Iklan! Iklan! Sila Click!

26 August 2011

Orang Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu...

"Orang lelaki ni suka minum air. Kalau kamu jadi isteri, kamu perlu selalu bertanya kepada suami, "Nak minum tak?". Lelaki suka dilayan begitu.". Pesanan itu saya dengar semasa saya masih belajar di kolej. Lecturer saya yang pesan. *lecturer itu adalah lelaki dan beliau adalah seorang ustaz. Saya tetap ingat pesanan itu walaupun bila dah kawen, tak plak selalu praktikkan.

Daripada pemerhatian saya yang baru je 2 bulan kawen ni..... Lelaki ni, dia nampak tak kisah kalau kita tak masak untuk dia, tak buat air untuk dia, atau tak layan keperluan perut dia, tapi dalam hati dia sebenarnya saya rasa dia kisah. Mungkin dia tak pernah merungut, atau tak pernah mengaku kalau kita tanya, "Awak marah ke kalau saya tak masak?". Mesti dia akan kata, "Tak marah la. Saya tak kisah pun kalau awak tak masak. Asalkan ada awak dalam hidup saya.". Mungkin dia memang tak marah pun, tapi kalau kamu offer diri untuk buat semua tu untuk dia, kamu boleh tengok airmuka dia sangat happy.

Mcm suami saya sendiri, dia tak pernah minta atau request untuk saya buat apa-apa untuk dia. Maksud saya request macam, "Nak makan jemput pisang la.. pegi buat jap". Atau, "tolong buat air Vico jap syg". Tak pernah. Kalau request tolong amik henfon sebab dia malas nak bangun tu biasa le.[baby, i'm sorry.. citer pasal rumahtangga plak kat public... huhu...Ni untuk pengajaran je bagi yang tak tau.].

Mula-mula dulu, saya selalu la offer untuk buat air atau hidangkan makanan, bawak depan muka dia. Tapi, bila dia nampak macam tak kisah... Saya pun macam terus jadi alpa. Saya dah tak offer dah nak buat air ke, nak hidangkan makanan lagi selepas masak. Pandai-pandai le dia bawak diri dia. Tu kan umah dia.

Tapi pagi tadi, waktu sahur... tetiba saya tergerak hati nak tanya dia, nak minum air panas tak?[*biasanya minum air kosong je]. Masa dia dengar soalan tu, saya tetiba je dapat tangkap airmuka dia macam happy sangat. Terus je dia cakap nakkkkk.... So, faham kan maksud saya?

Saya ingat dulu suami saya pernah cakap, "Mana ada lelaki yang tak kisah kalau isteri dia tak masak. Mesti kisah punya. Cuma sama ada dia cakap or complaint atau tidak je.". Walaupun saya tau kalau saya tak masak, atau tak sediakan pengisi perut untuk dia, dia takkan marah atau merungut serta takkan request.. Tapi saya juga tahu jika saya lakukan semua tu untuk dia tanpa disuruh, dia akan sangat gembira. :)

2 comments:

  1. suami akan gembira kan kalau kita tanya nak apa2...so slalu2 la tya kan..hehheeee...

    ReplyDelete
  2. tetibe rse berdosa lak kt laki aku, sian kt dia, dh la dpt istri x berape cun, pas tu x pandai msk pulak tu, ble la aku nk berubah ni....

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...