Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TakDeMotif

Pending Job :D

Sejahteralah ke atas kamu,...... Aku nak tanya satu soalan ni. Tapi soalan ni khusus untuk kaum pompuan.... Siapa suka beli kain pasang, tapi tak jahit then kumpul punya kumpul sekali tengok jadi banyak? Pantang jumpa kain cantik, terus beli. Pantang ada kawan pergi port jual kain pasang yg murah-murah, kita kirim. Penyudahnya, penuh lemari. Kain yang warna purple dan orange tu ialah kain minky nama dia. Pastu ada Engish cotton. Ada cotton comb. Ada flanel (Yang warna merah menyala tu flanel). Warna kelabu tu kain untuk buat skirt formal. Yang warna pink corak munge-munge tu cotton comb. Aku beli sebab nak buat baju kurung aku. Tapi tetibe corak dia ada tompok-tompok macam darah period. Chisss... So, how la? Nnt kalau jadi baju, korang tengok aku pakai, jangan ingat period aku bocor plak ye. Aku suka menjahit. Bermula dengan jahit sarung bantal, jahit bedung, barut baby kemudian upgrade sikit jahit baju anak, then improve lagi jahit baju sendiri. Bila dah mula menjahi...

Otak Serabut Benor Dah Rasa

Sejahteralah ke atas kamu... Nak menaip kat blog ni, sama je kaedahnya macam nak menjahit. Maksud aku, feel dan mood tu kena ada. Kena tenang-tenang, ada waktu lapang. Sekarang aku jarang sangat dapat update blog sebab 'macam' bz. Tidak la se'busy' orang yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tapi kira tak ada kelapangan sangat untuk mengarang di blog. Ataupun sebab memang otak lembab kelubi kan. Jadi, benda yang simple pun payah nak buat. Menjahit pun sebenarnya sama. Aku ni tengah serabut sebab ada banyak lagi persediaan baby yang aku belum jahit. Benda simple seperti jahit bedung dan barut pun aku macam susah sangat nak mula. Sebab aku memang takleh nak menjahit kalau ada Luth dalam rumah tu. Dia tu, eii... kecik besar kecik besar je aku tengok dia time dia nak masuk campur urusan menjahit aku. Tak kira aku buat dia busy cemana pun, aku bagi umpan yang paling dia suka seperti gadget dan benarkan dia main game sekalipun, by the time aku turn on mesin jah...

Isteri Cemerlang VS Isteri Pemalas

Sejahteralah ke atas kamu.... Isu ni mungkin dah basi bagi kebanyakan Netizens, tapi takpe la, aku nak juga buat ulasan. Dah kata blogger, kan? Mesti la nak kupas isu-isu hangat di alam maya walaupun pendapat aku bukan penting pun. Aku percaya, ramai yang dah baca screenshot status daripada seorang wanita yang memanggil dirinya Cik Atenn tu kan? Kalau ada yang belum, biar aku share sikit screenshot status tu. Masa mula-mula baca status dia ni, aku memang rasa hot. Haiihhh panas hati aku ni. Dalam hati aku berkata, "Kau dah kenapa pompuan? Bajet good-good je ni?", sambil bibir tersenyum sinis sebab aku tau Cik Atenn tu masih lagi belum ada anak. Tapi ternyata aku ha nya hot-hot chicken shit je. Aku takde la marah sangat pun. Keke. Mari aku nak flash back sikit. Suatu masa dulu, sebelum aku jadi seorang isteri, aku macam dah letak mind set bahawa nanti bila aku dah berkahwin dan menjadi isteri, aku akan jadi isteri tip-top. Penampilan aku akan jaga sup...

Persatuan Salah Cakap

Sejahteralah ke atas kamu.... Masa kejadian: Pagi tadi Lokasi: Depan cermin, sebelum pakai contact lenses. Pesalah: Aku, Lyd Sunshine Saksi: Husband aku, Mat Azghul Aku nak pakai kanta lekap masa tengah bersiap nak gi kerja. Tetibe rasa macam kewring sangat mata.  Terus je panggil husband yang masa tu ada kat dapur... "Bubi! Oooo bubi! Bubi ada Dynamo tak? " Sayup-sayup je dengar jawapan dia, "Ada, Dynamo nak guna buat basuh apa?" sambil aku dengar dia ketawa. Cis. Jadi bahan la ni. Perkataan salah:  Dynamo  [Sabun basuh kain] Perkataan betul: Eyemo [Ubat titis mata] Kejadian ke-2; Keluar nak pergi Mydin Mart yg kat depan rumah. Aku duduk seat belakang dengan Luth. Cermin tingkap aku turunkan. Kat sebelah Mydin tu ada gerai Char Kuey Tiaw sedang beroperasi.  Elok je masa lalu kat tepi gerai tu, tiba-tiba aku teringat kisah silam dan terasa nak kongsi cerita tu dengan husband. Aku kata, "Dulu masa ...

Cerpen: Impianku Utk Anakku, Susu Kacang Soya, Valik Kamfung

Sejahteralah ke atas kamu.... Contest: Baca blog Kak Ina KL, dia join contest yang dianjurkan oleh AmInsurance, tajuknya "Impianku untuk anakku". Aku menggelupur pergi click pada link yang Kak Ina bagi tu untuk join contest tersebut . Keluar page ni; Mula-mula aku rasa, aku macam ada banyak impian untuk Luth. Tapi bila aku letak je jari-jari di keyboard, aku tak tahu nak taip apa. Akhirnya sejam aku dok tenung je form yang kosong tu. Ternyata.... Susah untuk aku explain impian aku terhadap Luth. Impian yang kalau aku ceritakan pun, susah untuk memberi kemenangan kepada aku dalam contest ni. Sebenarnya impian aku, hanyalah agar Luth itu menjadi aset aku di akhirat, bukan liabiliti. *itu kata-kata Profesor Muhaya dalam rancangan Anta Tanya Ana Jawab. Eh, takde la. Prof Muhaya dalam rancangan Reset Minda. Agak-agaknya kalo prof baca blog ni, dia sentap mengkarung tak kalo aku tak letak tittle 'doktor' kat nama dia? Haa, yelah..yelah.. Professor Doktor Muhay...

Bau Matahari

Sejahteralah ke atas kamu.... Ingat lagi tak dengan bau matahari semasa kita kecil-kecil dulu? Mentari pagi yang menyimbahkan cahayanya kepada daun-daun pokok yang masih bersisa embun pagi, memberi pantulan yang sangat indah seperti adanya emas pada daun-daun pokok itu. Seolah-olah pokok itu adalah pokok emas. Bersinar terang. Warna permandangan pada waktu itu pun seperti kekuningan. Cantik sangat and i loved it! Waktu tengahari pula, langit terlampau cerah tanpa awan. Aku terimbas kenangan lalu semasa waktu balik dari sekolah. Teriknya seperti mendidih otak. Sepatutnya bila otak dah cair tu aku cerdik la kan? Tapi tak seperti yang diteorikan. Otak menggelegak belum tentu cerdik. Haha. Panas tu memang la panas tapi entah kenapa rasa macam masih boleh tahan. Mungkin sebab muda lagi kot. Matahari petang, masih panas. Waktu bermain untuk kanak-kanak Kinder Joy. Tak kira la walaupun mak pesan jangan keluar sebab panas tapi keluar juga. Main itu penting. Main itu nyawa. Masih t...

Aku Paling Suka Musim Hujan

Sejahteralah ke atas kamu.... Semua pun sedar cuaca di Malaysia pada pertengahan tahun sangatlah panas dan berjerebu. Sangat tak selesa. Tidur malam pun panasnya lain macam. Siang hari pun nampak kelabu kerana jerebu. Penyakit pun banyak hinggap pada waktu cuaca panas. Aku rasa sangat terganggu. Oleh sebab itu, musim hujan adalah waktu yang paling aku sukai dan tunggu-tunggu. Sebab hujan memberikan hawa yang sejuk, nyaman dan selesa. Walaupun pada musim hujan ni baju lambat kering sebab matahari bercuti tahunan, walaupun banyak aktiviti tertangguh kerana cuaca hujan. Aku tetap suka hujan.  Namun...... Bila hujan yang sama, yang aku sukai dan tunggu-tunggu itu telah menyebabkan banjir besar di sebahagian negeri-negeri di Malaysia ini, aku dah jadi tak pasti wajarkah aku masih terus memuja hujan. Maafkan aku kerana sentiasa berdoa agar hujan turun. Maafkan aku kerana apabila banjir terjadi kerana hujan turun tidak berhenti-henti, aku hanya mampu melihat daripada jauh dan...

'Terpaksa' Layan GEGAR VAGANZA... Nak Karaoke?

Sejahteralah ke atas kamu... Aku memang dah lama tak tengok rancangan hiburan yang jenis menyanyi-nyanyi, anugerah industri hiburan, pertandingan realiti TV dan seumpamanya. Tak kira le AF ke, Kilauan Emas ke, termasuk Pencetus Ummah pun aku tak tengok. Pertama sebab aku tak berkenan dengan konsep pertandingan yang bersandarkan undian SMS. Kedua sebab otak aku macam dah tak boleh digest dengan genre muzik yang terkini. Lagu-lagu zaman sekarang dah jadi semacam jadam bagi telinga aku. Begitu juga dengan pertandingan Maharaja Lawak ke, Pilih Kasih ke, Mentor ke, and what not. Semua aku takleh nak register dalam otak aku. Lagipun tu semua doniawi. Lagho belaka. Hahah. Tapi baru-baru ni, ada rancangan baru terbitan Astro yang bertajuk Gegar Vaganza. Aku yang tak layan rancangan hiburan ni, eh, tetibe je boleh terpaku depan TV, siap marah hasbeng aku tukar channel time iklan sebab takut terlepas nak tengok Haleeda. Aku minat Haleeda ni sebab nama dia hampir nak sama dengan nama a...

Kutuk Mengutuk Hobi Kita

Sejahteralah ke atas kamu... Korang tau kan perkataan menganjing? Maksud dia mengejek yang macam saje-saje nak bergurau. Kalau teruk sangat menganjing boleh jadi bergaduh. Selama ni yang aku perasan, orang-orang pantai timur paling kuat menganjing. Orang Kelantan, Terengganu dan Pahang terutamanya orang kampung aku, Sungai Lembing. Memang kaki menganjing. Oppss, buruk je bunyinya, macam anjing-anjing sikit kan. So, biar aku tukar ejaan jadi nganjeng. Nampak sopan skit walaupun sama je bunyinya. Hahaha... Memandangkan suami aku si Mat Azghul pun sekampung dengan aku, memang aku tak leh elak la daripada kena nganjeng dengan dia. Contohnya ada sekali tu, dia masuk bilik air. Lepas dia keluar tu, dia tanya aku... "Ni berus gigi sayang ke"? sambil menunjukkan berus gigi yang dia tengah pegang tu. Memang aku ngaku aku dah lama tak tukar berus gigi masa tu. Memang buruk kembang la kan. Pastu dia buat muka geli dia cakap, "Buang je la berus gigi ni. Dah boleh masuk ranc...

yey aku mc lagi

sejahteralah ke atas kamu... azam utk tidak mc tahun 2014 ni nampaknya tinggal debu ditiup angin je la sbb aku dpt mc 2 hari. huhu... doktor check hidung aku, dia kata hidung dah bersawang selekeh kena start mkn antibiotik. so,  skrg aku nak balik umah. nak krohhh...krohh...zzzz...zz... insyaAllah nnt aku update pasal bday luth.

Memang Aku Tamak Selalu Mintak Lebih

Sejahteralah ke atas kamu.... Dah 3 minggu aku teringin nak makan kek cekelat yang coklat ganache dia ni di sapu/diisi betul depan mata masa kita nak beli kek ni. Penjual kek ni siap bawak coklat ganache sebekas besar letak atas meja. Aku dah berangan, kalau penjual kek tu ada , aku nak request coklat ganache ni lebih, kalau peniaga tu nak cas lebih pon aku tak kisah. Asalkan kek coklat aku tu kaya dan mewah dgn coklat ganache. Tengahari semalam [Jumaat], penjual kek coklat tu ada berjualan di kaki lima Esesem ni. Jualan kaki lima ni hanya ada setiap Jumaat 2 minggu sekali je. Hati aku berbintang-bintang rasanya. Maka aku request seperti yang aku plan. Tapi.... aku agak keciwa sebab akak yang jual tu taknak bagi coklat ganache dia lebih walaupun aku dah kata aku tak kisah nak bayar lebih. Dia tanya, "banyak macam ni pun tak cukup lagi ke?" Mana cukup coklat cair tu banyak ini. Aku nak coklat yang melimpah-limpah supaya aku boleh makan guna sudu. Akak penjual ke...

Suam-suam Kuku Je Hari Ni. OnLy In Sungai Lembing

Sejahteralah ke atas kamu... Sepanjang aku cuti lama, aku asyik terfikir iklan nuffnang aku masih on going [berjalan] ke dah credited [tamat]. Rasa menggelupur nak update blog ni. Dok terfikir unique visit setiap hari akan drop. Heheh. Tipu je. Tak la 'asyik' terfikir tapi ada la terlintas di fikiran. Dan ternyata, sepanjang aku tak update blog memang menurun pun unique visit. Tapi iklan masih on going. Syukur la. Nuffnang masih aman. Ini, aku saje2 nak kongsikan, Produk terbaru keluaran Nu Sigma Shoppe. Aku berani jamin gift box ini hanya terdapat di Sungai Lembing. Maksud aku, yang ada cop Sg Lembing Museum ni. Aku balik kampung baru-baru ni, cadangnya nak gi amik gambar kat kampung aku, dengan niat sesuci lebaran dapat melambung tempat-tempat menarik kat sana dalam blog cap gajah duduk aku ni. Tapi balik pon kejap je. Masa sangat terisi dengan macam2 aktiviti[tido+berehat hahahaha], jadi tak dapat la aku nak kelentong korang kaw kaw punye. *takde mot...

Kerang Misteri

Sejahteralah ke atas kamu... Satu masa dulu. Ada sorang makcik penjual ikan yang setiap hari datang menjual ikan kat area umah saya. Semasa saya sedang menunggu giliran untuk  pilih ikan apa yang saya bakal beli pada hari itu, makcik itu promote kat saya sejenis spesis kerang yang saya tak pernah tengok sebelum tu. Dia kata kerang ni spesis yang baru ditemui. Bentuk mcm kerang tapi saiznya sebesar tapak tangan Karam Singh Walia. Dan hari itu makcik tersebut tak bawak ikan lain, melainkan kerang jenis itu sahaje. Pastu makcik tu tanya sama ada saya nak beli atau tidak. Saya plak teragak-agak. Benda yang saya tak pernah tengok ni saya rasa agak saspen untuk beli dan  makan. Orang lain pada masa tu dah berkerumun mengelilingi makcik si penjual ikan tersebut. Mereka berebut nak membeli kerang itu.  Saya masih berbelah bahagi. Nak beli ke tanak. Harganya murah je. Sekilo hanya RM3. Oleh sebab saya tengok orang lain dah beriya sangat berebut kerang tu, saya pun cakap k...

Naik Motor

Sejahteralah ke atas kamu... Seronok kan naik motor? Masa saya kecik dulu selalu je naik motor dengan abah atau abang saya kat pekan Sg Lembing [selepas ini akan disebut Sombing]. Bila dah kawen ni sekali sekala balik kampung, saya dan suami selalu jugak pinjam motor abah untuk pergi ambik angin kat pekan Sombing yang termahsyur tu. [syok sendiri]. Kalo bersiar-siar time petang-petang kat kampung, lalu tepi sungai, cuaca pun redup, udara sejuk-sejuk, di sepanjang perjalanan pula akan iringi oleh pokok-pokok yang maha berlambak di sisi jalan ermmm.... memang sangat nyaman. Tapi bila kat KL, suami saya selalu tanak bawak saya naik motor. Bahaya kata dia. Lagipun takde helmet lebih. Saya ni bukan apa... Lagi suka nak naik motor sebab senang skit. Takyah la biru muka dalam keta sebab 'tercekik' jem nenas. Contohnya nak gi pasar malam. Kan leceh nak cari parking keta kat pasar malam. Nak menyelit dengan kereta walaupun keta kecik tapi still kena ikut laluan keta. Tapi kalo ...

Sampai Hati

Sejahteralah ke atas kamu...  Sampai hati saya tak update blog. Dah 2 minggu. Macam cuti kawen plak saya hilang daripada dunia ke'belog'an ni. Saya tau korang semer walaupun tak rindu dengan cerita boring saya, tapi korang mesti tertanya-tanya ke mana saya menghilang, kan? Saya tau korang malu nak mengaku yg korang terasa kehilangan saya kan? Kan? Kan? Takpe-takpe, saya faham. (wink! kenyit mata)   Minggu pertama Julai saya pergi kursus. Seminggu. Tak sempat nak mencelah masa untuk update blog. Sebab masa kursus, saya sangat fokus hokey. Minggu kedua, saya cuti. Kat umah tak dpt nak access internet sebab malas nak renew broadband service. Lagipun malas nak buka pun laptop. Nak update blog guna henfon saya rasa macam kambing dengan bayang-bayang je. Buat stress diri sendiri pun tak guna jugak. Nanti tak mencapai hasrat nak me'release' tension dengan meluahkan perasaan kat blog bila nak taip entry guna henfon pastu stress..  Mende nak cerita ye hari ni. Bi...

Lobster Macam Ni Pun Ada

Sejahteralah ke atas kamu... Saya lapar. Okay, takde kaitan. Lobster yang normal adalah yang warna hitam tu. Tapi lobster unik yang berwarna oren tu badan dia lebar skit, mcm ada 6pax. Biasanya udang lepas masak baru warna dia bertukar jadi merah, so yang ni mungkin dia dah separuh masak.. kot. Yang merah ni tidak dijual utk dimakan. Hanya untuk display je kat restoren tu. Yang ni nama dia Calico . Lobster yang ada corak tompok2 kuning. Ni pun separuh masak jugak kot. Ajaib...ajaib... Yang ini pun tersesat sekor kat dlm kolam lobster. So, tokei restoren tak jual. Hanya simpan je. Ini lagi la ajaib. Warna biru terus. Mungkin hybrid ni. Ataupun mutan. Sama keturunan dgn Mystic dalam citer XMen. OkBai.