Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Why Sujud?

Sejahteralah ke atas kamu... Kenapa orang selalu cakap, sewaktu manusia sujud ketika solat, pada ketika itu jugalah mereka berada paling hampir dengan Allah? Baik, sebelum itu saya ingin mengingatkan kepada pembaca yang vogue gedevas ni bahawa kita melakukan solat bukan hanya secara ritual, bukan semata-mata kerana kebaikan-kebaikan yang telah dibuktikan melalui kaedah sains seperti untuk kesihatan dan kesuburan otak, tetapi pastikan kita bersolat semata-mata kerana solat itu adalah perintah Allah. Sebagai makanan jiwa. Spiritual. Semasa kita berdiri atau duduk [keadaan normal], otak berada di kedudukan yang lebih atas daripada hati. Pada waktu normal ini, otak yang lebih menguasai tubuh badan kita. Kemudian, apabila kita bersujud, kedudukan ini berubah di mana otak kita akan berada di bawah dan hati berada di atas. Semasa bersujud inilah iaitu semasa hati berada di atas, tubuh kita lebih dikuasai oleh hati. Hati kita yang mengawal tubuh kita. Dan pada waktu inilah hubungan kita dengan

Pelajaran Yang Saya Dapat Bila Berkata Jujur.

Sejahteralah ke atas kamu... Berkata jujur itu bagus, tapi tengok keadaan. Pastikan kata-kata jujur itu dikeluarkan jika benar-benar perlu sahaja. Kalau tidak, lebih baik diam je. Seriously. Lebih baik ko diam. Ni pengalaman saya la... Saya dah komen jujur kat satu blog ni. Penulis dia biasanya tulis tentang dakwah yang saya sangat suka dengan pandangan dia. Tapi sejak akhir2 ini saya tengok dia selalu cerita tentang novel. Bagi saya takde masalah. Saya memang bukan peminat novel. [Maaf para peminat novel. Tapi kalau saya tak minat novel, itu hak saya kan. Tak semestinya minat kita sama betul tak?]. Jadi, bila dia bercerita tentang novel, saya terus tak baca.... Sehinggalah bila dia tulis semula tentang dakwah, saya komen [lebih kurang kot ayat saya macam ni]: "Terima kasih. Pandangan yang menarik. Dah lama awk tak menulis sesuatu seperti ini.. Biasanya bila awk tulis tentang novel, saya tak baca.". Mungkin saya salah, mungkin saya terlalu jujur. Dan saya menyalahkan diri sen

Cinta Sihat dan Tidak Sihat

Sejahteralah ke atas kamu... Bercinta memang la tersangat indah. Semua pun tahu. Bagi saya... Percintaan ada dua kategori. 1. Percintaan sihat. 2. Percintaan tak sihat. 1. Percintaan Yang Sihat Walafiat. - Percintaan yang sihat ialah percintaan atau perhubungan yang serasi. Bak kata orang kampung Johnny Depp, ada chemistry gitew. Masing-masing menerima dengan terbuka diri pasangan masing-masing seadanya. Ok, itu ayat yg tersangat cliche. Saya sendiri bosan dah nak dengar ayat tu. Tapi nak buat mcmn. Ayat itu memang betul pun. - Bila serasi, maka kamu dan pasangan memang sangat jarang rasa sakit hati diantara satu sama lain. Apa yang dia buat, kamu suka. Apa yang kamu buat dia suka. Suka itu maksudnya... suka betul2, dalam hati. Bukan pura-pura suka atau pendam perasaan. - Bila kamu suka apa yang pasangan buat, kamu jadi tak kisah kalau dia nak pegi manapun. Kamu percayakan dia. Kamu tahu dia macamana di luar. Kamu yakin dengan kesetiaannya.. - Bila kamu dah yakin dengan pasangan kam

Lelaki Mencuri, Perempuan Berzina

Sejahteralah ke atas kamu... Saya tahu ramai yang marah bila golongan dakwah meletakkan kesalahan bagi perbuatan zina kepada pihak perempuan. Ntah le, kadang2 pernah gak terfikir, buruk sgt ke pompuan ni? Tapi saya tak pulak nafikan bahawa wanita atau perempuan ini memang Allah anugerahkan dengan sifat menggoda. Sebelum saya meracau tak tentu hala, lebih baik saya ringkaskan je.. Jom baca ayat 38 daripada surah Al-Maidah ni; " Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri , potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " Kemudian, cuba tengok ayat 2 daripada Surah AnNur ni plak; " Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina , maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) h

Astro First... Telefon Untuk Melanggan..

Sejahteralah ke atas kamu... Biasa dengar tak dialog yang saya jadikan tajuk entry kat atas ni? Sebagai mukadimahnya, biar saya jelaskan sikit apa dia Astro First tu [hanya utk org yang tak tau]. Astro first ni adalah channel tambahan utk pelanggan Astro, tapi hanya dapat tengok 24jam je kalau kita melanggan channel ni. Maksudnya kita bayar RM15, dapat tengok sehari suntuk tu la. Apa yang ditayangkan? Biasanya filem-filem terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam. Tapi satu channel tu, satu filem yang sama je mereka ulang tayang back-to-back. Lepas habis 24jam, kita dah takleh access dah channel tu. Saje je nak cite tentang Astro First ni sebab nak jadikan topik untuk taip entry baru. Nampak sangat saya dah takde modal nak cerita. Yelah... nak cerita apa pun lagi. Nak citer pasal personal, nanti org meluat. Nak cite pasal masakan, buat malu je kalo menu yang saya masak tu cikai sangat, nak citer pasal gossip-gossip artis kang lagho then kalo nak citer pasal agama nanti, ermm.. pasal a

Shopping Itu Membeli, Selepas itu Blah

Sejahteralah ke atas kamu... Siapa je dalam dunia ni yang tak suka shopping kan? Mesti suka punya. Sape tak suka shopping tu memang menipu sangat. Mesti ada benda yang kamu suka beli. Kalau tidak garments, mesti groceries atau pun gadgets. Heheh... Paling tidak pun window shopping kan? Saya tengok, kebelakangan ni tabiat shopping manusia dah makin berubah. Dulu kalo malas nak kuar rumah, maknanya selamat le duit ye tak? Tapi now, makin tak selamat plak bila kita dah makin pandai shopping secara online. Saya la tu salah seorang daripadanya. Seronok kan online shopping ni? Macam main click-click je. Pastu barang sampai depan pintu rumah. Sungguh sesuai untuk orang yang sangat 'perajin di dalam kurungan' seperti saya ni. Online shopping ni pastilah ada kebaikan dan keburukannya betul tak? Semua benda dalam dunia ni pasti ada kebaikan dan keburukan. [kecuali apa yang Allah perintahkan je takde keburukan.] Kebaikan yang saya sendiri dah alami dengan online shopping ni bila saya tak

Masya Allah

Sejahteralah ke atas kamu... Tengah jalan-jalan kat taman bunga, tetiba ternampak 2 orang budak perempuan bergaduh berebut sorang lelaki. Kita ni pun geleng kepala sambil menyebut, "Masha Allah"... Dengan bermaksud... ish.. teruknya la budak-budak zaman sekarang ni. Darling, sesuai ke tidok penggunaan ucapan 'mashaAllah' atau 'masyaAllah' itu digunakan untuk sesuatu keadaan yang buruk? Maksudnya, penggunaan MasyaAllah/MashaAllah (ما شاء الله) ialah untuk kita ekspressi perasaan kagum, bersyukur, kegembiraan dan pujian kepada Allah. Nak tau maksud MasyaAllah ini dengan lebih dalam, sila tekan budak Wiki ini . Contoh kalau seseorang memberikan kita khabar gembira, "Aku baru dapat anak malam tadi", lalu sangat sesuai kita ucapkan "Masha' Allah". Sebab kita tumpang gembira dengan rezeki anak yang Allah anugerahkan kepada sahabatkita. *Jangan lupa bunyikan hurup 'hamzah' supaya sebutannya menjadi 'mashakAllah'. :) Jadi, kamu

Odisi Aurora 1st Giveaway!

Sejahteralah ke atas kamu... Odisi Aurora 1st Giveaway! Mari kita support kengkawan bloggers. Odisi Aurora ni pertama kali mengepost entrynya ialah pada 7 November 2008. Tajuk entry : Dan Sebenarnya. Jangan segan-segan nak join. Kalo nak join, bleh lawat ke : Odisi Aurora 1st Giveaway! . Yang bagusnya Give Away ni ialah : 1. Pemilik blog tak paksa kita jadi follower dia pun untuk join GiveAway ni. 2. Entry yang kita buat tentang giveaway ni, tak perlu dibuat sticky post. [Syarat ni la yang biasanya menyebabkan saya sangat menyampah nak join Give Away sebab kena buat sticky post yang sungguh annoying. Tapi GiveAway Odisi Aurora ni tak perlu buat sticky post which is cool.] 3. Entry ini juga tak memerlukan kita Tag orang utk join which is good oso. So, let's join.

Speechless Monday

Sejahteralah ke atas kamu... 2 buah keluarga berbincang tentang perkahwinan anak mereka di balai polis. Emak kepada bakal pengantin lelaki bertanya kepada bakal pengantin perempuan, "nanti kamu ada anak, kamu nak bagi anak menyusu badan ke tidak?", kemudian terus anak lelaki dia mnyampuk, "kenapa mak tanya macam tu?". Lalu emaknya menjawab, "mak kena pastikan anak kamu nanti mendapat yang terbaik". Anak lelakinya bertanya lagi, "kalau macam tu, kenapa mak dulu tak lahirkan saya berkulit putih?". Dan dengan yakin emaknya menjawab, "kalau kulit putih nanti cepat nampak comot."........... Speechless.

37 Askar Korea Memeluk Islam

Sejahteralah ke atas kamu... Isi kandungan entry ini dikelepet daripada web Returning To Faith dan telah diterjemah ke bahasa Melayu Deli . Rujukan lain dari Turn To Islam dan Way-To-Allah Berita ni berita lama. Saya tengok tarikh berita ini ditulis di Turn To Islam bertarikh pada tahun 2006. So, tak kira la bila berlakunya ini, saya cuma nak kongsikan saja dengan kamu semua. 37 askar Korea ini termasuk pegawai yang berpangkat kapten bernama Son Jin-Gu dan Leftenan Son Hyeon-ju bakal ditugaskan ke Erbil@Arbil, Utara Iraq untuk tugas-tugas keamanan. Jadi sebelum pergi ke sana Komandan mereka mengarahkan kesemua mereka mendalami tentang agama Islam di Masjid HanNam-Dong yang terletak di Seoul. Setelah mendekatkan diri dengan Islam, mereka tertarik lalu memeluk Islam. Askar-askar Korea itu berkata, mereka memeluk Islam kerana agama ini lebih mementingkan kemanusiaan dan kemananan berbanding agama lain. Mereka juga percaya mereka akan dapat membina hubungan yang lebih baik dengan Muslim

Perlu Ke Garang Untuk Minta Bantuan?

Ini adalah kesinambungan entry Ini Sudah Sedikit Fenin yang saya tulis semalam. Sejahteralah ke atas kamu... Beberapa tahun bertugas di Helpdesk [Khidmat Bantuan], menemukan saya dengan berbagai kerenah manusia terutamanya yang ingin memohon bantuan kami. Ini cerita basi la. Saya dah 2 tahun tinggalkan Meja Khidmat Bantuan tu. Apa jadi kat situ sekarang, saya pun tak pasti. Yang pasti, semasa saya berkhidmat di situ, saya sangat bizi. JIka di Helpdesk dulu, customer yang okey, okey la. Tak banyak masalah. Bila kita explain pun dia boleh terima walaupun solutionnya lambat, atau ada halangan lain utk selesaikan masalah tu. Tapi ada yang gunakan pendekatan mengherdik dan mengugut untuk melaporkan kepada pihak atasan di atas respon kami yang dia mahukan 'on the spot'. Padahal baru seminit telefon, dah mengharapkan person in charge muncul depan muka dia utk repair PC dia. [*repair PC tu hanya contoh]. Dia tak fikir plak ada berapa banyak masalah orang lain yang sedang tunggu turn u

Saya Dah Blogwalking, Tinggalkan Jejak Tetapi Orang Yang Saya Follow, Tak Follow Saya Balik

Sejahteralah ke atas kamu... Biasa tak mengalami situasi seperti tajuk di atas? Saya sangat-sangat biasa mengalaminya. Saya pun tak sure, kenapa pemilik blog yang telah saya follow, susah sangat nak follow saya balik. Kalau mereka singgah balas, mereka tak follow. Hanya sangat sedikit yang follow balik. Saya perhatikan, blogger lelaki akan cepat follow balik orang yang follow dia. Walaupun mungkin tahap dia dalam dunia blogger ni dah tahap menteri kabinet, tapi mereka tak cepat berlagak diva. Biasanya blogger pompuan la yang selalu berlagak diva ni. [Jangan sentap. Jangan sentap], sebab perkataan diva pun memang sesuai untuk pompuan kan? *Saya katakan 'BIASA' ye. Bukan semua blogger pompuan begitu. Saya pun pompuan apa. :) Ok, ketepikan seketika tentang blogger mengikut jantina ni. Jom cerita tentang blogwalking. Betul ke blogwalking ni boleh meningkatkan jumlah follower? Kalo betul, kenapa daripada 20 blog yg kita singgah, hanya 2 follower yg kita dapat. 2 orang follower tu pl

Ini Sudah Sedikit Fenin~

Sejahteralah ke atas kamu... Watak-watak : Mr Jack [Boss 1] Lulu [Org bawahan Mr Jack] Lala [Org bawahan Mr Jack] Mr Zoey [Boss 2] Kiko [Org bawahan Mr Zoey] Perbualan melalui telefon.[Mr Zoey call Lulu] Mr Zoey : Siapa yang update tentang alamat rumah di website? Lulu : Lala atau pun Mr Jack. Mr Zoey : Korang tau tak alamat umah ni dah lama tak updated? Lulu : Tak tau plak Mr Zoey, sbb bukan saya yang buat. Cuba mr Zoey refer terus dgn Mr Jack. Mr Zoey : Ko amik nama ni, Mimi dan Momo, bagitau kat Mr Jack, aku suruh update alamat dierang. Lulu : Ok... __________________________________________________ Perbualan melalui email. Kiko : Email korang yang minta tolong aku update kan senarai menu makanan kucing friskies kat zoo ni korang boleh hantar semula tak kat Mr Zoey. Lulu : Ngape gitu? Kiko : Mr Zoey kata, dia tanak terima kalau permohonan tu tidak melalui dia. Kena ikut prosedur. Lulu : Ok... *what ever la nko* Kesimpulannya, time ko tak ikut procedure takpe. Ti

Kenapa Lelaki Tough Ini Cuba Untuk Menggemukkan Dirinya?

Sejahteralah ke atas kamu.. Lelaki ini, namanya Drew Manning. Dia adalah jurulatih kesihatan yang memiliki tubuh badan tough tetapi berusaha untuk menggemukkan dirinya dengan menaikkan berat badan sehingga lebih daripada 70pounds. Ngape nko jadi mcm tu Drew? Ko betul ke tak betul ni? Jiwa kacau? Patah hati? Atau dapat balasan sebab sebelum ni selalu ejek orang gemuk? Sebenarnya ini adalah proses ujikaji En Drew ni. Dia nak buktikan bahawa, daripada tough[sihat] jadi gemuk then jadi tough balik. Fit to fat to fit. Berani dan sungguh yakin boleh dia ni. Kalo saya, bila dah setat gemuk dah payah dah nak jadi fit balik. [mana nak fit nya nko tu Lyd, ko exercise pun 4 tahun sekali.]. Drew ni nak rasa sendiri betapa susahnya menjadi seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan. Dan nak buktikan bahawa gaya kehidupan yang sihat boleh membantu mengubah risiko penyakit-penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, kemcim manish dan obesiti. Ada jugak orang cenggini ye. Tidak kusangka itu. W

Makin Mahal Makin Diva Perangai Dia

Sejahteralah ke atas kamu... Biarlah saya buat pengakuan di sini.... Baju-baju saya kebanyakannya diperbuat daripada fabrik yang murah. Baju mahal yang saya ada, boleh dikira dengan sebelah tangan je. Sangat sedikit. Yang sedikit tu pun, saya beli hanya untuk mencuba. Cuba nak pakai fabrik mahal. Tapi ternyata, fabrik mahal tak sesuai dengan saya. Saya mengharapkan, jika beli mahal... pastilah berbaloi memakainya. Contoh seperti seluar jeans. Lagi mahal, lagi lasak walaupun tak panas bila dipakai. Ini... lagi mahal fabrik, lagi banyak cekadak dia. Nak basuh kena dry-cleaning. Dry cleaning tu kalo seposen sehelai, takpe le jugak. Even kalo seposen pun, tak kuasa pulak nak pegi dobi semata-mata nak hantar sehelai baju. Lain le kalo kedai dobi tu seblah umah saya je kan, boleh pas baju ikut tingkap. Ada juga baju yang tak cukup diva, masih boleh dibasuh. Tapi basuh tangan. Tu pun takleh perah beriya-iya sangat. Biar air dia jatuh sendiri. Hinss.. lagi le hangin saya nak layan. Kalo jenis

Kenapa Pompuan Dah Kawen Malas Melaram?

Sejahteralah ke atas kamu... Melaram = Bergaya berlebih-lebihan. Pompuan semasa bujang atau zaman anak dara selalunya kemain lagi melawa, melaram pakai vouge-vogue. Bila dah kawen je, terus dah tak heran nak berpenampilan menarik. Kalau masa bujang mekap tebal, lepas kawen terus muka bogel je tanpa mekap. Kalo masa bujang perfume tukar-tukar, banyak jenis, pastu spray semerbak satu badan, bila dah kawen bau original je yg tinggal. Baju plak, kalo masa bujang... mana pernah pakai baju yang sama dalam masa sebulan tu. Rotation baju untuk sampai ke baju yg sama tu amik masa 3 bulan. Punya la banyak baju dia. Tapi bila kawen, baju yg sama jeeee... Balik-balik itu. Balik-balik itu. Bukankah sepatutnya selepas kawen pompuan perlu terus kekalkan penampilan? Perlu terus bergaya?? Baru la suami bangga dapat isteri macam kamu. Errm..dulu, saya selalu fikir mcm tu. Saya selalu berazam untuk sentiasa berpenampilan menarik selepas kawen. Tak mau jadi stereotype, asal nama isteri orang je, terus da

Ikan Kaloi Asia Sedang Dimusnahkan Di US

Sejahteralah ke atas kamu. Amboi... Orang US ni.. Kalo yang jahat-jahat semua la Asia. Sampaikan ikan pun baka Asia jugak yang jahat. Kamu pernah dengar tak tentang ikan Kaloi Asia atau dalam bahasa negara Lady Gaga ialah Asian Carp? Saya baru je tgk semalam. Kat Nat Geo Wild. Sekarang ni kalau kamu nak tahu [tanak tau sudah. Pejam mata sekarang!!] ikan kaloi asia ni sedang ditangkap secara besar-besaran daripada perairan dan terusan-terusan di US [United States poyo]. Sebab ikan-ikan ni dituduh telah mengganggu ekosistem perikanan di sungai-sungai dan tasik di US. Lalu, ikan kaloi pun berlagu gunrindam pilu, "sampai hati kau... mempermainkan cinta suci ku... kau guris hatiku, lalu kau coba membalutnya..." Sejarah ikan kaloi ni kat US bermula pada tahun 1960an. Waktu itu ada beberapa kolam ikan di US yang mempunyai masalah rumpai air kat kolam ikan mereka. Pastu pemilik kolam tu dpt tau, ada spesis ikan kat Asia yang memakan rumpai air dgn lahapnya. So, mereka import ikan-ika

Nasib Dia La Kan?

Sejahteralah ke atas kamu... Drama petang Sabtu. Taman Melawati. Adegan 1, di meja makan. Sarah : Maksu pernah tak makan kat Tutti Fruitti? Saya : Pernah. Ngape? Sarah pegi ke? Sarah : Ha ah. Semalam. Dengan Mak Yang. Maksu suka perisa apa? Saya : Semua perisa buah-buahan. Sarah? Sarah : Saya tetap suka coklat. Pastu saya letak topping kacang, Oreo, chocolate syrup... bla..bla..bla.. Saya : Sarah pergi Tutti Fruitti kat mana? Sarah : Ada kat bangunan kuning sana. [bangunan kuning mana plak ko ni Sarah. Cakap biar la jelas skit. Ish]. Dalam hati saya, "Aih... Sarah ni.. Dia sebut plak pasal Tutti Fruitti. Takleh jadi ni.. kena pergi jugak cari bangunan kuning tu." Adegan 2, di bilik tingkat atas. Saya : Yon, ko penah makan kat Tutti Fruitti tak? Yon : Penah plak. Ngape? Saya : Haa... Bagus... kalau pernah, apa kata ko belanja Maksu makan eskrem Tutti Fruitti tu. Kehkeh...[confirm dia nyesal sebab bertanya "ngape" tadi. ] Yon : Boleh. Jom la. Saya : Eh, ye ke? Ka

Jika....

Sejahteralah ke atas kamu... Macam biasa, malam Ahad saya tengok rancangan Law Kana Bainana kat TV Alhjrah. Semalam, topiknya ialah 'Sifat Sabar Rasulullah'. Kamu sabar? Sejauh mana kesabaran kamu? Ahmad Syuqairi iaitu pengacara rancangan tu, test tahap kesabaran beberapa orang Arab dengan mesin ATM. Eh, kat Arab ada mesin ATM drive thru. Cool dowh. Kalo ada cenggitu kat Malaysia ni, maka makin menjadi-jadi la sikap malas dalam diri saya ni. Mintak-mintak la bank-bank kat Malaysia ni buat satu cenggitu kat Malaysia Nasib baik le takde kat Malaysia kan? Ok, saya nak tanya kamu... Katakanlah Rasulullah masih hidup di alaf 21 ini... Kemudian kamu diberi peluang untuk bertemu dengan baginda hanya seminit... Apa yang kamu ingin lakukan atau katakan kepada baginda? Macamana pula kalau baginda tanya kepada kamu, "apa yang telah kamu lakukan untuk agama Islam selama kamu hidup ini?". -Apa kamu nak jawab? Apa sumbangan kamu kepada agama kamu sehingga ke hari ini? Huuu..huuu..

Wood Vinegar : Episode 1/Cuka Kayu : Episod 1

Sejahteralah ke atas kamu. Pernah dengar nama Wood Vinegar? Well, saya pun baru je dengar. Itu pun sejak jual Detox Patch sebab dalam Detox Patch Gold yang saya jual tu mengandungi wood vinegar ni. Apa benda wood vinegar ni? Dalam bahasa melayu saya rasa mungkin cuka kayu. Kot. Ok, memula dalam episod 1 ni biar saya jelaskan apa itu wood vinegar. Wood vinegar ini adalah sejenis cecair yang terhasil daripada proses pembakaran kayu yang banyak dengan jumlah oksigen yang sedikit. Maksudnya.. kalau nak buat pembakaran untuk menghasilkan wood vinegar atau cuka kayu ni, perlulah dilakukan dia dalam kebuk yang tertutup. Alaa..mcm kebuk wasap tu. [Kebuk wasap la sangat. Aku pun dah tak ingat kebuk wasap tu camana rupa dia. Yang aku ingat hanya dialog iklan raya yang anak dia bawak balik menantu orang negro rapper, "wasap! wasap! Yo!".]Pembakaran ini tidak boleh dilakukan ditempat terbuka [open air] sebab di dalam udara banyak oksigen maaa... COntoh kebuk yang tertutup tu macam ni; Ga

My Happiest Moment

There is not only one happiest moment in my life, there are many. One of them is when i spend time with a man. My husband. He is the guy who copes with things and never has a flap The one who fixes cars and bikes and often mows the lawn Who listens to the things I say and laughs out when I joke Then gives me a foot massage, that’s the thing I like the most I have a husband, Who likes to have discussions but never will argue Can sit in friendly silence, and never has to babble Will make and pour the tea for me and lets me win at scrabble The kind who opens doors for me and lets me have his chair The husband I have might seem quite rare to you And friends have tried to tell me that in number they are few But I have found one and I hope he will be mine... forever. This is one of my happiest moment with him; he chased the duck at our neighbor's front yard during Eid Festival at kampung.

Perbualan Singkat

[Berjalan menuju ke toilet, Alfir menuju ke tangga nak gi merokok] Saya : Alfir, ko ada terfikir tak nak brenti merokok? Alfir : Takde pun. Saya : Taknak berenti ke? Alfir : Tak nak. Ngape? Apa lagi la yang ko nak jual ni? Saya : Hehehehe... [Alamak... dia tau pulak aku nak promote Detox Patch Gold kat dia. Anti-climax betul cerita ni.] Korang pun kalau nak beli Detox Patch Gold bleh dtg cari aku. Saya jual RM10 je sepeket. Setiap peket ada 10 keping Detox Patch Gold bersamaan dengan 5 pasang. [Buleh pakai utk 5 hari.]. Try la pakai. Bagus ni. Bleh meringankan badan tanpa belajar kung-fu. Kehkehkeh..

Malu Setepet.. Booo...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Peringatan : Untuk memahami pekebenda yang saya nak cerita ni, sila click gambar untuk menggemukkan gambar yang kurus. Ini bukan kali pertama saya share maklumat yang saya nampak di Facebook. Kadang-kadang maklumat tu nampak menarik, tapi saya sendiri tak study dulu benda tu betul ke tidak, lepas tu main percaya je kotak-kotak bulat-bulat. Tapi ini kali pertama saya dapat pembetulan fakta yang saya share di Facebook dan saya rasa boleh saya percayai orang yang memberi pembetulan fakta itu. Piring Astro memang nampak macam nak menghala ke kiblat. Tapi menurut En Reduan [yang komen tu], arah sebenarnya tidak sama langsung dengan kiblat. *En Reduan adalah penjaga satelit. Keh keh. Maaf JekJan. Promote husband ko di sini. :). Ini demi kebaikan semua kan? Sesiapa yang nak baca tentang ini, boleh skodeng di Scripter ini. Kalau tak percaya, sila siasat sendiri tentang perkara ni. Kesimpulan yang saya buat ialah.. Piring Astro Tidak Mengadap

Apa Tujuan Sebenar Saya BerBlog?

Sejahteralah ke ateh nko. Apa sebab saya menceburkan diri di dalam dunia blog? Eceh. Menceburkan. Ok.. Serius serius. Saya ni memang suka mengarang. Rasanya sejak darjah 4 lagi saya dah mula suka menulis surat. Waktu itu, ada seorang kawan baik saya bertukar ke skolah lain. Lepas tu, dia la yang selalu hantar surat kepada saya. Bayangkan darjah 4 dapat surat. Eksaited gile nkau. Dan saya plak memang rajin balas. Sampai ke sekolah menengah, saya selalu ada buku catatan peribadi yang bukan diari tapi saya share buku tu bagi kawan2 baca kalau nota pelajaran takpe jugak . Yang peliknya, saya takpernah ada diari. tipu. wakakaka . Bila kawan-kawan suruh tulis autogrraph pulak, mula la saya merepek panjang bejela-jela. Saya karang cerita ntah apa2. InsyaAllah nanti kalau saya dpt jumpa kawan saya, Duyuh, saya mintak otograf beliau yang saya dah tulis merepek gile. Jadi sekarang bila ada blog, saya sangat seronok berkongsi pendapat saya dengan orang lain tapi dengan cara yang tak memaksa. Ye l

Julia Ziegler Serang Sharifah Shahira Kerana Gambit?

Sejahteralah ke atas kamu... Ketawa bersembur bila baca artikel ni di RotiKaya . Berikut adalah petikan drpd berita tu. Nak baca penuh pegi le sendiwi ke RotiKaya ye adik adik.. Julia Ziegler telah menyerang Sharifah Shahira yang merupakan kakak kepada pelakon muda Sharifah Nurul Sakinah (gambar paling kanan) dan mengeluarkan kata kata kurang senang sehingga menyentuh isu keluarga. Kejadian ini di’sahkan sendiri Sharifah Shahira yang berjaya kami hubungi lewat petang tadi & berkata beliau agak terkejut dengan tindakan Julia Ziegler itu kerana tidak tahu menahu. “Saya sebenarnya tidak tahu menahu pada awal’nya punca dia tiba tiba datang kepada saya dan mula meroyan. Saya cuba bercakap untuk tenangkan diri dia tetapi entah, dia terus bercakap yang bukan bukan.” “Ya, dia ada cakap yang kami ini keturunan jahat. Tidak mengapa lagipun mulut saya kan celupar dan laju. Tidak mengapalah, saya minta maaf dengan dia di’situ juga.” Menurut Sharifah Shahira sebelum menamatkan perbualan kami,

Adakah Ini Puisi atau Sajak? Sape Baca Dia Owesome!!

Demi langit dan yang datang pada malam hari, tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu? (yaitu) bintang yang cahayanya menembus, tidak ada suatu jiwapun (diri) melainkan ada penjaganya. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang dipancarkan, yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan. Sesungguhnya Allah benar-benar kuasa untuk mengembalikannya (hidup sesudah mati). Pada hari dinampakkan segala rahasia, maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong. Demi langit yang mengandung hujan dan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan, [ INI ADALAH POINT YANG PALING PENTING ] - sesungguhnya Al Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil. dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau. Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Akupun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya. Karen

Anu.... Dalam Botol...

Sejahteralah ke atas kamu... Saje nak share.... Saya ni kalau dengar suara atau aksi pondan, tak kira la secara live atau dalam TV, mesti mata otometik akan pandang ceiling macam mata terbuntang kena sawan. Dah tu cuba la bayangkan berapa kali mata saya terpandang ceiling bila tengok filem .....Dalam Botol. Bukan sebab benci sangat pada pondan. Tapi geli. Faham tak perasaan geli geleman bila tengok ulat bulu atau ulat sampah beruit-uit? Lagi satu aksi saya kalau tengok pondan, ialah gelak guna hidung tanpa buka mulut *macam menghidu kuat-kuat. Yelah.. kadang-kadang geli hati jugak dengan pondan punya dramatik. Sangat-sangat dramataik dramatik. Ini Adalah Komen Tentang Filem. Filem ....Dalam Botol ni saya baru je tgk kat YouTube. Pergerakan filem ni sangat-sangat le lembab cam siput sedut. Pastu cinematography dia pulak macam kelam-kelam je. Sampaikan scene kat kampung masa kenduri orang kawen pon feel yang sama dengan kenduri arwah ayahh Rubi. Yelah, tapi itu mmg motif citer tu. Sedih

Entry Joyah Sedunia

Sejahteralah kamu. Selain daripada Masterchef dan The Biggest Loser, realiti TV yang saya selalu tengok ialah... ANTM. Tengok Masterchef tu sebab banyak gambar makanan. Pastu mula la asyik rasa nak makan jek. Bila asyik makan, maka jadilah gemuk. Lepas dah jadi gemuk, bleh la masuk Biggest Loser plak khennn?? Hahah. ANTM itu adalah singkatan kepada America's Next Top Model. Sekarang dah cycle 17 tapi kat StarWorld tengah tayang cycle 16. Jadi, konon-konon die hard fan ni... saje la google pasal Hannah Jones ANTM Cycle 16. Sebab dia comel sangat. Tapi dia tak menang pun. Cuma top 3 je. Hannah Jones Dah google punye google, teringat semula ANTM cycle 11 di mana salah seorang pesertanya adalah pondan. Alaa... makkluk yang lahir sebagai lelaki tapi mendakwa diri mereka adalah wanita yang terperangkap di dalam tubuh lelaki. Bluwekkk... Alasan semata-mata. Kalo nak jadi gay tu, gay la jugak. Pondan ni nama dia Isis King. Dia lahir sebagai Darrell Walls. Ni muka dia; *Cantik la sangat Da

WordFull Wednesday - Resepi Bergambar Ikan Masak 3 Rasa

Sejahteralah ke atas kamu... Ikan Masak 3 Rasa, mungkin bleh jadi 4 rasa [Rasa masam, rasa masin, rasa manis dan rasa ke-empat bergantung... sama ada rasa nak tambah atau rasa nak lempar bak kata Reduanordin suami JekJan]. Penjelasan gambar 1 : Daun limau purut, cili padi, serai, daun ketumbar. Nyumnyum. Penjelasan gambar 2 : Bawang putih, tomato dadu, bawang besar dadu, mangga dadu. [Biasa guna nenas. Tapi nak guna nenas kena beli sebijik. Lagipun sangat 'rajin' nak kupas.] Nyum..nyum.. Penjelasan gambar 3: Ikan kembung segar yang disiang oleh abang indon di kedai. Mekasih mas. Lumayan bangattt nih. Sos, dan cili kisar jangan dilupa. Tumis le cam biasa. Letak la perasa sesuka hatimu. Ikan itu perlu digoreng sebelum masukkan dalam sambal. Goreng dengan garam kunyit boleh. Tapi lebih afdal kalau goreng dengan tepung jagung, atau kalau nak senang, guna tepung goreng serbaguna. Sedap pun sedap. *Dah lama masak ni. Baru je nak masukkan dalam blog. Sebab.... dah takde modal nak cite

Fotografi Dari Pandangan Saya [yang buta pasal fotografi]

Sejahteralah ke atas kamu... Bagi saya, fotografi ini adalah berkenaan bakat. Itu yang paling asas. Kemre canggih cemana pun, kalau takde bakat... sia-sia je. Sama juga konsepnya seperti memasak. Beli la dapur memasak yang paling mahal dalam dunia pun, tapi kalau tak pandai masak, rasanya tak sedap jugak. Begitu juga dengan melukis. Kalo ada kelengkapan melukis paling lengkap sekalipun, tetap takkan membantu kalau bakat melukis tu takde. Karang lukis kereta, nampak mcm sandwich telur. Tapi, siapalah saya kalau nak bercakap atau komen tentang fotografi. Sedangkan saya tak pernah belajar atau tau basic tentangnya. Saya hanya seseorang yang meneliti setiap gambar. Kat mana cantiknya gambar. Kat mana seni dia. Apa perasaan saya bila menatap sesuatu gambar. Saya tengok, ramai kawan2 saya yang suka fotografi. Kemudian beli kemre mahal-mahal. Ntah apa namanya. DSLR? Apa-apa je la. Ada yang lebih obses, boleh beli lenses mahal-mahal. Tapi, ikut suka dia la. As long as tak mintak duit saya. Dal

Saya Unfollow Kamu Kerana....

Sejahteralah ke atas kamu... Saya follow banyak blog lain. Kadang2 blog yang saya follow tu tak follow saya pun. Tapi saya tak heran sangat. Kalau blog itu bagus, contents menarik, gaya penulisan yg santai menghiburkan... saya masih juga baca. Tapi, ada juga blog yang saya follow yang saya dah rasa tak sanggup nak follow lagi. Sebab? Errm.. Sebab bila saya dah mula terasa penulis blog itu psycho, saya terus un-follow. Psycho yang macamana ye? 1. Bila saya tengok dia dah mula buat entry emosi pasal blogger lain yang kacau dia. ~takde masalah nak emosi, tapi kata2 semasa emosi tu keluar mcm-mcm lah. Perkataan-perkataan yang sungguh tak manis terutamanya kalau perempuan yang cakap. 2. Bila dia dah buat entry marah-marah sebab orang selalu ambil hasil tulisan dia dan publish kat tempat lain. ~memang la tak beretika kalau ambil hasil tulisan org lain pastu publish kat blog sendiri then claim itu kamu punya. Tapi pemilik tu pun, kalo setakat bengang-bengang gitu je sudah le. Takyah le nak ma

Haa.. Kan...

Sejahteralah ke atas kamu. Ahad. Berada di Kuantan. Nak makan keropok kat Tanjung Lumpur. Suami drive . Air-cond keta rosak. Tingkap kami turunkan. Telefon beliau bunyi. Beliau jawab panggilan itu semasa tengah nak corner daripada depan Pejabat Pos Besar Kuantan menghala ke traffic light Tg Lumpur [sambil jawab tepon]. Ada 1 motor scrambler. Lalu sebelah kereta kami. Org yang bawak motor tu buat isyarat tangan guna jari telunjuk yg saya faham sebagai, " no...no..no... ".. Saya sengih-sengih je. Suami plak tak perasan apa yang penunggang scrambler itu buat. Selepas suami tamatkan perbualan telefon, penunggang motor scrambler itu bawak motor dia ke sebelah saya pulak dan berkata, "Janganlah guna telefon". Kemudian dia bergerak ke sebelah suami saya pula dan cakap lagi, "jangan guna telefon masa memandu. Kena ikut peraturan. Siapa-siapa pun boleh tegur. Orang awam pun boleh tegur.". Saya sengih kerang. Suami saya lagilah sengih tiram. Nak cakap banyak pu