Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Family Matters

Manis-manis Buah Itu Suamiku...

Sejahteralah ke atas kamu.... Bulan 4 dulu, aku bersalin kali kedua. Due date sepatutnya 5 Mei, tapi dia tazaba pulak nak keluar dalam keadaan aku ada banyak lagi benda yang belum diselesaikan. Meja kat ofis pun aku tak kemas. Kemudian ada beberapa barang yang aku tak sempat nak beli. Barang yang aku tak sempat nak beli tu pula agak penting. Takleh kalo takde. So, selepas 2 minggu bersalin aku hajak husben gi Fabulous Mom kat area ioi mall Puchong. Sejak dah jadik mak-mak pegi pasar ni, aku dah kureng berminat nak pergi shopping mall. Aku prefer pergi butik yang dekat lot kedai. Senang, park kereta luar kedai, masuk kedai beli barang dan berambus kau dari situ! Lebih selamat untuk kesihatan tapak kaki dan juga kesihatan dompet anda. Manakan tidak, kalau masuk shopping mall, lalu kat macam-macam jenis kedai, pastu singgah. Terutamanya yg jual makanan. Bahaya. Bahaya. Ish ish ish (geleng kepala). Bila sampai di lot kedai di mana Fabulous Mom itu terletak, husben aku parked k...

Welcome To A New Journey.....

Sejahteralah ke atas kamu.... Adik ipar aku, Ina dah selamat melahirkan anak ke-3 nya pada Khamis lepas. Bayi itu adalah seorang gadis, sekuntum bunga diantara 2 ekor kumbang. Kami dengan excitednya pergi buat menyemak kat spital, siap berkelah plak tu. Hohhohhoh. Tak baik betul dah mengganggu privacy si pemberanak dengan yang diberanakkan tu. Maafkan la kami ye adik ipar. Sesungguhanya baby ini sangat la comel. Kecomelan yang melanda. Aku tgk muka Luth dalam gambar ni ada jugak macam muka papa dia. Makngoh beriya nak mengambik gambar, baby buat muka pasrah [dalam hati nyanyi lagu Erra Pajira] Harith, Mama Harith, Luth dan Mama Luth. Nama baby masih belum finalized. Esok lusa ada la tu namanya. Jadi itu je la kisohnyeee.... Kupai.

Keresahan Yang Tidak Mampu Disukat

sejahteralah ke atas kamu,... aku orang pahang. orang kuantan. pada waktu air mula naik bermula hari isnin 2 disember 2013 yang lalu, aku dengan keluarga kecik aku iaitu mat azghul dan encik luth bergerak pulang ke kuala lumpur. jam 7.30pagi. tengahari tu aku dapat berita, jalan charu - sungai lembing sudah tak boleh lalu.  jambatan ni tiap2 tahun banjir. tapi inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk naiktarafkan jambatan ni supaya jadi tinggi dan tak terkena banjir anymore. maka, dibina satu laluan alternatif kat sebelah jambatan ni sementara nak tunggu jambatan ni siap. aih, sekali tak sempat pun, jalan alternatif dah hancho berkecai dulu. ni pulak gambar pekan sungai lembing.  kalau sungai lembing banjir, memang tiap2 tahun paras ni. aku boleh buat kesimpulan, banjir kat sungai lembing tahun ni tak teruk pun. tahun 2001 lagi teruk. TAPI..... tahun 2013 ni banjir di bandar kuantan yang paling teruk dalam sejarah. sg lembing yg aku kata tu tak masuk d...

Succeed Ke Tidok Plan Aku Tu?

Sejahteralah ke atas kamu.... Jumaat lepas aku kata aku nak buat macam-macam kan? So, hari ni biarlah aku dedahkan kejayaan atau kegagalan aku mengikut plan yang aku buat sendiri tu.  Buat blanket atau alas baby. Completed. Mesti kena buat jugak ni sampai siap. Sebab waktu aku taip ayat ni pun, Ninee tengah bersalin. Aku plak memang plan nak balik kampung hujung minggu ni. Jadi, wajib siap. Dan berjaya. Hooreyy!!!  Ini hasilnya... Walaupun tak seberapa, tapi aku rasa hepi sebab seni jahitan aku dah makin improve.  Corak yang bunga-bunga biru tu, sama macam alas yang aku buat untuk Luth juga. Sama juga dengan alas yang aku buat untuk baby Iman, anak abang Long. Sempena mereka bertiga ni sebaya nanti masuk sekolah tahun yang sama, insyaAllah. Hip hip hoorey! Dan waktu aku tengah taip ayat ni, Ninee dah selamat bersalin melalui pembedahan, sebab baby yang comel ini suka dok songsang dalam perut mama dia. Ini la babynya... Ya Allah... comel sangat. Ta...