Iklan! Iklan! Sila Click!

02 December 2016

Sensitif Dengan Panggilan 'Kak'

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku masuk asrama masa umur 12 tahun. Masa tu aku tingkatan 1 kat sebuah sekolah rancangan khas di Kuantan. Gaya macam budak cerdik je kan sebab umur 12 tahun dah form 1. Padahal masa tu sekolah start bulan 12. Sapa ntah Menteri Pelajaran masa tu. Aku nak bagitau dia, yang dia berhutang cuti sekolah kat batch aku. Sila bagi cuti ganti tanpa rekod kat kami semua sekarang! Boleh gitu? Haha.

Bila masuk asrama tu, seniors memang berkira sangat dengan panggilan. Semua seniors wajib dipanggil dengan awalan 'kak'. Kak Leha, Kak Emma, Kak Yani, Kak Laila, Kak Lin dan macam-macam 'kak' lagi la, walaupun beza hanya setahun. Kalau aku berani tak panggil 'kak', aku akan di'marked' sebagai 'kuahajo' oleh seniors. So, budaya tu aku bawa sampai la aku habis sekolah. Adik-adik junior yang masuk selepas aku pun aku paksa panggil aku 'kak' kalau tidak aku kurung dia dalam bilik stor, pas tu aku tutup lampu dan aku buat bunyi hantu dari luar bilik stor. (ceh, bajet gangster.). Padahal aku la mangsa buli adik junior. (bajet insan yg lemah pulak). Haha.

Bila aku mula masuk kolej dan awal-awal kerja pun aku masih lagi berpegang kepada ke'hakak'an tu. But now, aku dah macam buat relax je. Tak ambik tau umur orang dan tak ambik kisah sangat nak panggil orang kak. Kalau setakat beza 3-4 tahun tu aku buat selambe je panggil nama. Atau yang muda-muda daripada aku pun aku cakap aku nkau je dengan dierang dan bila derang tau umur sebenar aku,derang pun kaget nak panggil aku kak. Hal kecik je kot. Dia macam ni, kita agak-agak la sesuai ke tak. Jangan la senior yang umur beza 30 tahun pun ko nak panggil nama je. Tu biadab. Ataupun takkan la budak2 yg beza 15 tahun bawah ko pun ko nak suruh dia panggil ko nama je. Maksud aku, biarla berpadan.

Tapi ada sekali tu, cleaner kat ofis aku bercuti, jadi supervisor dia ganti dengan temporary cleaner. Cleaner tu nampak la lagi muda daripada aku. Pastu masa dia nak lap meja aku kan, dia panggil aku makcik. Aku macam 'gulp' kejap. Tapi aku fikir positif je la. Mungkin dia baru habis sekolah. So kalau baru abih skolah, dalam umur 18 tahun kot(walaupun muka tak la nampak semuda 18 tahun). Aku ingat aku boleh let go je. Tapi dalam diam, hati aku rasa berbekas sentap tu. Hahahah. Bengong. Jadi, bila aku jumpa cleaner baru tu dalam toilet, aku tanya umur dia. Dia jawab, 27 tahun. Dalam hati aku like, "you whattttt????!". Umur ko 27 tahun then ko panggil aku makcik??!! Seriously? Muka aku setua makcik nkau? Chincha?!! Baboya! Opps. Marah sungguh aku rasa. Hehe. Over pulak.

Husband aku pulak, kalau kat kedai makan atau nak beli barang ke, selalu je panggil pekerja kat kedai tu, 'kak' atau 'bang' walaupun jelas muka pekerja tu lagi muda daripada kiterang. Aku selalu tegur dia kalau nak panggil org, kena tengok juga anggaran usia orang tu. Sebab setau aku, kebanyakan orang sensitif dengan panggilan yang menampakkan dia tua. Terutamanya kaum wanita. Korang setuju tak dengan kata-kata aku ni? Tapi hasben aku kata, mungkin perempuan je kot rasa gitu, sebab kalau lelaki, panggilan abang tu mcm biase je. Seperti panggilan default untuk lelaki. 

Kalau panggilan makcik tu, aku boleh terima kalau memang orang yang panggil tu memang layak panggil aku makcik. Kalau budak-budak sekolah menengah tu aku masih boleh terima la. Tapi kalo umur dah nak dekat 30 tu nak panggil aku makcik, itu memang elok aku sumpah dia jadi kambing je. Mbekkk.

1 comment:

  1. lelaki sempoi je, tak kisah sangat pasal panggilan ni. tapi kalau tetiba orang panggil pak cik (kalau still muda la), tersentuh gak hati ni. huhuhu...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...