Skip to main content

Posts

Showing posts with the label FIFA WORLD CUP 2010

Spanar Jaya vs Susu Dutchlady!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Memandang semua perlawanan sebelum ini, seperti; 1] Argentina vs Germany, saya sokong Argentine; 2] Germany vs Spain, saya sokong Germany; 3] Germany vs Uruguay, saya sokong Uruguay dan semua pasukan yg saya sokong tersebut telah menang. Iaitu MENANGgung kekalahan, maka, perlawanan Spain vs Netherlands ini, saya akan menyokong : SPAIN!!! Go Spain!!! Secara jujurnya, saya tak la berminat sgt nak tgk match ni, maka saya tgk sambil baring2 jer. Dlm masa yg sama, bleh taip post entry ni. Hahaha. Tak macam minat saya masa tgk match Argentina-Germany, siap bleh bersila atas coffee table sbb nak dekat dgn screen TV. Perghh..Dasat betul hamba bolasepak ni. Hahahaha. Adegan-adegan yg menarik, tapi tak berapa menarik mana; 1. Ada pemain Spain yg bernama 'Puyol'. Mcm nama arnab je. Comel. Heheh. 2. Seminit lepas Van Persie[Netherlands] dpt kad kuning sbb tackle Capdevila[Spain] dari tepi, Puyol plak dpt kad kuning sbb tackle pemain Nethe...

World Cup 2010 Closing : Cawan Dunia 2010 Menutup

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Saya sedang menonton Acara Penutup Piala Dunia 2010. Cool gak la visuals dan formations yg tuan rumah/tuan punyer padang yg menganjurkan WC2010 ni. Dan yang paling penting, mestilah Shakira. Agak ternganga jugaklah biler tgk Shakira ber 'belly dancing'. Costume beliau malam ni pon, sungguh cantik. Nampak perut. Kalo saya pakai mcm tu, mesti saya pon secantik beliau... [Waaaaaaaaahhh... Mcm syaiton je nak perasan mcm tu. Hahaha. Jgn marah yer. Gurau jek.] FIFA WC2010, yg paling saya suka ialah bertemakan haiwan. Saya ni kan pencinta haiwan. Apa2 yg berkaitan dgn haiwan, tak kira la, rimau ke, singa ke, lipan ke, gajoh ke ,semua saya suka [eh, td gajah dlm acara penutup tu, mcm pakai baju kaler putih/kuning je. Kuang hajau buat gajah mcm tu. Naya ke gajah tu. Haihh...]. Dan unsur-unsur Africa sungguh eksotik. Caya lah Afrika! Tema yg menarik. 2.18am - Piala Dunia yg direbut, yang diperbuat daripada emas tulen [tulen bangg], tela...

SPAIN versus GERMANY. Let's Eat Paul The Octopus.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...... Hari ni, jalan raya cam lengang semacam. Walaupun tak la selengang musim cuti skolah. Tapi agak lancar laluan saya untuk ke ofis hari ini. Sampai ofis, suasana ceria. Abg Amer lalu kat tempat saya dgn senyuman sampai ke ubun-ubun. Abg Badang plak melangkah dgn yakin seperti Badang yg dah makan muntah hantu di sungai, gagah perkasa. Di penjuru ofis plak, meriahnya mcm nak kenduri kawen anak bongsu ketua kampung, nak tumbangkan 10 ekor kebau. Paul the octopus mendapat pujian sana sini. Ramai yang kagum. Tapi ramai jgk yang rasa mcm nak kerat 19 je si Paul tu. Haihhh... Ni semua gara-gara Spain dapat ke final selepas menewaskan Germany 1-0 pagi tadi. Sampaikan jalanraya yg biasanyer jem blueberry, dah jadi jem nenas. [jem bluberi mcm pekat je, dan jem nenas mcm lite skit... warna cerah. hehehe...takder kaitan.]. Keamanan jalanraya hari ini mungkin disumbangkan oleh org2 yg MC atau EL sbb takleh bgn pagi lepas tgk perlawanan Spain dgn G...

Ohhhh.... Argentina ku !

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kenapa Argentina kalah? Mungkin ada banyak sebab. Dan mungkin diantara sebab-sebab kekalahan Argentina adalah; Sebab-sebab yang penuh emosi:- 1. Sebab Diego Maradona tindik telinga kat dua-dua belah telinga? 2. Sbb Sungai Lembing hujan dari jam 8.30mlm hingga selesai perlawanan, sebagai petanda menangisi kekalahan Argentina ? 3. Sbb pasukan German pakai jersi kaler itam yang melambangkan kesyaitanan, lalu telah menggentarkan hati pemain-pemain pasukan Argentine yg memakai jersi kaler biru muda yang melambangkan kemalaikatan? 4. Sbb tiupan vuvuzela tak cukup kuat untuk mengganggu tumpuan Germany? 5. Kerana sokongan Michael Ballack memberi aura kemenangan kepada Germany? Yarrhhh, benci aku! 6. Sbb Germany main bomoh! Wakakakakaka. 7. Ataupon kerana Romero sudah 'dibeli' oleh bookie-bookie judi yang meramalkan kemenangan Germany? 8. Dan sebab sebelum perlawanan bermula, semua pemain-pemain daripada kedua-dua pasukan perlu berg...

Wah.... Hebatlah CELCOM BROADBAND!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Cool! Kat kampung saya dan kampung En Stormpong, iaitu Sg Lembing yg tercinta ni pon dpt line broadband Celcom. Yang saya ingat, beberapa bulan lepas, anak buah saya punyer broadband Maxis tak de coverage pon kat sini... huhu...liputan terluas. Sekarang, tgh berdebar..... Menanti perlawanan Argentina dgn Germany. Semoga Germany menerima nasib seperti Brazil dan Portugal. Majulah Si Singa Messi!

Kenapa?????

Kenapa Portugal kalah???!!! kenapa???? Why????? Ronaldo nampak mengecik je pagi tadi. Ishh... Tak lalu makan rasanya. Bile mengenangkan yg Argentina bakal bertemu dgn Spain selepas menang dgn German nanti.... pheww... Achtung!

Ulasan Tamat Perlawanan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ulasan 1 : Tentang Paras Rupa. ~ Pemain No. 6 Argentina , body ada cutting, mcm pompuan. Huhu. Muka plak mcm pelakon The Lord Of The Ring yang jadi 'Faramir'. ~ Gol Keeper Argentina, skali imbas nampak mcm Tarabas dalam citer The Cave Of The Golden Rose. ~ Lionel Messi sungguh comel sbb dia cinonet tapi hyperactive. Saya plak yg rasa nervous di atas kelincahan Messi iteww seolah-olah saya ni pemain Mehico yg nak mengawal pergerakan dia..... ~ Pemain no.3 Mehico pun body ader cutting pompuan. Siap ader breast lak tu. Huhu.. Tercabar plak I rasa. Ulasan 2 : Adegan-adegan Menarik. ~ Game terhenti seketika di awal-awal minit separuh masa pertama, sbb ader penonton buang toilet paper atas padang[agaknyer le toilet paper, saya agak je. Malas nak Google].Time tgk tu, saya dah tergelak dan dah rasa terhibur. Sbb pelik + merepek. Yang kena kutip sampah tu ialah gol keeper Mehico. ~ Jaringan gol pertama Argentina oleh Carlos Tevez, dira...

Ramalanku : Argentina - 2, Mehico - 0

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Jam 3.07 pagi. Menonton perlawanan di antara Argentina dan Mehico [Mexico. Saya eja begitu sbb saya gedik. Tenkiu. Hehehe.. Org2 Mexico sebut negara mereka 'Mehico']. Sudah 40 minit perlawanan, Argentina mendahului dgn 2-0. Nampaknya ramalanku mungkin akan salah. Gol mungkin akan bertambah lagi. Weehuuu!!!! Comelnyer Lionel Messi ni. Kecit cho-et je.

Rahsia Aku

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... World Cup 2010 dah lama dah bermula. Tapi saya baru je nak citer pasal bola ni. Takder apa pon nak citer sgt. Sbb saya byk tertinggal match yg best2. Walau canner tak tgk skali pon, saya mana bleh ketinggalan utk mempunyai pasukan pojaan hati ku sendiri. Untuk World Cup musim ini dan musim-musim yang sudah, saya menyokong Argentina, walaupon saya dan Argentina tu langsung takder kaitan walaupun sebesar bulu hidung. Kalo ader pun, cuma dgn 'Tina' je. Tu kawan skolah saya masa skolah rendah dulu. Huhu. Kalo Argentina gagal di pusingan awal, baru la saya akan pindahkan sokongan saya tu kepada pasukan yg masih tinggal, yg agak2 ader harapan nak menang, seperti Brazil. Dan saya juga suka menyokong pasukan yg underdog . Maksud underdog ni ialah 'di bawah hanjing'. Hehehe.. just kidding my dear . Underdog tu ialah pasukan yg kurang diberi perhatian dan tidak dijangka akan menang. Contohnya mcm Jepun, Korea Selatan, Turki [Tur...