Skip to main content

Cover La Sikit Sikap Pemalas Tuh!

Sejahteralah ke atas kamu...

Entry ni takde gambar. Sebab ni entry marah lepas tu nak berleter. 

Kita kalau pergi rumah orang, kita macam automatik faham-faham-sendiri je untuk jaga kelakuan. Kalau tumpang solat contohnya. Pinjam sejadah. Pinjam telekung. Selepas solat, kita lipat sejadah tuan rumah yang kita gunakan tu elok-elok. Lipat telekung elok-elok. Kita segan la kan (baca: malu, bukan segan=pemalas macam orang utara kata), dah menumpang kat rumah orang, kena la jaga tatasusila dengan baik. Walauuuuupun, hakikat sebenar kalau kat rumah, lepas solat kita longgok je telekung dgn sejadah tu ikut sesedap rasa. Paling tidak, biarlah kita cover sikit sikap pemalas kita tu masa bertandang kat rumah orang. Kan? Kan? 

Kat rumah orang, pandai kita jaga kelakuan. Habis tu kenapa kalau bertandang ke rumah Allah, selepas solat, telekung dengan sejadah tu tak diletakkan pun seperti keadaan semasa kita ambil? Kalau selalu travel, tak kiralah balik kampung atau bercuti, bila singgah di surau R&R, aku tengok sejadah dan telekung memang ada je yang tak diletakkan semula ke tempat asal. Maksud aku, kalau mula-mula ambil telekung daripada tempat gantung, lepas solat, boleh letak je telekung tu kat tempat sangkut sejadah. Ataupun, ada yang suka bungkus telekung dalam sejadah. Mungkin dah terbiasa kot habit di rumah, suka gulung telekung dalam sejadah, so bila pergi surau pun nak buat macam gitu ke? Mana boleh!! Kena letak balik kat tempat asal!! Gantung balik telekung tu. Lipat balik sejadah, elok-elok. Jangan main longgok je ikut suka hati nko!

Oooo, mentang-mentang la surau kat R&R tu kecik je. Pastu tak la secantik rumah kawan-kawan kita yang tersergam tu, maka ko ingat, boleh kita nak buat sambil lewa? Harus diingat, surau itu walaupun kecil tapi darjatnya tinggi. Itu rumah Allah. Harus dihormati dan dijaga dengan baik. 

Sekarang macam ni la.... Aku cadangkan, kita jaga diri kita sendiri. Setiap orang mainkan peranan masing-masing. Pergi surau, selepas solat, tolong letakkan semula apa yang kita pinjam daripada surau tu ke tempat yang sepatutnya. Jangan pulak masa kita ambil telekung tu, telekung tu dah sedia berlonggok atas lantai, maka lepas solat, kita longgokkan balik kat tempat dia berlonggok tadi. Itu namanya bengap. Ada otak kan nak fikir, simpan balik la tempat yang sepatutnya. Kalau semua orang faham tanggungjawab masing-masing, insyaAllah, surau kita akan sentiasa kemas dan bersih.

Nak pahala lebih, kalau tengok ada tahik cicak atau kotoran pada rumah Allah, jemput bersihkan. Kalau tengok sejadah bersepah, tolong la kemas. Kalau betul-betul nak cepat nak tak sempat nak berbakti di rumah Allah, at least, kemaskan yang kita gunakan tu je pun dah cukup. Silalah jadi umat Islam yang bertamadun, yang bersih dan tertib. Jangan memalukan imej Islam dengan perangai selekeh dan pemalas macam tu. Sekurang-kurangnya tidak di rumah Allah. Jangan nak guna alasan "Tempat tu ada pekerja yang akan tolong kemas, so biar dierang la buat. Kalau tidak buat apa bayar gaji dierang"?. Siapa yang ada rasa macam tu, maksudnya dalam hati tu ada longkang. Muahaha...

Kupai.

Comments

  1. betul..yang setakat tinggal telekung gitu je pun ada..yang gulung sekali telekung dengan sejadah pun ada..sampai bau kepam sejadah tu..telekung tu jangan cakap la..mujur bejalan bawak telekung sendiri..tapi nak guna sejadah memang boleh bersin la bila sujud.

    ReplyDelete
  2. Sila ambil perhatian yer semua. (wah nasi tambah gulai lebih I ni), tapi mmg yer pun. I dari dulu mmg rasa pelik ngan orang yang hazabnyer pemalas dan pengotor, sembahyang tonggeng terbalik, tapi nak lipat or sangkut telekung tu elok2 tak boleh.

    ReplyDelete
  3. biasa kalau surau lelaki, kalau tak lipat balik letak kat tempat asal dia pun, at least lipat dan tak biarkan macam tu je.

    ReplyDelete
  4. malas ni kena bunuh je.. ehh.. bukan bunuh orangnya, tapi bunuh sifat malas tu..

    Kesan pengambilan set untuk hamil

    ReplyDelete
  5. sama juga dengan tempat lain terutama tandas awam. malas nak kabo dah kan. k bai

    ReplyDelete
  6. panas lak hati baca entry ni...hish.. bukan setakat surau & rnr...masjid yg cantik tersergam indah pn diorg blh main longgok kan je telekong...paling geram kita ni konon nk buat amal jariah tlg lipatkan telekong yg berlonggok tu pastu diorg leh dtg pilih2 telekong pastu longgok kan balik mana yg diorg x nk pakai tu...hangin je satu badan...
    klu masuk surau sogo pn angin..hanger bersusun tapi diorg blh tinggalkan je telekong berlonggok kat tpt diorg solat
    opppsss...terlebih sudah

    ReplyDelete
  7. Kenapa I rasa nak tergelak bila you kata you nak berleter ek? Konpius kejap dengan akal fikiran sendiri :)

    Ahah, sebab itulah I sanggup bawa telekung sendiri ke hulu ke hilir, mana pun I pergi. I dah tak larat nak tengok situasi macam ni dalam surau. Paling I tak tahan bau. Oh, my.... kata rumah Allah. Kenapalah agaknya susahnya nak jaga kebersihan. I ni kan spesies 'bersih di luar, bersih di dalam' tau. Oppss...jangan silap tafsir. Maknanya = dalam rumah bersih, kat luar rumah pun bersih juga I ni orangnya *_* Kalau I terpaksa pakai telekung berbau dalam mana-mana surau, I tetap juga lipat elok-elok walaupun kalau boleh nak aje tahan nafas selama boleh masa buka telekung tu dan pecut keluar surau!

    ReplyDelete
  8. Agaknya ia budaya Melayu kot.. setakat barang tak disimpan dengan baik satu perkara, perkara yg lebih menyakitkan hati ada yg bila keluar surau atau masjid tak kenal lagi selipar/kasut sendiri, pakai saruk aje.. Dan ada orang pula bila selipar/kasutmya kena kebas, dia pula kebas harta benda milik orang lain. Sudahnya nak cari pahala dapat dosa...

    ReplyDelete
  9. setuju dengan leteran kamu ni..bila terlupa bawa telekung, terpaksa guna telekung yang berbau, alamat tehan nafaslah sepanjang bersolat,

    ReplyDelete
  10. org malaysia memng mcm ni.. huhuhu kdng2 bila kita tolng susun balik pn diorg pandang pelik dkt kita.. wawawa

    ReplyDelete
  11. Allahu..kenapala jadi camtu ye...sepatutnya dah masuk rumah Allah perangai pun agak2la kan?jangan la nk tnjuk perangai macam pemalas sgt...tu sebab rin suka bawak telekung sndiri kehulu hilir..tak kose nak pakai telekung yang bau kepam...hadoiiii

    ReplyDelete
  12. Entah ye memang org kita ni tak bertamasun kot.banyak juga yg jumpa jenis camni klu solat kt rnr..sy tak suka pkai telekung pinjam..sy biasa bawak sendiri

    Bagus entry ni..harap klu ada yg baca jenis segan 0emalas nk letak telekung sejadah leklok tu makan dalam n tak ulangilah habitnya yg satu tu.huhu

    ReplyDelete
  13. eh samalah perasaan kita bab ni
    saya pun rasa me;uiat dengan sikap orang kita bab p surau ni
    kalau kat opis saya ni, dah tahu tempat tu kecik...blh lagi main games kat situ
    bukan nak bagi ruang untuk orang lain beribadah...
    kita semua kena tanam sikap ingat orang lain...kita senangkan orang
    insya allah...allah juga akan senangkan kita

    ReplyDelete
  14. Kalau bik bersangkut, biasanya sangkut semula. Tp usually travel bwk telekung snd kecuali malas sgt nk bwk keluar beg solat br pakai surau pny. Kat rmh pn x longgak2 sejadah dgn telekung. Smpn dgn cara berhemah. Hehe...

    ReplyDelete
  15. entah saya pon pelik bila org berkelakuan gitu.
    saya sndiri pon x blh la. biar di rumah snndiri atau di luar. semak mata kalau buat mcm tu..
    apa salahnya tolong lipat bg cntik cntik, kan :) sejuk sikit mata yg menengoknya. ye dok..

    ReplyDelete
  16. jgn amalkan sikap malas nanti melaratt.. kene lawan sikitt

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya