Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bukan Marah Daaa... Nasihat

Rahsiakan Kerana Ingin Menjaga Hati?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku terfikir tentang ini sejak dulu, cuma baru sekarang aku rasa nak tulis. Bukan apa, sebab isu ni tak penting, tapi macam sesaje nak membebel.  Semua orang ada rahsia. Sama ada rahsia besar atau kecil. Kadang-kadang, apa yang kita rahsiakan daripada orang, bukanlah sesuatu perkara yang sepatutnya dijadikan rahsia, tapi kita pilih untuk rahsiakan. Contohnya tentang perkahwinan, kehamilan, naik pangkat atau sebagainya. Opps..Ini tiada kaitan dengan sorang retis yang rahsiakan perkahwinan beliau dengan suami orang tu ye. Langsung takde kaitan. I promise. Aku faham setiap orang ada reason yang tersendiri merahsiakan sesuatu. Tapi dalam konteks yang aku nak cerita ni ialah rahsia yang dirahsiakan tu reason dia hanyalah kerana, "Nak menjaga hati dia" atau "sebab taknak dia terasa". Aku bagi contoh ye [ni situasi aku reka je ye, takde kaitan dengan awok pun]. Aku ada kawan baik. Aku kahwin dulu daripada dia..... 5 tahun aku kahw...

Perkara-perkara Menjengkelkan Dalam Group WhatsApp

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku minta maaf dulu ye, kalau apa yang aku tulis ni korang rasa tak setuju. Aku cakap ni hanya sekadar pendapat personal aku.  Pasal group dalam aplikasi Whats App. Aku rasa semua orang biasa menggunakan Whats App untuk berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan, saudara mara dan rakan sekerja. Tentulah kita di'add' ke dalam group tertentu di WhatsApp. Bila sebut pasal group ni, hadoiii.. Memang macam-macam. Ada group yang aku suka, yang memang dalam kategori 'read first'. Tapi ada group yang sendu sampai tahap aku 'mute' notification dia. Huhu... Di antara perkara-perkara yang membuatkan aku rasa annoyed pada Whats App group; 1. Tak Kenal Ahli group yang aku tak berapa kenal sangat, then bersembang merepek yang memang takde kena-mengena dengan aku. Kena add dalam group pun tak tau sebab apa. Tetibe je you have been added. 2. Terlampau 'OPEN'   Group yang bercampur lelaki perempuan kemudian banyak ...

Wajarkah Isteri Duduk Di Belakang?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku, kalau naik kereta dengan suami dan anak-anak, aku duduk belakang dengan Yafith. Luth duduk depan dengan driver (suami i). The only reason is aku selesa duduk belakang. Senang nak bersila masa nak susukan anak. Senang nak uruskan anak bila dia mengamuk. Senang nak suapkan anak makan memandangkan seat belakang lagi luas, aku boleh conquered seluruh seat. Aku rase ramai mak-mak yang buat macam aku kan? Praktikal betul tak? Tapikan, ada orang yang menegur perbuatan aku tu. Katanya kalau naik kereta, jangan sekali-kali duduk di belakang. Tempat isteri di sisi suami. Perlu temankan suami di sebelah tak kira walau apa keadaan sekali pun. Itu resepi rumahtangga yang berpanjangan. Aku like, "what?! Nan nomu yepasso nan niga tanmina, nan nomu chaekesso nan niga tanmina..." Sambil buat tangan mcm kaki yang tengah kayuh beskal. Okay, aku sorang je faham. Hahahaha. Abaikan. Aku ni, berfikiran terbuka. Kalau ada orang yang prinsip dia mcm tu,...

Drama Melayu Macam Ikan Pekasam

Sejahteralah ke atas kamu.... Drama Melayu ni ibarat seperti ikan pekasam. Busuk, masam. Rupa tak seberapa. Ketinggalan zaman. Kurang menyihatkan. Tapi..... Ramai orang suka. Drama siri Korea pula seperti kimchi. Pedas dan masam. Katanya makanan yang paling menyihatkan di dunia, tapi still ada yang suka but ada juga yang tak suka. Dan..... Drama siri Hollywood seperti burger. Nampak moden. Menyelerakan. Ada kelas. Complicated. Intelligent. Tapi, yang sebenarnya kalau dah burger, tetap burger. Tetap tidak menyihatkan. Kebelakangan ini kalau ko perasan, drama Melayu yang keluar kat TV, tajuknya agak menggetarkan sumsum tulang. Itu baru tajuk, belum tengok lagi isi kandungan drama tu. Boleh bayang la betapa bergegarnya urat saraf ko bila tengok drama melayu yang tajuknya ala-ala 'suami ko sorang je la hensem kaya baik sweet' dan 'isteri ko sorang je la yang jelita lemah lembut menawan qolbu'. Kan bila buka topik drama Melayu ni, kibod warrior kat media sos...

Sensitif Dengan Panggilan 'Kak'

Sejahteralah ke atas kamu... Aku masuk asrama masa umur 12 tahun. Masa tu aku tingkatan 1 kat sebuah sekolah rancangan khas di Kuantan. Gaya macam budak cerdik je kan sebab umur 12 tahun dah form 1. Padahal masa tu sekolah start bulan 12. Sapa ntah Menteri Pelajaran masa tu. Aku nak bagitau dia, yang dia berhutang cuti sekolah kat batch aku. Sila bagi cuti ganti tanpa rekod kat kami semua sekarang! Boleh gitu? Haha. Bila masuk asrama tu, seniors memang berkira sangat dengan panggilan. Semua seniors wajib dipanggil dengan awalan 'kak'. Kak Leha, Kak Emma, Kak Yani, Kak Laila, Kak Lin dan macam-macam 'kak' lagi la, walaupun beza hanya setahun. Kalau aku berani tak panggil 'kak', aku akan di'marked' sebagai 'kuahajo' oleh seniors. So, budaya tu aku bawa sampai la aku habis sekolah. Adik-adik junior yang masuk selepas aku pun aku paksa panggil aku 'kak' kalau tidak aku kurung dia dalam bilik stor, pas tu aku tutup lampu dan aku buat b...

Merangkak Mencari Artis Di Padang Mahsyar

Sejahteralah ke atas kamu... Aku rasa, kalau aku ada mengutuk pun yang paling banyak ialah aku kutuk artis Malaysia. Ye lah. Biasanya artis je yang selalu buat benda-benda yang 'kita rasa geram nak kutuk' dan mereka jugalah yang selalu keluarkan statement yang memanggil-manggil kita untuk kondem perbuatan mereka secara berjemaah di laman sosial. Aku kan.... ada sorang selebriti ni yang aku selalu kutuk bila dia keluar TV. Aku rasa mungkin ramai yg tak kenal dia kot sebab dia penyampai berita sukan kat Astro Arena. Aku tengok tu pun bila hasbeng aku yg buka channel Astro Arena tu. Kalau tidak, jangan mimpi la aku nak buka channel tu. Penyampai berita sukan ni, dia kembar. Aku kutuk dia pun bukan sebab paras rupa. Cuma aku selalu je rasa macam dia suka buat kelakar yang tak kelakar. Ada sekali tu masa dia jadi pengulas Sukan Sea, aku gelak dengan penyampaian dia sebab dia cuba buat lawak yang tak lawak tapi nampak beriya sangat. Kederat gila. Lepas tu.... Pada suatu ...

Setakat Bersalin C-Sec Tu Apa La Sangat...

Sejahteralah ke atas kamu... Okay, tajuk entry ni saja nak provoc. Sebab nak suruh orang tertarik nak baca je. Sorry ye. C-Sec vs Bersalin Normal Kebelakangan ni, aku perasan ada orang viralkan pasal pembelaan diri panjang lebar oleh orang yang bersalin C-Sec (secara pembedahan), tentang betapa susahnya dan betapa teruk dia menanggung kesakitan. Post di FB itu untuk menjawab sindiran orang-orang yang bersalin normal terhadap yang bersalin C-Sec bahawa orang bersalin normal je yang sakit, yang bersalin C-Sec pula senang takyah tanggung sakit. Mesti sakit benar hati dia sebab orang kutuk dia bersalin tak sakit kan? Pendapat aku, asalkan mengandung dan bersalin, tak kira la ikut jalan mana, bersalin normal atau keluar ikut tingkap (pembedahan), masing-masing ada kesakitan tersendiri yang tak wajar langsung dibandingkan. Yang mengata orang bersalin secara pembedahan tu, hanya segelintir kecikkkkkk sangat, dan aku yakin majoriti wanita faham tentang kesakitan yang dialami oleh ib...

Perihal Orang Yang Berhutang.

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku pernah berhutang dengan orang, meminjam duit dengan orang, tapi aku dah habis bayar walaupun mungkin lambat. Walaupun lambat, aku bagi tahu siap-siap kepada orang tu, kenapa aku lambat bayar. Alhamdulillah hutang-hutang semua dah selesai. Perasaan aku bila dah habis bayar hutang tu memang rasa lega sangat. Rasa seperti melepaskan 10 ekor badak sumbu yang ada di atas pikulan aku selama ini. Dalam masa yang sama, ada orang juga berhutang dengan aku. Nak kata terlalu banyak tu, tidaklah sampai puluh ribu. Tapi ada la dalam ribu juga. Aku mula la rasa geram. Sebab aku rasa, aku gigih bayar hutang orang lain. Tapi orang yang berhutang dengan aku seolah-olah tiada usaha pun nak bayar hutang dia pada aku. Sampai satu tahap bila aku ingatkan dia tentang hutang, dia boleh tanya, "eh, ada eh?". Maksudnya dia tak ingat pun yang dia ada hutang dengan aku. Jadi ko expect dia nak bayar pulak kalau hutang tu pun dia tak ingat? Kalau ikutkan hat...

Cover La Sikit Sikap Pemalas Tuh!

Sejahteralah ke atas kamu... Entry ni takde gambar. Sebab ni entry marah lepas tu nak berleter.  Kita kalau pergi rumah orang, kita macam automatik faham-faham-sendiri je untuk jaga kelakuan. Kalau tumpang solat contohnya. Pinjam sejadah. Pinjam telekung. Selepas solat, kita lipat sejadah tuan rumah yang kita gunakan tu elok-elok. Lipat telekung elok-elok. Kita segan la kan (baca: malu, bukan segan=pemalas macam orang utara kata), dah menumpang kat rumah orang, kena la jaga tatasusila dengan baik. Walauuuuupun, hakikat sebenar kalau kat rumah, lepas solat kita longgok je telekung dgn sejadah tu ikut sesedap rasa. Paling tidak, biarlah kita cover sikit sikap pemalas kita tu masa bertandang kat rumah orang. Kan? Kan?  Kat rumah orang, pandai kita jaga kelakuan. Habis tu kenapa kalau bertandang ke rumah Allah, selepas solat, telekung dengan sejadah tu tak diletakkan pun seperti keadaan semasa kita ambil? Kalau selalu travel, tak kiralah balik kampung atau bercuti, bi...

Tak Boleh Marah Anak, Tapi..........

Sejahteralah ke atas kamu... "Budak-budak, biasa la." Selalu dengar ayat tu? Bila anak-anak berlari, mak bapak akan kata, "budak-budak... biasa la".  Bila anak-anak memanjat pun cakap ayat yang sama. Anak-anak bergolek-golek pun tetap cakap ayat yang sama. Bagi aku tak ada salahnya. Memang betul pun, budak-budak memang gitu. Tak ada siapa boleh nafikan. Budak-budak memang ada perangai mereka, ada yang kuat berlari, ada yang kuat meloncat ada yang kuat berlakon dan kita tak perlu marah pun anak-anak KECUALI bila tiba situasi tertentu yang aku akan hurai panjang lebar dalam entry ni. Orang kata, anak-anak ni tak boleh la nak dilarang sangat. Sebab lagi kita larang, lagi la dia buat apa yang kita larang tu. Kemudian, kalau kita larang-larang sangat takut terbantut perkembangan otak dia. Ye ke macam tu? Jadi adakah perlu dibiarkan je anak-anak nak buat apa-apa sekalipun di atas tiket, "Budak-budak, biasa la"? Ini pendapat peribadi aku. B...

Sayangkan Harimau Hulur-hulurkan

Sejahteralah ke atas kamu, Aku berjalan seorang diri di laluan pejalan kaki sambil melayan berangan sebelum disapa oleh seorang wanita muda. Dia memperkenalkan diri sebagai salah seorang petugas WWF yang ditugaskan untuk mengumpulkan penderma-penderma bagi menyelamatkan spesis hidupan liar yang diancam kepupusan. Wanita itu dengan gigih menjelaskan kepada aku betapa pentingnya ecosystem terhadap bumi, dan ada juga dia offer untuk menjadikan harimau sebagai anak angkat. Aku sedar ecosystem tu penting. Tapi dengan berat hati aku menolak permintaan wanita muda itu untuk memberikan derma bagi mendanai haiwan-haiwan liar tersebut. Masa aku kata, tak apa la. Saya tak nak derma. Wanita itu terus bertanya, "Kenapa?". Dalam hati aku, boleh pulak dia tanya kenapa. Karang aku bagi tazkirah kang menyesal tak sudah ko buka kaunter kat tempat tu. Aku pun cakap dengan lembut kepada dia, aku menolak tu sebab ada ramai lagi manusia yang perlu dibantu berbanding haiwan. Sebenarn...

Sakitnya Tuh Di Sini

Sejahteralah ke atas kamu.... Kalau korang pengguna media sosial, korang mesti perasan dengan salah satu trend netizens iaitu VIRAL. Aku mula-mula tak rasa apa-apa sangat dengan fenomena viral kat media sosial ni. Kadang-kadang rasa macam best je sebab kita tahu apa yang semua orang tahu. Tapi lama-lamanya aku rasa macam, "Ya Allah serabutnyaaa korang ni!!" Kalau viral yang bagus seperti 'Cara Mendidik Anak' ke, atau minta bantuan dana untuk perubatan ke boleh terima la. Sebab memang perkara baik. Tapi kalau bab-bab lagho tu memang aku benci. Kadang-kadang memang aku tak suka nak ambil tahu tentang perkara-perkara tak berfaedah yang jadi viral tu, tapi oleh sebab semua orang share dan hashtag benda yang sama, secara tak sengaja aku akan ada rasa perasaan nak tahu, "Apa benda la yang korang perkatakan ni?". Contohnya yang terbaru ni orang dok hashtag 'Sakitnya Tuh Di Sini'. Siap ada video parody lagi. Aku tertanya-tanya juga, kes apa ...

Ntah Apa Yang Ada Dalam Kepala Otak Dia?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku marah ni. Semalam aku dapat satu gambar baby yang bermuka pucat bersama seorang lelaki dewasa. Aku terus je tak fikir panjang, pergi share kat FB aku.  Lepas aku dah share baru aku terfikir, kalau terkena kejutan elektrik, kenapa muka pucat dan bukan hitam terbakar? Lagi, kalau betul kena kejutan elektrik, dalam kelam kabut tu kenapa sempat ambil gambar pulak? Kalau ko sendiri pun kan, katakan anak ko terjatuh kerusi ke, atau terluka kena pisau ke, ko masih ada hati ke nak ambil gambar dia sejurus selepas kejadian tu? Mesti la tak kan? Kecuali bila dah selesai urusan seperti dah balut luka, atau dah comfortkan dia. *tapi yang pasal elektrik tu, kita masih boleh berhati-hati sebab kena karan tu tak mustahil boleh berlaku ye.* Lepas aku share, ada yang pos gambar ni pulak di komen. Dan juga, ada yang pos gambar ni juga di komen. Yang ini paling meyakinkan. Sebab nampak lebih logik dan lebih tinggi kredibiliti orang yang share ...