Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hotel

Pertunjukan Api (Fireshow) - Avani Sepang Goldcoast Resort

Sejahteralah ke atas kamu.... Gambar: Dari laman rasmi Avani Sepang Ini  throwback bagi tahun 2022.  Pertunjukan api (Fireshow) ni selalunya memang ada di kebanyakan hotel-hotel tepi pantai. Percuma untuk penghuni hotel/resort tersebut dan biasanya diadakan di private beach mereka.  Saya belum pernah tengok pertunjukan api secara live, ini kali pertama. Bagi saya, agak gempak pertunjukan api ni. Memang terlopong juga la mulut saya. Dalam hati berkata, woww hebat betul. Kudos team fireshow Avani Sepang Goldcoast Resort. Maaf la, gambar-gambar pertunjukan api yang saya kongsikan di atas ni, tidak begitu berkualiti. Saya screenshot daripada video. Saya tak ambil gambar langsung semasa pertunjukan tu berlangsung. Hanya rekod video je.  Avani Sepang Goldcoast Resort ini menyediakan water chalet yang dibina di atas laut. Jika Lexis Hibiscus berbentuk bunga raya, Avani Sepang pula berbentuk pokok palma.  Gambar dari laman rasmi Avani Sepang Mendamaikan...

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Sejahteralah ke atas kamu, ICT Conference di Lexis Hibiscus, Port Dickson. Sudah ramai blogger yang review Lexis Hibiscus ni. Saya sengaja nak menambahkan bilangan review je.  Tidak pernah ada pengalaman stay di Lexis Hibiscus sebelum ini. Jadi, saya memang tidak tahu jenis-jenis bilik, lokasi bilik seminar, lokasi cafe dan apa-apa jua kemudahan yang ada di sana. Kawan-kawan yang pernah pergi ke sana, kongsi pengalaman masing-masing. Berikut adalah fakta tentang Lexis Hibiscus yang perlu kalian tahu; Bilik jenis water chalet lebih mahal daripada bilik di main building . (Harga korang boleh Google je la. Sebab harga berubah-ubah ikut waktu tempahan tu.) Kolam renang dalam bilik water chalet lebih besar sikit daripada kolam renang di bilik dalam main building . Tapi masih relevant untuk lepaskan gian untuk berenang-renang seperti berudu. Bilik seminar, bilik mesyuarat letaknya di main building . Cafe dan  restaurants  juga berada di main building.  Da...

Mines Beach Resort - Mines Wellness City, Seri Kembangan

 Sejahteralah ke atas kamu.... Saya jarang pergi bercuti (vacation). Kalau saya pergi pun, hanya sekadar check-in di hotel-hotel yang mur-mur* sekitar Lembah Klang. Saya ni tak suka penat. Kalau travel jauh-jauh, nanti perjalanan tu penat. Kalau esoknya kerja, hah kejang la badan. Mines Beach Resort ni letaknya di Seri Kembangan. Dekat je dengan The Mines Shopping Mall.  Bila namanya 'resort', kita kena faham bahawa dia bukanlah hotel dengan bangunan tinggi. Resort biasanya konsep bangunan 3 hingga 6 tingkat yang melebar dari wing kanan ke wing kiri.  Interior design agak menyenangkan. Banyak sofa di ruangan lobi. Boleh santai-santai melepak. Waktu saya pergi sini, tidak ramai yang datang menginap di sini. Jadi agak sunyi la. Saya lupa nak request 1 king bed. Patutnya bila anak ramai ni, kena request family room dah. Takleh duduk bilik deluxe dah. Tapi takpe, kita jimat mana boleh jimat.  Resort ni resort yang dah lama. Semasa PKP di zaman Covid dulu, resort ni ditut...