Skip to main content

Tukang Urut - Therapist - Massage

 Sejahteralah ke atas kamu....


Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari. 

Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku.

Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la. 

Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong orang, suka urut orang, then orang tu yang dah lama sakit, bila aku urut, jadi sembuh. Aku terfikir nak buka Pusat Urutan. Padahalnya, kalau aku urut ahli keluarga, takdenya sembuh. Makin sakit lagi ada. 😆.


Image from google


Aku suka diurut. Sekarang ni, kalau panggil tukang urut atau nama glamour tukang urut = therapist (eceh, gitu), bayaran pun tak murah kan. Sekali urut satu badan RM150. Ada yang sesuai dengan aku, ada yang pedooh je lebih. Yang pasti, aku bila sedang diurut, aku suka kalau aku dapat tidur semasa sesi urutan. Aku cuma nak relax je, mulut dan otak aku nak rest je patutnya. Tapi setakat ni, belum ada lagi tukang urut yang urut aku, mulutnya senyap. Mesti nak borak, tanya itu ini, cerita itu ini. Letih nak jawab soalan2 mereka.  Aku ni tak la suka sangat nak tahu kisah-kisah orang. Tapi kalau orang cerita, aku terpaksa la dengar. Aku faham, therapist ni taknak bagi dia mengantuk kot. Sebab tu dia berborak. Aku ni memang malas nak sembang. Terutamanya dengan orang yang aku tak biasa. Aku kan introvert wanna be. Mana suka bercakap.

Ada sekali tu, aku nampak ada satu pusat urut di bandar kecil berdekatan rumah aku. Aku pun ambil no telefon. Hari Jumaat, aku ajak kawan-kawan ofis aku ikut aku pergi berurut. Kawan-kawan aku ni, adalah sejenis yang 'kami dengar, kami patuh', dan jenis percaya kawan punya. Kalau aku promote apa-apa derang memang yakin la pilihan aku tu mesti gempak2 punya. Nampak tak aku jenis sembang gajah pun boleh terbang, sampai camtu kawan-kawan aku percaya. (Ada la 2,3 orang yang camtu. Hahahah). Tapi dierang memang baik. Eh tiberr.

Pada hari kejadian, aku pun drive dan bawa kawan-kawan aku ke rumah urut tu. Bila masuk tu, aku dah rasa ragu dah. Tempat tu,..ermmm macam rumah urut yang gelap tempat urut pun atas lantai, pastu berlangsir-langsir guna tirai je. Pastu tukang urut pula gadis2 Thai yang tak reti cakap melayu. Mak aih... Yang penting Thai girl tu cantik-cantik weh. Kulit dia, muka flawless, rambut cantik wangi. Ih semua la cantik. Aku dengan kawan-kawan aku yang ala-ala mokcik-mokcik tudung kerepot ni, kembang kempis je hidung menahan malu. Itu je la sekali tukang urut yang memang tak berborak dengan aku. 

Lepas je habis sesi urut, keluar je daripada rumah urut tu, memang teruk la aku kena bahan dengan kawan-kawan aku. Kiterang ketawa macam tak cukup gigi nak sengih dah ni. Apa benda tempat urut macam gitu. Aku pulak mana la tau kan. Dah nama pusat urut tu, Pusat Urutan Keluarga. La Isketambola-bola api sungguh la.

Korang doa-doakan la ye supaya aku boleh buka pusat urutan satu hari nanti, walaupun aku tidak gifted dengan bakat mengurut. 

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...