Skip to main content

Posts

Showing posts with the label My Destiny - Mr Storm

Siapa Je Yang Celebrate Birthday Kat Airport?

Sejahteralah ke atas kamu... Minggu lepas adalah hari ulang tahun kelahiran Mat Azghul, suamiku hensem yang tercentaaa [tersipu ni sambil taip, sebab perasan hasben sendiri henseng]. Sebenarnya Mat Azghul outstation 4 hari bermula Sabtu lepas sehinggalah ke hari Selasa, hari jadi dia tu. Maksudnya pada hari jadi dia tu, dia baru je sampai Malaysia.  Aku tak sambut pun dia di airport. Sebab aku kerije. Cuti aku dah negatif. Lagipun biasanya memang aku tak jemput pun setiap kali dia balik dari otstesen. Aku ni penakut, tak berani hoi nak drive sampai ke KLIA2 sana. Pada hari tersebut, bos Mat Azghul called aku untuk tanya... "kek apa yang Azrul suka?". Tapi masa bos dia called aku tu, aku tak sempat nak jawab sebab aku keluar lunch dan henfon aku tinggal kat workstation. Bila aku return call dia, dia dah beli pun kek untuk hasben aku. Katanya, dia nak buat surprise bawak kek untuk my hasbeng bila hasbeng aku sampai kat airport. Owh.... how sweet. Tapi takpe, walaup...

Hadiah Anniversary Yang Paling Manis

Sejahteralah ke atas kamu.. 4 Jun tarikh kahwin aku. Maknanya, semalam la tu anniversary kami. Kehidupan kami ni sempoi je. Takde pun celebrate. Semalam, balik daripada ofis, husband aku bawak balik hadiah untuk aku.  2 bungkusan pos laju. Ada tudung hoodie daripada zaharah.com. 7 helai semuanya. Aku rasa, zaharah patut ambik aku jadi duta produk la. Kehkeh. Owh, lupa nak cakap, yang ini bukan hadiah anniversary daripada Mat Azghul. Tudung ni aku beli sendiri. Yang dia belikan untuk aku sempena anniversary kami semalam ialah ini... [sila rajin untuk browse ke bawah] .. . . . . . . . . . . . , . . . .. . . ... ... . . . . Apam balik je. Pun jadi la. Aku pun mmg suka apam balik ni. Thanks my love. Hehehe. *padahalnya tiap2 minggu pun dia beli apam balik utk aku, takyah tunggu anniversary pon. Sweet kan hadiah anniversary aku. Sweet kan hubby aiii? Hekhek.

Hadiah Harijadi Untuk Suamiku ;D

sejahteralah ke atas kamu.... 2,3 hari lagi besday mat azghul. aku tak beli hadiah yang mahal pon untuk beliau. takde la nak beli gadget yang terkini di pasaran. cuma barang yang dia perlukan untuk musim tengkujuh ni iaitu  baju ujan. jenama racing boy. mat azghul ni gi kerja naik moto je.  gambar dari google lagi satu aku belikan dia food thermos jenama endo. yang ini untuk dia bawak bekal nasik pergi ofis. nanti bila tengahari dia nak makan tu nasik dan lauk-lauk masih panas. kalau tidak, makan nasik sejuk je time tengahari. kat dalam ni ada 3 bekas kecik. cukup la untuk letak nasik, lauk utama dan sayur. kemain hepi mat azghul bila dapat 2 hadiah yang bermanfaat ni. tak lupa juga hadiah untuk si kecil luth. thermos untuk bawak bekal bubur dia ke rumah nenek. aku beli yang warna putih ada gambar isketambola tu.  pagi tadi untuk pertama kali aku gunakan thermos ni untuk letak bubur luth. sampai kat umah nenek, nenek suruh bawak balik bubur ni ...

My Takuya Kimura

Sejahteralah ke atas kamu.... Ingat lagi tak drama Jepun Beautiful Life lakonan hero idaman Jepun si Takuya Kimura ni? [Untuk sesiapa yang tengok la. Huhu. ]. Dalam drama ni Takuya jadi hairstylist. Potong rambut orang. Hairstylist tu nama baru, dulu bukan orang panggil barber ke? Hahaha. Atau adakah title barber itu hanya untuk mamak tukang gunting? Aku ada Takuya Kimura aku sendiri. Ceng..ceng..ceng... Eh...eh, ini adik kepada antu kak Limah kah??? Jeling kemain tajam. Kasi potong ini rambut.... Channel Baby TV dan Bounce Bounce Baby jadi pembantu untuk suruh dia ralit dok diam-diam. Suka sangat buat muka gemuk. Wah, seriusnya muka takuya kimura ku yang menggunting rambut itu... Abih kontot rambut dia. Terus nampak macam budak lain. Nenek pengasuh kata, nampak macam budak besar. Hehehe... So, siapa yang memerlukan perkhidmatan memotong rambut kanak-kanak, boleh la hubungi Takuya Kimura saya.

Mengumpat Suami

Sejahteralah ke atas kamu... Ye... Mengumpat itu berdosa lebih-lebih lagi kalau mengumpat suami. Entry ni bukan mengumpat suami tau, hanya nak memuji. Cey wah. Walaupun aku ni seorang mak, tapi ada juga masanya aku macam hati kering sikit terhadap Luth. Aku masih tergamak je siapkan keja aku dulu walaupun Luth tengah menangis. Kalau aku tengah makan pun aku akan habiskan makan baru aku akan ambil Luth untuk pujuk dia. Itu aku. Tapi berbeza dengan Mat Azghul. Dia kalo dia tengah makan pastu anak menangis, dia basuh tangan dan ambil anak, dukung dan main dengan anak. "Tak sampai hati", katanya. Terbalik kan? Patutnya aku yg mak-mak ni la yg hati lembut.  Aku rasa aku memang tak nak ajar Luth untuk selalu melekap dengan aku. Mungkin sebab aku nak kena gi kursus 3 hari 2 malam minggu depan. Huhu. Tak jadi kerja la nekwan Luth kalo Luth asyik menangis je bila tengok mama dia takde. So, sebab tu aku mengeringkan hati aku sekarang ni. Mat Azghul ni boleh aku kataka...