Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kisah Diri Sendiri Yang Tak Best Mana Pon

Ranjau Di Jalanan.

  Sejahteralah ke atas kamu.... Hasben aku pernah jadi perokok tegar satu masa dulu, long before, sebelum aku jumpa dia semula (kami satu sekolah tapi tak berkawan pun, apatahlagi nak keep in touch, sampai la jumpa semula after 10 years.) Kiranya, sewaktu aku kenal dia bila dah dewasa ni dia dah quit smoking la. Jadi, aku tak sempat la nak melalui jaman mulut dan tangan dia berbau asap kepuk-kepuk kepam-kepam tu. (dah macam bunyi kompang pulak kan).  Ini salah satu perkara yang aku sangat bersyukur dan sangat appreciate tentang hasben aku. Takde la. Bukan la nak puja suami sendiri, tapi lebih elok la daripada aku puja suami orang. Eh tibe. Maksud aku, bukan la aku nak up-up and away kan laki aku tuh. Aku bukan la sejenis nak berlagak tak tentu hala. Aku humble tau. (tekup mulut dgn tangan tanda tersipu.). Sekali-sekala aku nak up cerita pasal suami aku, maafkan la aku ye.  Aku sebut pasal isu merokok sebab aku nak kaitkan dengan apa yg aku nak cerita hari ni....... menuru...

Orang Menjual, Aku Membeli

Sejahteralah ke atas kamu...  Kat bawah ofis aku ni ada bazaar jualan yang aku tak tau sempena apa. Mungkin sempena gaji atau sempena nak sambut raya. Over kan, raya lambat lagi. Aku ada la walk thru kat kaki lima tu tadi, memantau harga barang-barang sama ada masih di dalam kawalan ke atau di luar kawalan. Acah-acah Timbalan Menteri KPDNKK plok tetibe.  Then, aku tersinggah kat satu gerai ni. Aku ter okay? Terrr... Sebenarnya aku nak tanya je. Tapi jenis aku, kalau aku dah tanya, biasanya aku tak sampai hati kalau tak beli. Aku pernah berniaga. Walaupun tak konsisten dan barang yang aku jual pun suam2 kuku je, tapi aku faham perasaan peniaga bila orang tak beli. Memang la tak kisah kalau orang tak beli. Memang la percaya dengan rezeki Allah. Memang la boleh berfikiran positif. Tapi..... ada satu perasaan halus dalam hati yg nak kata hampa tu, hampa juga la kot, tapi bukan la hampa sampai nak memaksa. Gamaknya, sebab tu la aku memang takde bakat nak jadi peniag...

Sahabat Yang Baik Juga Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu..... Post aku hari ini ada kaitan dengan status aku di FB sehari sebelum raya, beberapa minggu yang lepas. Kisahnya, aku ambil cuti seminggu sebelum raya. Niat murni aku nak menjahit baju aku, baju raya anak-anak, jahit langsir untuk rumah abah di kampung dan jahit langsir untuk rumah aku. Tapi aku hanya merancang, Allah jua yang menyusun kehidupan aku, ditakdirkan aku demam 3 hari masa aku cuti tu. Demam yang tahap tak bangun. Sabtu, Ahad Luth demam. Isnin, Selasa, Rabu, aku pulak demam. Khamis, Jumaat Yafith pula sambung demam. Hasben aku demam juga, tapi dia kata dia kan ayah. Kena la kuat sebab nak jaga keluarga. Githew.  Sepatutnya Jumaat sebelum raya tu aku plan nak balik kampung. (Raya Ahad). Tapi bila semua tugasan yang aku plan, aku tak sempat siapkan...... Aku tak sempat pun nak jahit baju Yafith. Baju Luth sempat siap tapi memang buruk hasilnya. Langsir pun selamat tinggal romeo je la. Semua tak siap. Huhu. Beg pun aku kemas hari...

Wanita IDAMAN

Auzubillahiminassyatonirrojimmm.... Bismillahirahmanirrohim.... Nak masuk rumah yang dah lama ditinggalkan. Kena la baca doa pelindung syaitan sikit kan. Sejahteralah ke atas kamu...... Ada sekali tu, ofismate aku yang baru je dinaikkan pangkat menjadi pegawai cakap kat aku, "Lid, ko sekarang dah jadi wanita idaman.". Aku yang kepala otak blur ni terus je macam nak tersipu tapi dalam masa yang sama aku macam kata dalam hati, "ke jadah mendenya idaman dah tua macam ni. Gemuk plak tuh". (ketawa tekup mulut). Lepas tu Pegawai sambung lagi, "sebab ko sekarang jaga sistem IDAMAN". Ceh.  Aku sekarang dah tukar seksyen. IDAMAN tu salah satu sistem yang perlukan pantauan kat seksyen baru ni. So, memantau sistem IDAMAN tu adalah tugasan baru aku. Kalau pasal sistem IDAMAN tu, aku takde la nak jadi wanita IDAMAN sangat. Makcik IDAMAN tu ye la. Tapi aku ni bukan la handal sangat pun dari segi teknikal ni. Otak aku ni atas sikit je daripada...

Kekasih Lama

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku saja je nak bagitau. Menonton drama Korea semasa single/bujang lain sangat feel nya berbanding dengan menonton semasa dah kahwin ni. Aku tak pasti la aku sorang je ke yang rasa gitu atau orang lain pun rasa benda yang sama. Beza sangat. Sebab bila tengok kisah cinta semasa bujang dulu, hati terbuai tapi rasa sunyi sangat sebab tak ada sesiapa. Rasa tak pasti siapa jodoh sendiri. Rasa macam entah ada peluang ke tidak untuk mengalami semua benda-benda sweet macam dalam drama tu. Tapi sekarang bila dah kahwin dan tengok drama percintaan, dalam hati rasa secure, rasa selamat dan tak ada rasa jeles pun. Yang paling penting, hati dah tak rasa sunyi bila tengok adegan sweet dalam drama. Mungkin sebab dah ada seseorang yang boleh disandarkan untuk semua perkara sweet tu. Halal pulak tu. Kan? Ke guane? Dulu aku kaki drama Korea. Mula tengok Winter Sonata, pastu Autumn In My Heart dan melarat-larat ke cerita seterusnya yang keluar kat TV. First crush...

Aku, Dia Dan Daging Dendeng.

Sejahteralah ke atas kamu... Hubungan aku dengan Daging Dendeng ni bermula semasa aku masih single dan belum berpunya. Ewah.. Intro dia. Taknak kalah. Makcik Zah, jiran sebelah rumah aku yg mula perkenalkan daging dendeng ni kepada tekak aku. Tupun, setahun sekali datang rumah dia untuk berhari raya. Punya teruk jiran cenggini. Tapi kira okay la, ada jugak datang daripada langsung tak datang kan? First time makan daging dendeng tu lawan dia dengan pulut kuning. Aku sampai terngigau2 akan kesedakpan daging dendeng tersebut. Hari raya puasa beberapa tahun lepas pula, aku pergi bertandang ke rumah mak sedara suami aku di Pekan, Pahang. Mak sedara suami tu aku panggil Mommy, menghidangkan rendang dendeng yang very delisyesh untuk kami sekeluarga. Setahu aku, dendeng tu menantunya yang masak. Hebak menantu. Boleh masak lauk yang jadi hidangan utama di rumah mak mentua. Kalau aku, aku memang takde keyakinan langsung nak masak kat umah mak mentua. Pemalas pun ye jugak kot. Kahkah. [D...

Menanti Anak Kedua, Anak Pertama Selalu Kena Marah

Sejahteralah ke atas kamu..... Sejak kebelakangan ini, aku semakin kerap memarahi Luth. Aku pun tak tahu kenapa aku gagal mengawal perasaan marah aku bila dia buat sesuatu. Seperti biasa, selepas marah anak, ko akan rasa berdosa ya amat. Rasa macam ko la mak yang paling tak berguna dalam dunia, lebih-lebih lagi kalau apa yang ko marah dia tu sebenarnya memang tak patut langsung dimarah. Sebagai contohnya semalam. Dia main dengan aku. Waktu itu papa dia belum balik. Nak tak nak, aku layan la dia walaupun aku ni dah kelainan upaya sangat dah waktu tu. Layan dia main sambil baring. Lepas tu, dia asyik la nak bertenggek kat atas perut benandum aku ni. Memang tak selesa sangat aku rasa. Sebab perut ni dah ketat. Aku cakap baik-baik. "Luth, jangan main atas perut mama.". 2,3 kali aku ulang. Tapi dia terus je main guling-guling, golek-golek atas perut aku. Seksanya aku rasa. Last sekali aku cubit halus peha dia. Dia macam terkejut. Pastu dia cakap, "Sakitlah!" the...

Ubat Untuk Persediaan Berpantang

Sejahteralah ke atas kamu.... Dulu aku ada cerita pasal set berpantang yang aku gunakan selepas bersalinkan anak pertama. Kali ini, aku tak beli dah set berpantang. Aku hanya beli minuman herba Lady Essentials LDVenus Gold by Elken ni sahaja sebagai ubat makan. Aku beli 4 kotak terus. Huhu. Tamok. Sekotak ada 20 botol. Sehari kena consume 2 botol. Jadi cukup la untuk 40 hari. Gitu la pln asal aku. Lepas dah beli LD Venus Gold ni, tiba-tiba baru aku terfikir, karang kalau minuman herba ni tak sesuai dengan aku cemana? Atau tak serasi dengan anak aku ke? Maka baru la aku tersedar bahawa otak udang juga aku ni ye. Huhu. Apapun, aku berharap benor la agar semuanya berjalan lancar dan ubat ini serasi dengan aku.  Pelik ke kenapa aku tak beli ubat luaran untuk berpantang? Hehe, jangan ribut-ribut. Aku mungkin akan DIY je ubat tampalan yang luaran nanti. Eceh. Rajin la konon. Takde la. Sebenarnya aku dah booking confinement lady untuk jaga aku sewaktu aku berpantang...

Pengalaman Tinggal Di Wad PPUM

Sejahteralah ke atas awok.... Terdahulu aku ceritakan pengalaman bersalin di PPUM. Kali ni nak cerita pula pengalaman aku menginap di wad bersalin PPUM selepas bersalin. Secara jujurnya aku katakan, duduk di wad bersalin PPUM, tidaklah seteruk mana. Atau boleh aku katakan, memang tak teruk langsung. Nurses baik belaka. Tak ada pulak aku jumpa dengan nurse yang menyakitkan hati. Semuanya lemah lembut dan sangat membantu. Ini pujian ikhlas tau. Sikek dok nawok. Wad bersalin tu dalam satu bilik ada 4 orang. Sewaktu aku dimasukkan ke dalam wad, hanya ada 3 orang termasuk aku. Semuanya baru lepas melahirkan. Kalau di dalam labour room, sebarang gadget adalah dilarang sama sekali, berbeza pula di dalam wad. Gadget dibenarkan bawa. Lega la sikit aku rasa sebab boleh bawak henfon, tak la mati kutu sangat dok dalam wad tu. Dah petang sikit baru la pesakit ke-4 masuk. Menurut pesakit ke-4 tu, dia bersalin pagi. Waktu lebih kurang macam waktu aku bersalin juga. Tapi dah petang baru d...

Dalam Keterpaksaan Aku Relakan

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ni kalau kat tempat yg aku takde kemudahan untuk update blog, idea nak update blog tu kemain mencanak-canak keluar. Bukan setakat topik yang aku tulis je melintas anak-beranak di fikiran aku ni, sekali dengan idea lawak jenaka pun aku dah imagine sekali. Tapi bila tiba je saat nak mengarang a new post , semua yang aku pernah terfikir tu, sepatah haram pun aku tak ingat. Lain kali aku kena tulis idea aku tu pada post-it , then lipat-lipat, kunyah dan telan. Baru la idea tak hilang. Haihh... Rosak reputasi aku sebagai seorang awam yang turut dikenali sebagai blogger sambilan ni. Haaa, pilih-pilih nak warna apa untuk suruh aku telan. Sekarang ni tengah trending dengan Star Wars The Force Awaken. Secara jujur-sejujur-jujurnya, aku memang tak pernah ikut cerita Star Wars ni sejak aku lahir ke dunia yang fana ini. Ewah. The biggest effort yang aku pernah lakukan berkaitan dengan Star Wars ni ialah aku pernah cuba untuk tengok setiap movi...

Cerita Lembu Korban

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku sebenarnya malu nak cerita, tapi aku cerita jugaklah. Raya Haji tahun ni, adalah pertama kali aku melakukan ibadah korban. Huhu. Sedih kan? Raya tahun ni juga, aku tak balik kampung. Pertama sebab buat ibadah korban tu di flat tempat aku tinggal ni. Lagi satu sebab, mak dan pak mentua aku datang ke sini untuk beraya di sini. (Rumah adik ipar, di Banting).  Di flat kami tu, ada 4 ekor lembu yang disembelih untuk ibadah korban tu. Salah satu daripadanya ada satu bahagian ibadah korban aku. Dalam 4 ekor lembu tu, ada seekor lembu yang paling besar. Warnanya hitam. Dia gemuk dan nampak kuat. Lembu hitam yang besar tu adalah yang pertama disembelih. Kalau tidak silap, lembu tu dikorbankan oleh tokey lembu dan keluarganya. Selesai urusan penyembelihan lembu pertama tu, barulah turn untuk lembu korban yang ada bahagian aku. Kiranya lembu aku, adalah lembu kedua. Jarak antara lembu hitam yang pertama tadi dengan lembu korban aku hanya l...

Style Rambut Lelaki Melayu Jaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kami.. eh, ke atas kamu... Korang tahu cemana rambut mohawk? Takkan tak pernah dengar rambut mohawk? Ok, bagi yang tak tahu, ni la salah satu gambar rambut mohawk yang keluar bila ko taip 'mohawk'.  Aku perasan, ramai lelaki Melayu kat Malaysia ni yang suka buat rambut gaya mohawk ni. Kawan-kawan, keluarga, budak muda, budak kecik, separuh umur semua nak tiru gaya ni belaka. Selamat la aboh aku yang umur 80 tahun tu tak buat rambut gaya gini. Kalo tidak aku nak viralkan je kat FB biar dia femes. Boleh aku tumpang femes. Hehek. Amboi, giler femes rupa-rupanya aku ni ye. Biasanya rambut yang cuba digayakan oleh lelaki Melayu ni takde la macam gambar kat atas tu. Yang atas tu teruk benor rupe dia. Setakat yang macam Zayn Malik ni je. Kira jambu la kan kalau buat style rambut camni. Tapi harus la lelaki-lelaki melayu ingat, bahawa bukan semua jenis muka sesuai buat fesyen rambut gini. Kalau dah try sekali then nampak macam kelakar, next time...