Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips...Tips...Tips....

Aplikasi Shopping Online Yang Paling Aku Suka

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku yakin, sekarang ni, boleh dikatakan semua orang dah suka membeli belah melalui Online. Kalau ada yang masih belum terjebak tu, aku ucapkan tahniahlah kepada dia. Syabas bettey! Siapa sangka, Pejabat Pos kembali sibuk selepas pernah mengalami kemerosotan apabila e-mail dan SMS mula digunakan secara meluas dan orang dah semakin jarang pos surat guna setem. Sekarang Pejabat Pos dah bersinar kembali. Aku rasa terharu. Eh. tetibe. Padahal aku takde kaitan pun dengan Pejabat Pos. Terus, aku nak mengaku bahawa aplikasi shopping online yang paling kerap aku gunakan ialah Shopee. Sebelum Shopee, Lazada. Lazada aku banyak beli barang-barang besar seperti rak, almari, kerusi dan peralatan rumah (iols rakyat marhaein, beli perabot pun online je.) Shopee pula, aku banyak beli make up, baju cap China walaupun kat tajuk tulis Korean Style, tapi sebenarnya datang daripada China. Sama macam tasbih yang dijual di Mekah tu. Ko faham kan? Kan mula-mula ak...

Intipati Ceramah Ringkas: Raising Gadget Kids

Sejahteralah ke atas kamu... Aku sempat mendengar satu cemarah ceramah keibubapaan di bangunan UEM, selang satu blok dengan ofis aku ni. Agak menarik tajuknya. Dan isinya memang menarik, cuma terlalu ringkas untuk satu topik yang besar seperti itu. Hanya 45 minit termasuk pengenalan diri penceramah, tentang isteri penceramah dan juga 6 orang anak mereka. Juga termasuk selingan-selingan yang tak berapa ada informasi sangat. Tapi setakat mana yang aku sempat tulis, yang ini je la isi penting yang boleh aku share dengan korang. Harap bersabar. Penyampai : En Fadhli & Pn Jamilah. 1:  Don't Compare. Kita dah biasa dengar atau baca tentang parenting guide yang mengatakan, 'JANGAN SESEKALI MEMBANDING-BANDINGKAN ANAK'. Jangan membandingkan tu tidak kira dengan sesiapa pun, sama ada kawan-kawan atau adik beradik yang lain. Contohnya kalau anak tu malas bangun pagi untuk pergi sekolah, kita stress, jadi kita pun dok kata kat anak, "Nape la kau ni liat benor ...

Cara Paling Mudah Dan Selamat Menyembuhkan Batuk, Percuma Pulak Tu.

Sejahteralah ke atas kamu.... Bila batuk, kita pasti akan rasa tension yang amat. Batuk ni menyakitkan dada dan tekak serta kadang-kadang otot perut pun boleh cramp sebab batuk yang bertubi-tubi. Dah la tu, bila batuk pulak bunyinya menakutkan orang-orang sekeliling. Dah gaya macam nak mati sangat dah cara batuk tu. Kanak-kanak yang terdengar kita batuk boleh menangis sepanjang maghrib sebab ingatkan jin tengah jerkah dia, padahal bunyi mak dia batuk. Lagi menambahkan stress bila dah macam-macam ubat dah kita telan. Ubat hospital dah berbotol-botol habis. Dengan botol-botol ubat skali telan pun tak baik jugak batuk. Beli ubat kat farmasi lagi macam-macam jenama. Kemam lozenges lagi.Semua tak mujarab. Tak cukup dengan ubat moden, petua-petua lama pun semua dah cuba. Lemon, limau nipis, limau kasturi, limau bali, limau mandarin [eh limau mandarin hanya menambahkan batuk] segala jenis citrus dah try sampaikan lemon grass pun kita kunyah. Campur pulak dengan madu lebah. Sedangka...

Cara Simpan Lauk Mentah Dalam Tempat Beku/Freezer

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku dapat teknik rebonding baru untuk simpan lauk mentah dalam bahagian beku iaitu dengan pek siap-siap mengikut portion untuk sekali masak. Macam ini; Ni je lauk yang ada dalam freezer aku. Cukup la untuk seminggu. Setiap satu peket tu untuk sekali masak. Dalam peket tu ada 4 ketul bahagian ayam. So, nanti bila aku nak masak, aku ambil je sepeket, rendam dalam bekas berisi air, kejap je dah cair.  Sebelum ni, aku tambunkan semua sekali dalam tupperware besar. Bila aku nak masak, aku perlu defrost kan semua sekali ayam dalam tu, then lepas ambil beberapa ketul yang aku nak masak tu, selebihnya aku bekukan balik.  Aku ada instinct yang membisikan di telingaku bahawa teknik membeku, mencair dan membeku semula tu adalah kurang elok untuk kesegaran dan nutrisi ayam tu. Dia macam ni, ko bayangkan ye... bila ko defrost ayam yang tengah beku tu, bacteria dah mula membiak dan mula men'digest' daging tu bila daging tu dah tak beku. K...

Teknik Setup Tempat Tidur Dalam Kereta

Sejahteralah ke atas kamu.... Balik kampung, jauh, perjalanan 4 jam. Nak riba si anak yang dah tak berapa ringan tu hoiihhh, naik kematu lengan siku bahu semua. Sebagai penyelesaiannya, moh le kita pindah duduk kat seat belakang. Anak baru sorang ni boleh la bermaharatuleha kat dalam kereta kan... Nanti anak dah sepuluh [amboi ramainya], baru ko tahu kereta tu kecik ke besar. Dok belakang, aku sendal beg balik kampung kat ruang antara seat pemandu dengan seat belakang. bagi dia rata, then alas dengan SPORT TOTO. Ceraaaaaaaah masa depan. Lena kemain anak aku dengan aku-aku sekali tidur kat belakang. Suami aku la yang drive sorang-sorang. Syukur la dia tak kisah aku nak dok belakang. Kalau diikutkan aku lagi suka dok depan temankan dia memandu. Tapi sama-sama give and take la kan. Bukan saje-saje nak berlagak diva dok kat belakang. Aku bukan Datin Seri Rosmah. Waaaahh... gitu contoh... Takkan hilang rasa cinta dan rasa hormat kalau isteri duduk di belakang. Takkan berubah haki...

Meredakan Stress Tanpa Perlu Ke Salun

Sejahteralah ke atas kamu... Aku nak kongsi cara aku meredakan, melegakan atau menghilangkan stress. Aku tak pastilah yang aku rasa itu stress ke bukan. Kalau nak kata kerja kat ofis banyak, memang mustahil. Stress sebab suami pun memang takde la. Pasal anak nakal pun buat masa ni belum lagi. So, aku anggap je la stress aku bersamaan dengan penat. Biasanya bila aku guna teknik ni, memang aku rasa release, lega dan hilang penat. Caranya ialah dengan mandi. Mandi bukan sebarang mandi. Mandi datang dari Melaka. Pertama, perlu pastikan mandi guna air biasa, bukan air suam yang guna water heater. Maksudnya air sejuk la. Bukan sejuk yang dalam peti sejuk tu, i mean sejuk biasa la. Hah oklah aku anggap je la ko dah paham. Lagi bagus kalau guna getah paip berbanding shower yang macam air ujan tu. Tapi kalo takde getah paip, mana-mana pun boleh la. Kedua, tundukkan badan dalam posisi rukuk. Kemudian biarkan air paip tu mengalir dari tengkuk ke seluruh tulang belakang tanpa henti s...

Cara Nak Atasi Tumit Pecah, Tapi Malas Nak Sapu Losyen

Sejahteralah ke atas kamu..... Sila maklum bahawa maksud ‘tumit pecah’ di sini adalah disebabkan rekahan kulit kerana sel kulit mati yang terlalu tebal dan bukannya tumit pecah sebab terpijak kulit durian atau dipukul gangster di bahagian tumit [ada ke gangster belasah orang kat tumit? Kehkeh.]. Rasanya ramai orang pernah mengalami hujung tumit yang merekah, mungkin kerana kulit terlampau kering atau sebab banyak pijak tempat keras tanpa melapik tapak kaki. Ayat contohnya, pijak lantai simen, tak pakai selipar tumit kaki pun terbelah. Lagi pun bila kulit tapak kaki kering, mudah bacteria nak singgah menginap dalam pakej berkerja sambil bercuti kat tumit kaki tu. Bila dah ada bacteria tu, makin la bertambah ngeri rupa tapak kaki kamu nanti. Saya mengaku, kadang2 ada time tumit saya pun ada rekahan jugak. Tapi saya ni memang super malas nak bergelumang dengan losyen. Kalau beli losyen, masa mula-mula beli je bersemangat besi waja aluminium nak sapu. Sebab baru dapat kan, memang macam tu....

Apa Itu SEO Entry Di Dalam Blog

Sejahteralah ke atas kamu. SEO itu adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Bermakna, entry yang kita tulis di dalam blog kita, telah dipilih oleh enjin carian[search engine] seperti Google atau Yahoo untuk dipaparkan di muka pertama hasil carian [search result] menggunakan kata kunci [keyword]. Paham tak? Paham tak? Tak faham-faham lagi? Ok macam ni... Biasanya kalo kita nak cari maklumat apa-apa di internet, kita akan gunakan Search Engine kemudian taipkan keyword yang kita cari tu. Contohnya, saya ingin tahu tentang SEO itu sendiri. Maka, saya taipkan 'apa itu SEO entry' di kotak carian Google. Bila saya click 'Search', akan keluar senarai di muka pertama result. Contoh seperti ini; Jika kamu perhatikan, website yang dapat menduduki tangga kedua teratas adalah blog HazrilHafiz Secara tak langsung, itu telah menjelaskan bahawa entry yang dibuat oleh En Hazril Hafiz adalah entry SEO. SEO adalah tentang mendapatkan ranking 10 webpage yang pertama disenaraikan...

Saya Dah Blogwalking, Tinggalkan Jejak Tetapi Orang Yang Saya Follow, Tak Follow Saya Balik

Sejahteralah ke atas kamu... Biasa tak mengalami situasi seperti tajuk di atas? Saya sangat-sangat biasa mengalaminya. Saya pun tak sure, kenapa pemilik blog yang telah saya follow, susah sangat nak follow saya balik. Kalau mereka singgah balas, mereka tak follow. Hanya sangat sedikit yang follow balik. Saya perhatikan, blogger lelaki akan cepat follow balik orang yang follow dia. Walaupun mungkin tahap dia dalam dunia blogger ni dah tahap menteri kabinet, tapi mereka tak cepat berlagak diva. Biasanya blogger pompuan la yang selalu berlagak diva ni. [Jangan sentap. Jangan sentap], sebab perkataan diva pun memang sesuai untuk pompuan kan? *Saya katakan 'BIASA' ye. Bukan semua blogger pompuan begitu. Saya pun pompuan apa. :) Ok, ketepikan seketika tentang blogger mengikut jantina ni. Jom cerita tentang blogwalking. Betul ke blogwalking ni boleh meningkatkan jumlah follower? Kalo betul, kenapa daripada 20 blog yg kita singgah, hanya 2 follower yg kita dapat. 2 orang follower tu pl...

Kenapa Pompuan Dah Kawen Malas Melaram?

Sejahteralah ke atas kamu... Melaram = Bergaya berlebih-lebihan. Pompuan semasa bujang atau zaman anak dara selalunya kemain lagi melawa, melaram pakai vouge-vogue. Bila dah kawen je, terus dah tak heran nak berpenampilan menarik. Kalau masa bujang mekap tebal, lepas kawen terus muka bogel je tanpa mekap. Kalo masa bujang perfume tukar-tukar, banyak jenis, pastu spray semerbak satu badan, bila dah kawen bau original je yg tinggal. Baju plak, kalo masa bujang... mana pernah pakai baju yang sama dalam masa sebulan tu. Rotation baju untuk sampai ke baju yg sama tu amik masa 3 bulan. Punya la banyak baju dia. Tapi bila kawen, baju yg sama jeeee... Balik-balik itu. Balik-balik itu. Bukankah sepatutnya selepas kawen pompuan perlu terus kekalkan penampilan? Perlu terus bergaya?? Baru la suami bangga dapat isteri macam kamu. Errm..dulu, saya selalu fikir mcm tu. Saya selalu berazam untuk sentiasa berpenampilan menarik selepas kawen. Tak mau jadi stereotype, asal nama isteri orang je, terus da...

Favicon = Favorite Icon

Sejahteralah ke atas kamu... Perasan tak icon bunge matahari kat seblah tajuk blog saya di title bar kat atas skali tu. Sila rujuk gambargajah di bawah. Favicon itu adalah yg di dalam bulatan merah. Favicon ini kalau nak adakan ke dalam blog senang aja donk! Sila cari image yg berformatkan .gif. Lepas tu pergi ke Design. Click Edit di kotak 'Favicon'. Bila kuar kotak browse file tu, apa lagi. Cari le file yg kamu ingin jadikan Favicon itu. Kendian save. Pastu resfresh. Pastu.... Tadaaaa.... Blog kamu semakin elephant elegant.. Kalau nak favicon free, bleh cuba dapatkan di http://blog.econsultant.com

Tips Membeli Kereta, Ikhlas Dari Yang Tak Pandai Tentang Keta. Huhu.

Sejahteralah. Ingat lagi tak dengan Abg Azam? Sape yang tak ingat, sila baca entry Two Versions of A Same Story , tu pun kalo rajin. Kalo malas takpe la.. saya bitau jgk le. Abg Azam tu tokey workshop yang repair keta saya 2 hari lepas. Sementara tunggu keta saya siap dibaiki oleh Abg Azam, saya buat-buat la mesra pengguna dengan menanya soklan bertubi-tubi dan sebanyak mungkin kat Abg Azam. [Ceh, padahalnya, saya tanya satu je, Abg Azam jawab 60, pastu tak berenti-henti cite pasal sejarah diri dia.] Mula-mula saya tanya, "Dah lama ke abg jadi mekanik? Sebelum ni keja kat mana?". Haaa... Soklan cepuk-dahi itu, telah membuka banyak cerita. Dia cerita, dulu dia mekanik kat Citroen. Dia start pun mmg sejak habis skolah. Mula-mula ayah dia nak hantar dia ke tempat org2 belajar nak jadi foreman. Tapi makcik dia yang keja kat Citroen kata, takyah le buang duit belajar kat kolej, baik ikut dia masuk Citroen dan bleh keja sambil belajar. Maka, dia pun mula dari bawah sampai le jadi m...

Petua Untuk Kulit Wajah Yang Licin Dan Halus

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Untuk makluman : Kulit muka orang yang menaip entry pun bukannya halus dan mulus mana pun. Berkerak juga. Mungkin sebab dia tu pemalas. Jadi, jangan jadikan dia sebagai benchmark untuk kecantikan. Tip Pertama : Bomoh resdung kata, kalo nak hilangkan jerawat, kena kawal pemakanan kita. Ada banyak punca terjadinya jerawat. Salah satunya dan yang paling tipikal adalah disebabkan oleh resdung. So, menurut beliau lagi ,makanan yang perlu kita berpantang ialah AYAM. [Pantang makan tau, bukan pantang jumpa]. Diulang, AYAM. Tak kira la ayam tu masak macamana. Rebus ke, goreng ke, kukus ke atau bakar. Asalkan nama dia ayam, cuba la elakkan makan ayam [kalo dia tipu, maka tipu la saya ye. So, jgn salahkan saya. Saya hanya kongsi fakta yang saya tau saje.]. Tapi Ayam Brand Sardin masih boleh makan. Jgn risau. Kehkeh... Kenapa ayam? Tak lembu atau kambeng gurun atau arnab? Menurut bomoh resdung yang lokasinya di Melaka, hama resdung tu berasal da...

Cara Untuk Mendapatkan Duit Melalui Internet

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sengaja je buat entry yang saya tau ramai orang Google untuk dapatkan maklumat tentang nak dapatkan duit lebih melalui internet ni kerana saya tahu salah satu caranya... [Heheheh... Gelak dgn nada berlagak...] Kamu boleh menambahkan pendapatan dengan membuat survey secara online atau dalam Bahasa Melayunya, kaji selidik di atas talian or... what ever. Caranya mudah saja... masukkan 4 cawan air ke dalam periuk dan masak di atas api yang perlahan... Ok...ok.. Serius. Kamu taipkan keyword 'Online Survey' di search engine [Google atau Yahoo atau Yabeda Bedu.. mana2 je yg kamu suka]. Atau kalau nak lagi specific lagi, taipkan 'Online Survey Malaysia'. Then nnt akan keluar la beratus-ratus senarai syarikat yang menawarkan kaji selidik berbayar secara online [surveyhub] seperti Survey Head, Global Test Market dan lain-lain... Bagaimana kaji selidik ini berjalan? Konsepnya macam ni.... Syarikat-syarikat besar atau kecil yang i...

Wanita Sempurna Untuk Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Menjadi wanita yang sempurna untuk lelaki kedengarannya seperti agak mustahil... Kerana mungkin kita merasakan bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah. Tapi percayalah.. perkara ini bukanlah mustahil. Menjadi sempurna untuk seseorang, bukan bermakna kita perlu jadi yang tercantik, yang terbijak, terkaya, terpandai masak, terajin, tersuka mengemas rumah, terhangat di pasaran dan ter'bla-bla'. Tak semestinya semua tu diambil kira. Kalau tidak, kenapa kita masih lihat wanita yang cantik, baik hati, alim, dan terbla-bla masih ada yang ditinggalkan oleh lelaki? Sedangkan semuanya tentang dia sudah cukup baik berbanding ramai pompuan yang 'ntah hapa-hapa' di luar sana tetapi dapat memikat ramai lelaki. Kenapa ye? Yang paling utama, ialah perangai. Akhlak itu memang satu hal., penting dan tiada kompromi. Tapi yang lebih penting bagi lelaki, ialah mereka perlukan wanita yang sentiasa suka dengan apa...

Cinta Sejati vs Cinta Palsu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Eleh... Ye ke cinta sejati? Atau pun semuanya palsu? Haaa... Jawab! Jawab! Uihh... Tapi mcmn nak tau cinta kamu itu cinta sejati atau tidak? Agak mencabar juga kalo kita sendiri nak menilai cinta yang kita rasa terhadap pasangan kita itu sama ada cinta sejati atau cinta palsu. Tapi biasanya mesti la kita rasa cinta kita tu sejati, ye tak?Ok... Sila jangan syok sendiri dahulu. Baca ni, kemudian baru buat penilaian sendiri tentang hubungan kamu bersama si dia yang tercinta... :) Jika cinta itu palsu, kamu akan..... menganggap pasangan kamu itu hebat, paling sempurna padahal dia sebenarnya biasa je. Bahkan di mata orang lain pasangan kamu tu agak 'hancho'. hanya fikirkan tentang keperluan diri kamu , apa yang kamu mahu, dan segalanya perlu mengikut kehendak kamu sahaja. Ooohh.. itu sungguh tidak sihat. sentiasa mahu bersama si dia sewaktu lapang kamu . Asal ada masa free skit, kamu nak dia ada di seblah kamu utk layan perangai ka...

Ketiak Hitam.. Uewww.... Geli Woi!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ketiak tu tak bersalah kalau dia hitam. Yang mungkin bersalah adalah tuan punya ketiak sebab tak pandai jaga. Sorry la kan, sebab saya memperkatakan sesuatu yg agak tak senonoh. Tak ramai la yg ader ketiak hitam. Tapi ramai yg ader, kan? Kan? Eleh.. malu plak nak ngaku. Pertama sekali, jangan pakai deodorant. Maksud saya. ... Deodorant yg tak jernih. Yang macam putih-putih susu tu ke. Jangan. Kedua, jangan pakai bedak kat ketiak. Tak kira la brand apa. Semua tu nanti akan jadi daki di kulit anda. Ketiga, semasa mandi, sental ketiak dengan sepenuh hati wp pun rasa geli-geli. Lagi bagus kalo guna berus dawai. [Rabak la ketiak. Hahaha.] Keempat, kalo nak pakai deodorant, sila pilih yang jernih. Jenis cecair [roll-on]. Mungkin jenis yg begitu kurang berkesan dalam menyembunyikan bau peluh kamu, tetapi lebih selamat mengelakkan ketiak hitam berbanding jenis2 lain.[spray atau stick]. Kelima belas, pastikan takde bulu ketiak. Kalo ada, sila c...

Cara-cara Untuk Dapat Jodoh

Sejahteralah ke atas kamu...yg membaca blog ini... Entry ini khas untuk orang bujang yang masih menunggu jodoh. Stress kan bila sendirian? Bukannya pasal sunyi jugak.. Tapi sebab orang lain asyik tanya 'bila nak kawen?', 'bila nak makan nasik minyak', bla..bla..bla... Lain kali kalo orang tanya kamu mcm tu, kamu tanya dia balik "kalo aku tanya ko, bila ko nak mati, ko tau???".. heheh.. ok..ganas sangat. So, tukar soklan. Tanya orang tu, "bila ko nak naik haji?". Haa.. Mesti dia pun tak tau kan? Sama la situasinya. Ok... Straight to the point. Kalau nak cepat dpt jodoh.... Setiap hari, perlu banyak beristigfar... kepada Allah. Setiap pagi, bangun solat Subuh, perlu beristigfar. Tapi ada caranya... Bukan sebarangan. Tau? Tau ke tak? Hehehe.. Saje je kerek. Syarat-syarat supaya istigfar ini berkesan ialah : 1) Istigfar mestilah dalam keadaan sedar dan berniat untuk menyucikan diri. ~Maksudnya kena la istigfar dalam keadaan fokus dan kusyuk. Takyah le n...

Cara Nak Kira Waist-Hip Ratio

Ape ke benda plak tu? Kalo BMI tu biasa dengar kan? Haha... Saya pun baru first time dengar benda ni. [Ntah-ntah saya sorang je yang baru tau tentang 'Waist-Hip Ratio' ni. Kalo betul, malunye lah! Lalalala :p.....]. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Doa saya untuk kamu pagi ini.... Ok.. Mula-mula nak tanya... Tubuh kamu berbentuk 'apple' atau 'pear'? Badan berbentuk apple tu maksudnyer... Perut kamu lebih besorrrr daripada pinggul. Bermakna, lebihan lemak menggendut di perut mu itu.... Dan badan berbentuk pear pula bererti, pinggul kamu lebih besar daripada perut. Senang citer, lelemak kamu yang berlebihan, sedang membuat perhimpunan tanpa permit di bahagian pinggul atau peha kamu itu. Menurut kajian kesihatan... Umat manusia yang memiliki bentuk tubuh 'apple' lebih berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya terutamanya penyakit jantung.... *Mungkin sebab storage lemak kat bahagian atas badan dan dekat dengan jantung... Kot. Nta...