Skip to main content

Tamak Pahalakah Anda?

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku sekarang ni tengah berusaha nak menyiapkan baby blanket yang ada hoodie, untuk didermakan kepada projek Baby Box ni;

Memang mulia orang yang berusaha menjalankan projek ni. Ini adalah peluang untuk kita masing-masing berlumba-lumba untuk kumpul pahala. Kalau ada sesiapa yang nak dermakan pakaian terpakai untuk bayi yang berusia 0-12 bulan, boleh la hubungi cik adik manis seperti no yang tertera di gambar. 

Berkenaan Baby Box Projek ni, kumpulan Tamak Pahala ni akan sediakan satu set lengkap barangan keperluan asas bayi di dalam sebuah kotak. Setiap kotak akan mengandungi pakaian, tuala, bedung, stokin, kasut, minyak angin, lampin dan beberapa barangan yang berkaitan. Kotak-kotak tersebut akan dihadiahkan kepada insan-insan yang memerlukan, sama ada keluarga susah atau individu yang kurang bernasib baik yang bakal melahirkan anak. (Ada la cara mereka mengagihkan kotak-kotak tersebut). 

Aku nak bagi baju Luth, aku rasa macam terlalu buruk. Sebab Luth tu baju dia yang kecik-kecik dulu memang sangat tak semenggah sebab dia memang pakai baju bersaiz 0-12 bulan sampai umur 2 tahun. Sebab dia tu halus je budaknya. Malahan sekarang pun masih ada lagi baju bersaiz tu yang aku pakaikan kat dia. Jadi, dok terfikir-fikir, apa yang boleh aku bantu. Sebab aku suka terlibat dengan kebajikan malahan sesiapa yang ingat, cita-cita aku yg masih belum kesampaian ialah nak jadi sukarelawan. So,  aku selongkar kotak kain aku, jumpa kain putih yang aku nak buat barut baby untuk jualan. Ada la dalam 7 meter. Kutip-kutip kain flanel yang dulu-dulu tu dapat la potong kain untuk buat 9 helai bedung. Harap-harap dapat bermanfaat dan berguna untuk orang yang menerimanya.

Semoga apa yang aku lakukan ini walaupun kecil, dapat membuka hati kalian yang membaca blog ini untuk turut menyumbangkan apa-apa yang termampu jika ada. Allah memandang usaha kita walaupun sedikit.

*nota tapak kaki:- sesuatu perkara itu akan menjadi buruk atau kelihatan buruk jika hati yang menilai itu kotor dan penuh dengan prasangka. Sekian.

Comments

  1. Wahhh bagusnya ada program mcmni.. Semoga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete
  2. tak sabo nak tengok hasil jahitan lyd!

    kalau perkara maksiat bebas dipromosi, why not perkara ibadah gini turut dipromosi? Ini adalah promosi yg baik! Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Tak dapat menderma RM2.6 bilion, kalau kita dapat menderma RM26.00 atau sekadar RM2.60 pun jadilah. Yang penting derma kita itu ikhlas dan tak ada mee di sebalik pinggan...

    ReplyDelete
  4. thumbs up...moga tercapai impian...amin :-))

    ReplyDelete
  5. Suka baca FB syed azmi nih. Pasal #tamakpahala. Sama² kita membantu.

    ReplyDelete
  6. bagus xtvt ni
    thanks lyd berkongsi
    in shaa Allah


    ReplyDelete
  7. saya ada nampak posting pasal ni kat FB
    diorang ada ucap terima kasih atas bantuan lyd
    moga keikhlasan lyd akan perolehi ganjaran dari DIA =)

    ReplyDelete
  8. Bagus projek ni. Elok jugalah Lyd kalau dapat menyumbang. Janji kita sumbang apa yang mampu, tak besar, kecillahkan. I baru tau tentang projek ni. First time mendengarnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w