Iklan! Iklan! Sila Click!

15 March 2011

Macam Biasa... Saya Pun Nak Jugak....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya tau teori tentang tsunami dah lama.

Sewaktu saya di sekolah rendah dulu, dalam darjah 4, 5 dan 6 ada subject 'Alam Dan Manusia'. Sape2 yang seangkatan dgn saya, mesti belajar subject yang sama kot. Matapelajaran ni adalah gabungan tentang ilmu Sains dan Geografi skali. Tapi takde banyak sangat ilmu pun. Semua yang basic je. Sebab tu la kot, bila masuk skolah menengah, subject Sains dan Geografi lemah semacam je. [Cobaan untuk menyalahkan matapelajaran yg tak berdosa tu instead of kesalahan sendiri yang malas belajar. Kalo tak, apsal org lain ok je. Pdhal mereka pun belajar Alam dan Manusia gak. Ngeeee...].

Alam dan Manusia masa saya skolah rendah dulu diajarkan oleh Cikgu Nawi, nama sebenar beliau ialah Nawawi bin Sarupin. Cara beliau mengajar, beliau akan baca nota, kami ramai-ramai tulis apa yang cikgu cakap. Masa tu Cikgu Nawi bacakan definisi 'Tsunami'. Beliau kata 'Tsunami adalah gelombang-gelombang besar yang terhasil daripada gempa bumi di dasar laut'. Saya plak masa tu agak pekak badak, saya dengar cikgu cakap 'Tsunami adalah lubang-lubang besar .......... '. Lepas dah habis cikgu bagi nota, dia tanya plak sorang2, apa yang kiterang tulis dah tadi tu. Dan kebetulan plak, saya dapat soalan 'Apakah Tsunami?', dah tu, dgn muka yakin gile vavi saya jawab 'Tsunami tu adalah lobang-lobang besor..' dan satu kelas bantai gelakkan saya. Hampeh betul dierang ni. Nasib baik member seblah saya masa tu [nama beliau Zainun], tolong bagi jawapan yang betul. Haa.. tu la kenangan saya tentang tsunami.

Dan bukti kejadian tsunami,saya tau masa tahun 2004 semasa Acheh dilanda tsunami yang menempiaskan kesannya di Malaysia juga. Pada waktu kejadian tu saya berada di Melaka. Untuk menghadiri perkahwinan Abg Amer. Tapi biasa kan, bila terjadi je bencana alam macam tsunami ke, banjir besar ke, gunung berapi meletopp ke dan segala macam gempa bumi dan puting beliung.... manusia-manusia akan panas punggung takut sebab itu semua petanda-petanda hari kiamat. Tapi takut tu biasanya sekejap je. Lepas dah lama-lama, dah tak rasa apa-apa plak. Next time bila jadi lagi peristiwa besar yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, insaf lagi skali. Tu pun sekejap jugak. Macam tu je la sejak dulu pun. Mana ada insaf yang seinsaf-insafnya. [Saya mengata diri sendiri ye. Bukan tentang orang lain.]. Errmmhh... Apa la nak jadi .

Manusia, sewaktu sedih ingat Allah tetapi sewaktu gembira akan lalai.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...