Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Fashion Tips

Kau Ketinggalan La Makcik!

Sejahteralah ke atas kamu... Kawan-kawan ofis aku ni melampau tau. Masa aku cuti bersalin, derang pos gambar kuku yg derang cat guna nail polish. Marah sungguh aku. Main nail polish tak ajak aku. Nail polish yg kawan-kawan aku pakai tu jenis peel-off. Itu pun sebab ada salah seorang kawan aku yang aku panggil dia Harimau Bintang, ada anak dara yang masih bersekolah rendah. Anak dara si Harimau Bintang tu la yang membawa masuk nail polish peel-off tu ke ofis kiterang. Kalau tidak, makcik-makcik macam kiterang ni, mana la tahu akan kewujudan natang tu dalam dunia ni. Ingatkan jenis cat kuku yang macam cat yang takleh tanggal tu. Takut hoihhh nak pakai yang jenis tu, sementelah orang bercerita tentang jika mati dalam keadaan masih memakai cat kuku, nanti cat kuku tu takleh ditanggalkan daripada kuku walaupun dengan menggunakan nail polish remover. Jadi, kuku si mati perlu ditanggalkan daripada jari-jarinya. Spooky huh? Nampak tak kat sini, jangankan budak-budak boleh terpengaruh....

Penampilan : Awak Ni Nampak Macam Cikgu La

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya ni, kalau pergi mana-mana selalu orang tegur saya ni 'nampak macam cikgu'. Nak pegi beli manggis kat tepi jalan pun orang bleh bagi salam selamat petang cikgu. Baru-baru ni masa saya dengan suami pergi tukar tayar, pekerja kat kedai tayar tu boleh je buat tekaan berani dengan bertanya, "ni dua-dua orang ni cikgu ye?". Hahahah.. Suami saya pun nampak mcm cikgu gak kot. Kenapa orang boleh assume macam tu ye? Pendapat saya, apa yang kita pakai tu boleh membuatkan orang membuat andaian. Contohnya saya dengan suami saya masa digelar cikgu tu, kami sama-sama pakai t-shirt dan track bottom. Pastu suami pakai selipar jepun dan saya pulak pakai sandal flat kelepek-kelepek bila jalan. Memang takde yang lebih selekeh daripada kiterang dah tu. Sebab kiterang baru balik daripada bermalam kat umah adik. So, takde la nak bawak baju beriya-iya pun sebab mmg dah plan terus nak balik umah je. Tak sangka plak hati tergerak nak pergi mana-mana lagi. Sam...

Tip-tip Membeli-belah : Yey! Beli Baju Baru

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Membeli-belah. Lepas beli, kiter blah. Seronoknya membeli-blah. Nak-nak time duit tgh berkepuk. Tambahan plak bila ada byk masa lapang nak buat pilihan terbaik bg membeli brg2 yg kita dah lama kempunan nak beli. Wah... Syiokk... Nak membeli blah takder masalah. Duit kamu. Harta kamu. So, sukati la nak spend byk mana pun. Tapi kalo nak shopping baju/pakaian... Kat sini saya ader beberapa pedoman utk kamu supaya kamu tak membazir tak tentu hala; Tips membeli pakaian baru! 1. Kalo bleh, cuba elakkan daripada membeli terlalu byk baju dlm masa sehari. Mcm la esok dah kiamat. Mentang-mentang duit berkepuk, kamu belasah beli baju sampai 20 pasang pada hari yang sama. Seelok-eloknya, sehari beli 1 je. Kalo dah tak dpt tahan sgt, baru la beli 2. Bukan apa... Membeli terlalu banyak baju dlm satu masa, bermakna anda tidak memberikan hak yang adil terhadap baju-baju tersebut. [Baju pon ader hak keadilan ke??? Hehehe]. Sepatutnya baju baru perlu...

Tips Fesyen : Formal/Urusan Rasmi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tips fesyen untuk acara rasmi atau formal; 1. Pakaian rasmi anda perlu nampak se'profesional' yang boleh, tak kira betapa muda dan comelnya anda. Sila elakkan SEMUA aksesori yang boleh beri gambaran 'eh, kiutnyer budak tu'. Contohnya kalo dah pakai suit mahal, dgn blouse/kemeja yang sesuai, tetiba kat rambut ader plak sepit rambut Hello Kitty[contoh bagi pompuan], atau pakai snow cap, rainbow color plak lagik [contoh bagi lelaki, ya ak awww... ~rappers la konon]. 2. Serahkan tugas menggosok pakaian rasmi anda [blazer, seluar panjang atau suit] kepada mereka yang pakar [kedai dobi]. Kalo degil jugak nak buat sendiri, pastikan anda menggunakan kain linen atau 'cotton ironing cloth' untuk dilapikkan dipermukaan pakaian anda semasa menggosok pakaian tersebut. Tujuannya? Supaya seterika anda yang panas tu, tak meninggalkan kesan 'kilatan' pada suit mahal anda. Huhu... Syg wei.... 3. Jangan masukkan barangan...