Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kekasih-kekasih Allah

Jika....

Sejahteralah ke atas kamu... Macam biasa, malam Ahad saya tengok rancangan Law Kana Bainana kat TV Alhjrah. Semalam, topiknya ialah 'Sifat Sabar Rasulullah'. Kamu sabar? Sejauh mana kesabaran kamu? Ahmad Syuqairi iaitu pengacara rancangan tu, test tahap kesabaran beberapa orang Arab dengan mesin ATM. Eh, kat Arab ada mesin ATM drive thru. Cool dowh. Kalo ada cenggitu kat Malaysia ni, maka makin menjadi-jadi la sikap malas dalam diri saya ni. Mintak-mintak la bank-bank kat Malaysia ni buat satu cenggitu kat Malaysia Nasib baik le takde kat Malaysia kan? Ok, saya nak tanya kamu... Katakanlah Rasulullah masih hidup di alaf 21 ini... Kemudian kamu diberi peluang untuk bertemu dengan baginda hanya seminit... Apa yang kamu ingin lakukan atau katakan kepada baginda? Macamana pula kalau baginda tanya kepada kamu, "apa yang telah kamu lakukan untuk agama Islam selama kamu hidup ini?". -Apa kamu nak jawab? Apa sumbangan kamu kepada agama kamu sehingga ke hari ini? Huuu..huuu.....

Saidina Umar Al Khattab r.a

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kamu semua tahu Saidina Umar Al Khattab kan? Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kita juga tahu bahawa dikalangan sahabat-sahabat Nabi, beliau ini adalah yang paling tegas, garang dan gagah. Saya ingin kongsikan sedikit kisah tentang Saidina Umar ini.. Pada zaman pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menakluki banyak wilayah-wilayah yang dahulunya dikuasai oleh Parsi dan Rom. Termasuklah Jerusalam[Bumi Palestine], Baitul Maqdis, Iraq, Mesir, Syria dan banyak lagi. Bumi Parsi sendiri pun ditakluki oleh tentera-tentera Islam. Kalau tak silap, Parsi tu skrg dipanggil Iran. Kalo silap, tolong betulkan. Saya Google pun tapi mcm jawapan samar2 jer. :D Sewaktu Parsi ditakluki tu, putera Parsi yang bernama 'Fairoz' telah ditanggungjawabkan utk memimpin tentera kuceng Parsi bagi menewaskan tentera Islam [macam nama laki Zu. Sekian.]. Tapi padan muka mereka[Parsi], mereka kalah. Dan Putera Fairoz telah dit...

Abu Bakar As Siddiq Sebelum Menghembus Nafas Terakhir

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kemudian Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Usman bin Affan menulis surat wasiat yang mengatakan Umar al-Khattab dilantik sebagai khalifah menggantikannya. Selepas selesai wasiat itu ditulis, beliau memanggil Umat al-Khattab. "Wahai Umar, saya melantik kamu sebagai khalifah bagi memimpin umat Islam ke jalan yang diredhai Allah.", kata Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Umar al-Khattab menyatakan persetujuannya. Kemudian Abu Bakar as-Siddiq berpesan; " Sesungguhnya Allah mempunyai hak yang wajib kita tunaikan tepat pada waktunya . Hak Allah pada waktu malam tidak akan diterima-Nya, sekiranya dibuat pada waktu siang. Hak Allah pada waktu siang tidak akan diterima-Nya sekiranya dibuat pada waktu malam. Allah tidak akan menerima amalan yang sunat-sunat sehingga dikerjakan dahulu yang wajib. " "Sesungguhnya di hari akhirat nanti, berat timbangan mereka yang mempunyai timbangan yang berat kerana menegakkan kebenaran s...

Abu Bakar As Siddiq

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pada suatu hari, sedang Abu Bakar as-Siddiq duduk berehat di bawah bayangan pohon kurma sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, beliau didatangi oleh sahabat beliau iaitu Umar bin Al-Khattab. "Assalamualaikum", Umar memberi salam. "Wa'alaikumussalam" jawab Abu Bakar. "Kamu wahai sahabatku, Umar al-Khattab. Dipersilakan duduk." Kata Abu Bakar. "Apa yang sedang kamu lakukan di sini wahai sahabatku, Abu Bakar as-Siddiq?" tanya Umar. "Saya sedang berehat selepas penat bekerja di ladang kurma ini. Di samping itu, saya berzikir dan membaca wahyu Allah." Jawab Abu Bakar as-Siddiq. "Semasa di Mekah, kamu peniaga yg kaya-raya. Mengapa sekarang kamu tidak mahu lagi berniaga, sebaliknya bekerja sebagai petani?", tanya Umar al-Khattab. "Saya ada tugas yg lebih penting iaitu berdakwah, menyeru manusia supaya menyembah Allah. Namun saya mempunyai keluarga. Sebab itu saya mengusahak...