Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Lebih Baik Tau Dari Tak Tau

Aku Hanya Akan Rajin Memasak, Bila Ada Benda Ni....

Sejahteralah ke atas kami... Eh, kamu.. Aku ni seorang isteri yang tak berapa rajin, tapi tak juga berapa malas. Yang penting, setiap hari, aku akan berusaha untuk memasak. Sebab suami aku memang jenis suka makan makanan yang dimasak di rumah, walaupun hanya sekadar telur goreng dengan kicap. Lagi satu, anak sulung aku si Luth hanya nak makan nasi je bila dia lapar. Kalau aku tanya, "Luth, malam ni nak makan apa?". Laju je jawab, "Nacik". 😋😅 Tapi, ada satu benda yang akan membuatkan aku terlebih rajin dan bersemangat untuk memasak. Apa tu??!! Apa tu??! Inilah dia...... Cili blended. Lada kering kisar.Yang aku buat sendiri. Bukan cili boh yang beli kat kedai. Aku, kalau ada cili blended ni, memang aku akan rasa berkobar-kobar semangat aku nak memasak. Dah macam tangkal nak bagi rajin memasak, sebab kadang-kadang, aku tak masak sambal pun, aku tetap rajin kalau ada cili blended ni. Rasa lengkap je dapur. Rasa mudah je kerja. Padahalnya baw...

Aku Hiba

Sejahteralah ke atas kamu.... 1931 - 12.2.2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H Aku menangis.  Husband tanya, "Kenapa menangis?" Aku kata, "Nik Aziz meninggal". Husband menjawab dengan 'o' yang panjang. Kemudian menyambung, "Kenapa Hasbullah Awang meninggal, syg tak menangis pun?"........ ~potong~ *mana boleh buat perbandingan gitu. Allahyarham Hasbullah Awang juga orang penting di dalam negara kita. Tetapi Tuan Guru Nik Abdul Aziz lebih 'dekat' di hati aku. Sebab tu aku lebih hiba.

Ntah Apa Yang Ada Dalam Kepala Otak Dia?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku marah ni. Semalam aku dapat satu gambar baby yang bermuka pucat bersama seorang lelaki dewasa. Aku terus je tak fikir panjang, pergi share kat FB aku.  Lepas aku dah share baru aku terfikir, kalau terkena kejutan elektrik, kenapa muka pucat dan bukan hitam terbakar? Lagi, kalau betul kena kejutan elektrik, dalam kelam kabut tu kenapa sempat ambil gambar pulak? Kalau ko sendiri pun kan, katakan anak ko terjatuh kerusi ke, atau terluka kena pisau ke, ko masih ada hati ke nak ambil gambar dia sejurus selepas kejadian tu? Mesti la tak kan? Kecuali bila dah selesai urusan seperti dah balut luka, atau dah comfortkan dia. *tapi yang pasal elektrik tu, kita masih boleh berhati-hati sebab kena karan tu tak mustahil boleh berlaku ye.* Lepas aku share, ada yang pos gambar ni pulak di komen. Dan juga, ada yang pos gambar ni juga di komen. Yang ini paling meyakinkan. Sebab nampak lebih logik dan lebih tinggi kredibiliti orang yang share ...

Kerja Pemulihan Untuk Pembaikan Kerosakan Kabel Dasar Laut

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku nak maklumkan saje... TM telah memaklumkan bahawa mereka telah mengesan kerosakan kabel dasar laut yang menghubungkan talian internet di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Asia Utara. Kerosakan itu berlaku di AAG (Asia-America Gateway). Kesannya, akan menyebabkan kadar akses internet yang sekejap okay, sekejap perlahan terutamanya bila ingin mengakses laman web yang berpusat di Amareka. Kerja-kerja membaikpulih telah bermula pada 31 January 2015 dan dijangka akan selesai pada Sabtu, 7 February. Dah tak lama dah. *Pastu sebelum ni pun tak perasan plak akses internet slow. Kalau slow pun, ingatkan sebab masalah provider yg takde coverage.* Untuk berita yang lebih terperinci, boleh rujuk kepada WebSite TM .

Top Up Ilmu Melalui Group Di Facebook

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku join banyak group di Facebook. Aku yakin korang yang ada FB pun ada join group tertentu kan? Sebenarnya ada terlampau banyak group yang bagus di FB. Di antara group yang aku paling suka dan aku rasa paling berbaloi untuk aku follow ialah group untuk orang-orang yang menjahit, namanya Geng Jahit.  Aku joined group Geng Jahit ni pun sebab seorang kawan blogger yang add aku dalam tu.  Memang banyak sangat ilmu menjahit yang aku dapat daripada group ni. Aku jadi lebih yakin melenjan mesin jahit aku tu pun sebab terdorong bila tengok ahli geng ni share hasil jahitan mereka. Aku kenal jenis-jenis mesin jahit dan spare parts mesin pun dekat situ gak, malahan aku main kutu untuk beli mesin jahit pun dengan ahli geng. Kadang-kadang sampai tepu sel otak aku nak cuba faham pasal jahitan dan fesyen yg mereka share. 'Geng' sangat kan kiteorang ni? Macam ala-ala Pekida dah aku rase.  .................... Bila ada anak...

Sweet Persimmon

Sejahteralah ke atas kamu.. Biasa nampak buah ni ? Nampak macam tomato separuh ranum. Nampak macam terung tak jadi pun ada.   Buah ni nama omputishnya dipanggil persimmon. Tapi kalau di Malaysia lebih dikenali dengan nama pisang kaki. Silap cakap boleh dapat kaki.  Aku suspect, mesti rasa dia tak sedap ni. Tapi oleh sebab aku ni memang suka buah-buahan, aku tergerak hati nak mencuba. Aku sebenarnya tak pasti cara sebenar untuk makan buah ni. Tapi aku hentam je. Aku belah 2, then kupas kulit macam buah epal. Then potong macam buah ciku. Nak tahu rasa persimmon ni macamana? Biar aku explain. Texture buah ni macam isi kelapa muda yg keras dan warna putih tu. Dia takde bau yang kuat. Rasanya manis. Sedap sangat. Aku memang suka. Buah yang aku beli ni macam kurang masak lagi. Kalau buah pisang kaki yang dah betul-betul ranum, dia lembut pastu rasa dia lagi manis. Sedap sangat tau. Memang buruk hasil potongan aku ni. Jangan geli plak te...

Nak Adik Sangat Dah Dia Ni

Sejahteralah ke atas kamu..... Luth ni aku rasa, dia dah ready nak ber'adik'. Selalunya dia akan main suap-suap makan dengan soft toys sama ada zirafah, monkey sock atau poko-chan. Lepas dia tonyoh papok [keropok] kat mulut soft toys, dia akan tanya plak ,"Dap? Dap?" [sedap? sedap?]. Terharu aku tengok. Ada sekali tu, dia susah payah pergi ambil baby carrier dia yang aku letak di tempat yang lebih tinggi daripada dia. Selepas berjaya mengambil carrier tu, dihulurkannya kepada papa. Kemudian terkedek-kedek pergi ambil poko-chan pula. Lepas tu, suruh papa letak poko-chan ke dalam baby carrier dan dia minta papa pakaikan pada dia. How sweet my Luth dah nak jadi abang ye. Yang di bawah ni pula, patung Jerry [Tom & Jerry] yang dapat percuma bila beli Kinder Joy. Eh, Kinder Joy tu manis ya amat. Aku beli konon-konon nak bagi Luth makan, sekali bila rasa, masyaAllah. Manis melampau. Aku sendiri yg habiskan sebab tak rela nak bagi makan anak aku. Denga...

Kenderaan Bentuk Katak dan Jerung di KL

Sejahteralah ke atas kamu... Dah 2 kali aku ternampak kereta yang unik sewaktu aku driving. Yang pertama dihias seperti putera katak. Berwarna hijau, mempunyai crown di atas bumbung dan mata bulat yang dilukis pada bonnet kereta. Aku macam tertanya-tanya... Haiwan apakah itu? Kenapa dia ada situ? Lepas tu aku lupa. Esoknya aku nampak seekor lagi makhluk aneh. Bentuk ikan jerung pulak. Kat atas bumbung kereta ada sirip ikan jerung yang selalu membuatkan orang yang ternampak sirip tu lari lintang pukang menyelamatkan diri cerita jaws, juga mata yang dilukis di atas bonnet kereta. Kali ni aku berusaha juga nak jadi busy body. Semangat ingin tahu aku yakni bersamaan dengan semangat kepochi aku mengatasi kesesakan lalulintas ketika itu. Berusaha gigih aku skodeng, akhirnya nampak le tulisan pada badan kereta tu, MYTEKSI. Dalam hati menyebut hurup O yang panjang. Teksi rupa-rupanya. Semangat waja aku mengambik gambar. Dan this is the best yang aku mampu snap. Huhu.. memalukan ha...

Cerita Tentang Haid... Opps... Lelaki Tak Perlu Baca :D

Sejahteralah ke atas kamu.... Setelah 29 bulan berlalu tanpa didatangi haid, akhirnya Ahad lepas haid aku datang kembali. [9 bulan mengandung + 20 bulan umur Luth = 29 bulan]. Aku ni sampai dah terlupa dah cemana kaedahnya nak pakai pad. Perasaan aku pulak kemain le sukanya sebab dah lama tak lalui datang bulan. Dalam masa yang sama rasa nervous macam budak darjah 6 baru akil baligh. Sian sungguh.  Mengikut perancangan aku, cukup je umur Luth 2 tahun pada 2 Jamadil Awal 1436 jap lagi, baru le kami nak berusaha untuk dapatkan anak kedua. Ohh, lagi sekali aku gemuruh bila mengenangkan dugaan-dugaan mengandung dan bersalin. Huuuu, takottt... Luth pun sekarang ni dah pandai main baby-baby guna semua soft toys dia. Siap suapkan kerepek kat Monkey Sock yang aku buat untuk dia dulu. Mau tak tercabar sipat keibuwan haku? Dulu masa sekolah, aku tinggal di asrama selama 4 tahun. Siapa pernah duduk asrama mesti biasa dengan kes tuala wanita yang berdarah-darah ditinggalkan di toi...

Terima Kasih Sebab Panggil Aku Bahlol!

Sejahteralah ke atas kamu.... Siapa selalu layan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pasti akan perasan yang banyak kali perkataan 'bahlul' disebut-sebut di dalam filem-filem beliau. Ramai orang tak kisah, tapi ramai juga yang kisah dan merasa tak selesa nak bagi anak-anak tonton filem-filem P. Ramlee disebabkan dialog kasar tu, sebab bahlul tu kita faham memberi maksud 'vongoks' atau 'vodoh' dan seumpamanya betul tak? Biasa tak kita dengar atau kita sendiri buat, bila kita nak marah orang yang slow sikit otaknya, kita marah dia dengan kata dia 'cerdik' atau 'pandai' [tapi intonasi masa sebut perkataan cerdik tu, agak 6 harakat kat bahagian 'dik' tu, heheh.. nak tunjukkan yang ko ni, cerdikkkkkkk sangat]. Actually, sama la dengan konsep 'bahlul' ni. Aku pun baru je tahu bahawa 'bahlul' yang selalu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebut-sebutkan di dalam filem beliau itu bukan bermaksud bodoh, tapi sebenarnya kata-ka...

Hari Telur Sedunia.... Pun Ada?

Sejahteralah ke atas kamu... Macam-macam le manusia ni nak celebrate. Hari telur sedunia pun nak sambut. Huhu. Bilakah sambutan hari telur sedunia? Jawabnya ialah pada hari Jumaat minggu kedua di bulan October. Sempena dengan Hari Telur sedunia ni, mari sini aku nak kongsi beberapa kaedah yang menakjubkan yang kita boleh manfaat dengan telur. 1.  Syampu - nak dapatkan rambut yang anjal dan bersinar? Campurkan telur kuning dengan madu, jus lemon dan minyak zaitun... Sapu pada rambut. Selepas 10 minit bilas. Lagi lama lagi bagus. 2.  Gam - Kalau kat rumah tak ada gam, boleh gunakan putih telur. Untuk projek sekolah anak pun lagi selamat kot guna putih telur ni sebagai gam sebab non-toxin. 3.  Penyubur Tanaman - Pekebun-pekebun, air yang digunakan untuk rebus telur boleh digunakan untuk siram pokok-pokok tanaman kamu. Boleh membantu menyuburkan tanaman u know. Kulit telur pula, boleh digunakan sebagai baja. Caranya, hancurkan kulit telur dan taburr...t...