Iklan! Iklan! Sila Click!

29 March 2016

Aku, Dia Dan Daging Dendeng.

Sejahteralah ke atas kamu...


Hubungan aku dengan Daging Dendeng ni bermula semasa aku masih single dan belum berpunya. Ewah.. Intro dia. Taknak kalah. Makcik Zah, jiran sebelah rumah aku yg mula perkenalkan daging dendeng ni kepada tekak aku. Tupun, setahun sekali datang rumah dia untuk berhari raya. Punya teruk jiran cenggini. Tapi kira okay la, ada jugak datang daripada langsung tak datang kan? First time makan daging dendeng tu lawan dia dengan pulut kuning. Aku sampai terngigau2 akan kesedakpan daging dendeng tersebut.

Hari raya puasa beberapa tahun lepas pula, aku pergi bertandang ke rumah mak sedara suami aku di Pekan, Pahang. Mak sedara suami tu aku panggil Mommy, menghidangkan rendang dendeng yang very delisyesh untuk kami sekeluarga. Setahu aku, dendeng tu menantunya yang masak. Hebak menantu. Boleh masak lauk yang jadi hidangan utama di rumah mak mentua. Kalau aku, aku memang takde keyakinan langsung nak masak kat umah mak mentua. Pemalas pun ye jugak kot. Kahkah. [Daging dendeng ni dah jadi macam manusia pulak bila aku tulih perkataan hubungan kat atas tu ye. Jangan panik, ini adalah daging dendeng sejenis makanan/lauk untuk dimakan bersama nasi, nasi himpit, keputat atau pun lemang, bukan sesiapa pun].

Lepas dah terpikat dengan daging dendeng tu, aku ada la gugel resepi kat inthornet konon nak buat sendiri la. Kalau tak silap aku ambil daripada blog Che Mat Gebu. Tu pun aku masak tapi versi derhaka. Che Mat suruh letak bawang goreng, aku tak letak pun. Che Mat suruh letak bawang merah 20 bijik, aku letak 10 bijik je. Jenis degil memang gitu. Tapi takpe la. Aku masak untuk suami aku. Biar jadi resepi air tangan aku sendiri. Asalkan suami kata sedap, itu pun dah cukup. Aku pernah juga bawak bekal daging dendeng hasil air tangan aku tu ke ofis, bagi kawan-kawan sisterhood aku yg sebelah-menyebelah meja ni makan. Derang kata sedap. Tak tau le kot derang saje ambik hati je. Haha. Yang penting, habis. So aku assume bahawa mereka memang jujur memuji masakan aku yang enak dan lazat iteww.

Kalau korang nak tau, 3 perenggan kat atas ni hanya intro je tau. Ada banyak perenggan lagi bawah ni kang. Bersengkang mata la korang nak baca sampai habis.

Tahun lepas, semasa aku mula alahan kerana mengandung anak kedua ni, aku langsung tak boleh makan apa-apa sebab bila aku makan, aku akan terbluwek semua sekali. Masa aku dah mula alahan tu, dah dekat nak raya haji. Aku tak balik kampung sebab buat korban kat umah aku ni je. Sehari sebelum raya haji tu aku masih kerja. Lepas tu, aku dok terfikir, apa benda la aku nak masak untuk juadah pada pagi raya haji di perantauan ni. Aku mula la terfikir nak buat daging dendeng. Sebab tu je yang aku reti masak kalau ye pun. Hakhak. Tapi memandangkan aku alahan, aku rasa macam tak de selera langsung nak masuk dapur. Dalam kepala otak ni dah mula create image daging dendeng, daging dendeng, sambil terbayang-bayang mengunyah daging dendeng dengan slow-mo makan bersama dengan ketupat segera adabi yang berbau aroma daun kelapa tu. Owh..... Merembes-rembes air liur dalam mulut. Teruk ahhh gini.

Balik rumah petang sebelum raya haji tu, aku angau dengan daging dendeng ni. Kalau tak silapnya, malam tu ada kenduri kat rumah jiran sebelah. Ada bacaan Yasiin tapi jemputannya hanya jemaah surau yang lelaki je. Suami aku pergi la juga bawak Luth. Bila suami aku balik rumah untuk hantar Luth (Luth nangis nak mama), aku laju je tanya, "Makan apa kat umah Pak Berahim?(suami Makcik Zah). Suami aku kata daging dendeng. Pehhhh.... Bersinar biji mata. Pastu suami aku pergi semula rumah Pak Berahim untuk pergi makan. (Aku sebenarnya tak cakap pun kat suami aku yang aku nak makan daging dendeng tu. Kiranya mainan perasaan sorang2 je tu). Aku duduk je la kat rumah. Memang aku tak dapat nak bercampur dengan manusia time mabuk macam ni. Terlantar je depan TV sambil tengok Luth main Robocar Poli. Tak lama lepas tu, jeng jeng jeng.... Suami aku balik bawak sepinggan daging dendeng dengan ketupat. Ya Allah.... Gembiranya rasa macam nak menangis terharu di hari konvokesyen. Rasa macam rahmat Allah turun seperti hujan ke atas ribaan aku. Sampai gitu sekali perasaannya bila dapat daging dendeng di waktu ko memang sedang mendambakannya.

Ada satu lagi kenangan indah aku dengan daging dendeng ni... Baru minggu lepas. Aku pergi makan dekat satu cafe di PJ Old Town. Cafe tu ala-ala hipster sikit. Menu hipster, deco hipster. Harga pun of cos la hipster kan. Aku dengan Luth je. Suami aku tak balik dari ofis lagi masa tu. Aku saje je nak makan bubur ayam kat cafe tu. Opss.. Lupa nak cakap. Nama cafe tu paling hipster. Cafe Zainab namanya. Heheh. Gambar aku ada ambik tapi aku malas nak transfer. So, korang baca je la ye takyah tengok gambar. 

Aku browse menu kat cafe tu menggunakan anak mata. Satu persatu. Lama sungguh nak decide ni. Padahal dah tahu nak makan bubur. Tapi lama kemain aku tenung menu tu. Sebab rasa macam nak try juga menu lain. Tapi semua jenis pedas. Aku tak berapa berani sangat nak makan pedas. Sebab nanti yang menanggungnya aku juga. Heart burn la, loya la, gastrik la. Tak larat aku. Salah satu menu yang menangkap mata aku ialah Nasi Lemak dengan Daging Dendeng. Aku nak order, tapi membayangkan rasa pedas bersama minyak tu, aku tak jadi la nak buat pasal. So, aku terus order bubur ayam je la. Luth pun boleh makan tama-tama. Aku makan dengan santai je. Takde mende nak kejar pun. Half way aku mengabihkan bubur ayam tu, tetibe datang pekerja Cafe Zainab tu daripada kitchen. (Luth dah berenti makan sebab dia berak masa tengah makan. Gitu sokmo. Asal makan je berak. Sebab tu selalu dia makan sikit je. Sebab dah berak mana ada selera nak makan lagi. Geli kot.). Pekerja daripada kitchen tu aku suspect salah seorang tukang masak kot. Dia datang bawak satu dulang, dalam dulang tu ada 2 mangkuk kecil berwarna putih. Aku macam terpinga-pinga pulak. Rasa macam dah dapat belaka dah order aku. Tapi yang dia hantar ni apa kebenda fulek?

Kemudian pekerja tu kata, dia nak minta tolong aku sebagai customer Cafe Zainab, untuk rasa dan kemudian pilih salah satu hidangan di dalam mangkuk tu untuk mereka jadikan signature dish mereka di Cafe Zainab. And guess what, in both bowls there are two types of daging dendeng u ollss... Dua-dua sedap, dua-dua wangi. Eceh. Tetibe je kan. Dapat lagi daging dendeng di kala aku terfikir akannya. Walaupun tadi mula-mula takut pedas, tapi kalau dah terbentang depan mata, ko nak tunggu apa lagi? Takkan nak tenung je. Wajib la dimakan bersama bubur. Memang kena. Om nom nom. Sedap bak hang. Tapi kena pilih satu je. Yang salah satu daripada daging dendeng tu rasa macam yang aku masak sebab ada the taste of bunga lawang. 

So begitu la kisah aku dengan daging dendeng. Syahdu kemain cerita aku ni kan? Actually cerita aku kat blog ni hanya untuk insan yang rajin membaca je. Dah la panjang berjela. Pastu merepek plak tu tanpa gambar. Nasib la yuols. Nanti bila aku update lagi, jemput la baca lagi ye.


16 comments:

  1. hehe.. mukadimah je 3 perenggan.. tapi daging dendeng memang sedap.. makan dengan nasik panas-panas.. tak perlu dah lauk lain :))

    ReplyDelete
  2. I la yg suka sgt baca blog u sampai habis..setia tak i.lyd?hahahaha...suka sgt baca blog berjela u...syiok!!!

    ReplyDelete
  3. Dah serupa novel ke kak rasa..haha..ACTUALLY, ahkak xpenah masak dagkng dendeng ni tp pertama kali makan daging dengdeng ni masa kat perak ni la..yg laling owhsom yg dimasak PKHEM sekolah akak..adoila termimpi2 u!!!

    ReplyDelete
  4. As salam apa khabar.. lama x singgah d blog nie.. kim salam dgn Luth ya.. msti dah besar skrg dia. :D

    ReplyDelete
  5. hahaha...
    tragis...

    tp alhamdulillah..mmg betul2 rezeki lyd, dalam diam Allah makbulkan keinginan daging dendeng tu dlm keadaan x dijangka.. itu pon rezeki namanya..

    ReplyDelete
  6. baca sampai habes ni..penutupnya cam tergantung..hahahaa..
    daging dendeng sedap..dapat rasa setahun sekali gak waktu raya..abang ipar tempah..

    ReplyDelete
  7. uncle tak pernah pegi cafe hipster….

    agaknya sebab uncle tak hipster kot? hehehe

    ReplyDelete
  8. aduh..baru sebut daging dendeng minggu lepas..gugel resepi CM gak tapi belum buat..tak pernah pun makan

    ReplyDelete
  9. kemain kisah ko dengan daging dendeng ye..tulah namanya reseki.tgh pikir2 n teringin nk makan.benda dot terjelupuk tanpa diduga..dpt la baygkan keseronokan tu macam mana.walaupun hanya sekadar daging dendeng kan.haha..

    daging dendeng memang sedap..klu yg versi betul2 tu byk pkai rempah..sy biasa buat versi derhaka juga.memang 100% la tak ikut resepi.tp namakannya daging dendeng juga..over tak.hahaha

    ReplyDelete
  10. murah rezeki akak... moga sentiasa murah rezeki...aminnnn

    enjoy baca celoteh akak.. sempoi n smbil baca imegin skli... hehehehe

    ReplyDelete
  11. blh bygkan kesedapan dging dendeng tu
    walaupon tanpa gambar.
    itu lah rezeki namanya..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Saya pernah order daging dendeng dari FB tau LS, ni rasa macam bole masak sendiri tengok pengalaman LS ni:)

    ReplyDelete
  13. aku pun minat daging dendeng. nyum2...

    ReplyDelete
  14. Keputat tu apa, Lyd? Sejenis ketupatkah? ~_^

    I tak kisah entri panjang tanpa gambar ni sebab kalau you masuk blog I pun senasib juga kita nikan, kan, kan...

    Syahdu sungguh kisah daging dendeng dengan you ni, Lyd. Sampai setiap kali you dapat makan daging dendeng, I pulak yang nak menitis air susu. Eh, mana ada air susu sekarang ni, anak dah tua pun! Hahahah!

    ReplyDelete
  15. Saya gigih baca sampai habis tau. Dah serupa novel da.hahaha

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...