Sejahteralah ke atas kamu....
Gambar: Dari laman rasmi Avani Sepang |
Ini throwback bagi tahun 2022.
Pertunjukan api (Fireshow) ni selalunya memang ada di kebanyakan hotel-hotel tepi pantai. Percuma untuk penghuni hotel/resort tersebut dan biasanya diadakan di private beach mereka.
Saya belum pernah tengok pertunjukan api secara live, ini kali pertama. Bagi saya, agak gempak pertunjukan api ni. Memang terlopong juga la mulut saya. Dalam hati berkata, woww hebat betul. Kudos team fireshow Avani Sepang Goldcoast Resort.
Maaf la, gambar-gambar pertunjukan api yang saya kongsikan di atas ni, tidak begitu berkualiti. Saya screenshot daripada video. Saya tak ambil gambar langsung semasa pertunjukan tu berlangsung. Hanya rekod video je.
Avani Sepang Goldcoast Resort ini menyediakan water chalet yang dibina di atas laut. Jika Lexis Hibiscus berbentuk bunga raya, Avani Sepang pula berbentuk pokok palma.
Gambar dari laman rasmi Avani Sepang |
Mendamaikan, bagi yang ingin bercuti, santai-santai, tengok permandangan, tempat ni memang recommended.
Pekena Kembara Meal Pilaf Rice with Beef Rendang. |
Tak mandi, lepas breakfast terus pergi main pasir di pantai. |
Buggy car.
Seaview |
Fakta yang ingin saya kongsikan tentang Avani Sepang Goldcoast.
- Jalan untuk ke sana agak terpencil, seeloknya datang semasa hari masih siang. Waktu malam, lampu jalan agak limited untuk ke sana.
- Di bahagian tengah water chalet tu, ada Club House. Di situ la restoren untuk breakfast, lunc dan dinner. Jadi tidaklah begitu jauh berbanding jika restoren letaknya di lobi.
- Di Club House ada kolam renang dan juga mini playground Avani Kids.
- Aktiviti yang boleh dilakukan di sini, fireshow, ada juga mini funfair di luar Avani Sepang (perlu drive sikit la).
- Parking jauh dari lobby. Jika ingin parking di dalam pagar, RM25/sehari. Mahai. Orang kaya should be takde masalah nak bayar harga tu. Kalau taknak bayar RM25 sehari, boleh parking di luar. Kemudian jalan kaki, atau naik buggy car untuk ke lobi.
- Ada private beach, boleh santai-santai bawa anak-anak main pasir.
- Tiada kolam renang di dalam bilik. (Jika silap maafkan saya.)
- Sepang ada banyak ladang buah naga. Tepi-tepi jalan memang banyak gerai jualan buah naga. Harga murah sikit la daripada harga pasaran, ikut size. 3 biji RM10 ke, 4 biji RM10.
Itu je la kot. Sekian, terima kasih.
Walaupun kata ambil dari video, tetap wow menarik gambarnya Lyd.
ReplyDeleteCantik dan luas biliknya. Puas hati bercuti-cuti.