Iklan! Iklan! Sila Click!

21 March 2014

Kutuk Mengutuk Hobi Kita

Sejahteralah ke atas kamu...

Korang tau kan perkataan menganjing? Maksud dia mengejek yang macam saje-saje nak bergurau. Kalau teruk sangat menganjing boleh jadi bergaduh. Selama ni yang aku perasan, orang-orang pantai timur paling kuat menganjing. Orang Kelantan, Terengganu dan Pahang terutamanya orang kampung aku, Sungai Lembing. Memang kaki menganjing. Oppss, buruk je bunyinya, macam anjing-anjing sikit kan. So, biar aku tukar ejaan jadi nganjeng. Nampak sopan skit walaupun sama je bunyinya. Hahaha...

Memandangkan suami aku si Mat Azghul pun sekampung dengan aku, memang aku tak leh elak la daripada kena nganjeng dengan dia. Contohnya ada sekali tu, dia masuk bilik air. Lepas dia keluar tu, dia tanya aku... "Ni berus gigi sayang ke"? sambil menunjukkan berus gigi yang dia tengah pegang tu. Memang aku ngaku aku dah lama tak tukar berus gigi masa tu. Memang buruk kembang la kan. Pastu dia buat muka geli dia cakap, "Buang je la berus gigi ni. Dah boleh masuk rancangan Bersamamu dah berus gigi ni". Boleh?

Pastu pagi tadi kan.... masa aku nak hantar Luth kat rumah pengasuh, aku riba Luth dalam kereta. Sambil peluk Luth, aku pesan macam-macam la kat Luth, 'dengar cakap nenek, tidur kul 3, minum susu sampai habis, makan banyak-banyak, main dengan kawan baik-baik blaa... bla.. bla..' pastu Luth macam buat tak heran je bebelan aku tu sebab dia sibuk nak main kerongsang aku yang ada juntai-juntai kat bawah dagu. Pastu papa dia ni pun menambah... "Sudah la mama, dia tak heran pun. Main kerongsang mama yang macam ayam belanda tu lagi menarik.". Huuuwaa... dia samakan aku dengan ayam belanda sebab aku pakai kerongsang juntai-juntai. 

Ok tu je la yang aku ingat. Aku memang banyak kena menganjeng dengan laki aku. Tapi part aku menganjeng dia pun banyak. Nanti kalo aku rajin baru aku cerita. Actually aku memang tersangat rajin nak cerita, cuma aku ragu korang rajin ke nak baca. hahaha.

31 comments:

  1. SA selalu kena ngan adik ipar...sgt2 jahat dia tu...tp Lyd and hubby macam somel plak kan...hehehehe.....

    ReplyDelete
  2. nganjeng molep macam ayam belanda.kikiki

    ReplyDelete
  3. Ekekeke...memang sentap lah dgn ayat Mat Azghul ni ☺

    ReplyDelete
  4. Meragam sesama laki bini tak apa la.. ayam belanda pun boleh ker? hahahaa...
    Sabar je la... ( kene cari org rumah bukan dari pantai timur la :P ) heheee

    ReplyDelete
  5. owh , tu rupanya dimaksudkan menanjing . Saya selalu pekena kat anak buah ... hehehee

    ReplyDelete
  6. owh , tu namanya menganjing . saya selalu buat pada anak buah . heheheee

    ReplyDelete
  7. opkos la kami baca, kang nganjeng kang terasa pulak. orang kita kalau tak nganjeng tak mesra la geng, setakat "natey beruk" tu kira panggilan manja kami adik beradik. tapi orang kelate panggil nganjeng ni 'ngaying', macam jenama kacang jer kan.

    ReplyDelete
  8. Haha, sweet couplenya, macam emak saya suka jugak cakap kat bapa, kalau bapa kenakan emak, emak akan kata tak dengar pun, nampak misai ja bergerak. Hehe..

    ReplyDelete
  9. Bestnya jika suami isteri boleh beranjing-anjingan begitu. Saya pula agak serius di rumah, kalau beranjingan pun tak laku sebab isteri jenis manusia yg cuma suka cakap benda2 serius saja. Kalau nak beranjingan cuma dengan anak-anak sebab mereka faham perangai saya yang suka bergurau...

    ReplyDelete
  10. kalo bab menganjing ni memang best.. tp best kepada yg menganjing la... pada yg kena menganjing memang haram jadah.. ketat muka... hahaha

    ReplyDelete
  11. hahahaha..saya terbayang dagu ayam turki..

    ReplyDelete
  12. hihihi azie fhm makna menganjing tu sbb pnh belajr di pantai tmur dulu..azie dgn suami bab ni memg peberet hahahaha..

    ReplyDelete
  13. Oh, pasal menghanjeng ni ada cerita pasal sepasang suami isteri.
    2-2 naik kereta, dalam tu boleh pula bertengkar. 2-2 tak nak mengalah sampai akhirnya 2-2 diam lama.
    Tiba-tiba ada seekor lembu di tepi jalan.
    Si suami pun bersuara, "Tu sedara awak ke?"
    Jawab si isteri, "Iye, ipar saya."
    :)

    ReplyDelete
  14. bagi saya lah, kalau yang menganjeng secara main main menunjukkan betapa eratnya hubungan between kita dan orang tu. :)
    sbb kalau dibahan pun tapi masih boleh gelak ketawa,tu menunjukkan mesra la tu. hehe.
    tapi kalau dengan orang yang baru kenal--kalau kena bahan, terasa. kalau duduk minum kat kedai kopi tak tau nak cakap apa sambil main straw atau handphone...haaa...kannn kekok tu...hehehe

    anyway, good dayyy to you! :D

    ReplyDelete
  15. "Main kerongsang mama yang macam ayam belanda tu lagi menarik". Hahahaha. Gelak guling-guling baca ayat ni.

    ReplyDelete
  16. Menganjing ni biasanya dengan member-member kamceng baru best. Kalau dengan yang tak berapa ngam ni, silap-silap haribulan boleh bertumbuk jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la. Kena dengan org2 rapat je. Ataupun yang jenis faham. Ada juga kawan yg dah lama kenal pun jenis tak leh terima kena menganjeng sbb dia ingat kita serius.

      Delete
  17. kiki comels..tapi iols pon terasa sentap disitu sbb aku pun ada kerongsang bergentayangan cenggitu lyd. btw, aku suka gak menganjeng ngan adik-beradik, this is 'pata timor' gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, tahu takpe Nina. Sebab tu la iolls malas sangat nak bergaya pelik2 ikut trend. Nanti kena menganjeng aku malas nak layan.

      Delete
  18. Macam comel aje kalau menganjeng laki-bini. Ok apa... itu cara-cara mengeratkan perhubungan tu selagi tak main baling-baling periuk belanga, gelas kaca bagai ler...

    Kita suka aje pakai mancis mengapi-apikan hubby kita. Best tau tengok muka dia geram kat kita. Kita geram sebab kita asyik kalah aje kalau berdebat dengan dia, so kita api-apikan segala 'kata-kata hikmah' yang selalu keluar dari akal fikiran dia yang cerdik tu kononnya...

    Awak.... kita baca sampai abis karangan awak every single time kita meh sini tau... Awak tulis ajelah umpatan, anjengan segala tu...kita tetap baca sambil sengih sorang-sorang. Eh, kita dah terkeluar tajuk lagi ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok mengusik suami ni. Terutamanya bila dia rimas. Hahaha.. Kita pun kena pandai baca bila masa sesuai bergurau dan bila kena serius.

      Mmg pandai MD guna mancis. HD mesti le geram je bila kena nganjeng dgn isteri org Melesia dia yg sorang tu.

      Mekasih ye sebab sudi baca.

      Delete
  19. ha.. ha.. gurau suami isteri untuk mengeratkan jalinan kasi h sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak zila. Gurau2 macam ni setiap hari kurang skit stress.

      Delete
  20. hehehe suka pulak part berus gigi bersamamu tu.. sweetnyer lyd laki bini yer !

    ReplyDelete
  21. haha boleh camtu ayam belanda,berus gigi rancangan bersamamu.tak bley blah sungguh..nak sambung gelak la.muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... lawak rumahtangga je ni. Patutnya tak bleh cite kat org. hehe.

      Delete
  22. Ade jugak kami pun menganjeng nie rsnya cuma ..heheh...takper boleh menambahkan kemesraan..:)

    ReplyDelete
  23. belah johor pon boleh tahan juga

    bergurau senda nama nya ni hihi

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...