Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Produk Review

Garsa Kitchen - Sandwich Paling Padu, Customer Service Mantap

Sejahteralah ke atas kamu...... Aku order sandwich dari Garsa Kitchen hari ni sempena acara makan-makan berkonsepkan potluck di office aku. Ala, Garsa Kitchen (GK), kedai sandwich famous yang siap ada service delivery sekali tu. Aku kan..... Ada juga la beberapa kali beli sandwich from GK ni. Boleh dikatakan, bila ada acara makan-makan, aku memang akan order sandwich ni la. Sebab sandwich GK ni konsisten betul kualiti dia. Rasa sedap. Portion inti dia pun tak kedekut. Ko makan memang puas hati sungguh. Serius ni, aku bukan cakap-cakap kosong.  Order aku hari ni, kisahnya aku request delivery dalam 9.00am - 9.30am. (Yang bestnya Garsa ni, ko boleh pilih time yang ko nak untuk mereka hantar sandwich ni. Fleksible gila. ). Sekali jam 8.40am aku dah terima panggilan kata sandwich aku dah sampai. Aku masa tu kat rumah lagi. Aku buat address delivery ke office. So, terpaksa la aku suruh rider tinggalkan sandwich aku tu kat kaunter lobby, pastu aku suruh ofismate aku ambilkan. Takpe janga...

Amazin' Graze Yang Sangat Om Nom Nom

Sejahteralah ke atas kami...eh, kamu.. Aku kalau datang angin aku malas nak breakfast , aku hanya akan makan makanan hamster. (malas tu merangkumi ; malas nak fikir nak makan apa, malas nak pergi cari kat cafe, malas nak kunyah, malas semua sekali la pendek katanya. Dan kalau nak tahu, boleh dikatakan setiap hari aku gitu (malas) kecuali weekend.)  Acah je. Takkan la aku nak makan makanan binatang pulak. Mesti la makanan manusia. (Kang tetiba kena saman 4 juta dengan Amazin' Graze sebab pitnah dia keluarkan makanan hamster.). Ini sebenarnya Hazelnut Blackforest Granola, tapi berperisa coklat yang sangat-sangat chocolaty taste. Nampak ni, gambar pada bungkusan ni siap ada gambar daun limau purut, daun kelapa dan daun pandan. Memula, Misha (jiran sebelah meja aku) yang beli di CVS Pharmacy. Aku mengecek sikit, sekali bila aku rasa, fuyyohh.. Sangatlah kena dengan 'chocolate tongue' aku ni. Sedapnyoh. Omm..Nom...nOmm... Mintak sikit lagi,.. nyom..nyom.....

Pemudah Kehidupan

Sejahteralah ke atas kamu... Beberapa tahun dulu, sebelum aku berkahwin aku pernah membuat pengakuan kepada tunang aku (sekarang suami la), bahawa aku ni malas menyapu (sampah, habuk, semua la). Aku tanya dia, betul-betul ke nak kahwin dengan aku ni? Confirm ke ni? Muktamad ke? Muktamad 100% ke dah keputusan ni? Taknak guna talian hayat dah ke? Then tunang kata, takpe, demi aku, kalau aku malas menyapu, dia sanggup menyapu. So, nanti lepas dah kahwin, rumah biar dia sapu. Eh, ni serius tau. Aku, dalam banyak-banyak kerja rumah, aku paling tak suka menyapu. Berbeza kan dengan kebanyakan perempuan lain. Biasanya orang perempuan malas atau paling tak suka lipat baju betul tak? Atau pun iron baju, kan? Kan? Aku pulak lipat baju aku suka je. Cuma sama ada sempat dengan tak sempat je nak lipat sekarang ni. Bagi 4 tambun baju pun, insyaAllah aku sanggup je lipat asalkan ada orang jaga anak dan kena bagi aku fokus dok diam2 lipat baju-baju tu, jangan ada interruption. Takde entertainmen...

Barang Yang Aku Suka: Tuala MR DIY

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku jarang shopping. Kalau aku shopping pun, aku suka beli barang yang murah tapi best. Bila aku dapat beli barangan murah yang best, aku akan perasan genius. Dan rasa bangga sikit.👅👅 Sebagai rakyat marhaein yang terulung di ibu kota metrofolitan ni, tempat yang aku suka pergi untuk buang masa ialah Daiso, MiniSo, Kedai RM2 dan Mr DIY. Kalau Daiso dan MiniSo tu barangan Jepun yang kadang-kadang ko tak expect pun benda tu wujud di dunia ni. Orang Jepun memang kreatif. Segala benda alas untuk laci, untuk peti sejuk, untuk dapur gas, semua dia cipta. Itu kira tak pelik sangat. Ada aku jumpa, penyepit selimut untuk stroller supaya selimut baby tak tergelincir. Sedetail itu dia nak cipta. Apa je? Kalau orang Melayu, kita takyah dah nak cipta benda gitu. Kalau aku, aku ambik je paper clip kalau aku nak sepit selimut kat stroller. Lagi kreatif. Kekeke. Mr DIY  pula biasanya barangan daripada China. Kualiti mungkin kureng sikit berbanding Daiso ...

Barang Yang Aku Suka: Telekung Solat

Sejahteralah ke atas kamu.... Telekung solat adalah salah satu daripada 'bestfriend' wanita muslim. Satu masa dulu, aku tak pernah beli telekung. Rembat mak punya je 2 pasang. Lepas tu, duduk lenjan yang itu je sampai kusam. Basuh sebulan sekali time datang haid je. Waktu itu aku tak kisah sangat telekung tu cantik ke tidak, ropol kepuk-kepuk ke tidak, sulam tangan ke tidak, sebab aku rasa macam nak tunjuk kat sape sangat. Tapi sekarang keinsafan tu dah makin meningkat. Aku dah mula beli telekung yang cantik-cantik. Sebab nak berdepan dengan Allah kot. Nak menyembah Allah yang Maha Tinggi, tertinggi dalam hidup kita, walaupun orang lain tak nampak, tapi pandangan Allah tu la yang paling penting. Perlu la cantik sentiasa lebih-lebih lagi waktu solat. Aku ada beli banyak telekung. Ada telekung untuk travel, ada yang tahap premium untuk majlis apa-apa ke. (Majlis apa yang kena pakai telekung tu? Haha.). Bukan niat nak menunjuk kepada orang. Cuma ingin kelihatan elok dan...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Review Jujur Set Bersalin Tanamera

Sejahteralah ke atas kamu... Kali pertama aku berpantang selepas bersalin dulu, aku gunakan Set Berpantang Tanamera. Produk-produk keluaran Tanamera ni yang paling membuatkan aku berkenan ialah prinsipnya yang menggunakan bahan-bahan alami atau 'natural'. Aku nak gunakan produk Tanamera ni pun terasa selamat dan lebih yakin. Maklum la, aku ni bajet-bajet macam suka tradisional sikit. Dalam banyak-banyak jenis produk yang disertakan di dalam Set Bersalin Tanamera ni, yang jadi favorite aku ialah sabun dia. Nama komersil sabun ni ialah Brown Formulation Herbal Soap . Pertama sebab yang ni je yang paling senang untuk digunakan. Dan kesan pada kulit tu boleh dikatakan serta-merta kulit terasa lembut dan mulus. Yang halus yang tulus. Yang mulus yang kudus. Ewah! Satu lagi yang aku suka ialah Boreh Body Scrub . Yang ni aku suka sebab ko tau je la kan ibu yang berpantang ni selalu je rasa sejuk-sejuk je. Boreh scrub ni bila pakai, ada rasa warm je pada kulit. R...