Iklan! Iklan! Sila Click!

11 March 2011

Cinta Sejati vs Cinta Palsu



Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Eleh... Ye ke cinta sejati? Atau pun semuanya palsu? Haaa... Jawab! Jawab! Uihh... Tapi mcmn nak tau cinta kamu itu cinta sejati atau tidak?

Agak mencabar juga kalo kita sendiri nak menilai cinta yang kita rasa terhadap pasangan kita itu sama ada cinta sejati atau cinta palsu. Tapi biasanya mesti la kita rasa cinta kita tu sejati, ye tak?Ok... Sila jangan syok sendiri dahulu. Baca ni, kemudian baru buat penilaian sendiri tentang hubungan kamu bersama si dia yang tercinta... :)

Jika cinta itu palsu, kamu akan.....
  1. menganggap pasangan kamu itu hebat, paling sempurna padahal dia sebenarnya biasa je. Bahkan di mata orang lain pasangan kamu tu agak 'hancho'.
  2. hanya fikirkan tentang keperluan diri kamu, apa yang kamu mahu, dan segalanya perlu mengikut kehendak kamu sahaja. Ooohh.. itu sungguh tidak sihat.
  3. sentiasa mahu bersama si dia sewaktu lapang kamu. Asal ada masa free skit, kamu nak dia ada di seblah kamu utk layan perangai kamu. Nak berkepit je memanjang. Nak suh dia mengadap muka kamu je 24 jam.. Aih... Pengsan la dia..
  4. tergila-gilakan dia secara yang terlampau drastik . Perasaan kamu kepada dia terus sahaja berkembang pesat. Wp tak kenal, terus sahaja kamu cintakan dia, dan gila bayang, padahal dia tak buat apa-apa pun. Mungkin hanya tersenyum kepada kamu, maka kamu terus angau dengan perasaan yang paling dalam. Ish.. ish..ish.. What the frog.
  5. mudah cemburu buta kepada dia. Kamu rasa, kamu cemburu kerana kamu sayangkan dia. Tapi hakikatnya tidak begitu. Cemburu yang tak pasal-pasal tu sebenarnya menandakan bahawa kamu bukan mencintai dia dgn cinta sejati. Haaa... terkena batang hidung gak ni kat aku. [Tapi dulu la.. skrg aku dah tak mcm ni. Sbb yg dulu tu memang cinta palsu. hehe]
  6. tidak boleh bertolak ansur apabila bertelingkah. Dulu saya selalu kena sound macam ni 'ko ni tak boleh bawak berbincang'. Masa tu rasa tak puas hati jugak, sbb saya rasa kalo nak berbincang saya ok je. Tp maksud sebenarnya ialah bertolak ansur. Takleh la nak ikut kehendak kita je. Yang ini ada kaitan dengan point no 2 tadi.
Ok... Macamana? Ada unsur-unsur cinta palsu tak dalam hubungan kamu sekarang? Takde kan? Jadi cuba semak plak ciri-ciri cinta sejati ni..

Jika cinta itu sejati, kamu akan.....
  1. terima pasangan kamu bersama belang dan taringnya yang tersembunyi....Kamu dpt mengakui hakikat yang pasangan kamu itu... err... giginya tumbuh berterabur... atau punggungnya tonggek sedikit atau bla..bla..bla... Atau sikapnya yg ntah apa-apa tapi kamu maish syg dia.
  2. lebih mengutamakan keperluan atau kehendak pasangan kamu sebelum diri kamu. Ingat senang ke nak buat kalo bukan betul-betul cinta sejati? Susah wooo.... tp kadang-kadang mesti la kita nak fikir kehendak kita juga kan?
  3. tak kisah pun berjauhan atau jarang berjumpa. Kalau tak berjumpa bukan bererti tak sayang. Kalau jauh tak semestinya berpisah kan? Yang penting, kamu yakin dia ada di sana untuk kamu. Owhh.. So sweet... I miss you baby...
  4. perasaan kamu kepada dia, mekar sedikit demi sedikit. Mula-mula tak berapa suka, then suka sikit-sikit je, lepas tu suka tapi biasa-biasa je, makin lama suka makin banyak bla..bla..bla..
  5. percaya kepada pasangan. Kalo dia tak jawab call, tentu dia ada alasan yang munasabah. Kalo dia kata dia sibuk itu bermakna dia betul-betul sibuk. Mungkin sebab kita selalu tgk drama kat TV yg menunjukkan pasangan-pasangan curang, jangan la terlampau terpengaruh. Buruk padahnya. Tapi walaubagaimanapun, perlu juga berwaspada. Sekali sekala perlu pantau gak kan? Hehehe... Manaaaaa la tauuuuu.... kan?
  6. mampu menangani perbalahan dengan bijak kemudian mengukuhkan lagi hubungan selepas bertengkar. Ermm... bila 2 org berpasangan... tentulah kadangkala ada berselisih pendapat. Sebab kita ni manusia. Bukan robot. Tp, bila berselisih tu pandai-pandai la selesaikan supaya tak jadi makin panjang. Tak best bergaduh ni, lebih2 lagi dgn orang yang kita sayang. Rasa mcm tak senang duduk betul tak?
So, macamana dengan kamu? Cinta sejati atau palsu? hehehe.. Tak perlu beri saya jawapan. Jawab kepada siri sendiri sahaja ye.


Oops... Tips ini bukan rekaan saya. Saya terjemahkan sambil menokok tambah sesuka hati arnab jiran Ijan, dari --> Love

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...