Skip to main content

Cerpen: Impianku Utk Anakku, Susu Kacang Soya, Valik Kamfung

Sejahteralah ke atas kamu....

Contest:
Baca blog Kak Ina KL, dia join contest yang dianjurkan oleh AmInsurance, tajuknya "Impianku untuk anakku". Aku menggelupur pergi click pada link yang Kak Ina bagi tu untuk join contest tersebut. Keluar page ni;


Mula-mula aku rasa, aku macam ada banyak impian untuk Luth. Tapi bila aku letak je jari-jari di keyboard, aku tak tahu nak taip apa. Akhirnya sejam aku dok tenung je form yang kosong tu. Ternyata.... Susah untuk aku explain impian aku terhadap Luth. Impian yang kalau aku ceritakan pun, susah untuk memberi kemenangan kepada aku dalam contest ni. Sebenarnya impian aku, hanyalah agar Luth itu menjadi aset aku di akhirat, bukan liabiliti. *itu kata-kata Profesor Muhaya dalam rancangan Anta Tanya Ana Jawab. Eh, takde la. Prof Muhaya dalam rancangan Reset Minda. Agak-agaknya kalo prof baca blog ni, dia sentap mengkarung tak kalo aku tak letak tittle 'doktor' kat nama dia? Haa, yelah..yelah.. Professor Doktor Muhaya.


Kacang Soya
Bila la agaknya aku akan dapat bonus ni. Tak sabar dah nak shopping simpan duit ni. Aku yang begitu rajin bekerja ni harap-harap dapat la cepat skit bonus. Nampak tak aku dah jarang update blog menunjukkan betapa rajinnya aku bekerja. Takpe aku faham, sebahagian besar orang yang baca blog aku ni pun berharap yang sama; agar bonus dapat awal dan kalau boleh dapat banyak. [Mode Tamak is On]. Maklumlah, pembaca blog aku ni kebanyakannya orang-orang satu ofis jugak. Kan??? *aku tau ko sedang tersenyum walaupun bibir hanya bergerak sebanyak 3 darjah.


Sudirman.
*Taip paragraph ni sambil nyanyi lagu Balik Kampung dalam hati*
Minggu depan cuti raya Cina, aku nak balik kampung. Ramai kot yang akan ambil peluang untuk balik kampung sementelah cuti terpijak yang agak panjang tanpa perlu memohon cuti apatah lagi membazirkan cuti tahunan. Dah lama aku tak balik kampung. 3 bulan dah rasenya. Si Tanggang sangat aku kan. Sempena nak balik kampung, aku dah call ibu mentua awal-awal lagi untuk tempah kerepek pisang. Apa je kepek pisang? Hahaha. Dalam banyak-banyak makanan sedap dalam dunia ni, kepek pisang plak yang aku tempah. [tempah tu dalam bahasa halus la, yang sebenarnya maksud aku ialah nak free. Sebab tu order dengan ibu. Gile kedekut menantu dia nih]. Ni semua si kenit tu la yang suka makan papok. Semua benda papok, termasuk kepek pisang. Pun dia panggil papok. Ikut papa pergi kerja tiap-tiap hari bekal papok. Kerepek pisang, keropok ikan, bahulu, bubur nasi dan susu. Semua habis dimakan begitu saje persis roti gardenia. Alhamdulillah kuat makan. Itu pun papa topup dengan roti dan pisang lagi beli kat restoren seblah kedai papa.


Post Chemo
Nenek pengasuh Luth kata dah boleh hantar Luth hari ni. Tapi aku ingat nak bagi nenek berehat dulu daripada jaga budak-budak. Walaupun bukan nenek yang jaga, tapi anak nenek. Lepas rawatan chemo, beliau kata rasa lebih sihat dan bertenaga. Aku harap berterusan la sihat. Tak best la bila orang-orang terdekat jatuh sakit. Rasa sedih. So, tengah terfikir.... sama ada nak teruskan bagi Luth ikut papa atau hantar ke rumah nenek esok. Luth nampak sangat happy ikut papa. Dia budak, dia memang la tau happy je. Yang penting, papa pun suka bawak dia. 

Tiap-tiap hari dengar papa dia cerita keletah dia dengan details membuatkan aku rasa aku ada di situ bersama mereka. Kalau ikut plan kami bila nenek masuk hospital ari tu, papa dia nak terus jaga sampai umur dia 4 tahun, sementara dia belum masuk skolah ni. Boleh belajar berniaga dengan papa. [owohhh.... melampau, budak besar itu aku nak ajar berniaga kan?]. So, ari ni Luth masih ikut papa pergi ofis. Kawan-kawan papa pun dah jadi kawan-kawan dia.Kawan aku cadangkan, nanti pendapatan papa, kena bahagi 2 dengan Luth, sebab kata papa... sejak Luth ikut dia, sale meningkat. Nanti oleh sebab Luth dah ada pendapatan, aku nak cakap kat Luth, "bagi mama sikit duit gaji Luth. Balas budi mama". Heheh. Awal kan aku mintak anak aku balas budi. Umur 2 tahun dah ada pendapatan sendiri dan dah boleh bagi duit gaji kat mama. Hebad! Hebad! [tepuk tangan].Tu lah korang. Takyah hantar anak gi skolah. Suruh je dia kerja terus masa kecik-kecik ni.


Last And Least.
Dunia ini sungguh membahayakan. Sebab ada banyak makanan sedap. Kiri kanan depan belakang atas bawah aku terdedah dengan makanan sedap, yang mudah dibeli, yang mampu dibayar dan yang mudah untuk dimakan. Huuwaaa... katakan semua itu dusta!! *sambil menyorok dalam hati sendiri* **dilemma wanita gemuk.**. Mari kita salahkan Besah sebab dia jual donut sedap dan Butterscotch sauce yang sedap. [nanti aku review pasal donut butterscotch.].


Haaa. Tu je.

Comments

  1. Suka dengan ayat Lyd: "Dunia ini sungguh membahayakan. Sebab ada banyak makanan sedap." Tapi yg lebih bahaya bagi seorang lelaki bergelar suami ialah bila isterinya suka masak yg sedap2. Nak tolak takut isteri kecik hati, tambahan lagi aroma masakannya pula mencairkan air liur. Pernah terniat nak pura2 makan dan kemudian diam-diam luahkannya didapur! Tapi itu membazir dan membazir itu saudara syaitan. Maka akhirnya jadilah sang suami seperti belon udara yg semakin memberat di darat... Kalau tak rajin exercise memang dunia dapur akan jadi sangat bahaya....

    ReplyDelete
  2. huhuhu..entri last tu menusuk kalbu.... :-))

    rezeku anak tu..luth pas ni minta bonus dengan papa k.. :-P

    ReplyDelete
  3. Ohh byk cerita dalam satu entry..pasal kontest ni ada nmpk,tp tulah dh tau takkan menang.huhu..

    Kami satu famili suksa kepek pisang juga!ohh dpt bonus blanja entry jadilah.hehe

    OK juga kecik2 dh ada pendapatan sendiri.mama gak untung.

    Dunia Sgt bahaya setuju Sgt..daku pun semakin membesar dengan jayanya

    ReplyDelete
  4. memang bahaya dunia sekarang..banyak sangat makanan yg sedap. celik mata buka fb terhidang makanan yg sedap..huhu

    ReplyDelete
  5. wahhh byk paragraph .... yg lat tu bg aku tak bahaya .... sbb aku ni mkn byk mana pun tak gemuk2 ...huhu

    ReplyDelete
  6. eyh..manatau kot2 dpt ilmu bisnes dgn papa dia .. hehe..
    haha.. itulah..godaan makanan sgt kuat,..sbb tu ramai org kita obesiti skarang..

    ReplyDelete
  7. Setuju....srmua ibubapak nak jadikan anak dia aset akhirat ....Bukan mudahkan.....tp tak pe selagi kita berada di Universiti Kehidupan kita sentiasa ada peluang utk buat yg terbaik. Eh ? Berkaitan ke? Entahlah hihi...

    Cuti lama tu....bolehlah valik kg lepas gian makan kopok leko Ganu yg best tu

    ReplyDelete
  8. aamiin

    mcm mcm kisah dientrykan
    sng dibaca.

    alhamdulillah..
    bagus luth..

    kalau luth order papok saya pulak order kuih karas..
    nak blk jugak ni.. hihi
    last blk kedah bln 12
    bulan 1 blk kk

    kena pepandai pilih.. huhuhu

    donut butterscoth ?

    ReplyDelete
  9. Aduhai, Lyd! Napa I rasa nak gelak je especially bab Papa kena bahagi dua pendapatan dengan Luth. Dah lah tu, Mamanya nak minta sikit bagi mengenang budi, membalas jasa ya? Hebatnya anak hang ni, 2 tahun dah pandai balas budi. Masa baca statement tu, tetiba teringat wajah Luth yang comel sambil senyum nampak gigi :)

    Kalaulah Papa Luth minta Mama bagi duit upah makcik jaga Luth tu kat dia? Macamana nak menjawab? Hehehe....
    Dunia ini memang penuh dengan mara bahaya bila nafsu makan tak menurun-nurun walaupun usia dah meningkat. Makanan sedap weyh, kalau tak cuba rugi. Kalau membazir, ikut kerja syaitan. Kita tak mahu jadi syaitankan... Hahaha!

    ReplyDelete
  10. Satu entry tapi bermacam cerita....hehehe...Alhamdulillah...murah rezeki sejak luth gi keja ngan papa dia yerp.

    ReplyDelete
  11. nnt gaji Luth lagi byk dri gaji mama nya hihi

    ReplyDelete
  12. Dh joint. 200 lbh perkataan tu skt je. X dan nak buat karangan pendek pn. Haha...

    ReplyDelete
  13. hahahaha... yg xduksatu opis pn terus tersenyum bila baca sal bonus..kihkihkih... hebak sungguh Luth kecik2 dh ada kerjaya... bagi tips sikit Luth... :P

    ReplyDelete
  14. tapi saya tak satu opis dengan lyd pun..hehe
    wah, hebat kamu luth...dah bekerjaya
    by the age of 5, dah jadi OKB! all the best ye luth =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya