Skip to main content

Ohhhh.... Argentina ku !


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kenapa Argentina kalah? Mungkin ada banyak sebab. Dan mungkin diantara sebab-sebab kekalahan Argentina adalah;

Sebab-sebab yang penuh emosi:-

1. Sebab Diego Maradona tindik telinga kat dua-dua belah telinga?
2. Sbb Sungai Lembing hujan dari jam 8.30mlm hingga selesai perlawanan, sebagai petanda menangisi kekalahan Argentina?
3. Sbb pasukan German pakai jersi kaler itam yang melambangkan kesyaitanan, lalu telah menggentarkan hati pemain-pemain pasukan Argentine yg memakai jersi kaler biru muda yang melambangkan kemalaikatan?
4. Sbb tiupan vuvuzela tak cukup kuat untuk mengganggu tumpuan Germany?
5. Kerana sokongan Michael Ballack memberi aura kemenangan kepada Germany? Yarrhhh, benci aku!
6. Sbb Germany main bomoh! Wakakakakaka.
7. Ataupon kerana Romero sudah 'dibeli' oleh bookie-bookie judi yang meramalkan kemenangan Germany?
8. Dan sebab sebelum perlawanan bermula, semua pemain-pemain daripada kedua-dua pasukan perlu bergambar dgn banner 'Say No To Racism'?
9. Ataupun juga kerana semangat juang Nazi masih belum terpadam di dalam dada orang-orang Germany?

Huhuhuhu... Yang pastinya kesemua sebab-sebab di atas adalah tak ader kena-mengena dgn kekalahan Argentina, kerana sebab-sebab yang sebenarnya adalah; [mungkin la juga...saya pun bukan tau semua benda dlm hidup ni]

1. Sebab yang paling utama, sudah tentulah kerana pasukan Germany memang layak menang. Mereka bermain dgn kemas, walaupun tidak banyak menguasai bola semasa perlawanan.
2. Sebab yang kedua utama, sudah tentulah kerana pasukan Argentine masih belum layak untuk memikul tugas untuk ke separuh akhir. Walaupun dlm 4 perlawanan sebelum ni, Argentine belum penah kalah, dan gol mereka belum pernah bolos, tapi mungkin juga mereka menang kerana nasib. Sbb sebelum2 ni, mereka hanya berlawan dgn pasukan2 Cap Hayam. Kalo yang hebat skit pon hanya Mehico, sbb Mehico Cap Kambeng, tarer skit dari Cap Hayam. Huhu...
3. Dan pemain-pemain Argentine agak terganggu dari segi psikologi kerana Germany sudah mencipta gol seawal minit perlawanan iaitu pada minit ke-3. Dan biler dah stress, tumpuan cepat hilang.
4. Pemain-pemain pertahanan Argentine agak pemalas dan rapuh sedangkan pertahahan Germany sungguh kebal seolah-olah macam ader 10-10 org skali depan pintu gol tu untuk halang bola Argentine. Ishhh.... Sakkkiittttttt hati aku tgk....
5. Barisan hadapan Argentine plak selalu agak gopoh untuk menyudahkan gol. Dan kadang2 tamak pun ader. Sebab selalu nak jaringkan gol walaupun peluang tipis. Terutamanya Di Maria iteww... Ermm.. Tapi apa buleh buat... Bolasepak memang begitu. Tiada yang mustahil di dalam bolasepak.
6. Pemain-pemain pasukan Argentine berlari laju, tapi pemain-pemain Germany berlari lagi laju. Tambahan plak pemain2 Germany tinggi2, kaki panjang2. Argentine plak ketot2 je. Saya tgk Carlos Tevez yg berlari mcm 'handicapped coachroach' tu pun berjaya dicabar oleh pemain-pemain Germany.
7. Dan sebab yang terakhir, adalah kerana, aku rasa nak lempang bile tgk Klose. Sbb dia tarer sgt. Grrr... [Opps... point ni sepatutnya masuk dlm kategori emosi kat atas tu kan? hehehe]


Maka, terhentilah sokongan saya untuk Argentine. Kerana mereka sudah bungkus. Oleh itu, saya mengisytiharkan bahawa saya menyokong Uruguay, Netherland dan Germany. Hahaha... Kecuali Spain je saya tak sokong. Sbb Spain mmg aku tak suka walaupun mereka hebat. Hahaha.. Emosi lagi skali.

Ooo... Bagi yang tak tau, Argentine dikalahkan oleh Germany 4-0. Huuwaaa..... *Saya pun dah jadi seperti akhbar-akhbar utama di Malaysia apabila calon-calon Barisan Nasional kalah bertanding dgn parti pembangkang atau calon bebas, berita kekalahan tu kecik je ditulis. Itu pon kat tepi2 je. Tapi kalo BN menang, sebesar-besar mukasurat Utusan Malaysia tu tajuk kemenangan BN. Hehehe... Peace... Saya tak mengundi pun. :p

Romero = Goal Keeper Argentine

Klose = Pemain Germany

Argentine = Argentina yang sengaja dieja begitu, kerana gediks.

Comments

  1. tula baru nak jumpa dengan Argentina (Anjing Betina) masa semi final^^

    Gerrard sokong Spain!

    ReplyDelete
  2. Tu la tu. Kalo tidak bleh kita bet saper yg menang. Sy dah takmo sokong mana2. Nak sokong yg menang je. Hahaha... Maka, tak akan sakit hati.

    ReplyDelete
  3. huhu..saba//sama la..tak suka spain..rela jerman yg menang cawan dunia ni

    ReplyDelete
  4. well. pretty unfortunate for argentina.. =)

    ReplyDelete
  5. anak buah aku yg umur 8 thn kata anjingtina. Ingatkan main2, rupanya memang dia tak tau nak sebut argentina. btw,team aku kompem masuk semi final. So, sila bagi sokongan kat Belanda (utk WC2010 jer ye). Ngeh ngeh...go dutch!

    ReplyDelete
  6. wakakaka...argentina x best..4-0 kena...dgn german.
    SPAIN best!!!

    ReplyDelete
  7. Takper, ayuh kiter sokong sape yg menang je. Sbb 4-4 negara pun bukan negara kita. Heheh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya