Skip to main content

Terima Kasih Sebab Panggil Aku Bahlol!

Sejahteralah ke atas kamu....

Siapa selalu layan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pasti akan perasan yang banyak kali perkataan 'bahlul' disebut-sebut di dalam filem-filem beliau. Ramai orang tak kisah, tapi ramai juga yang kisah dan merasa tak selesa nak bagi anak-anak tonton filem-filem P. Ramlee disebabkan dialog kasar tu, sebab bahlul tu kita faham memberi maksud 'vongoks' atau 'vodoh' dan seumpamanya betul tak?

Biasa tak kita dengar atau kita sendiri buat, bila kita nak marah orang yang slow sikit otaknya, kita marah dia dengan kata dia 'cerdik' atau 'pandai' [tapi intonasi masa sebut perkataan cerdik tu, agak 6 harakat kat bahagian 'dik' tu, heheh.. nak tunjukkan yang ko ni, cerdikkkkkkk sangat]. Actually, sama la dengan konsep 'bahlul' ni. Aku pun baru je tahu bahawa 'bahlul' yang selalu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebut-sebutkan di dalam filem beliau itu bukan bermaksud bodoh, tapi sebenarnya kata-kata pujian.

Kalau korang nak tahu, ada seorang wali Allah yang mahsyur bernama Mohamad Al Bahloul. Beliau adalah abang kepada Sultan Harun Al Rasyid, iaitu salah seorang daripada khalifah pada zaman pemerintahan Islam satu masa dulu. Ini video tentang lawatan sekumpulan ahli rombongan daripada Singapura ke makam Mohamad Al-Bahloul ini di Syria. 


Untuk yang tidak dapat menonton video ini, aku tolong print screen beberapa shot daripada video ni,






Untuk sesiapa yang tak dapat tengok video ni juga, aku ceritakan secara ringkas apa yang pak ostad kat atas ni cerita. Kata beliau, suatu masa dulu mungkin bila nenek moyang kita ingin marah kepada anak-anak, mereka mengatakan anak mereka bahlul, dengan harapan anak mereka akan menjadi seperti wali Allah Mohamad Al Bahloul inilah. Tapi lama kelamaan, bila sejarah ini tidak diketahui, kita menyangkakan bahawa perkataan bahloul ini adalah bermaksud bodoh. Sepatutnya, bila orang memanggil kita 'bahlul' kita katakan 'aamiiin' kemudian ucapkan terima kasih sebab mendoakan kita menjadi seperti wali Allah.

Pernah diceritakan, pada suatu masa Sultan Harun Al Rasyid bersama isterinya, Siti Zubaidah lalu di hadapan Mohamad Al-Bahloul yang sedang membina rumah menggunakan tanah liat. 

Maka bertanyalah Harun Al-Rasyid, "hai Bahloul, kau buat apa?". 

Bahloul kata, "aku sedang buat rumah, syurga."

Maka isterinya Siti Zubaidah bertanya, "Boleh aku beli?"

Bahloul kata, "Boleh". Siti Zubaidah bertanya lagi, "Berapa harganya?". Bahloul menjawab, "10 dirham".

Apabila Harun Al Rasyid mendengar Siti Zubaidah membayar 10 dirham, baginda ketawa dan berkata, "kau dah kena tipu dengan si Bahloul ni."

Tetapi pada malam itu, Harun Al Rasyid bermimpi, ada satu rumah besar yang cantik dan tertulis nama Siti Zubaidah. Maka Harun Al Rasyid ingin masuk ke rumah itu tetapi pengawal berkata "tidak boleh''. Kata Al Rasyid, "ini rumah isteri aku". Pengawal membalas, "benar ini rumah isterimu, tetapi bukan rumah kamu."

Apabila Harun Al Rasyid bangun daripada tidur, baginda terus bergegas mencari abangnya Mohamad Al-Bahloul dan berkata, "Bahloul, aku hendak membeli rumah daripada engkau". Kata Bahloul, "boleh, tetapi harganya 10 ribu dirham".

Harun Al Rasyid  bertanya lagi, "kenapa semalam 10 dirham, hari ini 10 ribu dirham?"

Mohamad Al Bahloul menjawab, "Semalam engkau belum nampak, sekarang engkau sudah nampak". 

*maksudnya, Mohamad Al Bahloul ini adalah seorang yang Kasyaf dan beliau juga adalah seorang wali Allah yang soleh. 










Lepas je aku tengok video ni, dan-dan aku terus panggil anak aku, Bahloul, bahloul. Heheheh.. Terpinga-pinga la budak tu.







Comments

  1. baru tahu...tapi bila dah tahu macam janggal pula nak sebut bahlol ni.

    ReplyDelete
  2. oooo baru tau.. tanjaat gak bca tajuk tu bila bca isi nya ooooo tenganga2 eden ;p

    ReplyDelete
  3. Disebabkan MELAYU, aku agak skeptik untuk memanggil anak dgn BAHLOUL. Ciss!

    ReplyDelete
  4. oooo.. begitukah sejarahnya.. hehehehe pasni xmarah dh klu org panggil mcm 2..

    ReplyDelete
  5. Oh, betul ke begini ceritanya! Kalau tak baca kisah ni, memang perkataan 'bahlul' itu tidak akan tinggal kesan di rumah. Memang tak boleh sebut. Yalah sedap-sedap je nak panggil orang bahlul aka bodohkan. Kalau macam ni bolehlah panggil anak-anak 'Bahloul' yek dengan harapan mereka akan jadi seperti abang Harun Al Rasyid ni nanti.

    ReplyDelete
  6. Tak menahan ayat yg last skali tu...ekekeke...

    Thanks for sharing lyd. Baru ku tahu. Nak panggil anak bahloul jugak lah ☺

    ReplyDelete
  7. Still rasa besalah nk pggl bahlol..sbb kita dh disogokkan dgn bahlul tu mcm hina je kan

    ReplyDelete
  8. Uishhh....janggallah pulak rasanya.
    Takut kena pukul klu pggil org bahloul...hehe

    ReplyDelete
  9. P. Ramlee adalah antara seniman Melayu yg paling banyak mempromosikan perkataan 'bahalol' dalam filem-filemnya. Kalau P. Ramlee tau 'Bahaloul' adalah satu nama mulia tentu ada watak hero bernama Bahaloul dalam filemnya dulu...

    ReplyDelete
  10. baru tau kisah sebenar..memang dh salah guna perkataan selama ni

    ReplyDelete
  11. haha..baru tau jugak Bahlol adalah nama Oarang yg Kasyaf ..Wali Allah. / memang janggal kalau nk digunakan bg memuji kebaikan org.

    ReplyDelete
  12. Oooo..saya baru tahu!
    TQ kongsi info ni

    ReplyDelete
  13. Serius.. lya bru tahu ni. Bgusnya awk sbb smpai sedetail ni cari info. Btw.. tq for sharing

    ReplyDelete
  14. Serius.. lya bru tahu ttg ni.
    Mmg byk dgr dlm cite lama
    Selama ni duk sangka bahlul ni mde x baek n negetif je..

    Bgsnya awk..smpai sedetail ni cri info. Tq for sharing

    ReplyDelete
  15. laaa...ada sejarah rupanya bahlul ni....baru SA tau

    ReplyDelete
  16. Bahloul!!! Jangan "bollocks" sudah...orang kelantan kata bollo'k... ada idgham tu. hehe

    ReplyDelete
  17. klu x de yg mendedahkan , mmg x tahu kan ... thanks share .

    ReplyDelete
  18. wah~ dah buat research pasal ni, tapi krang kalo aku panggil kawan aku bahloul memang lain jadinya. hahaha

    ReplyDelete
  19. Memang kalau nak mulakan balik panggil bahlul kat orang ni akan banyak pro dan kontranya...kita dah biasa dengan maknanya yang umum tahu...tapi tu lah...memang rasa macam tak bestlah nak panggil orang camtu...sebab ada yang tahu kisah ni

    ReplyDelete
  20. ha..alhamdulillah.. kurang rasa bersalah... hehehe

    anyway, thanks Lyd for sharing ^_^

    ReplyDelete
  21. hehe...video memang tak tengok
    tapi cerita ni baca buat saya senyum sampai ke telinga
    dalam dewan bahasa dan pustaka , bahlul memang merujuk kepada
    bangang, bodoh, tongong: engkau betul-betul ~, tak ada cita-cita

    so totally dapat pelembang kalau kita buat gitu...hehe

    ReplyDelete
  22. uish, hari ni baru aku tau maksud sbnr bahlul...

    ReplyDelete
  23. baru tahu jugak sy psl nama wli Allah bahloul nie lyd..cuma musykil 1 perkara..mrk2 ygmemulakan panggilan bahlul nie dr dl memang aware lah akan wali Allah Bahloul nie yer..klo gitu baguslh *()*

    ReplyDelete
  24. tq .. KA baru tau cerita ni, nnti nk story kat anak2 lah very gd one !

    ReplyDelete
  25. Alkisahnya... Nnt org dgr kita pggl anak bahaloul mst terkejut beruk. Haha...

    ReplyDelete
  26. Bahlol ok. Asal jangan panggil bodoh, sudah

    ReplyDelete
  27. lama dah tau...taon 90an dulu,ustaz ismail kamus ada cerita..

    ReplyDelete
  28. lama dah tau...taon 90an dulu,ustaz ismail kamus ada cerita..

    ReplyDelete
  29. dari kitab mana bleh baca tentang cerita ini?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w