Iklan! Iklan! Sila Click!

24 July 2017

Senaman Zumba Di Rumah dan Di Pejabat

Sejahteralah ke atas kamu..........

Salah satu aktiviti aku selain menjahit ialah berZumba. Zumba ni adalah satu senaman yang dilakukan dengan iringan lagu dan menggunakan pergerakan mudah berunsurkan tarian Latin. Zumba instructor dipanggil ZIN di hadapan nama masing-masing. Contohnya kalau aku jadi Zumba Instructor, nama aku akan jadi ZIN LydSunshine. Haa, gitu. Contoh je ye. Aku bukan ZIN, mahupun jin pakai toncet.

Mula-mula aku Zumba kat ofis je. Kat ofis, aku ada satu group WhatsApp yang khusus untuk bergosip pasal Drama Korea je. Kalau nak sesaje cakap suka kat Lee Dong Wook ke, minat kat Lee Min Ho ke, boleh le kami kongsi dalam group tu. Pastu kalo nak tanya pasal drama Korea terkini ke, nak request drama Korea daripada orang yang tukang download tu boleh belaka dalam group tu. Dalam group tu, aku dengan sorang lagi kawan aku Gojey memang selalu pergi gym. Biasanya kami naik beskal yang kayuh setempat tu atau berlari setempat je atas treadmill. Ada sekali tu, ada sorang kawan kami dalam group tu, Misha ajak pergi Zumba kat gym. Then we all setuju. So, mula la Misha download video Zumba atau Aerobic untuk kami play kat gym. (Kat Gym ada TV yg buleh cucuk USB). 

Video pertama yang kami berlatih ialah lagu Chaiya Chaiya (Bombay Dreams)by Jilly Zumba. Misha yang download daripada YouTube je. Sekarang kalau search kat YouTube video tu dah not available. So sad. Aku pulak macam dah delete je video tu. Aihh, kenangan. Stepnya mula-mula tu memang agak susah nak ikut, tapi bila dah faham, step tu jadi sangat mudah. Cliche je bunyinya statement tu. Masa mula-mula dapat video tu, aku berlatih dulu kat rumah walaupun kena menganjeng dengan hasben aku. Tapi aku ni, walaupun hasben aku menganjeng atau kutuk-kutuk ke, aku macam relax je. Sebab aku paling selesa buat di depan suami benda-benda yang aku malu aku buat depan orang. Contoh macam Zumba ni la. Ada kawan aku yang malu kalau hasben dia tengok dia Zumba. So, dia hanya Zumba di rumah sewaktu hasben dia kerja shift malam. 😊😊😊

Lama-kelamaan, aku pula yang download sendiri video daripada Youtube. Aku ni cerewet. Kalau nak cari video Zumba pun aku akan make sure video tu betul-betul berkualiti. Maksud berkualiti ni ialah;

 1. Pergerakan yang simple dan mudah untuk diikut tapi boleh keluarkan peluh.
2. Angle camera video tu daripada depan, bukannya tepi, bukan daripada belakang atau atas.
3. Lagu yang catchy dan sedap didengar. 
4. Tiada mukadimah oleh orang yang dalam video tu, bercakap panjang berjela. Tak perlu mukadimah pun. Exercise je sudah, jangan cakap banyak please. 
5. Video yang terang, bukan berlampu malap.

Itu antara kriteria yang aku cari.

Bila aku dah selalu buat di rumah, hasben aku yang mula-mula tu tengok je, lama-lama terjebak juga. Dia pun temankan aku Zumba sebab dia memang jenis yang kuat bersukan sebelum kahwin. Tapi kerana kekangan masa dan komitmen, tak sempat untuk dia pergi bersukan. So, dia kata boleh la dia join aku Zumba untuk keluarkan peluh. At least ada la pergerakan juga. Semuanya demi kesihatan badan je. Takde niat lain. Anak-anak aku pun ikut sekali Zumba. Supportive ahli keluarga aku  ni.

Hasilnya, hasben aku pun tolong download sekali video mana yang dia rasa dia nak berZumba. Aku memang rasa supported sangat. Thanks to my life partner. Banyak benda yang aku boleh kongsi dengan dia. Ni antara video exercise Zumba yang aku selalu guna. Kalau korang nak cuba download, boleh la search kat YouTube dan download guna website KeepVid.com. (Ada video yang dalam list ni, bukan Zumba pun, tapi dance step yang agak mencabar.).




Kalau tak biasa menari, memang rasa susah. Susah nak ikut step dia. Selalu confused pergerakan tangan dan kaki. Selalu rasa tak dapat nak gerakkan tangan dan kaki serentak. Aku pun bukan pandai sangat, tapi kalau simple steps aku boleh la ikut. Lagipun aku memang selalu buat kat rumah. Kiranya kat rumah tu kiranya macam medan latihan aku dan zumba di Gym kat ofis pula sebagai pentas persembahan sebenar. (Ye lah, depan kawan-kawan. Lagi la segan. Dapat pulak kawan-kawan yang lebih kurang je kuat menganjeng. Tapi setakat ni kawan-kawan yang ikut pegi Zumba kat gym memang komited. Bagus dierang.). Jadi, kalau ada sesiapa yang teringin nak exercise dengan cara Zumba, boleh la cuba beberapa tips yang aku nak share ni;

1. Belajar sesuatu step tu dengan slow motion. Fahamkan dulu movement dia. Lepas tu baru buat laju ikut rentak muzik.
2. Kalau ada pergerakan kaki dan tangan serentak, cuba ikut part pergerakan kaki dulu. Lepas kaki dah cekap, baru tangan ikut. 
3. Kena play video tu dulu tanpa ikut pergerakan. Yang penting, kena banyak pause the video. Pastu restart. Then kena ulang-ulang. 
4. Ingat pergerakan dengan perkataan yang disebut pada lirik lagu tu. 


Okay, itu je la sedikit perkongsian aku kali ni. Zumba ni seronok tau. Lama-lama buat, akan terasa aura Linda Jasmine ada bersama ko. Haha.

Owh, satu lagi nak share, video yang aku paling suka ialah;  
1. Chammak Challo uploaded by Keoni Tamayo.  
2. Rockabye by Clean Bandit - Zumba® Penzky Viray (Dubai International)
3. Worth it - Fifth Harmony - HipNThigh Fitness Workout Dance Choreo - Legs - Bootie - Hips - Thighs (Saskia Dance School)
4.  PSY-DADDY Zumba® Choreographed by Alfredo Jay
5.  'Just Like Fire' (Remix) -- Pink -- Cardio Dance Fitness -- REFIT® Revolution

 

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...