Sejahteralah ke atas kamu...... Aku order sandwich dari Garsa Kitchen hari ni sempena acara makan-makan berkonsepkan potluck di office aku. Ala, Garsa Kitchen (GK), kedai sandwich famous yang siap ada service delivery sekali tu. Aku kan..... Ada juga la beberapa kali beli sandwich from GK ni. Boleh dikatakan, bila ada acara makan-makan, aku memang akan order sandwich ni la. Sebab sandwich GK ni konsisten betul kualiti dia. Rasa sedap. Portion inti dia pun tak kedekut. Ko makan memang puas hati sungguh. Serius ni, aku bukan cakap-cakap kosong. Order aku hari ni, kisahnya aku request delivery dalam 9.00am - 9.30am. (Yang bestnya Garsa ni, ko boleh pilih time yang ko nak untuk mereka hantar sandwich ni. Fleksible gila. ). Sekali jam 8.40am aku dah terima panggilan kata sandwich aku dah sampai. Aku masa tu kat rumah lagi. Aku buat address delivery ke office. So, terpaksa la aku suruh rider tinggalkan sandwich aku tu kat kaunter lobby, pastu aku suruh ofismate aku ambilkan. Takpe janga...