Iklan! Iklan! Sila Click!

05 July 2011

Hadiah Kahwin Lagi. Wink! Wink! ~

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Hadiah yang terbaru saya terima sebagai hadiah perkahwinan saya ialah... jeng..jeng... Peti sejuk[nak buat seprais la konon bila cakap 'jeng..jeng' tu.. tapi kat bawah ni dah terpampang gambar peti sejuk.]. Wooohoooo!!! Super extra cool! Ini mungkin hadiah yang terakhir la kot, sebab saya kawen pun dah sebulan. Dah lama. Saya kini bukan lagi pengantin baru, tapi 'bekas pengantin' sahaja. Tapi tak tau la kot-kot ada lagi yg nak bagi hadiah untuk saya, saya terima je.

Saya memang tidak ada peti sejuk. Kalau saya nak beli pun, mungkin 2,3 bulan lagi kumpul duit baru dapat beli. Tapi ofis saya [Division of ICT] sangat cool dan memahami keperluan saya... Owhhh.. terharunyer.... Mereka buat collection duit dan serahkan kepada saya. Kalau tak cukup, saya kena tambah sendiri. And guess what, saya hanya perlu tambah duit saya tak sampai RM200 pun untuk dapatkan sebuah peti sejuk LG Refrigerator-GR-V242RL (230L/2DOOR). Harganya hanya RM850. Percuma sehelai tuala mandi.

Untuk ciri-ciri peti sejuk yang terperinci, nanti saya buat entry lain.





Terima kasih daun pisang kepada kawan-kawan di Division ICT.

2 comments:

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...