Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Kisah Diri Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu... Fakta  kehamilan minggu ke 37 [hanya untuk saya sahaja]:- Sampai sekarang saya masih tak dapat bezakan antara baby mengeras dengan baby menendang. Serius saya tak tau. Saya masih lagi lebih selesa tidur telentang walaupun saya tau tak elok untuk tulang belakang saya dan untuk perkembangan paru-paru serta jantung baby. Nak buat acane, kadang-kadang masa mula-mula tidur saya mengiring, tetiba bila terjaga tengok-tengok saya terlentang. Saya masih lagi boleh tidur dengan lenanya kalau dah start tidur. Masa mula-mula nak tidur tu je tak selesa sikit sebab sakit-sakit badan. Tapi bila dah tertidur, memang tak sedar alam semesta dah. Heheh. Doktor kata baby saya dah turun sikit [masa routine check up minggu lepas]. Berat badan hanya naik 5 kilos lebih je dari awal pregnant sampai sekarang. Kuheh...kuheh....  Walaupun setiap hari sapu Bio Oil, tapi stretch mark dah muncul kat bawah perut. Ini bukan kulit yang stretching, tapi mcm daging je. Sebab k

Jangan Bilang Jangan!

Sejahteralah ke atas kamu... Beberapa tahun dulu, ada satu iklan kat radio yang bagi saya sangat comel. Suara kanak-kanak bercakap; "Nama saya Jangan. Bila saya korek hidung, mak kata... JANGANNNNNNNN... "  Ada lagi ayat yang kanak-kanak tu sebut, tapi saya dah lupa. Comel sangat sebab dia ingat nama dia = Jangan. Itu semua kerana mak dia akan sebut 'jangannn' bila dia nak buat sesuatu yang mak dia tak suka. Saya dah lupa kat mana saya baca satu artikel ni, tapi isi penting di dalam artikel tu saya tetap ingat sampai tahap termimpi-mimpi. Banyak kali plak tu saya bermimpi saya cuba nak praktikkan amalan tu. Key point yang terkandung di dalam artikel itu ialah, "tidak menggunakan perkataan JANGAN di dalam mendidik anak-anak". Macam susah je nak praktikkan, kan? Biasanya ayat 'jangan' tu kita guna untuk melarang anak daripada berbuat sesuatu. Contohnya, 'jangan panjat almari tu!!!'. Plak tu dengan nada paling cem

Ini Kisah Makan : Nasi Himpit Sambal Hitam Mat Azghul

Sejahteralah ke atas kamu.... Biarlah gambar yang berbicara... Sambal hitam ni sebenarnya serunding ikan + kelapa parut. Nak buat ni bahan-bahannya senang je. Cuma cara nak buat tu memang renyah dan makan masa jugak. Sebab nak kena sangai kelapa parut [goreng tanpa minyak] . Pastu rebus ikan, blend ikan, campur dalam kelapa parut yang disangai tadi, then goreng lagi sampai kering, pastu blend lagi. Kesian Mat Azghul sebab lama dia kena bertapa kat dapur untuk menyiapkan sambal ni untuk anak dia makan [melalui isteri dia yang dobot ni]. Ekeke. Siapa nak resepi nasi himpit sambal hitam ni boleh la rujuk di Kompilasi Resepi . Ini adalah menu pantai timur. Rasanya orang negeri lain tak biasa makan makanan ni kot. Kalau dah sebut pantai timur, dah tentu la rasanya manis. :D. Untuk tekak saya, sambal ni sangat sedap, sama seperti sambal yang makcik-makcik veteren kat kampung saya buat yang saya damba-dambakan untuk makan selama ni. Sungguh berbakat suami saya memasak rupanya w

Ini Kisah Makan : Bihun Singapore Mat Azghul

Sejahteralah ke atas kamu... 2 hari lepas, saya plan nak masak bihun Singapore. Bukan teringin nak makan pun  sebab saya takde la suka sangat pun bihun kaler putih yang takde rasa udang tu. Tapi memandangkan kalo buat bihun biasa yang warna merah tu, dah tentu la rasa pedas. Saya plak dah takleh makan pedas. Gastrik. Nanti otometik sakit perut. Jadi, bihun Singapore la pilihan yang ada. Pedas black pepper perut saya boleh plak terima. Lepas beli barang, dah siap2 potong bawang... tetiba rasa penat sangat. Dah menyala2 dah lampu merah otromen kat dada menandakan tenaga hampir habis. Bila dah penat tu, saya terus je pergi berehat. Kononnya nak rehat kejap je. Mat Azghul yang baik hati dan penyayang tu takde banyak cakap, takde banyak tanya terus sambung menumbuk bawang dan lada hitam. Dia kata biar dia tolong, tapi saya kena la bagi direction. Owhh.. terharunya.  Lepas pom pang pompang saya ajar dia nak buat apa, nak letak apa, last-last jadi jugakla bihun Singapore yang ace

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi

Ini Kisah Makan : Lobster Sauce

Sejahteralah ke atas kamu.... Secret Recipe, Jalan Othman. Mat Azghul tak sihat kelmarin. Saya balik tengahari untuk bawak dia pergi klinik kat Jalan Othman. Dah kebetulan waktu tu lunch time . Saya nak makan kat ofis nanti tak sempat. So, pegi le Secret Recipe dekat area situ. Dah situ je tempat yang logik skit utk kami makan berbanding mekdi selain  restoren nasi kandar yang memang saya tak pandai la nak makan menu kari2 mamak ni. Tak ingat nama, tak ingat harga. Boleh ke buat food review macam ni? Hehe. Ini adalah ikan dory yang di grill kemudian disirami dengan lobster sauce. Bagi saya hidangan ini agak sedap. Rasa lobster sauce tu memang sangat strong. Sehingga saya terkeliru, "eh.. ini ikan ke lobster??!!". Cuma kekurangannya ialah warna plating. Macam kusam je kan? Patut nak meriah, masukkan la traffic light capsicum. Baru la meriah skit. Ini pilihan Mat Azghul. Rasanya ramai orang dah bosan dengan kek keluaran Secret Recipe. Berbeza masa kek daripada r

Roti Canai Perisa Kanak-kanak

Sejahteralah ke atas kamu.. Rasanya ramai yang dah tahu pasal kes penderaan kanak-kanak oleh seorang pembantu rumah yang berlaku di Kuantan kampung halaman ku iteww.. Siapa yang dah tonton video rakaman CCTV tentang penderaan itu, akan tersentuh hatinya kalau dia ada naluri kemanusiaan. Bayangkan anak tu, dilambung, dicampak dan dibolak-balikkan macam le budak tu roti canai. Agaknya profession pembantu rumah tu sebelum bekerja dengan ibu bapa budak tu ialah pembuat roti canai. Gian kot nak tebar roti canai lagi. Itu yang lepas gian kat anak yang lemah dan tidak berdosa tu.  Comel kemain lagi budak ni. Kamera CCTV tu parents budak tu pasang di rumah mereka yang terus boleh di akses daripada komputer riba ayahnya. Cuba la korang bayangkan perasaan mak ayah budak tu. Bila mereka menjaga anak mereka dengan penuh teliti dan berhati-hati, tetiba mereka tengok orang lain buat anak mereka macam roti canai. [ceh, aku ni tak abih2 dengan roti canai. wakawaka ei..ei..]. Hancur luluh tak

Pelamin Simple Dan Sweet

Sejahteralah ke atas kamu Seorang kawan bujang saya bertanya; "Nanti kalau aku kawen, ko datang tak?" Saya    :  Tak datang rasanya. Kawan Bujang  :  Kenapa pulak ko tanak datang? Saya    :   Dah tu masa aku kawen dulu ko takde pun beriya nak datang. So, aku pun takde la beriya nak datang wedding ko. Hahah.  Kawan Bujang  :  .....~bagi alasan macam2 punca dia tak dtg wedding saya dulu..   Haaaa.. tau pun sedih kalo orang tanak dtg wedding dia. ................................................................................... Rasanya semua orang yang rapat dengan saya, tahu bahawa saya ni kawen lambat. Saya kawen dulu masa umur dah cecah 30an. Kawen lambat tu pun kerana saya ada terlalu banyak pilihan. Sampai confuse nak pilih yang mana satu. Sebab tu amik masa yang lama untuk saya decide untuk kawen dengan sapa. Ehehehe. [Ayat cover line].  Lagipun, saya lebih pentingkan kerjaya saya. Nak fokus terhadap kerjaya saya dulu then baru fikir pasal kawen

Ketagihan

Sejahteralah ke atas kamu.... Sekarang ni saya ketagih dengan ini; Air kedondong asam boi. Pagi-pagi lagi dah pergi cari air ni. Tak tau arrr... Tapi tekak saya rasa mcm ni la minuman paling sedap di alam semesta buat masa ni. Yang ini memang pekat. Dia letak 4 biji kedondong, 3 ulas asam boi putih dan gula 1 setengah sudu. Harga dia RM4.00 satu cup. Sekian. *bahye tak kalo minum air ni tiap2 hari? 

Bendera Anak Derhaka

Sejahteralah ke atas nkorangs. I'm bekkkkk!! Anak Derhaka Sekarang barulah saya faham, kenapa kita TAK BOLEH derhaka kepada mak ayah kita. Dulu macam faham jugak, tapi tanpa praktikal, hanya teori. Bila dah pregnant ni, rasakanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang  mengandungkan anaknya. Bermula dengan alahan yang teruk, banyak benda yang tak boleh makan. Badan lemah. Kepala pening. Sentiasa tak sihat.  Si Tanggang ni tak tau kot mak dia susah payah mengandung dan melahirkan dia. Haa.. kan dah jadi batu. Walaupun ibu-ibu yang tidak mengalami alahan teruk di awal kandungan, bila tiba penghujung kehamilan pun tetap akan rasa betapa susahnya mengandung ni. Nak tidur susah. Perut berat. Selalu rasa sakit bahagian pinggang/punggung. Mengiring tak kena, terlentang tak kena. Nak bergerak pun susah. Nak bangun tidur pun susah. Nak pergi toilet pun susah. Itu belum cerita sakit nak bersalin. Huuwaaa... [Makk.... orang mintak maaf banyak-banyak sebab masa sekolah mene

Selamat Bercuti Untuk Diriku Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu.. Seperti yang pernah diberitahu di dalam entry sebelum ini, bahawa saya mula bermula hari ini. Petang-petang sikit nak balik kampung. Blog saya ni dah makin jarang saya update. Tak ada idea la sebenarnya. Kalau setakat nak cerita pasal personal tu memang la banyak. Tapi saya ni kan pemalu. Perkara personal eloklah dibiarkan terus menjadi personal. Walaupun saya tau ada orang yang suka baca kisah personal sebab lebih realistik ye tak?  Prestasi Prestasi blog saya pun dah makin menurun. Dulu kalau tak update blog pun, masih maintain unique visit ke blog saya. Tapi sekarang bila tak update je, memang jatuh banyak. Nampaknya blog saya ni memang ada reader tersendiri yang hanya lawat blog bila ada entry baru. Sebelum-sebelum ni mungkin hanya pelawat yang bukan loyal reader saya.  Bloglist Cemana kriteria untuk saya letakkan blog seseorang tu di blog list saya? Tak de peraturan ketat pun. Hanya ada 2 kriteria. Pertama, kalau saya tengok orang

Wedding : Pelamin Anganmu Tidak Musnah

Sejahteralah ke atas kamu... Ini adalah kisah tentang seorang wanita mengandung yang tak sedar diri, taknak kalah yang dia tu mengandung. Hujung minggu ini, anak sedara saya akan melangsungkan perkahwinan. Walaupun dia bukan cucu pertama mak dan abah saya, tapi dia adalah cucu pertama yang berkahwin. Kira macam langkah koridor la ni. Saya pulak dengan rela hati menawarkan diri untuk membuat mini pelamin untuk tujuan bergambar. Tak sedar diri kan? Awk tu boyot. Pastu sibuk je nak participate. Sape nak dtg meh la dtg. Eceh, ajak cam tak ikhlas je. Alamat rumah pun tak bagi ye tak? Saya akan mula bercuti Khamis ini [7.2.2013] untuk buat further check up di PPUM.Lepas tu terus balik kampung. Okay, cerita pasal nak buat pelamin pulak. Kalau ikutkan keluarga saya, memang takde sorang pun adik beradik saya yang bersanding masa kahwin. Termasuk la saya. Kalau ada pun hanya pelamin yang sangat-sangat simple je, itupun hanya untuk bergambar dengan tetamu atau kawan-kawan yang datang

DIY - Tilam Dan Barut Bayi

Sejahteralah ke atas kamu... Kehamilan minggu ke 34. Semua barangan baby yang saya listkan untuk beli, sudah pun diselesaikan membelinya semalam. Paling last ialah toiletries. Saya beli jenama Pureen. Saya beli yang medium je. Saje tanak beli yang besar sebab kot-kot bau tu saya dah boring, tak de la lama nak tunggu untuk beli baru kan. Bila dah bawak balik umah, susun atas meja. Pagi tadi bangun-bangun tido, masa lalu kat meja, semerbak je bau baby. Indah dan bahagia je rasa. All in one. Kan senang. Takyah nak beli asing-asing shower cream, shampoo. Bau anggur lagi uols. Senang nak basuh sayur-sayuran nanti. Ngehngeh. Orang zaman dulu takde pun nak beli detergent special utk basuh lampin anak ye tak? Elok je kita hidup skrg. Tapi takpe la. Memandangkan saya terasa mengada-ngada, so saya beli je la. Padahal boleh je beli tepung ubi yang timbang kilo punya. Tapi kan saya ni mengada2. Beli yang botol camni baru la nampak modern mum skit ye tak? Ekeke. Kalau part