Skip to main content

Perihal Orang Yang Berhutang.

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku pernah berhutang dengan orang, meminjam duit dengan orang, tapi aku dah habis bayar walaupun mungkin lambat. Walaupun lambat, aku bagi tahu siap-siap kepada orang tu, kenapa aku lambat bayar. Alhamdulillah hutang-hutang semua dah selesai. Perasaan aku bila dah habis bayar hutang tu memang rasa lega sangat. Rasa seperti melepaskan 10 ekor badak sumbu yang ada di atas pikulan aku selama ini.

Dalam masa yang sama, ada orang juga berhutang dengan aku. Nak kata terlalu banyak tu, tidaklah sampai puluh ribu. Tapi ada la dalam ribu juga. Aku mula la rasa geram. Sebab aku rasa, aku gigih bayar hutang orang lain. Tapi orang yang berhutang dengan aku seolah-olah tiada usaha pun nak bayar hutang dia pada aku. Sampai satu tahap bila aku ingatkan dia tentang hutang, dia boleh tanya, "eh, ada eh?". Maksudnya dia tak ingat pun yang dia ada hutang dengan aku. Jadi ko expect dia nak bayar pulak kalau hutang tu pun dia tak ingat?

Kalau ikutkan hati memang la bengang bila orang tak bayar hutang. Yelah, duit kita kan? Tak fikir pula kesusahan apa yang kita terpaksa hadapi di saat-saat kesempitan duit. Banyak cantik muka dia nak buat-buat lupa? 

Sekali, masa tengah dok feeling 'macam bagus' sebab dah berjaya bayar hutang sedangkan orang lain tak nak bayar hutang aku tu, aku terbaca forwarded mesej kat WhatsApp. Isi mesej tu lebih kurang macam ni la, (the exact wordings aku dah lupa), "Jangan  merasa bangga jika telah dapat membayar hutang, dan jangan memandang rendah kepada orang yang masih belum melangsaikan hutang, kerana Allah-lah yang memudahkan kita untuk membayar hutang tersebut, bukan kerana kehebatan kita.". Ala, lebih kurang gitu la maksud ayat tu. 

Insaf terus bila baca ayat-ayat tu. Bila fikir-fikir balik, memang kalau bukan Allah yang permudahkan aku untuk bayar hutang, mesti la sampai sekarang aku masih mereput dengan hutang yang banyak tu. Jadi betul la, aku tak boleh rasa hebat lepas tu nak compare diri aku dengan orang lain. Aku berbaik sangka je la. Mungkin dia belum mampu nak bayar hutang aku.

Bila dah terlampau insaf macam tu, aku terfikir untuk halalkan je semua hutang-hutang orang dengan aku. Sebab kalau mereka tak bayar hutang tu sampai  kiamat, nanti dia akan merangkak cari aku kat padang mahsyar. Terbayang orang tu tak akan terlepas dengan hutang-hutang dia, kita pula akan terasa macam 'kemenangan milik kita' kalau dia cari kita kat padang mahsyar, kan? Time tu boleh la kita tempelak dia depan muka dan berkata, "Haa, tau pun kau nak cari aku sekarang ye? Dulu buat-buat lupa dengan hutang kau. Now, rasakan seksaan api neraka!". Terasa macam best je kan kalau kebenaran berpihak kepada kita. 

Tapi bila aku fikir semula sedalam-dalamnya..... Aku kenal diri aku. Aku ni tak suka menunggu lama. Lebih-lebih lagi kalau kena berdiri lama-lama di dalam lautan manusia. Memang aku sangat tak suka. Sedangkan nak pergi Baby dan Mom Expo pun aku malas. Sebab aku malas bersesak dengan ramai orang, lepas tu aku malas nak tunggu lama beratur untuk bayar dan kesimpulannya aku memang tak suka aktiviti yang menyusahkan aku, jadi aku fikir kat padang mahsyar tu keadaannya sangat la sesak dan lama. Kalau perhimpunan sekolah tiap-tiap pagi Isnin pun aku tak tahan berdiri, apatah lagi kat padang mahsyar nanti. 

Jadi, aku harap urusan aku semasa di padang mahsyar tu dapat dipercepatkan. Cara nak percepatkan ialah, dengan menghalalkan hutang, memaafkan orang lain walau pun mungkin ada dendam yang aku rasa takkan maafkan seseorang sampai bila-bila, tapi demi supaya dia tak melambatkan urusan aku, lebih baik aku maafkan je. Yelah, dosa aku sendiri dengan orang lain dah banyak menimbun. Urusan aku nak gi merangkak mencari orang yang aku pernah 'berdosa dengan' pun tak tau berapa lama nak selesai. sekurang-kurangnya kalau aku dah maafkan orang yang pernah berdosa dengan aku, cepat la sikit kot urusan aku kat padang mahsyar nanti.

Niat suci nak memaafkan dan menghalalkan hutang tu tiba-tiba terpotong bila aku terbaca pula satu quote yang orang kongsi di Facebook. Sama la, ayat penuhnya aku tak ingat, tapi maksud dia lebih kurang, "Ustaz kata, kalau ada orang yang berhutang dengan kita, kita jangan halalkan, biar dia cari kita kat padang mahsyar nanti dan hutang dia tu nanti akan dibayar di dalam bentuk pahala yang mungkin akan menyelamatkan kita di akhirat nanti.". Mula-mula aku terfikir, "Ustaz mana yang kata tu? Ustaz ke yang ajar macam tu? Rasa mcm woww...hebatnya ilmu ustaz tewww.". Selepas tu aku fikir, hutang orang dengan kita, kalau kita halalkan, maka hutang itu akan jadi sedekah. Pahala sedekah itu pastinya lebih besar daripada hutang yang bertukar menjadi pahala semasa di padang mahsyar. (Wallahua'lam. Yang ni aku memang tak pasti. Tapi aku rasa je.). Sebab kalau baca di dalam Al Quran, disebutkan betapa ramainya umat manusia yang meminta untuk kembali ke dunia, hanya untuk bersedekah. Mereka nak bersedekah, bukan nak tambah solat atau tambah puasa atau solat sunat. Bermakna, pahala sedekah tu pastilah tersangat besar. 

Jadi, korang rasa korang boleh tahan tak menunggu lama semasa di padang mahsyar? Harus diingat, sehari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Bukan main-main punya lama tu. Golongan elf pun tak dapat hidup selama tu tahu. Kalau rasa tak tahan, sementara masih ada peluang untuk memaafkan orang ni, marilah kita maafkan orang lain. Sementara masih ada peluang untuk menghalalkan hutang ni, marilah kita tukarkan hutang tu menjadi sedekah. Jangan fikir pasal, "ohhh sedap la dia... tak payah bayar hutang kita". Jangan, jangan fikir pasal orang tu, tapi fikir pasal diri kita ni. Peluang yang kita boleh bantu diri sendiri di akhirat. Sementara masih boleh buat keputusan ni. (Aku hanya mencadangkan aje ni. Bukan aku paksa suruh halalkan ye. Korang mestilah rasa macam rojak sama ada nak halalkan ke tak hutang-hutang orang dengan korang. Last sekali, terpulang juga la kepada kesanggupan masing-masing.). Peace.

Firman Allah yang bermaksud;


Comments

  1. Saya selalu jadi mangsa orang hutang tak nak bayar balik. Seingat saya ada 6 orang yg masuk senarai itu. Salah seorang darinya sekarang dah bergelar Datuk. Seorang yang lain pula sebulan selepas berhutang dengan saya, tengok gambarnya dalam akhbar sedang berada di Manchester UK. Adab si-pemberi hutang ialah kena redhakan segala ketentuan takdir...

    ReplyDelete
  2. Salam LyD... n3 yng terkesan sungguh pada KA.. tq berkongsi ilmu yer.

    ReplyDelete
  3. aiseh.. yang tanak bayar ni susah.. tapi kalo rela hati menghalalkan..
    alhamdulillah.. moga murah rezeki selalu =)

    ReplyDelete
  4. Ahlam pun tgh usahakan.. utuk mbyr hutan pngajian.. hehehe

    ReplyDelete
  5. adoi..nk anggap tu sedekah yang susah sikit sebab tengok dia kemain senang je..hahaha...aih..nampaknya saya belum jadi orang baik lagi..heheh

    ReplyDelete
  6. husben akak selalu kata, kita halalkan je apa yg kita bg kat org. sbbnya kalau kat padang mahsyar nnt dia merangkak cari kita dan kita pulak kalau ikutkan dah msk syurga tp dah kena tggu org dtg nk mtk maaf ke halal ke x psl2 kena tggu. ada btlnya kan?! berlapang dadalah walaupun ada yg berhutang dgn kita.

    ReplyDelete
  7. assalam lyd.. sihat ?
    entry yg cukup terkesan. peringatan bersama
    mudah mudahan dipermudahkan buat kita semua..

    ReplyDelete
  8. Lyd...klo hutang orang tu punya hutang belas² ribu, agak susah nak minta halalkan. Kita baru jer langsaikan hutang bagi pihak org yg tak bertanggungjawab. Memang aku tak halalkan duit yg dibayar tu kalau dia tak bayar balik hutang dia. Duit gaji kita banyak tolak sebab dia. Dan tak pasal2 kena buat pinjaman sebab dia. Memang sakit hati kalau cakap pasal hutang nih. Rasa nak simbah cat merah jer kat keta orang tu.

    ReplyDelete
  9. tak suka bagi pinjam orang..sebab selalu terkena

    ReplyDelete
  10. memang sakithati bila tengok orang yg taknak bayar hutang kita tapi berlagak kaya depan kawan yg lain..

    ReplyDelete
  11. Alamak...ada lagi hutang yang belum bayar hihihi...terima kasih Ldy sebab ingatkan :)

    ReplyDelete
  12. erm sya pun ada member yg berhutang. Takde la banyak tapi sebelum dapat 24 jam contact kita. Bila dah dapat hilang lesap gitu je

    ReplyDelete
  13. susah sikit kot nak melupakan terutama bila melibatkan jumlah yang besar
    ironinya hutang ni hanya diingati bila kita ada masalah kewangan kan? hehe
    sooner or later mungkin akan lupa...harap saya mampu lupakan
    tapi for the time being, susah. memang susah

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya