Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Isteri Cemerlang VS Isteri Pemalas

Sejahteralah ke atas kamu.... Isu ni mungkin dah basi bagi kebanyakan Netizens, tapi takpe la, aku nak juga buat ulasan. Dah kata blogger, kan? Mesti la nak kupas isu-isu hangat di alam maya walaupun pendapat aku bukan penting pun. Aku percaya, ramai yang dah baca screenshot status daripada seorang wanita yang memanggil dirinya Cik Atenn tu kan? Kalau ada yang belum, biar aku share sikit screenshot status tu. Masa mula-mula baca status dia ni, aku memang rasa hot. Haiihhh panas hati aku ni. Dalam hati aku berkata, "Kau dah kenapa pompuan? Bajet good-good je ni?", sambil bibir tersenyum sinis sebab aku tau Cik Atenn tu masih lagi belum ada anak. Tapi ternyata aku ha nya hot-hot chicken shit je. Aku takde la marah sangat pun. Keke. Mari aku nak flash back sikit. Suatu masa dulu, sebelum aku jadi seorang isteri, aku macam dah letak mind set bahawa nanti bila aku dah berkahwin dan menjadi isteri, aku akan jadi isteri tip-top. Penampilan aku akan jaga sup

Pengalaman Bersalin Di PPUM

Sejahteralah ke atas kamu... Sudah hampir 3 tahun berlalu, baru sekarang terbuka hati aku untuk kongsikan pengalaman aku bersalin di PPUM. Saja je malas nak cerita sebelum ni sebab aku rasa pengalaman tu tak menarik sangat. Macam biasa-biasa je. Tapi bila aku teringat, boleh buat aku tersengih sorang-sorang so aku fikir mungkin pengalaman tu kelakar juga kot. Tak tau la kot orang yang baca tu rasa tak kelakar. Kot-kot aku je yang fefeeling sendiri. Sebenarnya mula-mula aku plan nak bersalin di hospital swasta kat Kuantan, tapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, kalau aku bersalin kat Kuantan, bila masa yang sesuai aku nak balik Kuantan? Lepas tu, kalau aku bersalin kat Kuantan, siapa nak hantarkan aku gi hospital? Suami aku dah tentu la kerja. Takkan nak tunggu dia balik dari KL untuk hantar aku? Lagipun aku ni bukan orang kaya pun. Kalau duit untuk bersalin di swasta tu hanya mampu bayar untuk bersalin normal. Aku ni takut juga kalau tetibe doktor kata aku kena bersalin melalui

Review Jujur Set Bersalin Tanamera

Sejahteralah ke atas kamu... Kali pertama aku berpantang selepas bersalin dulu, aku gunakan Set Berpantang Tanamera. Produk-produk keluaran Tanamera ni yang paling membuatkan aku berkenan ialah prinsipnya yang menggunakan bahan-bahan alami atau 'natural'. Aku nak gunakan produk Tanamera ni pun terasa selamat dan lebih yakin. Maklum la, aku ni bajet-bajet macam suka tradisional sikit. Dalam banyak-banyak jenis produk yang disertakan di dalam Set Bersalin Tanamera ni, yang jadi favorite aku ialah sabun dia. Nama komersil sabun ni ialah Brown Formulation Herbal Soap . Pertama sebab yang ni je yang paling senang untuk digunakan. Dan kesan pada kulit tu boleh dikatakan serta-merta kulit terasa lembut dan mulus. Yang halus yang tulus. Yang mulus yang kudus. Ewah! Satu lagi yang aku suka ialah Boreh Body Scrub . Yang ni aku suka sebab ko tau je la kan ibu yang berpantang ni selalu je rasa sejuk-sejuk je. Boreh scrub ni bila pakai, ada rasa warm je pada kulit. R

Sentap Mengkarung atau Kekejangan Otot

Sejahteralah ke atas kamu.... Pregnancy kali ini, di usia kandungan aku 27 minggu, baru sekali aku terkena kekejangan otot. Berbeza dengan sewaktu aku mengandungi Luth dulu. Boleh dikatakan sangat kerap aku kekejangan hotot. Sejak usia kandungan 4@5 bulan lagi dah kena. Melalui pembacaan aku yg sekali sekala je rajin ni, kejang otot tu terjadi kerana kurangnya kalsium di dalam badan. Padahalnya, kehamilan kali ini aku sangat jarang minum susu, sedangkan sewaktu Luth dulu, aku setiap hari minum susu. Aneh lagi bersuluh kan? Lagi perbezaan antara Luth dan adik dia ni, masa Luth dulu memang ada aku rasa sakit gigi dan gusi berdarah. Mula-mula rasa tak faham, kenapa aku macam tak ada masalah kekurangan kalsium pun kali ni walaupun tak minum susu, tapi bila aku berfikir menggunakan otak tengah aku nih, aku rasa ini mungkin ada kaitan dengan pola pemakanan juga agaknya. Walaupun sekarang aku jarang minum susu, tapi aku agak kerap makan makanan yg cheesy, creamy dan mostly memang western fo