Sejahteralah ke atas kamu.......... Salah satu aktiviti aku selain menjahit ialah berZumba. Zumba ni adalah satu senaman yang dilakukan dengan iringan lagu dan menggunakan pergerakan mudah berunsurkan tarian Latin. Zumba instructor dipanggil ZIN di hadapan nama masing-masing. Contohnya kalau aku jadi Zumba Instructor, nama aku akan jadi ZIN LydSunshine. Haa, gitu. Contoh je ye. Aku bukan ZIN, mahupun jin pakai toncet. Mula-mula aku Zumba kat ofis je. Kat ofis, aku ada satu group WhatsApp yang khusus untuk bergosip pasal Drama Korea je. Kalau nak sesaje cakap suka kat Lee Dong Wook ke, minat kat Lee Min Ho ke, boleh le kami kongsi dalam group tu. Pastu kalo nak tanya pasal drama Korea terkini ke, nak request drama Korea daripada orang yang tukang download tu boleh belaka dalam group tu. Dalam group tu, aku dengan sorang lagi kawan aku Gojey memang selalu pergi gym. Biasanya kami naik beskal yang kayuh setempat tu atau berlari setempat je atas treadmill. Ada sekali tu, ada soran...