Iklan! Iklan! Sila Click!

11 September 2013

Mengumpat Suami

Sejahteralah ke atas kamu...

Ye... Mengumpat itu berdosa lebih-lebih lagi kalau mengumpat suami. Entry ni bukan mengumpat suami tau, hanya nak memuji. Cey wah.

Walaupun aku ni seorang mak, tapi ada juga masanya aku macam hati kering sikit terhadap Luth. Aku masih tergamak je siapkan keja aku dulu walaupun Luth tengah menangis. Kalau aku tengah makan pun aku akan habiskan makan baru aku akan ambil Luth untuk pujuk dia. Itu aku. Tapi berbeza dengan Mat Azghul. Dia kalo dia tengah makan pastu anak menangis, dia basuh tangan dan ambil anak, dukung dan main dengan anak. "Tak sampai hati", katanya. Terbalik kan? Patutnya aku yg mak-mak ni la yg hati lembut. 

Aku rasa aku memang tak nak ajar Luth untuk selalu melekap dengan aku. Mungkin sebab aku nak kena gi kursus 3 hari 2 malam minggu depan. Huhu. Tak jadi kerja la nekwan Luth kalo Luth asyik menangis je bila tengok mama dia takde. So, sebab tu aku mengeringkan hati aku sekarang ni.

Mat Azghul ni boleh aku katakan sebagai seorang yg sangat menghargai TV. Kalo dia dah start tengok TV tu, maknanya fokus dia kat TV boleh dikatakan 98%. Time ni kalo ko nak berborak dengan dia, memang makan hati la. Huhu. Terutamanya kalo tengok bola kat TV. Kirim salam je la kat Rajagobal melalui Mat Azghul.  Tapi...... Bila Luth menangis nak perhatian, walaupun tengah tengok bola, Mat Azghul sanggup alih fokus dia pada Luth. Main dengan Luth. Sentap kejap mama Luth. Pilih kasih. Hehe. Selamat le anak sendiri. Kalo bini kedua, memang bergaduh dah ni.



Aku plak macam biasa le. Kalo Luth nangis sikit-sikit tu aku biar je. Memang la tak elok biar baby nangis. Aku kalo aku tengok macam dah teruk benor bunyinya baru aku akan buat aksi-aksi bodoh depan Luth nak bagi dia ketawa. Bila dia ketawa baru aku akan dukung dia. 

Sama jugak dulu masa Luth baru lahir, kalo Luth nangis nak susu waktu malam, Mat Azghul yg sedar dulu. Aku dah mengembara ke alam mimpi dah masa tu memang tak sedar. Kelmarin, aku bawak Luth tido awal. Semua kerja aku tinggal dulu, penyudahnya kul 2.30 pagi baru aku bangun solat isyak, basuh botol Luth, siapkan beg Luth dan tukar diaper dia. Masa tukar diaper tu dah kul 3.30pagi. Bila dia terjaga, memang tak tido balik la dia. Dia ingat dah cerah kot, so dia ajak main. Dia sembur-sembur air liur. Papa dengan mama ketawa je la tengok dia cenggitu. Aku tepuk2 Luth suh dia tido tapi dia tak tido2 jugak, last2 aku dengan Mat Azghul tido, biar je Luth main sorang-sorang. Hehehe. Cemerlang mak ayah macam ni. Kul 4.30 baru aku terjaga sebab Luth nangis nak susu. 

Sebenarnya entry aku ni menghala ke mana? Hahahaha... Okay la.. lebih baik aku stop daripada aku bawak korang tersesat lebih jauh.  Point aku kat sini hanya nak kata, Mat Azghul ni lebih keibuan berbanding aku. Hehehe. Peace bubi.

34 comments:

  1. hahaha.. untung ler..
    kurang lebih ngan saya..lebih2 lagi bab makan..anak2 jenis makan bersuap, mama makan sendiri baba suapkan anak2 hokeh!.. (tak selalulah, tapi cam selalu :P)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, baba siap suapkan. Lagi rajin baba dia. Untung la Nita. Hehehe.

      Delete
  2. not only you lah...koi selalu aje kena marah dgn mak mertua sebab lengah lengah pujuk budak tu menangis. masalahnya anak koi yg kecik ni (aril) langsung taknak main sendiri...nak kena pegang...agah...nak berdiri sambil terlompat lompat...dia menangis pun bukan sebab sakit..sebab nak bermain-main. kena pulak kalau abang-abang dia tgh bergumpal..lagi la dia melonjak-lonjak sama. dah boring nnt kang semua serba tak kena...bawak berjalan pulak..depan belakang depang belakang.dah la rumahnya besar lubang idung..dua tiga tapak dah sampai depan..dua tiga tapak lagi dah sampai dapur...pastu merengek nak nenen. tu je lah. mak mertua koi pulak...pantang budak tu 'ehek' sikit...'hah..yan...budak tu..kenapa?'...adeilahh...
    eh..ni entry aku ke nko??

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU la la... Kadang2 budak ni bukan kita yg ajar sgt dia utk suka berdukung, tapi dia sendiri yg selalu nak berkepit. Sian ko duduk umah kecik besar lubang idung. Nanti kalo ko nak sewa lubang idung koi, koi rela. Hahaha.

      Delete
  3. Mengumpat yg baik, tak per ☺☺

    Saya kalau anak nangis kekadang teruskan jer buat kerja. Sampai satu tahap husband kata 'dah lah, bagi dia nenen/layan anak dulu. Biar abg yg buat'...hehehe...jimat tenaga haku ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... yang tu pon best jugak. Bila dia kata tinggal keja tu then dia nak buat, saya pon suka. Sama le kita.

      Delete
  4. Mat azghrul tuh samalah cam abuaidan lyd..kita pun lebih kuranglah kering hati tuh.. bukan apa..jgn manjakan sgt anak,nanti kemudian kita gak yg susah..nakbuat kerja pun takbolehasyik nak dukungjer..yg suami tak per lah pergi keje..malam barunampak muka anak..huhuh
    sorry .. my spacebar rosaktuhpsl typecamtuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm dh terbalik kan? Zaman dulu rasanya ayah2 tak ambik kisah sangat perkara2 remeh mcm tu. Dukung anak pon tidak. Hehe. Lelaki zaman sekarang ni dah moden dan tak kisah untuk bantu isteri.

      *keyboard saya ni plak button shift dan huruf g rosak. Kena tekan kuat2 baru muncul.

      Delete
  5. untungnya dpt suami mcmtu lbhkan ank dr segala.. mcm suami saya fokusnya tgk tv mmg 100% bukan lg 98% hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... ada time la jugaak ratu hatiku. kalo action movie tu mmg 100% jugak suami saya tu.

      Delete
  6. I before beranak my hubby dah pesan awal2 budak2 ni nnt jangan manjakan sangat, jangan nak meriba mendukung manjang. Sekali baby dah keluar, I pulak yang sound dia suruh letak balik baby kat bawah. Hahaha I ada ciri ibu yang zalim. Tapi budak takper nangis kejap2, orang kata elok untuk kuatkan hati, literally.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...itu lawak. tau pon husband u yg rasa sayang kat anak tu sampai rasa nak peluk je selalu. ooo.. elok utk hati ek, selama ni i mati2 ingat untuk kuatkan jantung. kehkeh. lemah sains betul haku ni.

      Delete
    2. owhh kuatkan jantung la kot. Saper lagi lemah ni, siap keluar fatwa sendiri ha. Hahahaha mungkin untuk kuatkan organ dalaman secara keseluruhan la kot. hihihi

      Delete
  7. Patutla tengok ada anak2 sdara yg rapat sgt dgn ayah diorang, takleh renggang...kot inilah kisahnya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga la ujie. ayah kan selalu kena jaga anak masa mak tgh buat keja umah, masak ke. pastu dn ayah plak biasanya dapat buat semua benda sbb ayah supporting.

      Delete
  8. sama la cam hencik suami aku...klu tgh makan zharif start merengek dia la yg bgn dl g ambik...aku lak yg ckp "mkn la bg habis dl"...tp ckp la apapun mmg dia g ambik zharif nye...pastu mula la tgk dia terkial2 makan sambil dukung zharif...ada time kesian aku ambik la zharif masa hencik suami terkial2 tu kalau idak bior je la dia dukung hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus betul suami2 kita ni kan. aku biasanya tetap akan habiskan makan sebab kalo aku lapar susu aku kurang. kalo susu kurang nanti aku yg yg badmood. so, daripada itu semua terjadi, lebih baik aku selesaikan satu satu.

      Delete
  9. Replies
    1. waalaikumsalam. ye ciksu. sekali sekala kena hati kering.

      Delete
  10. memang gitulah lyd jika dapat suami penyayang,macam suami akak juga,contoh,kalau tidur berhimpit dengan anak dia rela biarlah sakit pinggang,but not me,rela ku tolak anak ke tepi,tak nak ku sakit pinggang...hahahaha..ganas maknya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 tak sangka kan lelaki ni. nampak mcm keras je tapi sgt la berjiwa lembut.

      Delete
  11. haha kelakar betul la..memang cemerlang gemilang terbilang dpt mama cenggini..(n__n)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti anak pun akan jadi cemerlang gemilang terbilang jugaks. Ehehehe.

      Delete
  12. bab tv tu sama lah ngan mat suami sy. hahaha.. tang anak boleh lak kacau dia. kite jgn harap lah. pilih kasih! hahak! tgh tido anak korek hidung pun dia rela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha rajinnya anak korek hidung ayah dia. Kan? pilih kasih betul.

      Delete
  13. bapa nyer tgh fokus tgk bola. bila baby nangis, confirm kena layan baby. kalo x, baby nangis memanjang, camne nak concentrate tgk bola (sebab bising). hehehe... itu agenda disebalik nyer.

    ReplyDelete
  14. tak jugak aswadz. Terus tak tgk pun dah tv bila dah amik anak. Terus je boleh lupa kat tv.

    ReplyDelete
  15. seronok membesarkan anak...
    bila anak dah besar panjang, kita akan rindui momen-momen itu...
    dan bila dah dapat cucu, momen-momen itulah yang selalu diceritakan kepada anak menantu...

    ReplyDelete
  16. biasalah gitu saling melengkapi..
    akak kena buat semuatu sebab suami akak tak bergeraknyer...
    beruntungler punya suami gitu..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...