Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cara Hidup Kita

Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu.  Warning. Entry ini tidak bergambar. Dan panjang. Siapa rajin baca, dialah insan terpilih. Aku memang tak kaya. Setakat ini, rezeki aku cukup dan tak pernah rasa kesempitan. Walaupun duit sikit, tapi aku tetap rasa lapang. Sentiasa merasa cukup. Itu, bagi aku adalah rezeki terbesar yang Allah anugerahkan kepada aku dan keluarga.  Cuma, walaupun cukup, tapi aku tetap tidak dapat nak membantu orang lain sangat. Kalau ada kawan atau saudara yang kesusahan, aku tak dapat nak bantu banyak. Setakat bagi pinjam serat-dua rat gitu je la sokmo. Kadang-kadang dapat balik. Kadang2 memang lenyap ditelan masa je la hutang-hutang tu. Aku rasa, aku ada perangai yang sukakan perkara-perkara ajaib. Aku suka tengok atau baca kisah yang menakjubkan, keajaiban Allah. Macam kisah masjid yang terselamat semasa dilanda tsunami. Seperti kisah saudara-saudara baru yang memeluk Islam dengan keajaiban kisah perjalanan mereka untuk melafaz kalimah syahadah. S...

Senaman Zumba Di Rumah dan Di Pejabat

Sejahteralah ke atas kamu.......... Salah satu aktiviti aku selain menjahit ialah berZumba. Zumba ni adalah satu senaman yang dilakukan dengan iringan lagu dan menggunakan pergerakan mudah berunsurkan tarian Latin. Zumba instructor dipanggil ZIN di hadapan nama masing-masing. Contohnya kalau aku jadi Zumba Instructor, nama aku akan jadi ZIN LydSunshine. Haa, gitu. Contoh je ye. Aku bukan ZIN, mahupun jin pakai toncet. Mula-mula aku Zumba kat ofis je. Kat ofis, aku ada satu group WhatsApp yang khusus untuk bergosip pasal Drama Korea je. Kalau nak sesaje cakap suka kat Lee Dong Wook ke, minat kat Lee Min Ho ke, boleh le kami kongsi dalam group tu. Pastu kalo nak tanya pasal drama Korea terkini ke, nak request drama Korea daripada orang yang tukang download tu boleh belaka dalam group tu. Dalam group tu, aku dengan sorang lagi kawan aku Gojey memang selalu pergi gym. Biasanya kami naik beskal yang kayuh setempat tu atau berlari setempat je atas treadmill. Ada sekali tu, ada soran...

Perkara Yang Mengganggu Fikiran

Sejahteralah ke atas kamu..... Ada banyak perkara yang aku kureng suka nak buat. Salah satu daripadanya ialah basuh berak Luth. Memang la tak baik aku umumkan kat sini. Kot dah dewasa nanti Luth baca, kecik hati dia. Hehe. (Luth maafkan mama ye. Tolong baca ni dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif hokei?). Jadi, aku dah make a deal dengan papa Luth, kalau Luth berak lagi afdhol kalau papa yang incharge urusan sanitasi Luth. Tapikan, Luth selalu je memerut waktu papa dia takde kat rumah. Tak kira la time papa belum balik kerja ke, time papa gi main futsal ke, jumpa kawan ke atau secara harfiahnya memang nak ke tak nak aku yang kena istinjakkan dia. Kadangkala dia siap verak 2 kali time papa dia takde. Pernah masa aku balik berpantang kat kampung, tiap-tiap hari Luth verak pastu bila papa dia balik je ke kampung during the weekend, dia langsung tak veri. Pas papa dia dah balik semula ke KL. Barulah dia verak, bukan sekali, bukan dua, tapi 3 kali sehari. Grrrr ket...

Perihal Orang Yang Berhutang.

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku pernah berhutang dengan orang, meminjam duit dengan orang, tapi aku dah habis bayar walaupun mungkin lambat. Walaupun lambat, aku bagi tahu siap-siap kepada orang tu, kenapa aku lambat bayar. Alhamdulillah hutang-hutang semua dah selesai. Perasaan aku bila dah habis bayar hutang tu memang rasa lega sangat. Rasa seperti melepaskan 10 ekor badak sumbu yang ada di atas pikulan aku selama ini. Dalam masa yang sama, ada orang juga berhutang dengan aku. Nak kata terlalu banyak tu, tidaklah sampai puluh ribu. Tapi ada la dalam ribu juga. Aku mula la rasa geram. Sebab aku rasa, aku gigih bayar hutang orang lain. Tapi orang yang berhutang dengan aku seolah-olah tiada usaha pun nak bayar hutang dia pada aku. Sampai satu tahap bila aku ingatkan dia tentang hutang, dia boleh tanya, "eh, ada eh?". Maksudnya dia tak ingat pun yang dia ada hutang dengan aku. Jadi ko expect dia nak bayar pulak kalau hutang tu pun dia tak ingat? Kalau ikutkan hat...

Tamak Pahalakah Anda?

Sejahteralah ke atas kamu... Aku sekarang ni tengah berusaha nak menyiapkan baby blanket yang ada hoodie, untuk didermakan kepada projek Baby Box ni; Memang mulia orang yang berusaha menjalankan projek ni. Ini adalah peluang untuk kita masing-masing berlumba-lumba untuk kumpul pahala. Kalau ada sesiapa yang nak dermakan pakaian terpakai untuk bayi yang berusia 0-12 bulan, boleh la hubungi cik adik manis seperti no yang tertera di gambar.  Berkenaan Baby Box Projek ni, kumpulan Tamak Pahala ni akan sediakan satu set lengkap barangan keperluan asas bayi di dalam sebuah kotak. Setiap kotak akan mengandungi pakaian, tuala, bedung, stokin, kasut, minyak angin, lampin dan beberapa barangan yang berkaitan. Kotak-kotak tersebut akan dihadiahkan kepada insan-insan yang memerlukan, sama ada keluarga susah atau individu yang kurang bernasib baik yang bakal melahirkan anak. (Ada la cara mereka mengagihkan kotak-kotak tersebut).  Aku nak bagi baju Luth, aku rasa macam ter...

Intipati Ceramah Ustaz Sabri Rani: Hubungan Suami Isteri

Sejahteralah ke atas kamu........ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kata Ustaz, kalau mahu hati betul-betul tenang, 10 minit sebelum masuk waktu, kita dah tunggu dah nak solat. Dah ready ada wudhuk dan hanya tinggal nak solat je. Selepas solat pula, selepas berdoa duduklah sekejap untuk muhasabah diri. Bermonolog dengan Allah. Cuba bercakap dengan Allah, mengadu dengan Allah. InsyaAllah kalau kita bercakap dengan Allah, kita takkan dikata gile. Kita ni, contohnya pasangan suami isteri la. Kadang-kadang kita dah tahu dah pasangan kita dah selamat sampai ke destinasi perjalanannya. Kita nampak dah kawan dia dah update gambar dia dengan pasangan kita di Facebook, tapi kita tetap nak tunggu pasangan kita sendiri yang inform kat kita, "Saya dah selamat sampai dah, alhamdulillah". Betul tak? Perasaan bila dia sendiri beritahu tu seperti terapi emosi untuk kita [yang isteri je la kot rasa macam terapi]. Atau pun contohnya yang selalu jadi ka...

Intipati Ceramah Ringkas: Raising Gadget Kids

Sejahteralah ke atas kamu... Aku sempat mendengar satu cemarah ceramah keibubapaan di bangunan UEM, selang satu blok dengan ofis aku ni. Agak menarik tajuknya. Dan isinya memang menarik, cuma terlalu ringkas untuk satu topik yang besar seperti itu. Hanya 45 minit termasuk pengenalan diri penceramah, tentang isteri penceramah dan juga 6 orang anak mereka. Juga termasuk selingan-selingan yang tak berapa ada informasi sangat. Tapi setakat mana yang aku sempat tulis, yang ini je la isi penting yang boleh aku share dengan korang. Harap bersabar. Penyampai : En Fadhli & Pn Jamilah. 1:  Don't Compare. Kita dah biasa dengar atau baca tentang parenting guide yang mengatakan, 'JANGAN SESEKALI MEMBANDING-BANDINGKAN ANAK'. Jangan membandingkan tu tidak kira dengan sesiapa pun, sama ada kawan-kawan atau adik beradik yang lain. Contohnya kalau anak tu malas bangun pagi untuk pergi sekolah, kita stress, jadi kita pun dok kata kat anak, "Nape la kau ni liat benor ...

Kenapa Suami Curang? Kenapa Kena Ragut?

Sejahteralah ke atas kamu.... Kenapa Suami atau Isteri Curang? Allah berfirman: Sama ada ko setuju ke tak, trend orang sekarang iaitu 'berCouple', ada girlfriend-boyfriend itu adalah salah satu cabang yang Allah maksudkan 'mendekati zina'. Mohon jangan terasa, walaupun dulu sebelum kahwin, kita pernah lalui zaman bercouple ni harap Allah ampunkan kita, tapi memang bercouple itu haram dan tak ikut syariat pun sebenarnya. Bila cakap Allah ko langgar. Bila Allah kata jangan mendekati zina, tapi ko masih nak bercouple-couple, dan kebanyakan orang sekarang rasa aktiviti bercouple tu adalah 'normal' dan 'up-to-date', maka sebab tu la senang-senang je suami orang ke isteri orang ke, mula la mencuba-cuba untuk rapat dan berjinak-jinak dengan orang lain yang bukan mahram. Maka terjadilah 'couple'. Sebab benda tu kan perkara 'biasa'. So, apa salahnya keluar bersama, dan bergurau senda main cubit-cubit tepuk tampar. Last sekali........

Pengisian Jiwa Anak-anak

Sejahteralah ke atas kamu... Semasa di kampung baru-baru ini, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur Allahyarhamah emak aku. Sebelum pergi tu, ada anak buah aku nak ikut. So, aku ajak je la. Ada 2 orang yang ikut. Sorang lelaki darjah 1 dan sorang lagi perempuan 5 tahun.  Masuk je di perkarangan kubur, aku jalan terlampau gopoh agaknya sampai kaki aku terpeleot, lepas tu aku melatah, "Opocot!". Anak buah aku yang lelaki darjah 1 tu terus je pandang aku dan cakap pada aku, "Tak baik melatah"..... Aku terdiam. Kami semua masih lagi menapak untuk ke pusara emak. Sehinggalah aku terdetik nak tanya kepada anak buah aku tu, "Amaluddin, kenapa Amaluddin kata tak baik melatah?". Dia menjawab dengan nada yang sopan dan lembut, "Kalau nak melatah, cakaplah 'Ya Allah' ke"....  Untuk seketika, aku terasa seperti layang-layang terputus tali. Dia baru darjah satu, tapi dia mampu berkata-kata sesuatu yang ber'i...

Tips Mengamalkan Baca Al Quran 1 Ayat 1 Hari Untuk Orang Biasa Macam Aku

Sejahteralah ke atas kamu.... Al Quran ini adalah mukjizat yang terbesar yang Allah turunkan untuk umat manusia. Umat manusia tu siapa? Kita la. Tak lain dan tak bukan. Memang kita la yang kena baca Al Quran ni. Aku yakin ramai yang mahu mengamalkan membaca Al Quran setiap hari. Paling tidak pun nak baca satu ayat pun dah cukup la setiap hari. [Selain daripada baca di dalam solat la maksud aku]. Tapi.... azam tu hanya sekadar azam je betul tak? Nak laksanakan tu... memang sangat mencabar. Aku faham. Sebab itu bukan hanya masalah ko sorang. Semua orang mengalami ujian yang sama. Ujian untuk merasa berat untuk membaca Al Quran. Syaitan ada di mana-mana. Kita rasa macam kita tak sempat nak baca Quran, dan rasa nak postpone membacanya waktu kemudian, tapi waktu lapang tu seperti bermain galah panjang pulak dengan kita. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kekadang macam dekat, kekadang jauh, tapi selalu je terlepas. Korang paham ke tak apa aku cakap ni? Tak faham angkat tangan. Di s...