Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Menuju Ke Gerbang

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana

Sejahteralah ke atas kamu... yang membaca blog ku ini.... Sebelum yuollzzz tertenyew-tanyew apa pekdahnya aku share gambar terkulat ni kat sini, biar aku explain le terus. Baru aku tahu yang dulu masa skolah rendah aku pernah sekelas dengan suami aku. Tengok le muka suci dia masa kecik dengan mulut muncung tu. Aku plak muka serius tak hengat. Aku masa kecit dulu bersekolah rendah di skolah kebangsaan Sg Lembing dari darjah satu sampai derejah enang. mat Azghul plak skolah rendah kat kampung dia. [Kami kampung lain-lain, tapi dekat je masih dalam kawasan Sungai Lembing].  Tapi rupa-rupanya sebelum dia tukar skolah kat kampung dia, dia penah sekolah kat SKSL sampai darjah 2. Tengok pada gambar tu ada tarikh Jan 88 maksudnya masa tu kami baru lapan tahun. Sekarang lapan perpuluhan 25 darab 4. Hahaha. Gambar ni pun kawan skolah aku yg pompuan paling tinggi tu post kat group WhatsApp. Dalam belanga bertemu jua. *semalam aku MC sebab dunia aku berpusing. Hari ni pun ma...

Pelamin Simple Dan Sweet

Sejahteralah ke atas kamu Seorang kawan bujang saya bertanya; "Nanti kalau aku kawen, ko datang tak?" Saya    :  Tak datang rasanya. Kawan Bujang  :  Kenapa pulak ko tanak datang? Saya    :   Dah tu masa aku kawen dulu ko takde pun beriya nak datang. So, aku pun takde la beriya nak datang wedding ko. Hahah.  Kawan Bujang  :  .....~bagi alasan macam2 punca dia tak dtg wedding saya dulu..   Haaaa.. tau pun sedih kalo orang tanak dtg wedding dia. ................................................................................... Rasanya semua orang yang rapat dengan saya, tahu bahawa saya ni kawen lambat. Saya kawen dulu masa umur dah cecah 30an. Kawen lambat tu pun kerana saya ada terlalu banyak pilihan. Sampai confuse nak pilih yang mana satu. Sebab tu amik masa yang lama untuk saya decide untuk kawen dengan sapa. Ehehehe. [Ayat cover line].  Lagipun, saya lebih pentingkan kerjaya saya. Nak f...

Wedding : Pelamin Anganmu Tidak Musnah

Sejahteralah ke atas kamu... Ini adalah kisah tentang seorang wanita mengandung yang tak sedar diri, taknak kalah yang dia tu mengandung. Hujung minggu ini, anak sedara saya akan melangsungkan perkahwinan. Walaupun dia bukan cucu pertama mak dan abah saya, tapi dia adalah cucu pertama yang berkahwin. Kira macam langkah koridor la ni. Saya pulak dengan rela hati menawarkan diri untuk membuat mini pelamin untuk tujuan bergambar. Tak sedar diri kan? Awk tu boyot. Pastu sibuk je nak participate. Sape nak dtg meh la dtg. Eceh, ajak cam tak ikhlas je. Alamat rumah pun tak bagi ye tak? Saya akan mula bercuti Khamis ini [7.2.2013] untuk buat further check up di PPUM.Lepas tu terus balik kampung. Okay, cerita pasal nak buat pelamin pulak. Kalau ikutkan keluarga saya, memang takde sorang pun adik beradik saya yang bersanding masa kahwin. Termasuk la saya. Kalau ada pun hanya pelamin yang sangat-sangat simple je, itupun hanya untuk bergambar dengan tetamu atau kawan-kawan yang datang...

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, Tapi Takde Jodoh Ke Mana-mana

Sejahteralah ke atas kamu.. Kamu tengok tak drama di slot Akasia, Tentang Dhia. Comelnya Nora Danish. Bila pakai tudung, makin terserlah comel dia. Saya sebagai seorang wanita, mampu terbakar dek api cemburu kerana kecomelannya itu.. Pergh.. Ayat aku, bleh kalah Fauziah Ashaari [penulis novel Ombak Rindu]. Sape tak tengok, meh saya citer nak? Ololo.. sian. Tapi saya citer part yang berkenaan dengan entry ni je. Dalam citer tu, Nora Danish jadi Dhia. Dhia bercinta dgn Azmi [Akoi Mustafa] sejak skolah menengah sampai bertunang. Masa malam Dhia nak dinikahkan dengan Azmi tu, ada pompuan buat cerita dia mengandungkan anak Azmi. So, Dhia tak jadi kawen dgn Azmi. Azmi kawen dgn pompuan tu [Melly]. Lepas dah lama, Dhia bercinta plak dengan Zikir [Ady Putra] dan nak bertunang. Tetiba hari yg sama nak bertunang tu la Azmi dtg meminang lagi skali, sbb Azmi dah ceraikan Melly. Dhia serba salah sampai pengsan. Pastu Dhia decide nak pilih Azmi dan tinggalkan Zikir. Bila dah nak bgtau Azmi tu, teti...

Tinee Wedding Stories

Malam Berinai. Tinee pakai baju Jawa. *Aku tak tau plak ada acara bergambo-gambo. So, aku pun capai le baju lama yg very tak gorjes tu. Dem. Ini 4 beradik bersama pasangan memasing tapi Tinee belum ada pasangan lagi masa ni. Suami saya macam tersepit di antara pakcik dan isteri gemuk. Heheh. Bersama ibu dan pak dan adik beradik suami juga ipar duai. Apa itu ipar duai? Tak tau. Chey... En Stormpong menepung tawar letteww... ahCekononnnn.... Baju pengantin berwarna turquoise + putih. Sangat cantik warna ini. Raya tahun depan nak pilih warna ni jadi tema. Ececehe... Panjang ke umor? Mekap Tinee sangat santek hokeyyy.... Hebatlah Ina mekapkan Tinee. Mekap i pulak dah hilang. Bibir lebam. Maklumlah. Perokok tegar. Bibir lebam tak dapat buat apa dah. ~pitnahhhhhh~ So, itu je la..... Takleh banyak-banyak. Nanti bleh menimbulkan fitnah. Uiks... Fitnah lagi. Perasaan sungguh.

Cara-cara Membuat Bunga Telur Pink Daripada Kertas Crepe

Sejahteralah ke atas kamu.... Masih ada yang rajin membuat bunga telur sendiri untuk majlis perkahwinan? Kali ini saya ingin kongsikan hasil kerja tangan adik ipar saya, Tinee. BUnga telur ini berwarna pink dan diperbuat daripada kertas crepe. Cara untuk membuat bunga telur pink yang sangat comel ini ialah, potongkan memanjang kertas crepe. Lihat gambo; Kemudian gulungkan secara longgar kertas crepe yang telah dipotong tersebut kemudian ikat pada lidi menggunakan benang. Tambah reben sesuka hatimu dan tambah kain net sebagai sarung telur. Akhir sekali, kemaskan dengan pita bunga *untuk cover lebihan benang, lebihan reben dan kain net. Cuba lenturkan sedikit hujung kelopak bunga untuk mendapatkan bentuk yang lebih real. Selamat mencuba.

Lain Orang, Lain Drama

Sejahteralah ke atas kamu... Sebelum saya berkahwin dahulu, saya tidak nafikan yg saya ada sindrom 'takut berkahwin'. Walaupun konon-konon macam dah ready dan nampak mcm desperate sangat nak menikoh, tapi saya sangat fobia. Ni semua sebab amaran daripada orang-orang yang sudah berkahwin kepada saya. Pada waktu itu, macam-macam le yang mereka pesan, antaranya; "Kahwin ni ingat senang ke?", "Nanti ko dah ada suami nanti, baru le ko tau macamana." "Lebih baik ko hidup bujang, kalo dah kawen nanti ko dah tak bebas macam sekarang." "Susah tau nak layan suami, nak puaskan hati suami." "Nanti ko tengok la perangai sebenar dia bila ko dah kawen. Masa tu baru le kuar perangai-perangai dia yang belum dia keluarkan selama ni." Ayarrrkkkk... Banyak takut woo... Saya cuba membayangkan, macamana la agaknya perangai En Stormpong [suami saya sekarang] bila dah kawen nanti. Ntah-ntah dia garang, suka pukul. Ntah-ntah dia pemalas. Ntah-ntah dia t...

Contoh-contoh Kek Perkahwinan

Sejahteralah ke atas kamu... Ini adalah beberapa idea untuk design kek perkahwinan yang cantik. Gambar dikelepet daripada UPHAA Memang le nampak pelik-pelik je idea kek perkahwinan ni. Tapi ni adalah strange idea untuk wedding cake. Boleh plak dia letak kucing kat hujung tu. Comel je. Ini wedding cake berunsurkan permainan testis Tetris Kek Firaun Kek bajet murah Mr & Mrs Smith Shrek. Ni apa ni? Super Mario Brother. Pacman

Hadiah Kahwin Lagi. Wink! Wink! ~

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Hadiah yang terbaru saya terima sebagai hadiah perkahwinan saya ialah... jeng..jeng... Peti sejuk[nak buat seprais la konon bila cakap 'jeng..jeng' tu.. tapi kat bawah ni dah terpampang gambar peti sejuk.]. Wooohoooo!!! Super extra cool! Ini mungkin hadiah yang terakhir la kot, sebab saya kawen pun dah sebulan. Dah lama. Saya kini bukan lagi pengantin baru, tapi 'bekas pengantin' sahaja. Tapi tak tau la kot-kot ada lagi yg nak bagi hadiah untuk saya, saya terima je. Saya memang tidak ada peti sejuk. Kalau saya nak beli pun, mungkin 2,3 bulan lagi kumpul duit baru dapat beli. Tapi ofis saya [Division of ICT] sangat cool dan memahami keperluan saya... Owhhh.. terharunyer.... Mereka buat collection duit dan serahkan kepada saya. Kalau tak cukup, saya kena tambah sendiri. And guess what, saya hanya perlu tambah duit saya tak sampai RM200 pun untuk dapatkan sebuah peti sejuk LG Refrigerator-GR-V242RL (230L/2DOOR). Harganya ...

Baju Pengantin Saya

Sejahteralah ke atas kamu... Memandangkan saya ada masa agak lama untuk buat persiapan perkahwinan sebelum ini... Maka saya beranikan diri untuk ambil risiko menempah baju pengantin sendiri. Tak mau sewa. Tak mau pinjam. Muktamad. Walaupun baju saya takde la cantik mana pun. Tapi seperti biasa, asalkan diri sendiri puas hati lantak ahhh orang lain nak kata tak cun pun. Yang pasti saya tak mintak duit derang pun. Baju Akad Nikah. Kain yang saya gunakan ni harganya murah je. Tak silap saya RM6 je semeter. Fabric dia macam kain towel. Tapi towel yg paling nipis dan ringan. Bulu-bulu dia tu warna silver kilat-kilat. Saya jadikan dress. Kain ni jarang, so saya gunakan kain satin utk jadikan dress labuh sampai ke kaki. Manik jahit sendiri, dgn labuci serta sulam tampal segala bagai. Haaa... tgk ni.. Aku bergambar mcm drag queen. Muka plak macam mak hayam. Tapi gmbr ni je yg bleh nampak baju tu dengan jelas. Tak kisahlah. Yang penting aku ikhlas nak kongsi dengan korang. Manala tau ada sesape...

Hadiah Kahwin Yang Paling Mahal

Sejahteralah ke atas kamu... Ari tu, saya ada cerita pasal hadiah kahwin yang seperti hadiah harijadi iaitu barang yang hanya diberikan utk seorang sahaja pakai. Contoh mcm perfume, dan jersi Malaysia untuk En Stormpong. Handbag utk BFF saya. Then kain pasang untuk saya. Kali ni, saya nak hebohkan ke seluruh networking bahawa... saya dapat hadiah jam tangan daripada BFF [bestfriendforever], iaitu Buji. Oleh sebab hadiah itu adalah untuk saya, maka saya suka. Dan harganya, sengaja Buji tak mau tanggalkan supaya saya tau hadiah yang beliau bagi tu mahal. Kekekeke... Well, thanks Buji. FInally, ada juga jam tangan yang saya boleh pakai untuk pegi jalan-jalan kat MidValley pada hujung minggu. Kalau tidak, dok lenjan le jugak jam tangan besi jenama Casio hadiah daripada Pn Atul [juga BFF saya]. *Deyyy... berapa ramai daaaaa ko punye BFF?? Lalalala.. Jwpnnya ialah... BANYAK. Saya bangga sebab saya ada ramai BFF. Waqi juga BFF saya. Cik Azeela dan Sakduyuh juga BFF saya. Naimah pun BFF. Cik ...

Gubahan Hantaran : Tali Pinggang [Belt]

Sejahteralah ke atas kamu... Habis ah korang.. Aku dah mula nak citer pasal hantaran ni... Muntah indigo la korang. Hahahah... Ketawakan mereka.... Tapak hantaran, saya gunakan gabus bulat tebal, kain net yang ada corak-corak, reben, renda berbatu bata, bunga-bunga daripada kain organza dan daun kilat-kilat stardust. Warna tema pula adalah biru dan putih. [*taip entry baru sambil makan coklat Tiramisu Beryl's padahal semalam kata nak diet. Mcm rimau.]. Contoh tapak hantaran... Bunga organza bewarna biru ini saya beli siap. RM2.50 ada 50pcs. Di SayangYou, tingkat 5 Semua House. Saya kemudiannya, cantumkan dengan dawai halus dan selang selikan dengan bunga serta manik-manik lain juga crystal. Gabus di atas besar, dan gabus di bawah kecil untuk dijadikan kaki. Jika buat begini, tak perlukan alas dulang pun takpe. Orang sekarang ni suka gunakan bakul atau dulang untuk hantaran. Memang tak dinafikan kalau guna dulang atau bakul yang seragam dan dibeli siap, hasil gubahan hantaran akan s...

Cara-cara Membuat Bunga Telur Menggunakan Kertas Crepe

Sejahteralah ke atas kamu... Kalau tak faham angkat tangan... Bahan-bahan yang diperlukan;- A. Kertas Crepe B. Pita Pelekat C. Daun Silver Stardust D. Manik-manik silver E. Pita bunga [ntah ye ke dak nama dia mcm ni. Hahah] F. Pipe mini [yang ni pun aku main bagi je nama] G. Dawai. Gambar : Dawai [G] Peralatan-peralatan yang diperlukan;- Glue gun Pliers Gunting Penyediaan Dawai [Bahan G]. Untuk kelopak bunga, sila guntingkan kertas crepe [A] untuk dijadikan kelopak. Minta maaf sangat-sangat, sebab tak sempat nak amik gambar. Kemudian kelopak-kelopak bunga itu, cantumkan dengan menggunakan glue gun atau sesiapa yang ada tangan seni yang halus, boleh cuba gunakan dawai halus untuk ikat kelopak bunga pada dawai. Saya cuba, tapi tak jadi. Tak cukup seni la tuh tangan aku ni. Lepas dah jadi macam ni, balut dgn pita bunga dan tambah daun. Pastu kalau nak tambah kain organza kat bawah kelopak bunga tu pun boleh jugak. boleh la cover skit bawah kelopak bunga yang tak kemas.