memang excited la. Kiterang pegi makan kat luar. Tapi saya tak bagi hadiah pun. Suami pun tak bagi hadiah. Saje tanak mula ajar bagi hadiah. Nanti setiap tahun, pening kepala nak fikir hadiah apa. So, nanti kalau rasa nak bg hadiah, boleh bagi la 5 tahun sekali ke. 10 tahun sekali ke. Hehehe. <-- Alasan org kedekut. Sempena ulang tahun perkahwinan kami, saya buat satu video animasi yang memang selenga gila, tak gempak langsung dan bajet nak sweet2 tapi tak sweet pun untuk suami saya. Guna aplikasi free je kat YouTube.  Kalo rajin tengok la ye...

Kit Kat Chunky Itu Untuk Aku Yang CHunky Ini

Sejahteralah ke atas kamu... Boleh ke kalau nak cerita tentang personal sikit? Sikit je. Ala.. boley la..boley la..boley la.. Tengah tengok drama Tentang Dhia petang semalam, tetiba je.... tetiba je tau... tanpa dirancang saya terasa nak makan KitKat Chunky. Nyum. KitKat yang paling saya suka ialah Kit Kat Chunky. Sebab dia gemuk, pastu coklat dia banyak dan wafer dia yang soft tapi rangup. Kalo segigit tu penuh mulut. Coklat susu dia sangat sedap dan sedang-sedang elok, tak keras sgt, tak cair sangat. Bercampur je dengan air liur, macam terus blend dengan baik. Owhhh.. Sedapnya la.... Tapi Kit Kat Chunky tu takde pun kat rumah. Nak kuar rumah semata-mata nak beli Kit Kat Chunky sama je perasaannya macam terpaksa kupas kuaci untuk bagi 100 ekor burung pipit makan. Senang tapi malas. Saya terfikir, nak sms suami saya la untuk suruh dia beli Kit Kat tu untuk saya sebab masa tu En Stormpong saya belum balik lagi. Errm.. tapi takpe la.. bersabor aje la sebab malas nak beriya sangat suh sua...

Orang Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu... "Orang lelaki ni suka minum air. Kalau kamu jadi isteri, kamu perlu selalu bertanya kepada suami, "Nak minum tak?". Lelaki suka dilayan begitu.". Pesanan itu saya dengar semasa saya masih belajar di kolej. Lecturer saya yang pesan. *lecturer itu adalah lelaki dan beliau adalah seorang ustaz. Saya tetap ingat pesanan itu walaupun bila dah kawen, tak plak selalu praktikkan. Daripada pemerhatian saya yang baru je 2 bulan kawen ni..... Lelaki ni, dia nampak tak kisah kalau kita tak masak untuk dia, tak buat air untuk dia, atau tak layan keperluan perut dia, tapi dalam hati dia sebenarnya saya rasa dia kisah. Mungkin dia tak pernah merungut, atau tak pernah mengaku kalau kita tanya, "Awak marah ke kalau saya tak masak?". Mesti dia akan kata, "Tak marah la. Saya tak kisah pun kalau awak tak masak. Asalkan ada awak dalam hidup saya.". Mungkin dia memang tak marah pun, tapi kalau kamu offer diri untuk buat semua tu untu...

Wordless Thursday

En Stormpong bagi. Haha. Hahaha.. Suka nak melawan. Orang buat wordless wednesday, saya buat Thursday tak berdosa kan? Kan? [Tapi ini dah bukan namanya Wordless. Sebab dah ada taip juga walaupun pendek je. ]

Petang Ini...

Petang ini... Saya nak pergi jogging with my hubby Sebab beliau nak exercise setelah demam Tapi saya mesti akan semput selepas berlari 10 langkah Takpe,.... Saya tergedik-gedik je la kat taman tempat jogging tu Kalo penat saya relax la tunggu kat kerusi Sambil tengok beliau berlari sorang-sorang Atau pun kalau beliau gelakkan saya sebab saya semput Saya balik umah je masak asam pedas. Weeehuuu...

Warning : Entry Yang Bosan Giler. Tak Baca Pon Takpe.

Sejahteralah ke atas kamu.. Suami saya demam... Semalam dah demam tak pergi keja. Tengahari semalam saya balik rumah waktu lunch untuk masak sup ayam untuk beliau. Malam tadi, saya lap badan beliau dengan towel lembab, pastu massage the whole body. Pastu sejuk la kejap badan beliau. Saya siap beli cool fever untuk beliau. Dalam sepeket tu ada 2 sheets. Pastu saya pun teringin nak pakai, so saya pakai le satu. Heheheh... Melampau plak rasanya. Orang yang demam tu suhunya naik balik bila tengah malam sampai ke pagi.. Huhuhu.... Rasa mcm nak nangis. Itu baru husband yang demam. Belum anak lagi yang demam. Pagi tadi sebelum saya pegi ofis, badan husband saya lebih panas daripada semalam. Semalam walaupun demam, beliau masih lagi boleh bangun pegi tepi tingkap untuk babai saya. Pagi ni beliau langsung tak larat nak bangun untuk babai saya kat tingkap. Huu..huuu... Tengahari ini... saya nak balik rumah, nak bawak suami saya pegi klinik... Yang susahnya, beliau memang takkan makan ubat hospit...

Perasaan Menjadi Seowang Istewi [Tetibe pelat KL gedik]

Sejahteralah ke atas kamu... Sementelah bos aku tak ada ni, aku rasa rindu plak sebab semalam pun seharian tak nampak bos sebab aku MC [*uihh... tapi statement ni bahaya. Kang org salah faham ingat aku ader scandal dgn bos. Atau mungkinkah ayat ni adalah ayat sarkastik dalam masa yang sama.]. Abih tu aku ingat kalo bos baca entry aku ni, beliau nak bagi aku markah lebih ke. Tidok le ada maknanya. Jap, nak gi toilet. Ada urusan jap. Ngeee.... Ok... Dah selesai. Sambung balik cerita saya yang terbest di alam fana cintamu ini. Jadi isteri, apa bezanya dengan jadi bujang? Erm.. Kawan-kawan yang dah lama berzaman mendirikan rumahtangga mesti tak berminat nak baca lagi, sebab mereka dah lama lalui benda-benda ni. Dalam hati mungkin berkata, "hek eleh.. macam ko sorang je yang kawen. Org lain pun kawen jugakkkk weii...", atau pun mungkin yang berkata dalam hati, "kesian... benda ni ko baru nak rasa... aku dah rasa lama dah.. muehehehehehehe", sambil gelak jahat seperti Mat...

Ikan Kerisi Bakorrrrr.....

Sejahteralah ke atas kamu,... Menu makan malam untuk suami saya semalam ialah Ikan Kerisi Bakar bersama Air Asam. Resepi itu saya kelepet daripada blog Resepi Rahsiaku . Takde la susah pun nak masak makhluk Allah yang sekor ni. Yang penting, buat sambal dia berasingan. Masa nak bakar tu, lumur sambal pada ikan dan sumbat je dalam oven. Bakar le sampai terbakar sirip ikan tu. Suhu dia plak, saya main pulas je... 170 darjah Fahrenheit gamaknya. Kehkeh... Ikut sedap hati je nak setkan suhu dia. Janji, ikan saya masak. Yang canggih skit tentang resepi ni, ialah sambal itu perlu ditambah sedikit santan. Tapi malangnya semalam, saya hanya guna santan serbuk untuk dimasukkan ke dalam sambal itu. Membuatkan rasa sambal tu mcm terasa sangat kelapa kering, tapi suami saya makan beriya semacam je beliau kata sedap. *terpaksa la bagi motivation kat saya kan? Kalau moral down kang, saya putus asa plak nak memasak utk beliau lagi. Kekeke.* But to be honest, the taste was not bad lah. Apsal ...

Sweet Kan?

Sejahteralah ke atas kamu.. Saya belikan selipar rumah ini untuk En Stormpong. Sebab saya ada juga selipar begini warna hitam dan ada buah strawberry pada talinya. Pastu En Stormpong kata beliau nak jugak pakai selipar dalam rumah. Jadi, semalam, saya belikan juga untuk beliau satu. Saje je beli yang ada love-love. Comel skit. Beliau layan je. Kekeke... Sebab beliau memang rajin melayan saya.

Menu Semalam

Sejahteralah ke atas kamu... Daging Masak Lada Hitam. Itu adalah menu dinner untuk suami saya semalam. Tak lupa juga, broccoli rebus yang direbus menggunakan air rebusan daging. [Ada rasa garam dan asam keping]. Kalau nak tau, ini adalah pertama kali saya masak lauk daging black pepper ni. Sebelum masak tu, perasaan 'takut tak sedap' tu menghantui fikiran. Yelah.. Saya beli lauk yang nak masak untuk hari tu, pada hari yang sama. Kalau tak jadi, saya takde back up lauk lain dah. Di pejabat petang semalam, saya dah tanya Org Kg Baru, mcmn nak masak lauk tu. Lepas dijelaskan berjela-jela... Saya faham, tapi tak yakin lagi bleh masak ke tak. Last-last petang lepas balik ofis semalam, saya tepon mak saya jugak utk mengonfirmkan lagi teknik-teknik masak daging black pepper. [Adoii.. mak aiihh... Masak daging blek peper je pun. Tapi kecoh satu networking. Koman spanar jugak la aku ni... huhu.. tapi takpe.. tak reti, buat cara tak reti kan?]. Lepas mak saya dah cerita, baru le saya yak...

Sate Goreng Udang

Sejahteralah ke atas kamu.. Seperti yang telah saya rancang semalam... Saya masak udang sate untuk En Stormpong. Walaupun saya dah tahu beliau balik rumah awal pagi. [Semalam beliau sampai rumah jam 2 am, dah masuk hari baru pun.. huhu]. Saya plak memang sengaja tunggu beliau sambil memproses taik mata. Tak larat woo, kalo nak berjaga sampai jam 2am. Lagipun En Stormpong dah suruh saya tidur terlebih dahulu. Saya pun apa lagi. Memang saya suka. Kekeke. Sate goreng udang itu, saya tak amik gambar. Malu wei.. Sebab portion masakan itu kecik je. Maklumlah... masak hanya utk seorang makan. Rasanya masa beli udang tu pun saya dah kira dalam 20 ekor je. Lepas masak, saya makan 5 ekor. Selebihnya tinggalkan utk suami. Yang penting rasanya sedap. Hahaha.. perahsantan sungguh diriku ini. Sayur pula, park choy rebus.. tapi sedap tau... sebab saya perisakan sayur tu dengan air rebusan kepala udang. Simple je. Sebenarnya saya nak masak broccoli utk suami saya, tapi kedai feveret saya tutup plak se...

Tak Penting, Tapi Nak Jugak Citer

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sengaja je saya buat entry pendek-pendek cenggini untuk memenuhi quota entry bagi bulan June. Dah 15hb, tapi entry bagi bulan Jun ni hanya ada 4 je. Mana cukup. Saya target, satu hari satu entry. Ini dah missed berapa belas entry dah. Huhu... Semalam saya masak telur goreng sambal je kat suami saya, En Stormpong. Dengan kacang panjang goreng moron. [Maksud dia... goreng bodo-bodo je.]. Malam sebelum tu, saya dah masak lemak cili api telur. Haihh.. Asyik bagi suami saya makan telur je. Habis le kentut bau telur kang. Huhu.. Tapi takpe, saya jugak yang kena bau. Telur goreng sambal dgn kacang panjang tu, beliau sendiri yang request. Dan beliau pesan kat saya, jangan buat pedas sangat. Erm.. Ok. Dealed. Petang semalam, sampai je kat rumah saya terus bersilat buat preparation untuk memasak. Saya sediakan semua bahan-bahan memasak itu dengan penuh cinta dan kasih sayang tau,... Semasa saya gunting cili kering untuk dikisar menggunakan blend...

Tudung..

Sejahteralah ke atas kamu.. Tadi, semasa bersiap pegi ofis, En Stormpong tengok je saya bersiap. Pastu beliau tanya "Syg tak mau ke pakai tudung yang macam orang-orang sekarang pakai?" [Maksud beliau tudung Syria, tudung awning, tudung selendang belit-belit dan seumpamanya]. So, saya tanya balik, "Kenapa? Baby nak suruh syg pakai tudung macam itu ke? Boleh je...". Pastu laju je beliau pangkah, "Eh.. Jangan-jangan... Tak cantik. Biar je pakai tudung macam ni."[tudung bawal yang ketinggalan zaman ni.. huahuahua.. Walaupun ketinggalan zaman, tapi takpe la... aku setia. ecehwah.] Makaaaaa.... Jangan ada lagi yang kata saya ketinggalan fesyen sebab pakai tudung bawal. Saya suka. Tapi kalau En Stormpong suh saya pakai tudung semasa tu pun saya sanggup je pakai. Takde masalahpun bagi saya. :)

Buat Aku Tersenyum..

Sebenarnya bukan tersenyum dah.. Tapi gelak besar pun. Ada orang tu... Saya mengadu kat dia "Awak, semak betul otak saya.." pastu dia jawab, "Tenang-tenang je... Jangan la semak...nanti keluar daun kat telinga..".... Masa tak faham tu rasa mcm nak marah... Tapi bila dah faham... hahahah.. Aihh.. En Stormpong ni.

Kad Kawen

Sejahteralah ke hatas kamu. Kad kawen saya dah siap. Baru je terima bungkusan yang diposkan kelmarin. Erm... Tapi kad kawen saya biasa je. Tak gilang gemilang pun. Tapi saya suka. Sebab En Stormpong yang pilihkan. Cuma saya tak pasti, bila sepatutnya kad-kad tersebut boleh diedarkan kepada kawan-kawan? Saya takde experience la. Jadi, bantulah saya Kak Sri Diah. Huhu...

Dugaan Membuat Bunga Telur

Sejahteralah kamu. Merana boss saya kalo tau anak buah dia ni asyik menaip blog je kejanya. Kehkeh.. Tapi takpe la.. entry ni pendek jek. Nak cite pasal bunga telur. Tgk tajuk entry pun mesti tau kan? Kalau kamu masih ingat, saya pernah cerita yang saya sekarang ni dalam usaha nak buat sendiri bunga telur untuk majlis kawen saya nanti. Bukanlah perkara yang hebat sgt pun. Biasa2 je. Malah kalo beli sendiri pun lagi senang. Nak yang murah, yang mahal, yang sederhana harganya berlambak je kat Jln Tar/Jln Masjid India. Tapi saje, suka... Rasa gembira dpt buat sesuatu untuk my happy beginning. :) Bunga telur yang saya nak buat tu saya gunakan kertas crepe. Lepas dah beli mcm 10 keping, then saya potong-potongkan[utk buat kelopak bunge]... tetiba saya kira-kira mcm tak cukup je untuk buat 100 bunga. So, saya ingat nak cuba jimatkan kertas tu nak potong kecik2 skit supaya tak perlu pegi beli lagi. [Huuu...huuu... malas gile nak pegi Jln TAR bersesak-sesak, semata-mata nak beli lagi 5 keping...

My Wedding Theme...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Dengan gewdiks nye saya nak mengumumkan bahawa tema majlis perkahwinan saya nanti adalah.... errkk... Bunga Poppy. Serius ni. Tak tipu. Bunga poppy ni adalah bunga tema untuk perfume 'Flower by Kenzo'. Kaler merah. Dah lama saya suka dgn bunga ni selain bunga tulip. Sebab saya suka bunga yang simple tapi elegant. [Elegant kewww??? Wuuhuuhuuu...tak kuasa nak layan.] Cool kan mereka? Tak menahan tu.. Pilih bunga poppy. Seolah-olah macam saya dgn Mr Storm adalah penagih dadah tegar sampaikan nak jadikan bunga poppy sebagai tema majlis perkahwinan. Giler lah! Tapi dah suka, apa nak buat. Yang penting, saya baru je bitau En Stormpong pagi tadi. Itu pun by email. Hehehe... Tapi kalo beliau tak setuju pun, saya buat jgk. Sebab ini utk kenduri kt umah saya... Kalo beliau nak tema lain, tunggu masa kenduri umah beliau la kan?

Untuk Awak,...

Awak... Saya tujukan kata-kata ini khas untuk awak... May you never steal, lie or cheat. But if you must steal, steal away my sorrow... If you must lie, lie with me all the nights of my life.. And if you must cheat, Please cheat your death... Because..... I couldn't live a day without you.... I love you, my love. Mesti korang menyampah nak baca jiwang karat-kerot aku nih. Ngeh2. Sila la muntah jika mahu. Ada aku kesah. Lagi satu, hahahah... jgn nak berangan tunang aku hensem + macho + tough mcm model D & G tu. Kehkeh.