Iklan! Iklan! Sila Click!

07 December 2017

Rahsiakan Kerana Ingin Menjaga Hati?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku terfikir tentang ini sejak dulu, cuma baru sekarang aku rasa nak tulis. Bukan apa, sebab isu ni tak penting, tapi macam sesaje nak membebel. 

Semua orang ada rahsia. Sama ada rahsia besar atau kecil. Kadang-kadang, apa yang kita rahsiakan daripada orang, bukanlah sesuatu perkara yang sepatutnya dijadikan rahsia, tapi kita pilih untuk rahsiakan. Contohnya tentang perkahwinan, kehamilan, naik pangkat atau sebagainya. Opps..Ini tiada kaitan dengan sorang retis yang rahsiakan perkahwinan beliau dengan suami orang tu ye. Langsung takde kaitan. I promise.

Aku faham setiap orang ada reason yang tersendiri merahsiakan sesuatu. Tapi dalam konteks yang aku nak cerita ni ialah rahsia yang dirahsiakan tu reason dia hanyalah kerana, "Nak menjaga hati dia" atau "sebab taknak dia terasa". Aku bagi contoh ye [ni situasi aku reka je ye, takde kaitan dengan awok pun]. Aku ada kawan baik. Aku kahwin dulu daripada dia..... 5 tahun aku kahwin, pastu kawan baik aku kahwin pulak. Aku kahwin 5 tahun belum ada anak. Tetibe kawan baik aku kahwin terus bunting pelamin anganku musnah. Dan...... begitu mulianya hati kawan baik aku, dia pesan kat orang lain, "Jangan bagitau LydSunshine yang gojes bersinar anggun tu. Aku taknak dia terasa.". Kata kawan baik kan? 

Tapi aku tanya korang la, betul ke cara macam tu? Betul ke cara kawan baik aku tu 'melindungi' perasaan aku dengan cara merahsiakan berita yang besar tu daripada aku? Takut aku terasa? Abih kalau aku tahu berita tu paling last dan lebih teruk kalau aku tahu hal tu daripada orang lain, aku tak terasa ke? Adakah aku akan terharu bila dapat tahu yang 'kawan baik' aku tu rahsiakan berita penting daripada aku? Kalau perut ko tu tak membesar, atau bayi tu tak lahir-lahir, boleh la ko nak sorok. Ini contoh je la.

Ini bukannya pasal pregnancy je. Pasal dah ada plan nak kahwin, tapi tak beritahu kawan baik sebab takut kawan baik tu rasa down. Well, yes, maybe ada rasa down, tapi rasa down yang datang sekali dengan rasa gembira untuk kawan-kawan, apa masalahnya? Seorang kawan baik takkan la busuk hati sangat nak terasa tak tentu hala dengan berita gembira. Melainkan, kalau ko beritahu berita gembira pada dia pastu ko buat pulak muka bangga, riak, takbur sambil menganjeng-nganjeng dia. Haa, yang itu confirm la sesiapa pun akan terasa, apatah lagi kawan baik. 

So, fikir la baik-baik sebelum buat keputusan untuk 'protect' kawan baik sendiri dengan merahsiakan apa yang patut dia tahu. Macamana pula kalau ko tahu husband kawan baik ko ada scandal dengan babi menyondol? Oh...owww... Yang tu aku pun tak tau nak nasihat macamana.


8 comments:

  1. hehe..betul, kalau dlm situasi kawan baik/family...perbuatan merahsiakan akan membuat kita lagi terasa hati.

    skandal dgn babi menyondol? kahkahkah...perumpamaan yg baik!

    ReplyDelete
  2. ada benda yang perlu bagitau. ada benda yang tak perlu bagitau. tapi kalau berita baik, better la bagitau. kata best friend. kalau best friend tu terasa sebab berita baik tu, means dia belum cukup best friend lagi tu. best friend adalah kawan yang very supportive dan akan tumpang gembira untuk kawan dia. tu pendapat aku la.

    ReplyDelete
  3. I like the valuable information you provide in your articles.
    I'll bookmark your blog and check again here frequently.
    I am quite sure I'll learn plenty of new stuff right here!
    Good luck for the next!

    ReplyDelete
  4. My relatives every time say that I am wasting
    my time here at web, but I know I am getting familiarity every day by reading thes
    pleasant content.

    ReplyDelete
  5. Oh my goodness! Awesome article dude! Thank you so much, However I am going through issues with your
    RSS. I don't understand why I cannot subscribe
    to it. Is there anybody having similar RSS problems? Anyone that knows the answer will you kindly respond?
    Thanx!!

    ReplyDelete
  6. I like the helpful information you provide in your articles.
    I'll bookmark your weblog and check again here frequently.
    I'm quite certain I will learn many new stuff right here! Good luck for the next!

    ReplyDelete
  7. Hell᧐ thiѕ is somewhat оf off topic but I was wⲟndering if blogs use WYSIWYG editors or if you have to
    manually code with HTML. I'm stɑrting a blog soon but hɑve no coding know-how so I wanted to get guidance from ѕomeone with eҳperience.
    Any help would be greatly appreciateⅾ!

    website һere : Six ᒪessons About Encryption Software You Need
    Tⲟ Learn Before You Ηіt 40 & 7 Steps
    To How To Encrypt A Passworԁ For Free

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...