Skip to main content

Wajarkah Isteri Duduk Di Belakang?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku, kalau naik kereta dengan suami dan anak-anak, aku duduk belakang dengan Yafith. Luth duduk depan dengan driver (suami i). The only reason is aku selesa duduk belakang. Senang nak bersila masa nak susukan anak. Senang nak uruskan anak bila dia mengamuk. Senang nak suapkan anak makan memandangkan seat belakang lagi luas, aku boleh conquered seluruh seat. Aku rase ramai mak-mak yang buat macam aku kan? Praktikal betul tak?

Tapikan, ada orang yang menegur perbuatan aku tu. Katanya kalau naik kereta, jangan sekali-kali duduk di belakang. Tempat isteri di sisi suami. Perlu temankan suami di sebelah tak kira walau apa keadaan sekali pun. Itu resepi rumahtangga yang berpanjangan. Aku like, "what?! Nan nomu yepasso nan niga tanmina, nan nomu chaekesso nan niga tanmina..." Sambil buat tangan mcm kaki yang tengah kayuh beskal. Okay, aku sorang je faham. Hahahaha. Abaikan.

Aku ni, berfikiran terbuka. Kalau ada orang yang prinsip dia mcm tu, maksud aku 'isteri kena duduk depan sebelah suami masa naik kereta', aku okay je. Aku respect the principal. Terpulang la kan. Tapi kalau dia buat some sort of action, then dia kecam orang yang tak buat macam dia buat... Haaa tu aku tak dapat nak kumuh sangat. Terutamanya kalau sesuatu tu takde sebut dengan jelas halal haramnya di dalam al Quran dan Hadith. Prinsip yang aku pegang senang je, 'dalam urusan muamalah, yang mana tidak melibatkan isu akidah dan ibadah, selagi tidak ada nas menyatakan dengan jelas yang ianya harom, maka aku akan anggap ianya harus. Harus di dalam islam bermaksud BOLEH. 

Jadi, aku anggap sama juga dengan isu tak boleh panggil suami kita dengan panggilan yang sama dengan panggilan yang anak kita panggil. Maaf kalau aku terlepas pandang nas yang berkaitan. Tapi bagi aku, selagi ko tak pandang suami ko seperti ayah ko, dan ko tau bahawa panggilan ko terhadap suami ko tu bukanlah panggilan yang buruk, serta ko sedar ko panggil dia dengan niat nak merujuk dia sebagai ayah kepada anak ko, so ada masalah ke? Faham tak maksud aku? Point aku macam ni, ustaz kata kalau anak kita panggil suami kita 'papa', maka isteri tak boleh panggil suaminya 'papa'. Padahal kita tau la niat kita panggil macam tu kenapa. Ko faham je la anak-anak ni kan. Kita panggil suami kita 'Bi', dia pun panggil ayah dia 'Bi'. Jadi, kita yang mak ayah ni pun depan anak tukar la kejap panggilan manja kita kepada suami atau isteri mengikut apa yang anak-anak panggil. Cuma, demi mengecas kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga, pandai-pandai la kontrol penggunaan panggilan tu. Jangan la sampai permanent. Kang suami carik lain semata-mata sebab rindu nak dengar isteri panggil dia darling. Puih. Itu tektik otak penipu. Opss.

So, persoalan aku tadi... Wajarkah? Aku akan kata "Wajarrrrr", asalkan ikut kesesuaian dan persetujuan pihak yang berkenaan. Contoh kalau suami tak suka isteri duduk seat belakang masa dia drive, then isteri duduk la depan. Kalau suami jenis tak kisah, maka silalah berpesta muda mudi para isteri sekalian di seat belakang. Boleh buat movement snow angel kat seat belakang. Sama juga dengan panggilan, kalau suami isteri tak kisah dengan panggilan papa mama yang sama dengan panggilan anak pada mereka, just teruskan je. 

Actually isu-isu yang aku sebut ni kecik je. Tak patut pun nak jadi topik dalam blog. Tapi daripada takde post apa-apa, aku provoke la sikit. Kekeke. Aku bukanlah nak berlagak pandai dan bajet macam pakar tentang alam rumahtangga dan keibubapaan. Cuma diri sendiri tahu keadaan rumah tangga masing-masing. Maaf kalau ada tersalah cakap ye. Hampunkan ahjumma. 

Comments

  1. selamat menempoh tahun baru..kita buatlah ikut keselesaan kita. janji bahagia..

    ReplyDelete
  2. biasalah mulut orang :)

    saya pening kalau duk belakang..tp rasanya kalau anak tambah lagi satu mmg kena duk blkg ni..senang nak handle dua2 duk blkg..huhuhu~

    ReplyDelete
  3. ahjumma dah ke? hehehe... bab mcm ni, aku tak kisah sgt wife aku nak duduk dpn ke blkg. janji dia rasa selesa. tp kadang2 dia duduk depan gak utk teman aku, kalau gi mana2 yg dekat.

    ReplyDelete
  4. Cenggitu pulak erk. Mazhab mana tu.. hahaha.. Dah lama tak duduk depan lyd. Anak-anak dah kongker ☺☺

    ReplyDelete
  5. Salam akak. 😍😍😍

    Lady pun kdg2 duk belakang. Klu duk depan, anak ni duk ulang alik depan belakang depan belakang. Agak bahaya.. Jd, kite ikut kesesuaian kite selagi x harom. Hhihi

    ReplyDelete
  6. sebenarnya bgantung pd situasi n persetujuan laki bini gak..
    klo ada ank kecik, mmg lg sesuai duk blakang sbb sng nak handle ank.. lg2 klo nk myusu, tukar pampers.. ank nk tdo pom selesa..

    mcm lya..time fasya kecik dlu, klo jln jauh2 la..duk blakang selesa n mudah nk urus dia.. bila dh besar ni.. mmg duk depan je la... jd co-pilot gittu..hehe

    ReplyDelete
  7. Kita pun selalu duduk belakang. Sebab dah selalu sangat, kalau duduk aje depan, suami suruh duduk belakang. Lagi satu katanya kalau duduk depan jadi co-pilot, kecohlah mulut. Langsung tak boleh memandu dengan tenang. Itu kata-kata suami kita. Makanya sebab akur pada suami, I pun duklah kat belakang. Maklumlah isteri mithali kena dengar cakap suamikan, kan, kan!

    I geli pulak nak panggil suami Daddy. Nak panggil Honey ke, Bi ke, pun geli. Yang tak geli panggil Dear aje sebab tak terbiasa. Kahkahkah. Sila jangan nak sambung kutuk!

    ReplyDelete
  8. mcm xpnh duduk blkg kot kecuali ms blk dr hosp lps brsalin..haha

    kita pgg suami kita abg je..

    apa2 pun brgntung pd niat kita kan lyd..

    ReplyDelete
  9. tringat kata2 kawan wak bini ramai tuu., bini duduk sebelah ke dok blkg laki ke tak menjamin kebahagiaan rumahtangga seseorang ye., huhu2

    ReplyDelete
  10. Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada !

    ReplyDelete
  11. isu kecil bila dibesarkan itu yang buat masalah...tak kisah duduk depan mahupun belakang..janji keselamatan dan keselesaan pada kita dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  12. dah bertahun tahun lamanya duduk belakang dengan naka anak...kalau anak takde..ikut mana lah nak duduk...atas riba pun boleh kalau terlarat

    ReplyDelete
  13. Ni memang jenis terjemah secara literal ni. Sisi tu banyak maknanya. Kalau dah duduk kat sisi suami 24 jam sampai nak ke tandas pun nak jugak di sisi suami, tak ke haru hidup. Haha

    ReplyDelete
  14. Wa pun duduk belakang sebab senang nak uruskan anak2...pernah gak kena perli ngan seseorang..... macam bos je kata dia..HAMPEHHHH...

    ReplyDelete
  15. saya pn xnampak dimana salahnya...dia kena faham dgn anak kecik lg... huhuhu sy yg xde anak ni pn faham... aduhai manusia..

    ReplyDelete
  16. Ha.. itu aku setuju.. samalah kita..

    ReplyDelete
  17. Duduk depan, tepi, tengah, atas, bawah semua sama. Yg penting isreri tau yg dia isteri dan suami tau yg dia suami. Kalau ikut orinsip orang kita boleh terjun laut.

    Ada akal fikir ada otak pakai.

    Saya suka tulisan ni, bersahaja. Nice entry. Tidak mudah saya nak puji tulisan blogger.

    ReplyDelete
  18. ikut je mana2 pun...yg penting selesa dan bahagia aman rumahtangga. tak susahkan sesiapa... ok ja ... kaaaannn

    ReplyDelete
  19. Salam sis nk tny kat mane boleh dptkan sabun oilum kat msia ni?

    ReplyDelete
  20. I have no problem with sitting at the back, with my children. But when I'm all alone, baru duduk sebelah pemandu. As peneman saja. Lagipon, saya jenis manusia tak boleh duduk belakang lama-lama. You know... When you're a driver, bila tak bawa kereta, akan berlakulah pening kepala dan mual-mual. Simptom pemandu.

    ReplyDelete
  21. Terpulang sbnrnya. Cm sy mmg xkan duduk belakang melainkan hal2 darurat. Sb mak sy konservatif. Mmg marah lau duduk belakang. Ibarat suami driver kita. Tp kalau xda spa nak marah bedal jela ikt suka hati

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya