Skip to main content

Pending Job :D

Sejahteralah ke atas kamu,......


Aku nak tanya satu soalan ni. Tapi soalan ni khusus untuk kaum pompuan.... Siapa suka beli kain pasang, tapi tak jahit then kumpul punya kumpul sekali tengok jadi banyak? Pantang jumpa kain cantik, terus beli. Pantang ada kawan pergi port jual kain pasang yg murah-murah, kita kirim. Penyudahnya, penuh lemari.

Kain yang warna purple dan orange tu ialah kain minky nama dia. Pastu ada Engish cotton. Ada cotton comb. Ada flanel (Yang warna merah menyala tu flanel). Warna kelabu tu kain untuk buat skirt formal. Yang warna pink corak munge-munge tu cotton comb. Aku beli sebab nak buat baju kurung aku. Tapi tetibe corak dia ada tompok-tompok macam darah period. Chisss... So, how la? Nnt kalau jadi baju, korang tengok aku pakai, jangan ingat period aku bocor plak ye.



Aku suka menjahit. Bermula dengan jahit sarung bantal, jahit bedung, barut baby kemudian upgrade sikit jahit baju anak, then improve lagi jahit baju sendiri. Bila dah mula menjahit, dia macam ada rase gile kentang macam teringat-ingat je nak menjahit sepanjang masa walaupun time tengah bawak keta. Nampak kereta berjujukan dalam jem pun aku terbayangkan jahit jelujur. Ehee.. Boleh gitu. 

Pastu kan...... Macam-macam projek jahitan yang aku plan nak jahit. Then aku pun mula la beli kain. Biasa beli online la. Nampak kain comey lalu kat wall FB, aku beli. I beli... i beli... Biasanya aku beli kain cotton yang coraknya comel-comel la. Konon nak jahit craft yang berkaitan dengan baby. Selimut ke. Bedung ke. Dress kanak-kanak pompuan ke. Walaupun belum ada anak pompuan, tapi aku nak jahitkan untuk anak-anak sedara. Kain pasang untuk jahit baju aku pun aku beli. Last sekali, semua pun aku tak jahit. Takde masa wei.... Bz sangat makcik ni dengan kehidupan duniawi. Kehkehkeh.

The latest kain yg aku kirim dengan kawan aku yg pergi Brunei baru-baru ni. Saje je galok nak kirim. Bila akan transform jadi baju, tak tau la lagi.

 

Dan aku rasa, baju-baju aku banyak dalam range warna merah pink purple orange. Aku pun tak tau la kenapa bila time nak beli baju, mata aku lebih cepat tangkap warna-warna yang macam tu. Beli tudung pun sama. Agaknya, kalau aku scan aura warna pada badan aku ni, mesti nampak aura merah je. Merah ni orang kata panas baran dan cepat marah. Mungkin ye juga kot. Aku ni short temper. Huhu.. Nasib la husband dan anak-anak aku dapat isteri dan mama macam aku. Aku garang tau. Aummmm....




Comments

  1. wahh garngnye., mmg enchek asben xleh nk tmbh ranting nih., hahar2 wak gurau2an je

    ReplyDelete
  2. Kita tak menjahit makanya, kalau beli kain terus hantar tailor. Tapi ada masanya kain ela bertingkek-tingkek juga tapi takdalah macam dalam gambar di atas ^_^ Takpa Lyd, ada masa lapang yang tak sibuk dengan duniawi semata, silalah asah habis-habisan minat menjahit tu ya!

    For time being, katakan TIDAK pada kain ela ^_^

    ReplyDelete
  3. Sejak dah tak kerja ni mmg jarang beli kain ela mcm tu Lyd.

    Tp rasanya ada jugaklah sekeping dua kain yg tak berjahit kalau di selongkar kat dlm kotak atas almari tu hihi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya