Iklan! Iklan! Sila Click!

15 April 2015

Persatuan Salah Cakap

Sejahteralah ke atas kamu....


Masa kejadian: Pagi tadi
Lokasi: Depan cermin, sebelum pakai contact lenses.
Pesalah: Aku, Lyd Sunshine
Saksi: Husband aku, Mat Azghul


Aku nak pakai kanta lekap masa tengah bersiap nak gi kerja.
Tetibe rasa macam kewring sangat mata. 
Terus je panggil husband yang masa tu ada kat dapur...


"Bubi! Oooo bubi!
Bubi ada Dynamo tak? "

Sayup-sayup je dengar jawapan dia, "Ada, Dynamo nak guna buat basuh apa?" sambil aku dengar dia ketawa. Cis. Jadi bahan la ni.

Perkataan salah:  Dynamo  [Sabun basuh kain]
Perkataan betul: Eyemo [Ubat titis mata]




Kejadian ke-2;

Keluar nak pergi Mydin Mart yg kat depan rumah.
Aku duduk seat belakang dengan Luth. Cermin tingkap aku turunkan.
Kat sebelah Mydin tu ada gerai Char Kuey Tiaw sedang beroperasi. 
Elok je masa lalu kat tepi gerai tu, tiba-tiba aku teringat kisah silam dan terasa nak kongsi cerita tu dengan husband.

Aku kata, "Dulu masa bujang, syg selalu makan kat kedai ni", terlupa yang cermin tingkap terbuka, dan kepala aku betul-betul  menghadap ke luar tingkap. 

Aku hanya tersedar, bila aku tengok tokei char kuey tiaw dan pelanggan-pelanggan gerai tu memandang ke arah aku serentak. Malu tak usah cerita la.


Sumber gambar daripada Google.

17 comments:

  1. Kalau Dynamo tu masuk mata memang bertambah terang benderanglah mata meleleh-leleh airnya, hehehehe...

    ReplyDelete
  2. hahaha... adui.. boleh kot, nak join persatuan tu.. :P

    ReplyDelete
  3. Kakcik selalu salah cakap bila minta anak2 ambilkan barang kat dapur. Mulalah melalut suruh ambil kat dalam mesin basuh la dalam bilik air la... Padahal benda tu dalam peti ais! :)

    ReplyDelete
  4. hak alah. apa pasal aku boleh masuk blog bodoh macam ni. bubi bubi. pui.

    ReplyDelete
  5. akak selalu masuk persatuan tu boleh lah kita join sesama nanti haha

    ReplyDelete
  6. Hahhaha..lawak gak..brbuih mata klo kena dynamo..

    ReplyDelete
  7. citer kedua tu aku tak berapa paham..camne boleh kepala ko kat luar plak..

    ReplyDelete
  8. Eh, Dynamo tu bagus kalau cuci baju, kalau cuci mata lagi elok kot. Hahaha.... Itulah Prof dah ajar kan cakap siang pandang-pandang.... Tapi I pun pernah terlepas, tersasul cakap entah apa-apa, khas nak cakap dengan HD tetapi habis semua orang dengar!

    ReplyDelete
  9. hahhaha kalo dynamo mmng pedih mata la...

    ReplyDelete
  10. Paling selalu...nak beli handyplast...ckp kat orang kedai nak beli 100plus....bukan koi ye...tp dah byk kali dengar...

    ReplyDelete
  11. huhuhu...

    akak aku pye tersasul plak, satey sahmuri jadi satey safari.

    legend gelak sampai hari ni.

    hahahaha. sama taraf lawak ngan akak aku

    ReplyDelete
  12. akak boleh daftar masuk persatuan nie...hehe...selalu juga lidah ni tersasul

    ReplyDelete
  13. ni kalau salah ckp ngan member2 aku, confirm kena bahan. hehehe...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...