Iklan! Iklan! Sila Click!

22 February 2013

Ini Kisah Makan : Bihun Singapore Mat Azghul

Sejahteralah ke atas kamu...

2 hari lepas, saya plan nak masak bihun Singapore. Bukan teringin nak makan pun  sebab saya takde la suka sangat pun bihun kaler putih yang takde rasa udang tu. Tapi memandangkan kalo buat bihun biasa yang warna merah tu, dah tentu la rasa pedas. Saya plak dah takleh makan pedas. Gastrik. Nanti otometik sakit perut. Jadi, bihun Singapore la pilihan yang ada. Pedas black pepper perut saya boleh plak terima.

Lepas beli barang, dah siap2 potong bawang... tetiba rasa penat sangat. Dah menyala2 dah lampu merah otromen kat dada menandakan tenaga hampir habis. Bila dah penat tu, saya terus je pergi berehat. Kononnya nak rehat kejap je. Mat Azghul yang baik hati dan penyayang tu takde banyak cakap, takde banyak tanya terus sambung menumbuk bawang dan lada hitam. Dia kata biar dia tolong, tapi saya kena la bagi direction. Owhh.. terharunya. 

Lepas pom pang pompang saya ajar dia nak buat apa, nak letak apa, last-last jadi jugakla bihun Singapore yang acekonon je lebih. Kalau tengok resepi kat internet, bahan tumis hanya bawang2 je. Tapi tak biasa plak kalo takde perencah, saya masukkan jugak udang kering. melawan je kan. Maka, ini la hasilnya.... Bihun Singapore yang disempurnakan oleh suami mithali, Mat Azghul.....[buat ombakkkkk].

Balik karang kena basuh la alas meja ni. Tak perasan dah comot.


Bihun ni makan dengan keropok keping. Sungguh sedap air tangan suamiku.


Menu kedua. Penkek Tak Semenggah nama dia. Yang ni saya buat minggu lepas. Saya ni suka sangat makan penkek. Dulu selalu beli kat mekdi. Tapi sejak dah boikot mekdi ni, lama le tak makan. Nak taknak, buat la sendiri walaupun leper je. Tak gebu-gebu pun macam mekdi punya.

Saiznya ada besar ada kecik. Tak senonoh je. Wakaka. Sepatutnya pancake ni makan dengan maple syrup, tapi takdok plok maple syrup kat umoh, maka ganti la dengan madu saje seadanya. Dan tidak dilupakan butter. Puas hati jugak la makan. Lepas ni nak buat lagi walaupun saya cukup benci bermain dengan tepung-tepung dan butter masa nak bancuh batter pancake ni. Kalau rajin main tepung pun hanya utk buat jemput bilis. Hahaha.

Dan semalam pun saya tak masak. Mat Azghul jugak yang merajinkan diri dia untuk masak nasik. Lauk pun sejenis je, sambal udang. Takde sayur, takde lauk kedua. Itu pun dah bersyukur dah. Pun boleh tahan jugak air tangan beliau. *bagi direction dari jauh... saya dalam bilik, dia di dapur. Volume suara kena maksimum, "mula-mula goreng udang tu sekejappppp, bg air keluar...", "pastu blend bawang2 dgn cili kering", "pastu.... bla..bla..bla..". Tak senonoh kan. Gambar sambal udang tak sempat amik sebab saya lapar... Krrr....

Sekarang ini, apa yang saya teringin nak makan ialah nasi himpit sambal hitam. Saya mengadu kat Mat Azghul, kalo saya teringin nak makan apa-apa, terutamanya kalau masakan pantai timur yang payah nak cari kat KL ni, saya terpaksa masak sendiri. Takde sape pun nak layan. Contohnya sebelum ni saya teringin nak makan mee rebus Pantai Timur yang ada banyak sawi dan kuah jernih, saya masak je sendiri. Pastu Mat Azghul kata, takpe... untuk sambal hitam ni biar dia yang buatkan untuk saya minggu ni. Nanti dia google rezepi. Huhu. Terhawuuuu ai...

Sepatutnya ini adalah kisah rumahtangga geli-geli dan personal yang agak mengada-ngada kalau nak cerita kat blog. Tapi sebab semalam Mat Azghul kata, citer la kat blog *pasal dia masak sambal udang tu*, tetiba saya terus mata bersinar sebab tak sangka dia izinkan citer hal dia kat blog. So, saya pun citer la. Nanti derhaka kan? Ngehngeh. Dahhh.. itu jek.

39 comments:

  1. tbyg muka abengoh..hahaha..comel je entri nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak letak gak gmbr dia tgh makan bihun. Tapi kang dia malu plok.

      Delete
  2. Bagus betul lyd hubby awak sanggup buatkan segalanya untuk awak kan..syukur2..sedap pulak sy tengok bihun singapore tuh..pancake kalo nak gebu guna self raising flour..pasti gebu2 gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... betul la, dlm resepi memang kat kena letak tepung self raising flour tu. Tapi saya guna tepung gandum cap sauh je. Patut le tak jadi... Heheh.. Syukur sangat2 ummuaidan, sebab suami saya ringan tulang.

      Delete
  3. En Mat Azghul tu baca ke blog orang rumah dia ni??? En Suami koi pernah terbaca sekali blog koi..pastu dia kutuk2...cakap koi dah macam Karam Singh Walia..nyampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya dia baca. Nasib baik dia tak kutuk apa2, cuma selalu kena menganjeng je la dengan ayat2 yang pernah saya tulis, dia suka ulang balik.

      Bakpe plok dia kabo aok mcm karam singh? Aok takde pun berpantun dlm entry. Heheh.

      Delete
  4. mihun singapore ni dia letak banyak lada hitam kan?tapi saya nengok banyak telur plak ni?

    ni kes telur berlebihan kenduri kawen orang ke hape ni?

    P/s: mati2 saya ingat atas pancake tu sabun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la banyak black pepper dalam tu. Nampak tak warna dia dah hampir nak coklat. Sepatutnya putih kan? Itu sebab black pepper lettew. Telur tu kosmetik je.

      Delete
  5. Nanti awak dalam pantang tak payah risau dah sapa nak masak..berpantang kat mana?kat umah sendiri ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti berpantang dalam seminggu kat umah sendiri, pastu bila dah kuat skit baru balik kampung.

      Delete
  6. hehehehehe...wah pandai jgk dia masak bihum singapore nie, nmpk menarik dgn hiasan bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha... itu la dia. Kira menjadi jugak la untuk percubaan pertama.

      Delete
  7. awww...so swettttttt lyd n asben....alhamdulillah...asben ringan tulang nak tolong masak...hehehe

    p/s: peberet saya mihun singapore...makan dgn cili potong+kicap...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... Alhamdulillah. Suami saya memang ringan tulang, bukan setakat memasak je, kerja rumah pun dia banyak tolong terutamanya masa pregnant ni.

      Ha ah, sepatutnya bihun singapore ada cili kicap. Tapi ni tak buat la, sbb takleh makan pedas.

      Delete
    2. Mass, blog mass kenapa private kan? Dah lama try masuk takleh.

      Delete
  8. Untungnya cik abang pandai gak memasak ya... sesekali rasa air tgn suami apa salahnya kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sebenarnya tak pandai masak. Tapi dia berusaha nak masak, sebab tu rasa terharu. Lama2 nanti mesti dia akan jadi lebih pakar masak daripada saya.

      Delete
  9. ur husband rock ok wahhhh dapnya nampak

    p.s. tak pernah jadi buat pancake...tera ahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Come on has. You can do it. Try lagi dan lagi. Kalo nak lagi jadi, terus je beli pancake segera. Keke.

      Delete
  10. Berhias cantik mihun singapore, dia la hias2 tu yer? untung... walau pelan sangat depa ni kayuh kat dapur, usaha tu yang penting kan. usaha tu yg buat terharu, tak sedap pun jadi sedap, yg sedap bertambah sedap. hihi.
    pancake tu nampak lagi sedap dari mekdi punya jer, i tak suka jenis yg gebu melampau, macam makan angin, eh. samo la, i un curah honey jer, malas nak bermaple bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu awak. Usaha dia tu buat rasa terharu dan menjadikan bihun tu sedap. Bukan sekadar masak je, lepas masak siap kemas dapur. Hehehe. So, takde la tinggal bersepah dalam sinki.

      Oh, u pun guna honey ek? Ok, cool. Tak la i rasa i pelik sangat.

      Delete
  11. Replies
    1. Memang awak, rasa beruntung betul sebab skrg ni dah tak perlu masak, ada org tolong masakkan. Awk nanti pun akan camtu jugak.

      Delete
  12. Jealousnya saya..rupanya ada suami yg lebih misali dari saya....hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. tau pun JR. Nanti tgk bila dah ada anak nanti. Dapat tak suami saya menandingi JR dalam bab jaga anak, buat sarapan apa semua. Kekeke.

      Delete
  13. wah untungnya dapat hubby yang rajin ke dapur... hubby saya kalau ke dapur jeling2 je... tak tolong pun.. huhuhu seronoknya kalau sekali sekala dapat rasa air tangan suami... hehehe

    good job mr azghul!! clap.. clap.. clap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia baru je menceburkan diri dalam bidang masakan ni. Itu pun sebab saya dah tak larat nak berdiri lama2 untuk masak. Rasanya bila dalam waktu terdesak, semua lelaki boleh jadi pandai masak la kot.

      Delete
  14. best kan dapat rasa air tangan en suami.. ;D

    kalau ciksu nak rasa kena puji skit.baru en suami mau ..lau tak ciksu jugak kena masak ..hihi

    tertarik dengan pancake tu..lagi sedap rasanya mkn dengan madu kan ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best..best... Pastu rasa disayangi sangat bila dia sanggup buat sumthing yang dia tak biasa buat sebelum ni.

      Saya lagi suka maple syrup. Tapi rasa lebih kurang je sebenarnya.

      Delete
  15. assalamualaikum lyd....mengancam nyer mesti sedap...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mama.... Boleh tahan la sedap dia.

      Delete
  16. Nampak sedap. Untungnya dapat suami mithali mcm nih ☺☺

    ReplyDelete
  17. hahaha..aku tertarik tengok tomato banyak2 tu Lyd..rasa macam nak habiskan jer semua tomato2 tu..

    ReplyDelete
  18. hahaha... comel je. mcm husben sy kata nak masak tp end up isteri jugak kena buat sebab nanti dia kata penat. tp kalau mood dia terlebih baik mmg dia msk tanpa disuruh.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...