Iklan! Iklan! Sila Click!

29 December 2014

Aku Paling Suka Musim Hujan

Sejahteralah ke atas kamu....

Semua pun sedar cuaca di Malaysia pada pertengahan tahun sangatlah panas dan berjerebu. Sangat tak selesa. Tidur malam pun panasnya lain macam. Siang hari pun nampak kelabu kerana jerebu. Penyakit pun banyak hinggap pada waktu cuaca panas. Aku rasa sangat terganggu.

Oleh sebab itu, musim hujan adalah waktu yang paling aku sukai dan tunggu-tunggu. Sebab hujan memberikan hawa yang sejuk, nyaman dan selesa. Walaupun pada musim hujan ni baju lambat kering sebab matahari bercuti tahunan, walaupun banyak aktiviti tertangguh kerana cuaca hujan. Aku tetap suka hujan. 

Namun...... Bila hujan yang sama, yang aku sukai dan tunggu-tunggu itu telah menyebabkan banjir besar di sebahagian negeri-negeri di Malaysia ini, aku dah jadi tak pasti wajarkah aku masih terus memuja hujan. Maafkan aku kerana sentiasa berdoa agar hujan turun. Maafkan aku kerana apabila banjir terjadi kerana hujan turun tidak berhenti-henti, aku hanya mampu melihat daripada jauh dan berdoa agar semua mangsa dipermudahkan. 

Doa kita sekarang agar hujan berhenti. Doa kita sekarang agar mentari muncul lagi. Allah Maha Mendengar. Allah jualah yang akan memakbulkan doa hamba-hambanya. Cuma aku sangat risaukan dugaan bagi tahun hadapan. Aku risau ujian dan bencana pada tahun depan mungkin lebih hebat lagi. Aku risau kalau-kalau hujan ini adalah hujan terakhir untuk kita dan kemarau pula yang akan mengambil alih peranan hujan selepas ini.

Kita semua perlu bersedia dengan bencana. Sekarang bukanlah waktunya lagi untuk kita merasa selesa dengan lokasi rumah kita dan menyangka kita takkan menerima bencana. Walaupun jika diikutkan teori geografi, Malaysia adalah yang paling selamat..... Tapi jika Allah ingin menguji, bencana tetap akan datang. Bersedialah kita. Aku ramalkan tahun 2015 akan kemarau. Namun, aku tetap berharap agar ramalanku salah belaka. Huhu....

17 comments:

  1. samalah Lyd, sayapun suka hujan..tapi dalam beberapa hari ni saya selalu berdoa agar hujan berhenti seketika dan matahari muncul lagi, dalam pada tu juga saya pun risau kalau2 kemarau muncul pulak.

    Saya doakan segala-galanya dipermudahkanNya dan pada mangsa banjir harap mereka semua tabah.

    ReplyDelete
  2. kite suka cuaca suam suam kuku...hihi....kalo ujan jenuh sikit la nak bergerak...=D

    ReplyDelete
  3. Saya suka dengan suasana mendung, gelap gelita. hehehe, sedap tidur time tu

    ReplyDelete
  4. Bila hujann berterusan ni, timbul rindu pada matahari. Sama² kita berdoa supaya banjir cepat surut dan hujan cepat reda.

    #PrayforPantaiTimur

    ReplyDelete
  5. aku pun doakan hujan berhenti.

    semoga mereka yang dilanda bencana selamat.

    ReplyDelete
  6. Betul tu LYd..hujan memang la best..sejuk,bau tanah, boleh berselimut ,tak berpeluh..tapi bila nak datang ujian dari Allah,Dia bagi benda yang kita suka tu sebagai sesuatu yang lain untuk kita lihat..

    ReplyDelete
  7. dengar ceramah tanyalah ustaz pagi2 tv9 tu..tajuk caramah Tentang Doa..ustaz cakap waktu hujanlah waktu doa paling mustajab..jadi berdoalah banyak2 ye..

    ReplyDelete
  8. Akk pulak nak kata suka hujan pun x tak suka pun tak. Tp klw hujan lg ssh hati bila time anak anak sklh. Nanti basah lencun kena hujan

    ReplyDelete
  9. Apa2 pun bersyukur alhamdulillah sbb Allah msh bg kita hujan dan pns kan lyd..

    ReplyDelete
  10. hujan mmg best..sejuk..tido malam tak payah pasang kipas..tp tulah bila diduga hebat macam ni..luluh hati tgok mangsa2 banjir semua..tak bley bayangkan macam mana depa survive tanpa makanan, air, letrik semua..semoga taun hadapan ada yg lebih baik..semoga ramalan lyd tak betul.huhu

    ReplyDelete
  11. Hujan....suram....muram
    Tp aku suka hujan...tp tak suka banjir2 ni....

    ReplyDelete
  12. Hari ini cuaca cerah di tempat saya. Dan langit tak menangis lagi....

    ReplyDelete
  13. saya pun suka ujan, entri harini pun pasal bestnya hujan. Tapi bila hujan menjadi banjir, ia sesuatu yg susah utk kita lalui. Insya Allah ada sinar selepas tiap2 kelam.

    ReplyDelete
  14. suka hujan juga
    sama sama lah kita berdoa

    ReplyDelete
  15. musibah dan juga ujian kpd kita semua.

    ReplyDelete
  16. betul tu lyd, ujian ALLAH nak berikan tu tak mengira

    ReplyDelete
  17. Bila hujan turun, rasa macam nak berlari keluar rumah dan bermandi hujan macam zaman kanak-kanak dulu-dulu. Ada nikmat yang tak terucap dengan kata-kata. Tapi.... takutlah pulak demam maklumlah sekarang badan dah semakin 'tua' :)

    Harapnya tahun ni takdalah bencana besar yang datang menduga kita lagi.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...