Iklan! Iklan! Sila Click!

09 March 2015

Sakitnya Tuh Di Sini

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau korang pengguna media sosial, korang mesti perasan dengan salah satu trend netizens iaitu VIRAL. Aku mula-mula tak rasa apa-apa sangat dengan fenomena viral kat media sosial ni. Kadang-kadang rasa macam best je sebab kita tahu apa yang semua orang tahu. Tapi lama-lamanya aku rasa macam, "Ya Allah serabutnyaaa korang ni!!"

Kalau viral yang bagus seperti 'Cara Mendidik Anak' ke, atau minta bantuan dana untuk perubatan ke boleh terima la. Sebab memang perkara baik. Tapi kalau bab-bab lagho tu memang aku benci. Kadang-kadang memang aku tak suka nak ambil tahu tentang perkara-perkara tak berfaedah yang jadi viral tu, tapi oleh sebab semua orang share dan hashtag benda yang sama, secara tak sengaja aku akan ada rasa perasaan nak tahu, "Apa benda la yang korang perkatakan ni?". Contohnya yang terbaru ni orang dok hashtag 'Sakitnya Tuh Di Sini'. Siap ada video parody lagi. Aku tertanya-tanya juga, kes apa ni? Kes kemalangan ke? Atau pembedahan yang gagal? Bila google, sekali tengok-tengok lagu dangdut. Tetibe aku tengok badan aku dah jadi makin jernih lepas tu warna macam pink-pink sikit. Rupa-rupanya aku dah bertukar jadi air sirap sebab aku menyirap!! Buang masa aku je, aku rasa tertipu. Aku nak report polis! Sebab rase tertipu!

Dulu pun gitu, bila semua orang dok sebut "Awak kat mana". Aku memang sikitpun tak faham. Sebelum tu, APTB. APTB tu ialah tagline kumpulan lawak Jambu yang bermaksud Apa Pun Tak Boleh. Satu masa dulu, viral dengan Gangnam Style. Tapi itu bukan Malaysia je. Seluruh dunia. Maka aku tak mampu nak komen apa-apa la kalo dah satu dunia pun kena rasuk dengan viral yang macam gitu. Sumpah aku serabut. Sebab kat news feed di Facebook penuh dengan perkataan tu ulang-ulang. Bila baca komen orang-orang pun asyik sebut benda yang sama. At last terpaksa la kena tahu juga benda yang kita tak minat pun nak tahu. Ada banyak lagi perkara yang bodoh-bodoh dan takde pekdah yang orang jadikan viral. Malahan perkara yang jadi viral tu jarang sangat ada yang bermanfaat. Mungkin perkara bermanfaat orang tak suka share dan tak menarik minat sangat kot.

Itu baru bab benda merepek. Bab makanan satu lagi. Pantang bila keluar resepi pelik sikit je, terus jadi viral. Nak aku bagi contoh? Goreng pisang cheese. Sambal hitam Pahang. Jeruk mangga asam boi. Potato fritters. Lagi apa? Kek keju leleh. Cheesekut. Tapi bab makanan aku masih boleh maafkan. Sebab ianya bersifat mengenyangkan. Hahah. Dan sesetengah daripadanya memang sedap pun. Dah nama pun makanan. Memang logik kalau terliur. Nak-nak pulak kalau orang yang ambil gambar tu zoom in gambar tu sampai nampak sejelas-jelasnya. Menitik air liur sampai ke lantai tau.

Tapi itulah... Apa lah kuasa dan daya aku untuk halang trend mem'viral'kan semua benda ni di internet. Dah kalau orang suka, tapi aku tak suka, sape je nak layan permintaan aku supaya, jangan viralkan benda yang takde faedah. Mungkin takde faedah untuk diri aku, tapi berfaedah untuk orang lain ye tak? Mungkin kalau aku dengar lagi Sakitnya Tuh Di Sini tu aku rasa ianya seperti satu amalan yang mensia-siakan usia aku, tapi orang lain yang dengar mungkin dapat pahala ke, tak tahu la kan? Cuma aku nak suggest, kalau korang perasan ada satu-satu isu yang orang lain viralkan dan benda tu korang dah tengok dan nampak macam takde faedah, cuba korang jangan share malahan jangan like sekalipun. Cuba matikan viral tu supaya dia dormant. Ceh tetibe keluar perkataan dormant. Pendaftar syarikat sangatkan aku. Hah hah.

27 comments:

  1. aah kadang2 orang kita ni macam terlalu obses dengan viral..sumpah tak layan benda tak pekdah camni..klu viral makanan tu layan jugak la.sbb kata lyd bersifat mengenyangkan.muahaha..

    ReplyDelete
  2. Sakitnya tu disini tu seingat rin lagu dangdut then ada org bt senamrobik..suka tgk senamrobik tu best..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sebab lagu tu buat senamrobiklah terus jadi viral. I pun mula tahu pasal lagu ni bila my nephew tunjukkan parody dua orang budak comel tengah menari tap dance guna lagu ni. Padahal bebudak tu omputih ke, Amerika Latin ke entahlah. Tapi sebab I suka kecomelan budak-budak tu menari, I pun googlelah lagu tu nak dengar siapa yang menyanyi nih!

    Bab yang teka warna baju biruhitam, putihgold tu pun I baru tau. I ni ada lembap sikit nak dapat viral jadinya takdalah I nak buat report polis macam you. Viral dah reda, I barulah dok sibuk apa kebendanya diorang ni dok sibuk viralkan!

    ReplyDelete
  4. viral bab makanan tu tak menahan ye hahaha...dunia sekarang mcm2 menda wujud kan

    ReplyDelete
  5. tak suka lagu tu...tapi suka tengok penguin comel dok menari....:-))

    ReplyDelete
  6. X tau nak komen apa. X pernah dgr pun lagu tu sampai habis.

    ReplyDelete
  7. saya kan..kalau benda viral ni memamg malas nak update kat facebook..sebab saya rasa meluat sikit orang doak ulang sebut yang tu je...jadi bayangkan kalau saya pun join sekaki dok update..mesti ada yang meluat..

    macam kat blog pun sama..
    saya update kalau benda tu tak de siapa atau belum ada yang update...kalau hari ni pakat semua update cerita tu,saya tunggu 3 hari lagi baru saya update cerita tu..tapi dengan sedikit kelainan la..tak mau la setakat copy hat orang..tak kuasa makcik kalau entry sama2 dengan orang ni..ahhahah..

    ReplyDelete
  8. aku tukang tgk je, bukan tukang sebar. hahaha... tp itu la, hang jgn x tau. org malaysia kan mmg suka benda yg lagho dan merepek ni. x caye tgk je kat pawagam, jenis movie melayu yg mcm mana tgh tayang. so, benda merepek2 gini la senang nak viral.

    ReplyDelete
  9. Sambal hitam Pahang best woi!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb h ada dalam grup kopitiam, aku nak tulis kat sini. hehehe.

      kalo dalam grup tu, aku lah yang paling ketinggalan tau pasal viral ni.

      yang mahir selalu bandle...

      huuuu....

      Delete
    2. sikit hari viral sambal hitam. KY jual..hehe

      Delete
  10. Viral ni, bahayanya satu.
    Kalau kita sama sama viral kan benda yg mengaibkan orang lain, atau viral kan benda yg fitnah.
    Jenuh nak menjawab kat Pdg Mahsyar nanti.
    Macam awak tulis tu, benda2 yg baik di viral kan, tak apa lah...in fact, mmg perlu di viral kan.

    ReplyDelete
  11. Biasanya viral2 tu tak bertahan lama...

    ReplyDelete
  12. begitulah kekdahnya orang sekarang ni..semua nk di viralkan..huh

    ReplyDelete
  13. akakkni memang jenis tak ambek port ngat.. kadang2tu orang duk menyebut buat tak retijer.. .esok lusa akak tau secara tak sengaja ooh gitu rupanya ketinggalan akuni...
    viralni mungkin sbab kalau blogger nak blog dia mencanak naik ... kalau facebook nak orang ramai friend dia kot.. entahler...

    ReplyDelete
  14. viral bobo tu xleh blah aku. haih! pastu semua pakat nk bodohkan diri,

    ReplyDelete
  15. Skang ni main viral² jer. Pasal viral #sakitnyatudisini memang aku pon tak tau dan malas nak tengok. Kalau viral pasal parenting atau masak² memang laju lah aku simpan ☺

    ReplyDelete
  16. bab makanan mmg layan.hihi
    sbb boleh cuba dan mengenyangkan .

    pppsstt: alhamdulillah, jiran saya okje.biasa la gangguan. r umah tu dh kosong byk bulan kebetulan rumah atas rumah dorang pon ksong juga. bukan x nak ambil tahu mcm mna bab kena gangguan mcm seriau sikit.dulu saya pernah kena histeria zaman form 5. merata juga berubat

    ReplyDelete
  17. sekrg ni ramai org buat fb utk berseronok ... seronok umpat keji org . seronok viralkan benda yg memalukan org dan mcm2 lagilah . saya klu nak like , tgk dulu bendanya apa ...

    ReplyDelete
  18. Talking about viral.. ni sejak ada fesbuk and kemudahan camera di setiap phone.. kebanykaan manusia dah jadi bongok. viral perkara yang tak menyakitkan hati sesiapa tu tak kisah la sangat.. tapi gambar orang tengah nazak dalam kemalangan pun nak letak kat fesbuk nak viralkan.. motif? Sadist? Yups, it happened to arwah my mom baru2 ni.

    ReplyDelete
  19. saya setuju bab ni
    viral bab ni biasa laju aje
    cuba kalau bab kebaikan macam masa saya berusaha
    suruh orang tahu pasal adik izz, berpeluh ketiak pergi sana sini
    haram orang kisah, hanya segelintir

    ReplyDelete
  20. sampaikan di whatsapp pun nak diviralkan video sakitnya ku di sini..sakit pula hati kita ni.

    ReplyDelete
  21. Dekat radio pun keluar lagu sakitnya tuh disini -,-!

    ReplyDelete
  22. Patutlah okje pernah dengar tajuk entri awak ni Lyd ....kat FB....rupanya benda ni viral ingatkan orang tu mmg cipta sendiri hihi..... Kalau awak tak cakap mmg sampai sudah okje tak tau Lyd hihi....

    Tapi biasalah mak.....mak kan pape pun OK jer hihi

    ReplyDelete
  23. Ada je yang viralkan bnd tak btl. Org pn dok sebarkan. In the end br tau x btl tp dh sebarkan nak buat mcm mana. Sbb tu la akak kalau bnd viral just baca dgn tgk blh. Sebarkan selagi x sahih mmg x la. Mcm kes kalau isi myk pnh waktu tghari kete blh meletup. Org dok sebar walhal bnd tu auta je.

    ReplyDelete
  24. That song is symbol of stupidity. Duh!

    ReplyDelete
  25. saya pelik dgn video klip lagu tu . liriknya sedih tapi iramanya rancak ...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...