Iklan! Iklan! Sila Click!

05 October 2011

Fotografi Dari Pandangan Saya [yang buta pasal fotografi]

Sejahteralah ke atas kamu...

Bagi saya, fotografi ini adalah berkenaan bakat. Itu yang paling asas. Kemre canggih cemana pun, kalau takde bakat... sia-sia je. Sama juga konsepnya seperti memasak. Beli la dapur memasak yang paling mahal dalam dunia pun, tapi kalau tak pandai masak, rasanya tak sedap jugak. Begitu juga dengan melukis. Kalo ada kelengkapan melukis paling lengkap sekalipun, tetap takkan membantu kalau bakat melukis tu takde. Karang lukis kereta, nampak mcm sandwich telur.

Tapi, siapalah saya kalau nak bercakap atau komen tentang fotografi. Sedangkan saya tak pernah belajar atau tau basic tentangnya. Saya hanya seseorang yang meneliti setiap gambar. Kat mana cantiknya gambar. Kat mana seni dia. Apa perasaan saya bila menatap sesuatu gambar.

Saya tengok, ramai kawan2 saya yang suka fotografi. Kemudian beli kemre mahal-mahal. Ntah apa namanya. DSLR? Apa-apa je la. Ada yang lebih obses, boleh beli lenses mahal-mahal. Tapi, ikut suka dia la. As long as tak mintak duit saya.

Dalam ramai2 kawan2 saya yang menjadi fotografer, tak semua hasil kerja mereka mengkagumkan saya. Ada yang ambil gambar guna kemre mahal, tapi hasilnya sekadar seperti amik gambar guna kemre digital biasa je. Sian plak tengok. Ada yang betul-betul berbakat dan gambar serta subjek yang diambil tu sangat menambat hati.

Saya? Memang takde bakat amik gambar. Hanya berbakat komplen semua benda. Hahahah. Nasib la kan.

Gambar daripada RayyanPhoto


*Rayyan ini adalah kawan sekerja saya tapi dari cawangan lain. Nak amik dia ni utk wedding photographer ari tu, tapi jauh sangat. Kat Srwk.

Ini pula daripada The Photographer




*salah sorang fotografer group ni adalah kawan skolah menengah dulu. Kwn baik suami saya. Nama pun sama. Nak amik dia jadi wedding photographer, tapi mehei rasanya. Segan nak tanya wp kawan sendiri. Huhu... Tgk le level dia kat mana. Gmbr siapa yg dia amik tu. Nurul Syuhada Nurul Ain kan.

Ada sorang lagi kwn saya yg saya sangat kagumi hasil fotografi dia. Nak share gmbr kat sini tapi dia dah letak copyright tak kasi copy. Ni salah satu gmbr yang saya suka daripada Flickr dia. Got Milk

Kesimpulannya... Fotografi adalah bakat. Sekian.

2 comments:

  1. Salam;
    Samalah kita..aku lagi buta bab ni pic yg ada dlm blog entry aku nipun kadang ngabur...

    ReplyDelete
  2. aku suka nengok pic2 yang menarik.. walaupun xde bakat, hope satu hari anti aku dapat beli sebijik dslr.. bukan nak ikut trend, tapi aku rase dari sekeping gambar leh bagi kita kepuasan kn :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...