Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jom Berfikir Dan Berzikir

Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu.  Warning. Entry ini tidak bergambar. Dan panjang. Siapa rajin baca, dialah insan terpilih. Aku memang tak kaya. Setakat ini, rezeki aku cukup dan tak pernah rasa kesempitan. Walaupun duit sikit, tapi aku tetap rasa lapang. Sentiasa merasa cukup. Itu, bagi aku adalah rezeki terbesar yang Allah anugerahkan kepada aku dan keluarga.  Cuma, walaupun cukup, tapi aku tetap tidak dapat nak membantu orang lain sangat. Kalau ada kawan atau saudara yang kesusahan, aku tak dapat nak bantu banyak. Setakat bagi pinjam serat-dua rat gitu je la sokmo. Kadang-kadang dapat balik. Kadang2 memang lenyap ditelan masa je la hutang-hutang tu. Aku rasa, aku ada perangai yang sukakan perkara-perkara ajaib. Aku suka tengok atau baca kisah yang menakjubkan, keajaiban Allah. Macam kisah masjid yang terselamat semasa dilanda tsunami. Seperti kisah saudara-saudara baru yang memeluk Islam dengan keajaiban kisah perjalanan mereka untuk melafaz kalimah syahadah. S...

Banjero

sejahteralah ke atas kamu... keterlaluan tak kalau aku katakan yang kesan banjir yang masih melanda di pantai timur yang sekarang ini sama seperti kesannya dengan taufan hayyan. mungkin ketakutan dan kebahayaan itu tak sama. jumlah kematian juga jauh taufan hayyan lagi tinggi berbanding banjir kat sini. syukur alhamdulillah. tapi kesan seperti ketiadaan makanan, pakaian dan tempat tinggal tu, sama. rumah mereka-mereka yang terkena banjir juga kebanyakannya sudah totally lost. tidak sedikit juga yang kehilangan kereta. semua tenggelam. ada sahabat aku yang baru beli perabut bernilai rm 10ribu, sehari sebelum banjir melanda. semuanya habis. sekelip mata.  aku pernah jadi mangsa banjir. aku pernah juga dipindahkan ke masjid semasa banjir dgn menaiki bot. cuma, waktu itu kerugian tidak la seratus peratus seperti kebanyakan mangsa banjir yang berlaku sekarang. sesiapa yang pernah mengalami rumah terkena banjir mesti tahu perasaannya. selalu berlaku, bila kita dah kemas2 bar...

Keresahan Yang Tidak Mampu Disukat

sejahteralah ke atas kamu,... aku orang pahang. orang kuantan. pada waktu air mula naik bermula hari isnin 2 disember 2013 yang lalu, aku dengan keluarga kecik aku iaitu mat azghul dan encik luth bergerak pulang ke kuala lumpur. jam 7.30pagi. tengahari tu aku dapat berita, jalan charu - sungai lembing sudah tak boleh lalu.  jambatan ni tiap2 tahun banjir. tapi inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk naiktarafkan jambatan ni supaya jadi tinggi dan tak terkena banjir anymore. maka, dibina satu laluan alternatif kat sebelah jambatan ni sementara nak tunggu jambatan ni siap. aih, sekali tak sempat pun, jalan alternatif dah hancho berkecai dulu. ni pulak gambar pekan sungai lembing.  kalau sungai lembing banjir, memang tiap2 tahun paras ni. aku boleh buat kesimpulan, banjir kat sungai lembing tahun ni tak teruk pun. tahun 2001 lagi teruk. TAPI..... tahun 2013 ni banjir di bandar kuantan yang paling teruk dalam sejarah. sg lembing yg aku kata tu tak masuk d...

Akan Hilang Melayu Di Dunia Nampak Gayanya

Sejahteralah ke atas kamu... Dah lama saya nak bangkitkan hal ni. Cuma kadang-kadang terlupa. Biasa tak, kita masuk meeting atau join perbualan yang mereka cakap omputih sesama sendiri? Padahal yang bercakap itu semuanya Melayu. Cakap omputih berhabuk.. Fuhh... Fuh... Kenapa tak cakap melayu ye? Padahal kamu sesama Melayu je. Dah pasti semua orang akan faham bahasa Melayu. Kalau hanya beberapa ayat atau perkataan tu masih boleh diterima. Sebab mungkin ada sesetengah perkataan yang tidak sesuai untuk dialihbahasakan. Terutamanya bagi terms ICT atau financing. Ini, seluruh perbualan adalah di dalam bahasa omputih. Hebat anak Melayu ni kalo bab-bab mengagung-agungkan bangsa lain. Yes, saya faham... bahasa inggeris itu sangat penting. International language la katakan. Macamana kita nak maju kalau tak faham bahasa inggeris ye tak? Dan mcmn kita nak mahirkan bahasa inggeris kita kalau kita tak berlatih bercakap walaupun dengan kengkawan sesama Melayu betul tak? Jadi, kita pun dok bersembang...

Siapa La Aku Nak Bercakap Tentang Pentadbiran Negara

Sejahteralah ke atas kamu.. Kalau kamu tengok berita kat TV sejak akhir-akhir ni, mesti akan perasan isi kandungan berita tu lebih menjurus kepada ekonomi yang dispesifikkan lagi kepada perkataan 'subsidi'. Mcm dah 2,3 hari ditayangkan temubual dengan pakar ekonomi luar negara untuk mengulas tentang isu subsidi. Lepas tu pakar ekonomi tu plak menyaiko kan kita semua dengan menyatakan subsidi ni kalau kerajaan kurangkan, akan meningkatkan ekonomi negara. Pastu pakar ekonomi tu bagi contoh negara dia sendiri. Tak silap Russia. *Kalau tak silap la. Saya dah lupa. Malam sebelum tu pun ada juga slide presentation yang ada animation-animation tu untuk ceritakan pasal subsidi bla..bla..bla.. Lepas tu, semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dah umumkan bahawa minyak tak jadi naik sebab kerajaan fikirkan tentang rakyat. [Huyoohh....memang bagus kerajaan ni. Sapa tak sokong kerajaan ni mmg rugi besar la dlm hidup. Ish..ish..]. Kemudian menteri kata, demi rakyat, kerajaan sanggup menang...

Versi Mini, Versi Besar

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE Jika kucing itu versi mini, maka harimau itu adalah versi besarnya. Jika ayam itu versi mini, maka ayam belanda itu versi besarnya. Jika cacing itu versi mini, maka ular itu versi besarnya. Jika cicak itu versi mini, maka biawak itu versi besarnya. Saya hanya nak ajak kamu berfikir hanya sedikit sahaja tentang keindahan dunia ini... Ciptaan-ciptaan...

Yang Kamu Mahu vs Yang Kamu Perlu....

Sejahteralah ke atas kamu... Andainya Allah memakbulkan semua doa-doa yang pernah saya mohon kepada Dia, sudah tentulah hidup saya sekarang akan menjadi sedikit porak peranda, atau mungkin jugak bukan sedikit sahaja porak peranda tersebut, malahan totally porak peranda. Mana tidaknya..... kebiasaannya, apa yang saya mohon daripada Allah hanyalah bersandarkan keinginan hati semata-mata. Alaa.. senang cakap, hanya ikut nafsu. Sedangkan.... apa yang saya mohon itu bukannya baik untuk saya. Contoh doa saya yang kalo Allah makbulkan hidup saya jadi porak peranda? Haaa... Saya penah mohon dijodohkan dgn Takuya Kimura [pelakon Jepun], selepas musim Takuya Kimura dah berlalu, saya mohon jodoh saya dgn Kim Rae Won plak [pelakon Korea]. Memang tak senonoh sungguh perangai saya ni pada zaman dulu kala. Tapi perangai sekarang pun apa kurangnya. Tih..tih.. Tak dinafikan, ada juga perkara yang saya mohon itu dimakbulkan Allah. Jadi, saya anggaplah apa yg telah dimakbulkan itu adalah yang terbaik unt...

Gurau Tak Bertempat

Sejahteralah ke atas kamu. Ada sekali hari tu, kat FB, salah seorang friend saya tukar status dia daripada 'Married' ke 'Single'. Saya baca comment kat bawah status tu ada orang tulis macam ni, "Apa lagi, karaoke la". Jadi, saya anggap ni mesti main-main ni. *kawan saya tu lelaki yg dah berkahwin dan ada 2 anak. Saya plak pegi tambah "Dangdut la..". Hehehe.. Saya ingat kelakar la tu konon. Tetiba bile saya refresh screen tu, saya tgk komen-komen org lain semua cakap "Sabarlah", "Semoga tabah", "Alhamdulillah selesai" dan kawan saya tu plak balas komen kawan2 dia dengan "Keutamaan aku sekarang ni hanyalah anak-anak". Alamakkk... Betul-betul ke dia ni dah single sekarang? So, saya pun pegi kat profile dia utk tgk status-status yg dia post sebelum-sebelum ni. Pastu baru la saya faham, rupa-rupanya dia dah berpisah dgn isteri dia. Tak tau la plak kenapa. Tapi boleh tau la sedikit sebanyak kronologi kisah dia tu. H...

Macam Biasa... Saya Pun Nak Jugak....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya tau teori tentang tsunami dah lama. Sewaktu saya di sekolah rendah dulu, dalam darjah 4, 5 dan 6 ada subject 'Alam Dan Manusia'. Sape2 yang seangkatan dgn saya, mesti belajar subject yang sama kot. Matapelajaran ni adalah gabungan tentang ilmu Sains dan Geografi skali. Tapi takde banyak sangat ilmu pun. Semua yang basic je. Sebab tu la kot, bila masuk skolah menengah, subject Sains dan Geografi lemah semacam je. [Cobaan untuk menyalahkan matapelajaran yg tak berdosa tu instead of kesalahan sendiri yang malas belajar. Kalo tak, apsal org lain ok je. Pdhal mereka pun belajar Alam dan Manusia gak. Ngeeee...]. Alam dan Manusia masa saya skolah rendah dulu diajarkan oleh Cikgu Nawi, nama sebenar beliau ialah Nawawi bin Sarupin. Cara beliau mengajar, beliau akan baca nota, kami ramai-ramai tulis apa yang cikgu cakap. Masa tu Cikgu Nawi bacakan definisi 'Tsunami'. Beliau kata 'Tsunami adalah gelombang-gelombang bes...

Cara-cara Untuk Dapat Jodoh

Sejahteralah ke atas kamu...yg membaca blog ini... Entry ini khas untuk orang bujang yang masih menunggu jodoh. Stress kan bila sendirian? Bukannya pasal sunyi jugak.. Tapi sebab orang lain asyik tanya 'bila nak kawen?', 'bila nak makan nasik minyak', bla..bla..bla... Lain kali kalo orang tanya kamu mcm tu, kamu tanya dia balik "kalo aku tanya ko, bila ko nak mati, ko tau???".. heheh.. ok..ganas sangat. So, tukar soklan. Tanya orang tu, "bila ko nak naik haji?". Haa.. Mesti dia pun tak tau kan? Sama la situasinya. Ok... Straight to the point. Kalau nak cepat dpt jodoh.... Setiap hari, perlu banyak beristigfar... kepada Allah. Setiap pagi, bangun solat Subuh, perlu beristigfar. Tapi ada caranya... Bukan sebarangan. Tau? Tau ke tak? Hehehe.. Saje je kerek. Syarat-syarat supaya istigfar ini berkesan ialah : 1) Istigfar mestilah dalam keadaan sedar dan berniat untuk menyucikan diri. ~Maksudnya kena la istigfar dalam keadaan fokus dan kusyuk. Takyah le n...

Step By Step To Menikah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kecik pun jadi la kan? Hehehe. Kursus kawen ni sebenarnya contents nya bagus. Usaha kerajaan utk wajibkan pasangan yang ingin berkahwin supaya memiliki sijil kursus kawen sebelum berkahwin tu boleh dikatakan baik. Cuma tu la... kekadang rasa mcm confuse plak. Sebab boleh dikatakan isi kandungan kursus tu kebanyakkannya hanyalah fardhu ain dan fardhu kifayah. Kalau betul la ni negara Islam, dan umatnya, umat Islam....sepatutnya semua orang patut tau je semua benda-benda basic tu. [Walaupun ada juga la perkara-perkara baru yg saya baru tau.... Contohnya... Nak kawen kat Mesia ni,... kena patuh kehendak undang-undang syara' dan juga undang-undang negara. Erm... Pening kepala nak fikir. Mcmn bleh ada 2 undang-undang plak nak kena ikut tu? Sekalikan je takbleh ke? Huhu...] Memang la penceramah kata sebagai brush-up kepada sesuatu yang kita pernah belajar zaman dolu-dolu yg kita dah lupa. Aihh.. Tapi lupa tu tak sepatutnya berlaku bagi ...

Salam.. Assalam.. Akum... Assalamualaikum..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Satu masa dulu, mak saya selalu bising kalau ada anak-anak jiran tetangga yang datang ke rumah dan memberi salam seperti "Kummmmm" sahaja. Mesti mak saya akan kata "mende la dia ni bagi salam cenggitu. Kumm..kummm... mende maksudnyer ntah.". [Anak-anak jiran selalu datang rumah saya pada waktu pagi, semasa kedai abah saya belum dibuka, sebab mereka nak beli cikedis@cekelat@gulagula]. Bila saya dah besar, dah keluar daripada kampung halaman, saya rasa ramai berlambak je orang Islam yang bagi salam hanya dgn bunyi yang ntah mende-mende. Asalkan bunyi sudah. Ada yang sebut 'Salamelekom', 'Asa-ekom', 'kummm' atau 'samekom' dan macam-macam lagi bunyi yang pelik-pelik. Main-main je kan? Padahal, kalo sebutan salam yang sebenar sepatutnya 'Assalamualaikum' itu bermaksud [lebih kurang la], 'sejahteralah ke atas kamu'. Habis kalo bunyinya 'samekom' je, ada makna ke? Pe...

Belajar Dari Kesilapan?

Betul ke ni? Mungkin betul juga. Tapi daripada kesilapan itu, mungkin perlukan usaha yang lebih susah untuk belajar. Yelah.. Contoh kalo buat latihan matematik. Kalo dah salah tu, nak cari jawapan yang betul kena study lebih skit la kan. Tapi, memang tak dinafikan... Selagi tak buat salah, susah nak belajar. Sama jugak mcm kalo nak pergi satu tempat. Bila dah sesat, baru le jumpa jalan yang betul. [Sesat jalan ni saya biasa. Sbb takde GPS. Kehkeh. Alasan nak beli henfon baru.]. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tetapi ada satu lagi mutiara kata yang lebih elok untuk kita praktikkan... iaitu "belajar daripada kebenaran". Dari mana boleh kita dapatkan kebenaran? Kebenaran yang seperti apa? Jawapannya sudah tentulah... Kebenaran yang diperintahkan oleh Allah yang boleh kita dapati dari Al Quranul Kareem. Bukti bahawa Al Quran itu benar adalah seperti firman Allah; "Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang Kami turunkan [Al Quran] kepada hamba Kami[Muham...

Exam!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kalau di sekolah atau universiti dulu, bila dengar sahaja ada exam .... semua orang ketar gigi nak study . Dapat je tarikh exam... Mula la pulun study bagai nak gila. Study last minute la yang paling sakai. Teknik belajar yang aku selalu amalkan dulu. Tapi kadang-kadang, last minute pun still ok la... Tak la teruk sangat. Paling busuk pon lulus jgk la kan. Sebab aku amik peksa utk lulus je. Cita-cita tak tinggi pon.. Haha. Tu sebab la aku terfikir.... Exam ni betul-betul ke bleh menguji kebijakpandaian seseorang? Sbb kadang-kadang, soalan exam tu ulang-ulang je yg sama mcm tahun-tahun lepas punya, cuma ayat je ubah sikit-sikit. Jadi, contoh soalan kita dah boleh kaji. Mcm soalan bocor. Lagipun, dah tau tarikh exam , so bleh la kita prepare . Maksudnya, kalo selama ni kita langsung sepatah haram pun tak ingat ilmu yg kita belajar tu, atau langsung tak meresap dlm hati... Bleh jugak nak score kalau kita palsukan kepandaian kita ...